Dan Pemenangnya adalah...

Assalammualaikum...

Maaf lambat announce pemenang giveaway...:)

Tapi janji tetap janjikan.

ada 46 peserta give away...

Saya pakai Random.org


pemenangnya adalah no 34

email : nureen_345@yahoo.com

Tahniah!!! sorry takleh paste random generator sbb pakai IPad..

Anyway choose your favourite set ya! tq for joining this giveaway..

pada yang tak bernasib baik, boleh join utk next giveaway..

:)

REDCOMELMALL GIVEAWAY

Assalammualaikum dan Hi Everyone...

Dah lama rasanya tak buat giveaway.. Ini giveaway blog saya yang satu lagi ^^

Kali ini saya buat giveaway yang boleh anda pilih.

Hadiah-hadiah yang jadi taruhan adalah ( hanya pilih salah satu jika menang ye! ^^)

1. Euphoria Optimum  Health Set
30 tabs of Mulvitamin, B coms, dan 30 tabs Vitamin C.

2.Euphoria Skin Care Set
30 tabs of B com, Vitamin C and Vitamin E.

3.Euphoria Feminin Set  (30 days): 30's Vitamin E dan 90's Alfalfa

4. Euphoria Multiple Five Set(resdung,asma,allergy)
60 tabs of Vitamin C, 30 tabs of B com and 120 tabs of Alfalfa
Semua hadiah bernilai RM 80.00 tau..plus Insya Allah kesihatan bertambah baik..^^

dan ada satu hadiah special yang MISTERI !!! dan tentunya best! Nak tahu join dulu^^
Apa yang perlu anda buat adalah

1. Like page REDCOMELMALL.COM di Facebook.

1. Jadi follower blog ini www.redcomel.blogspot.com  dan blog ini juga  www.redcomelmall.blogspot.com . Just copy paste entry blog ini dan letak di blog anda...dan tinggalkan comment, email address serta url post entry di telah dibuat.

Ok, itu je. Mudahkan? Giveaway berlangsung selama 2 minggu. So, GOOD LUCK!!

Nak boikot ke tanak?

Sejak menjawat jawatan Menteri segala menteri kat rumah ni rasa kalau tengok belanja domestik untuk perbelanjaan rakyat jelata menjamu selera mesti rasa nak naik hangen.Bukan apa, kadar kenaikannya melonjak-lonjak tersangat berbanding 4 tahun lepas [ sepanjang tempoh saya dah jawat jawatan Menteri ni] Ini tak adil tuan penasihat!

Mana taknye, ikan kembong sampai 15 sekilo. Udang RM 20 sekilo, ketam pun sama. Milo 2kg sampai RM 35. dan semuanya pakat naik... bla bla bla...

Ada sekali tu sampai terkujat-terkejut saya bila nak beli kicap kipas U****g di kedai runcit regenya sampai Rm8.50.Dulu masa baru kawen rasa saya baru RM 4.50 uish uish... penat saya belek kicap tu atas bawah depan belakang carik ada pertambahan zat ke, vitamin ke, pemeringkatan 2 kali ke..atau mungkinkah kicap ni dah ditambah kolagen sampai jadi mahal cenggitu? emmm ... musykil betul..potong mood saya satu hari sebab kicap mahal.

Emm..tapi baru baru ni saya pergi ke Mydin, saya tengok harga kicap tu RM 5.60. Sejak hari tu itulah destinasi yg saya pergi bila nak beli kicap kegemaran anak- anak saya[dan maknye jugak.]

Mommies out there yang cekap pasal budget mesti tahu kedai mana nak tuju bila nak cari keperluan family. Even kalau pendapatan seisi rumah lebih dari cukup pun masih kita kena buat budget kan? My say is, jangan kawan dengan kedai yg letak harga mahal lebih sepatutnya. Sebab sampai bila bila pun inflation rate naik. Yang rugi kita.

Cabaran 9 minggu..

Salam..

Thanks pada mereka yang join giveaway..Nanti 30hb Nov saya akan announce pemenangnya.
Hadiahnya memang best, Set vitamin from Shaklee. Dengan bangga hati saya announce saya sekarang adalah Shaklee Independent Distributor, ID 866293 saya harap lepas ni kawan-kawan, sedara-mara, bff or sesapa je tak lari jumpa saye sebab saya buat MLM. :P hihi

Ceh, siap letak no ID lagi.. ye la mana tau korang lalu kat Empire tower tu, nampak opis Shaklee tapi malu-malu nak daftar sebab awek receptionist tu cun sangat...Haa..bagi ajerla no Id ahkak ni..boleh buat beli vitamin sebotol dua kan? :)

Actually saya dah tak mo buat biz biz ni... anak dah empat...duk rumah aje la diam-diam. Tapi potensinya terlalu besar sampai saya tak boleh deny.. Lagipun niat saya nak bantu suami saya..at least to buy things yang saya suka jadi tak perlu minta pada dia, walaupun dia mmg tak kedekut orangnya...

Bukan apa..nak tolong mak ayah..adik beradik..bayo hutang PTPTN..opps..:D Sekurang-kurangnya bila kita ada lebih, kita boleh bantu apa yg kurang.

Balik pada tajuk, cabaran 9 minggu. Cabaran apa tu kak? eheh, cabaran untuk kuruskan badan yang dah tak berapa nak kurus ni. So, sejak bersalin badan memang susah nak turun, dulu masa anak dara berat saya 45kg je... sekarang???? 59 kg. ha, pengakuan berani potong kuku ni. Ada orang tu cakap kalau saya kurus dia berani potong kuku dia...hihihi nampak sangat tak berani nak bet.

So, sekarang since saya berShaklee dan ambil certain vitamin, saya mensasarkan berat saya mesti turun dalam masa 9 minggu. Target turun sekilo seminggu. Aci ke? boleh je... Saya nak tiru macam akak ni...CUBA KLIK SINI mesti bestkan.. bukanla desperate sangat, cuma nak muat balik jeans saiz 27.. ;)

So, ada sesiapa BERANI nak join saya? ^^

Dear Friends...

Kengkawan... nak jemput ke blog baru saya...

http://www.redcomelmall.blogspot.com/

jemput jadi follower kat situ ye.. sebab sunyi sepila kat sana hihihi..

Salam Lebaran dari hati tulus ikhlas.

Barangsiapa meninggalkan sifat membalas dendam, maka Allah s.w.t akan menggantikannya dengan perasaan lapang dada dan bahagia. Dalam pemaafan itu terdapat ketenteraman jiwa, ketenangan, kemuliaan, kebesaran dan ketinggian jiwa.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah Allah menambahkan kepada seorang hamba dengan sikap pemaafan, melainkan dia semakin mulia." (H.R. Muslim)


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Harap halal makan minum, yang suka mengumpat belakang tu saya maapkan, saya pun tak suka ngumpat orang, rasanya takde sakitkan hati sape2.. :D Tapi kalau dah melampau dan kena fire balik tu nasib la. Harap segala perselisihan timbul kita akhirkan dengan silaturrahim yang masih tersimpul erat. Jemput datang rumah, anak kecik dapat duit raya, kalau yang besar dapat makan beskut je sebab curfew berpantang masih ada, so saya tak renyah-renyah masak dan sebagainya. Tapi kalau nak makan sedap-sedap sila datang selepas 17 hb, saya dah abis pantang, saya nak masak sedap seperti rendang kerang dengan pucuk paku. Tepon dulu tau, kalau tak silap-silap dapat makan kulit kerang, atau pucuk paku je. :P

Rayan dah sebulan, masa lahir 3.25kg, now dah 4.85kg. Tembam kan? :) Tak dapat nak tulis panjang-panjang sebab ada budak debab tapi kacak yang kuat nenen dah nangis nak susu. Jumpa lagi, jemput datang rumah! ^^

love, Red.

Cinta tu Indah.

Well, get used to it. Tido bila semua orang sudah tidur dan bangun bila semua orang masih tidur:)Jadi dikeheningan pagi lagi dah mengadap blog. Rayan pun dah kekenyangan menenen. Alhamdulillah saya dah 21 hari berpantang dan badan terasa amat sihat, lebih-lebih lagi bila dah berurut.Rasa amat sehat. Bila dah sehat, suami saya pulak yang demam. Alahai kesian. Sebab dia jarang demam, bila dah demam takde demam macam saya demam pagi petang dah baik, ni demam pegi balik balik dengan temperature yang tinggi gile. Dah la orang yang pantang jaga orang demam, nasib baik orang yang pantang dah sehat. :)

Tapi itu la namanya rencah hidup rumahtangga. Hidup berkongsi. Susah senang, sakit pening, segala rasa. Jangan ada terbuku marah dalam hati atau perasaan tak puas hati. Sebab hujungnya kita juga rasa pahitnya. Lapan tahun dulu, sewaktu Ijab dan kabul, saya beri jiwa kasih saya untuk seorang lelaki namanya suami. Lapan tahun dah berlalu, hidup saya penuh dengan tangis tawa anak anak yang cukup membahagiakan saya hasil perkongsian hidup saya dengan insan nama suami ini. Since we are not living in fairytales, ada masa susah & sedih, begitula adat berumahtangga. Tapi Allah jadikan cinta tu indah, perjalanan yang susah dan getir jadi mudah dan ringan kerana ada teman seumur hidup di sisi, dan anak-anak yang menguatkan hati sanubari. Alhamdulillah, kecukupan makan pakai buat kami sekeluarga rezeki melimpah ruah... Sungguh Allah Maha Pemurah.

Ulang tahun perkahwinan kami jatuh pada hari Rabu, bersamaan 31 ogos 2011. Ulangtahun yang ke 8. Tidak apa yang saya minta selain kebahagiaan dan kasih berpanjangan.


We've had our share of hard times
But thats the price we paid
And through it all we kept all the promises we made
I swear you'll never be lonely.

My Name is Rayan




Our Fourth Bundle of Joy!

My First Day


Day 17. Hari-hari mama saya gigit pipi saya. Tapi saya tido jugak.


Tahun ni mama tak beli baju raya, tak beli kasut raya, kalau datang umah mama hidang beskut oreo dengan eiskrim aje. (Tahun ni takde kuih raya buatan sendiri atau tunjuk sendiri. hihi ) Dengan duit raya lima posen. Sebab mama sibuk nak gedek saya je, dan tak sempat nak gedek orang lain. :P Sorry.


Jemput makan. Bismillah. Kalau puasa sila tunggu waktu buka.






Berpantang.

Salam. Lamanya tak menulis. 7 minggu since last entry. :)
Saya dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki comel yang embam-embam. 5 Ogos2011, jam 6.59 ptg, 3.25 kg.
Diberi nama Rayan bin Najat Affendy Sila sebut R-A-Y-A-N. bukan Ryan, raiyan, atau Rayyan. Sugar Ray jauh sekali.
Maksudnya dalam bahasa arab Syurga, cakerawala. Kalau dalam bahasa Persia, maksudnya herba yang harum.
Nama yang baik-baik untuk di panggil tanpa ada short form atau long form.
Nama anak-anak semua pun pendek-pendek, Tufah, Faeiq, Ghaus dan Rayan. Senang mama nak panggil dan tulis
kat buku sekolah sebab nama abahnya dah panjang. :)

Alhamdulillah, bersalin kali ni rasa cepat pulih, biasanya after deliver mesti kena rengat 3-4 hari. Tapi bersalinkan Rayan
kena rengat sehari je then sakit berkurang. Ibu jaga seminggu sementara tunggu saya kuat, seblum tu dia dah stand by kat rumah 2 weeks before sebab menunggu baby yang takmo keluar.Bila dah tegap, ibu pulang since saya pun tak mahu ganggu jadual ibu beribadat bulan2 puasa ni dia nak pegi tadarus dengan kawan-kawan, lagipun nnt sian pulak ayah sorang2 kat rumah. Mesti orang wonder, apsal tak balik kampung pantang kat kampung je. Err... komplicated la kengkawan. Anak2 sekolah satu hal, then anak2 saya ada history Jaundice yang severe, jadi susahla kalau kat kampung, abahnya kat sini, nak hantar anak g hospital dan macam2 hal la dgn Tufah exam..Ayoola mcm2 hal. Hingga ke tika ini saya berpantang sendiri di rumah dijaga oleh Encik Suami dengan penuh kasih sayang. Bila berpantang sendiri, sendiri mau ingat, mandi kena air panas, badan mesti sapu minyak panas satu badan, param mesti pakai, stokin mesti pakai, bengkung mesti pakai
kang alignment pinggang lari plak. Takleh minum air sejuk@ais, makan ubat+ jamu, kalau anak kena kuning, jamu jgn makan dulu, alamat nanti berpantang kat hospital sbb kuning anak tinggi. Dah 2 minggu baru boleh makan jamu, bila anak dah bebas Jaundice. Ini bukan kali pertama berpantang sendiri, Masa Tufah dan Faeiq pun saya berpantang sendiri, suami yang masakkan lauk2 pantang. Suami saya pandai memasak. ( tapi tak mau puji lebih2 sebab nnt dia kata saya bodek dia.. ;-P ) Cuma masa masa Ghaus saya pantang di rumah ibu itu pun 3
minggu sahaja lepas tu balik rumah sendiri pantang sendiri, suami yang jaga. Result, kesihatan baik, still manage turunkan berat badan
yang mencanak-canak naik masa mengandung, : P. Senang cakap kembali hot. ( utk suami la ) ahaks. ^_^V . Jangan marah.


Bak kata Ibu, rasa-rasa badan tu. Jangan main air, nnt dah tua tangan dengan kaki kebas2. Jangan gatal2 nak menjahit ke menyulam ke pantang2 ni, kang mata rabun. Mata saya memang dah sedia rabun, so nothing much I can do bout it, but don't make it worse.
Ha, bila dah semua dah pakai, ubat dah makan, dok diam2. Jangan gatal2 nak menyangkul ke, berus lantai ke, berlari2 ker.. Nama pun pun berpantang, Kang kalau bentan menyusahkan semua orang. Saya kira lebih berdisiplin ( apahal skema sangat ayat ni..) bila pantang sendiri
sebab kalau ibu ada jadi mengada2 sebab semua pun tunggu Ibu. :D Tapi orang sekarang pantang sikit lebih kurang je kot tak macam saya ni beria-ria.. Sebab ada orang baru 2 minggu bersalin dah siap pergi shopping bagai dah.... haih...jangan berangan la nak shopping masa pantang ni walaupun PKNS Bangi tu sekangkang kera je dari rumah, baru berdiri kat depan pintu pun dah kena marah dengan Encik Suami, " masuk! nnt kena hujan kang! " hahha padan muka , kan dah kena marah. Jadi solusinya, shopping online jer.. :)

Takpe, kena sayang diri sendiri.. Kita orang perempuan la jaga diri sebab nak jaga family, suami, anak2.. Jadi time pantang, pantang betul2..
tak kirala ada mak jaga atau diri sendiri jaga. Saya baru 2 minggu berpantang, so another 30 days to go. Chaiyok2 !

Hati orang tua..

Kandungan saya dah cecah 35 minggu untuk minggu ni. Sepatutnya due date bersalin bulan puasa nanti 4 Ogos tapi ikut pengalaman 37 atau 38 minggu mesti dah bersalin. Suspen betul..walaupun dah masuk no 4. Tiap kali bersalin mesti teringat ibu saya. ( bertuah punya anak ! time nak benganak baru nak ingat ibu kau ? ) hello, saya tepon ibu saya selang sehari hokey? Agaknya ibu pun pening, ngko ni sampai sampai tua manja tak abis-abis... :P No maksud saya bila datang sakit bersalin tu mesti hati saya tiada ke lain selain memikirkan macam ni la rasanya ibu sakit nak beranakkan saya.

Saya jarang pulang ke kampung sebab suami saya kerja sendiri dan agak sibuk, tu sebab saya selalu telefon ibu.Disebabkan kekerapan saya menelefon ibu, amat mudah saya mengesan kalau-kalau ada kekacauan emosi dihujung-hujung suaranya. Ada masa saya telefon dia gembira, ada masa macam merajuk pun ada, ada masa tengah sibuk kursus haji so saya kena telefon balik ( sebab tahun ni Insya Allah dia pergi mengerjakan Haji kalau kesihatan mengizinkan) dan kadang-kadang dia tengah sedih.

Hati seorang ibu kan lembut, tak kira macam mana berdikari pun dia, tak kira betapa banyak harta dia... sebab pada dia, harta dia adalah anak-anak. Ibu saya memang bukan jenis suka mengadu sakit pening kalau sikit-sikit dia telan aje sorang-sorang. Sampai saya naik marah bila ada sekali dia demam teruk sampai tak boleh bangun dia masih buat-buat kuat taknak mengadu kat sapa-sapa.Saya tahu pun sebab saya rasa x sedap hati dan telefon berkali-kali baru dia angkat telefon.Nak angkat telefon pun x larat... Ibu oh ibu.

oh... bukan nak bermegah betapa sayangnya saya pada ibu saya. Tak. In fact, dalam adik beradik, sayalah yang paling " baik". Nakal masa kecik, masya Allah tuhan aje yang tahu.Rasanya sayalah yang paling memeningkan kepala ibu Ayah. Tapi bila dah masuk middle age, haruslah insaf dan berubah betul tak? :) kalau agak-agak species yang jenis telefon mak ayah 2 bulan sekali, ubahla ke 2minggu sekali paling tidak pun. Kalau jenis kedekut alang kepalang tu, buat-buatla hulur kat orang tua tu barang lima puluh hinggit walaupun dia ada pencen. Dia bukan nak sangat duit kita pun, tapi the thoughts that matter. Kalau datang rumah bawak buah epal dua tiga biji. Itu pun dah cukup buat dia hepi. Banyak je benda- benda kecil yang boleh buat mereka rasa dihargai. Takperlu emas permata pun.Hati orang tua, kita tetap anak dia... walaupun kita dah tua bangka. ;)


Rasanya tak terbalas jasa orang tua yang melahirkan dan membesarkan.Bak lirik lagu Aisyah " tiada bahagia jika tiada doa puja restu. Syurga itu ditelapak kaki ibu." Ingatan untuk diri sendiri.

Suami oh suami... :)

salam... saya suka baca artikel ni... mengingatkan saya bahawa saya beruntung ada suami yang baik.Walaupun tak sempurna, (saya pun x perfect) tapi cukup membahagiakan saya dan anak-anak.Just for sharing for sisters and fellow out there. Lots of love, ~ Red.




Ustaz Azhar Idrus: Panduan Suami Baik

* Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

* Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

* Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.

* Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

* Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

* Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?

* Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

* Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

* Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

* Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

* Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

* Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

* Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

* Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

* Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

* Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.

* Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

* Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

* Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

* Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.


Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

* Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

* Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

* Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

* Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

* Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

* Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

* Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

* Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

* Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

* Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

* Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

* Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

* Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

* Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

* Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiapperbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

* Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

* Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

* Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

* Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

* Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

* Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

* Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

* Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

* Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

* Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

* Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

* Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

* Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

* Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

* Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

* Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Ustaz Azhar Idrus

Lara Hati

Beginilah saya tiap kali berjauhan dengan suami. Lara hati tiap kali dia mahu berjalan jauh. Padahal dah lapan tahun kami berumahtangga, anak pun nak masuk empat.Saya masih begitu, tak berubah-ubah. Bila dia kata nak pegi outstation je, mulala merebeh-rebeh air mata. Kadang-kadang terkeluar juga dari mulut suami,

"Ani ni manja sangat, abang bukan nak pegi berperang."

Tapi memang jarang kami berjauhan, sepanjang kami kahwin, boleh dikira dengan jari. Dia pun berkira-kira kadang-kadang mahu kemana-mana, mungkin sebab risaukan peel saya ni. Haha..:)
Memang, saya mengaku, sukar saya nak berjauhan dengan suami dan anak-anak... kosong rasanya hati ni..

Tapi saya kira bukan saya je yg macam tu. Masa saya bersalinkan Ghaus, saya berpantang di rumah ibu di Melaka. Sebelum- sebelum ni suami saya yg jaga masa pantang, masak, membasuh masa saya pantang. Jadi masa Ghaus lahir untuk sebulan suami berulang-ulang KL-Melaka tiap minggu. Yang kelakarnya tiap hari Jumaat lepas sembahyang Jumaat suami saya dah terpacul di daun pintu rumah ibu. Orangnya memang bukan jenis cakap I lap U, I miss U.. tapi bila nak tido malam dengan Tufah dan Faieq bawah ketiak dia, kata suami..

" Kat rumah sana susah abang nak lelap mata tido sorang-sorang "

Saya tahu dia pun rindu. Cuma dia tak cakap je. ;)

Kadang-kadang saya menangis.

Ayah masa kecik panggil saya cembeng
Ibu selalu cakap saya kuat merajuk.

Sekarang,
Suami saya pulak panggil saya cembeng.

Hey, itu dulu tau. 5 tahun lepas.
Masa baru kawen memang saya selalu menangis, banyak betul dugaan masa tu.Kawen masa belajar, memang tak tahan pressure.Tapi tahun demi tahun berlalu, macam-macam pengalaman saya lalui.Tak banyak sikit buat diri jadi tabah. Kalau ada kena marah atau merajuk pun sendiri pujuk hati.Takdela nak tunggu coklat atau bunga ke nak pujuk, berani potong kuku la kalau bagi. hahahha.:P Jangan marah ye bang.

Tapi malam semalam masa mengajar Faeiq buat homework saya menangis bila dia tak dapat buat exercise yang cikgu bagi... sebab saya takut dia tak boleh nak catch up bila dia dah darjah satu nanti . Saya menangis sebab menahan marah dan seboleh-boleh saya tak mahu merotan anak-anak saya kecuali untuk kesalahan yang berat-berat.( cth mencuri atau menipu yang diorang tak pernah buat). Akal anak-anak tak sama macam kita jadi sabar dan usaha tu perlu kan.

Seingat saya orang yang paling tabah mendidik adalah ibu ayah saya. Cukup masa pergi sekolah, cukup masa pergi mengaji, cukup masa tido. Baik ibu atau ayah, cukup disiplin didik kami adik beradik. Saya selalu fikir, mampukah saya buat yang terbaik dalam memdidik anak-anak yang bakal jadi imam keluarga mereka nanti?
Saya harap Allah beri saya dan suami kekuatan.

Kata-kata puji tak buat diri jadi lupa dan kata-kata kutuk tak buat diri jatuh. Jauh sekali nak bersedih tentang kekurangan diri melainkan ambil iktibar dan baikinya.

Namun satu-satu  perkara yang boleh buat saya sedih adalah tentang orang-orang yang saya sayang.
Buat anak-anak mama, kasih mama tiada yang boleh kamu bandingkan..
Buat suami, setia saya tiada taranya.

Setiap nafas yang saya hela adalah doa buat suami dan anak-anak agar mereka dalam lindungan Allah.
Moga anak-anak saya jadi insan yang hebat-hebat. Amin.

Entri Si Perut Buncit.

Entri terakhir sekali bulan 1. Lepas tu langsung tak update-update blog. Pemalas? boleh tahan la.... Tapi terlampau banyak urusan lain sampai perkara lain yang kurang penting kena ketepikan. 

Tambah pulak bila perut makin buncit ni..hihihi lagi la  bertambah "rajin" makcik nak mengupdate blog.

    Sepanjang bulan 1 sampai bulan 4 ni, macam-macam dah berlaku, dah selamat pindah rumah, accident kat roundabout sampai kereta yang baru sebulan pakai dah masuk workshop. Tension betul time tu rasanya... Tapi sebab budak tu yang salah dan polis pun dah kompomkan budak tu salah dengan memberi saman kepada adik McD itu, makanya agak lega disitu bila semua perihal insuran dapat diclaim atas kereta dia. 

   Bulan lepas ada orang cuba nak pecah masuk rumah. Nasib baik tak sempat masuk dia dah lari sebab saya perasan ada bunyi lampu alarm. Cepat-cepat turun bawah ambil telefon dan pisau dapur budget macam berani sangat. Saya ni memang penakut sebenarnya, tengok cerita Hantu Kak Limah  Balik Rumah pun tutup-tutup muka,(masa 1st time tengok) nampak sangat penakutnya. Tapi sebab tau yang bukak tingkap dapur tu orang dan bukan Hantu Kak Limah, dan hubby pulak kebetulan baru keluar  tu yang macam The Last Mohican version perut buncit 6 bulan  terus turun bawah ambik pisau, mengenangkan anak-anak. Hubby sampai-sampai 'tekejut den' tengok saya dengan pisau. Tapi ternyata penyamun tu memang takut dengan saya dan ini sedikit sebanyak membantu keyakinan saya supaya sedikit berani untuk tidur dalam gelap. (iye, selama ini saya tidur dengan lampu menyala  kalau tidur sorang-sorang ) Masa kecik ibu selalu bising sebab dia tukang tutup lampu, saya tukang bukak balik. Sampai kadang-kadang ibu bising,

" ko tidurla terang-terang, lagi hantu datang sebab tau ko ada kat bilik. "
" Alah, mana  ada hantu.."
" Tau pun, abih tu takut ape? "
 "Ntah"

Huh..rindu sungguh pada Ibu.

Rindu sungguh juga pada kakak saya.

Hari ini hari jadi kakak saya. 16 April. Satu-satunya kakak saya. Kakak saya dunia akhirat, kakak saya yang suka melukis dan baca buku, kakak saya sedarah daging. Dan suka belanja saya dan lepas tu membebel. ^_^V  Hahaha, tapi saya fikir sekarang mungkin dia dah tak membebel bila belanja orang sebab dia dah banyak duit.
Lama sungguh tak jumpa Kak Ngah. Semoga dia panjang umur dan murah rezeki, dan dilimpahi dengan kesihatan yang baik. Just wanna let you know, I love you with all my heart.


Tufah dah masuk darjah 1.

Ni masa rambut panjang, hari pendaftaran
Ni masa dah gonjeng, meh mama tengok sikit.
 Ok, takpe, hensem lagi.
 



Tufah dah masuk darjah satu. Yeay!!!
Memang steady, xde nangis-nangis :)
Hari pertama dengan kedua je mama hantar sampai dalam dan datang masa rehat.
Hari ketiga mama hantar kat luar je (kat gajah menyusur) dan dah tak datang masa rehat. Itu pun macam jalan kat red karpet masa hantar kat gajah menyusur sebab  selang 5 langkah lambai mama... hahah macam artis gitu. Lambai mama sampai la hilang dari pandangan. Sebenarnya aku yang tak berenti melambai sebab rasa nak nak hantar sampai dalam tapi nak mendidik supaya dia tak manja sangat  tu yang hantar sampai gajah menyusur je.. Takpe la nak, janji pegi sekolah. Belajar pandai-pandai ye nak.

Ada kengkawan yang minta tips untuk hantar anak ke sekolah Cina. Aku  tak la pandai sangat , tapi sekadar berkongsi pengetahuan apa salahnya ek

Seeloknya cari tadika yang ada basic mandarin yang bagus, macam kat area rumah aku ni ada 3 tadika yang ada basic mandarin, Apple King, Q-dees, dan ada lagi satu tadika tak ingat apa ke namanye... antar Q-dees sebab betul2 depan rumah aku (senang, sbb dekat..:D) Tufah belajar situ sejak umur 4 ahun lagi. Basic Mandarin penting sbb nnt kalau dia masuk sekolah rendah semua speaking mandarin, kang sian anak  x paham tercangak-cangak sorang-sorang masa cikgu  cakap.

Masa mula-mula masuk Q-dees aku  tak bekalkan anak dengan makanan. Tapi sejak member tu komplain akak kat sekolah masak tak sedap la mama ...ayo~ sejak hari tu mula la dia bawak bekal pegi sekolah. Dari cookies, kek, kacang-kacang sampai la ke mee , bihun goreng. Semua dia suka. Sekarang Faeiq dengan Ghaus pun bawa bekal pegi sekolah. Kalau bimbang dengan status halalan toayiban(wajib bimbang) , elok la bawa makanan dari rumah sbb dikantin sekolah Cina bukan orang Islam yang masak. Ini penting ya ibu2.. Dan untuk mengelakkan dia lapar extreme di sekolah, aku pastikan dia makan sekenyangnya di rumah sebelum ke sekolah jadi bila tiba waku makan petang dia boleh alas perut dengan bekal yang dia bawak.

Banyak mulut dan ringan mulut aku bertanya tu ini. Masa hari pertama sekolah aku  bertanya macam2 pada cikgu kelas dia itu ini sampai cikgu tu naik menampah kenal muka aku .Tufah pun dah ada kawan ramai, mama pun dapat kawan ramai.  :D

So, tiap2 minggu dia ada tuisyen mandarin dan math dengan cikgu tadika dia yang lama. Dia nampak ok dan seronok  sbb kawan-kawan masa dia tadika dulu ada ramai yang sama belajar tuisyen dgn dia.

Minggu ni dah masuk 3 minggu Tufah sekolah SRJKC dan  dia happy walaupun cikgu garang. LEGA aku..:D

"Cikgu garang la Mama...."
"Bagus garang, kalau x buat homework nnt cikgu rotan." 
"Ala... Mama nie.." ~Tufah muka boring..
Hahaha suka nyakat Tufah