Madu

Perempuan mana yang mahu bermadu? Ada? Siapa? :D 

"Ish, madu-madu ni jangan sebut. Pantang" kata sorang teman saya.

Tiada siapa yang mahu bermadu.Walaupun dijanjikan payung emas. Tapi suratan hidup kita tak tahu. Begitu juga dengan Qada dan Qadar Allah. 

Pagi tadi sahabat yang saya sayangi menelefon. Berborak bertanya khabar, macam-macam cerita ada, cerita durian, mengidam ( dia tengah pregnant). Tiba-tiba dia  kata,

Red, hari tu aku tengok Semanis kurma. 

Iye? Ape topiknye?

Hakikat Bermadu. 

errrr...Ok. 

ko ada pen dengan kertas?

Apsal, ko nak suruh aku salin tips-tips bermadu ke? eheh, takmo, aku x nak ada madu la.

hotak hang la Red.

Hihihihi, abis tu?

Ustazah Baeyah cakap, kita x tahu tentang masa depan, qada dan qadar Allah. Tapi seandainya ujian bermadu tu tak dapat ditanggung oleh diri kita, bolehla amalkan surah Al-Baqarah ayat 286. Insya Allah kalau selalu amalkan, kita di jauhkan daripada ujian tu.

ooo, bagus, bagus. Jap, aku salin. 

End of Conversation.

Bagusnya ada teman baik begini...:D


Daripada Ibni Mas’ud, berkata Ia : Bersabda Junjungan Nabi s.a.w.:

“Barangsiapa yang membaca dua ayat daripada akhir surah Al-Baqarah pada malam hari nescaya mencukupi keduanya akan dia.”

Surah Al Baqarah ayat 285 dengan 286 bagus diamalkan.

Makna mencukupi keduanya bagi sesiapa yang membacanya ialah mencukupi kepadanya daripada melakukan ibadah pada malam hari, atau daripada melakukan bacaan Al-Qur’an, ataupun dapat menolak keduanya kejahatan dan bencana syaitan atau manusia dan jin, atau mencukupi untuk menambah kekuatan iqtikadnya, kerana dua ayat itu ada mengandungi makna iman dan amal secara ringkas.

Adapun dua ayat tersebut ialah : 

1. Firman Allah Ta’ala : ( Aamanar rasuulu bimaa unzila llaihi mir rabbihi wal muminuun. Kullun aamana billaahi wamalaaikatihi wakutubihii warusulihii laa nufarriqu baina ahadim mir rusulihii waqaaluu sami’naa wa atha’naa ghufraanaka rabbanaa wailaikal mashiir).

285. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya”. Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami ta’at. (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

Al-Baqarah ayat 286. 

2 ( Laa yukallifullaahu nafsan illaa wus’ahaa lahaa maa kasabat wa’alaihaa maktasabat. Rabbanaa laa tu aakhiznaa in nasiinaa au akh.tha-naa, rabbanaa walaa tahmil ‘alainaa ishran kamaa hamal tahuu ‘alal ladziina min qablinaa. Rabbanaa walaa tuhammilnaa maa laa thaaqata lanaa bih. Wa’fu ‘annaa waghfir lanaa warhamnaa, anta maulanaa fanshurnaa alal qaumil kaafiriin.)

286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan ma’afkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
.
.
.
.
.
.
.
.
Berbalik pada soalan ayat pertama tadi; Saya tak mahu.Saya rasa xde pompuan yang nak ada madu. Madu lebah takpe, buah jambu madu takpe.Tapi madu yang jambu, apakah? Dah jangan tanya lagi. 








Ada orang memang tak boleh di buat kawan.

Emosional? hahahha maybe.Tapi aku bukan jenis yang marah lama-lama. Dan aku pula bukan jenis pendendam," tatak simpam lalam hati punya olang la ini budak"  ya... itula aku.

Betullah, Allah jadikan manusia ni berbeza-beza. Jenis aku orang tak kacau aku, aku tak kacau orang.
Bukan jenis aku sikit-sikit nak mengutuk orang, nampak cacat sikit nak mengata sana sini. Bukan aku. 
Tapi ada jenis orang mulut yang memang nak kena cili. Mengata sana, mengata sini, macam dah takde hobi lain. Carilah hobi wei! tanam pokok ke, pergi salon ke, baca buku ke.. 

Iye, aku tak perfect. kengkadang aku manja, kengkadang aku garang. kengkadang aku senyum kengkadang aku masam. kengkadang aku masak sedap, kengkadang tak. Tapi dah orang jenis ni  ko masak sup x sedap pun dia mengata satu kampung , complaint sup cairla  ke apebenda whatsoever it is and make fun of it. hihihi ni contoh je la..

Sahabat paling setia, itulah aku. Pendengar yang setia, itulah aku.Dan aku selalu sangka orang pun buat yang sama utk aku, sebenarnya tidak. Orang buat baik sebab berkepentingan aje.... Mungkin aku yang cepat perasan bila orang buat baik dengan aku.Hakikatnya tidak.Ada fishball disebalik mee sebenarnya. Aku rasa macam orang bangang, sebab depan aku baikla sangat, kat belakang  berbakul dia mengumpat aku.

Come on la..  jangan tipu kalau ko tahu orang mengumpat ko dan ko rasa ok like nothing happen. Lebih-lebih lagi orang tu orang yang ko selalu buat baik, x pernah niat nak lukakan hati dan perasaan orang. Sampai aku tertanya-tanya, apa lagi yang harus aku buat supaya aku dapat di terima pakai dimata ko? Well, on second thought, you don't deserve me to be in your life. Tawar dah hati aku.

Macam ni ajelah.Sebab aku bukan jenis membalas-balas. Sebab ibu aku ajar supaya hormat  apa jua kelebihan atau kekurangan yang orang lain ada. Dan aku belajar terima hakikat, ada orang memang tak boleh dibuat  kawan.

Hubungan sesama manusia memang menuntut kesabaran, tapi ada jenis yang deserve makan tapak kaki.~SIS JOJET

Mulai hari ini, aku dah letak filtration column dalam hati aku supaya aku dapat filter dengan siapa aku patut rapat, sebab bukan apa nanti aku je yang sedih sorang-sorang bila tahu orang yang rapat dengan aku tu sebenarnya tak suka aku. Aku je yang perasan sorang-sorang. Hahahahha.

Bila rasa hati dah berkarat, banyak-banyak la berzikir. Lagi bagus dari mengata orang. :D

“Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kalian mengumpat (ghibah) kepada sebahagian yang lain. Apakah kalian suka salah seorang diantara kalian memakan daging saudaramu yang sudah mati? Maka tentulah kalian membencinya. Dan bertaqwalah kalian kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Pengasih.” (Al Hujurat: 12)

Gossip Di Pagi Hari.

Masa  sarapan pagi, saya buat sandwich telur  utk abang, dgn air Milo best.

Redcomel: Abang, nanti jangan beli goreng pisang depan kedai mamak tu tau..

Abang: Nape pulak? ( muka musykil + serius) Goreng pisang dia sedap la..

Redcomel: Sebab dia non-muslim.

Abang: Mana Ani tau? ( muka bertambah musykil)

Redcomel: Sebab....emmm makcik nasi lemak beritahu.

Abang: Ish, x baek makcik tu cakap camtu.. rosakla bisnes dia..

Redcomel: ermm tapi dia (orang yang berniaga pisang goreng tu) selalu makan kat kedai "Cha ya Nun alif "tu.. Mana tau dia makan "ba alif ba ya" ke.. Pastu jual goreng pisang, ntah bersih ke x tangan dia.. ish ish..

Abang: (Gelak) Was-was x yah makan. Ani ni pagi-pagi dah bergossip. 

Redcomel : Hahahaha.. ala asyik cakap bende serius je...Eh, abang tahu x pakcik misai yang  selalu teman dia tu boifren dia

Abang: Ha? biar betul? Mana tau. 

Redcomel: Pakcik tu sendiri cakap pada makcik nasi lemak tu....

Abang: Ish ish...( gelak2)  pening abang, too much information... dah dah x mo dengar... Abang nak g keje ni. Ani ni, bagila informasi yang berfaedah skit.

Redcomel: Hehehe.. ala abang ni....

End of Conversation.
...................................................................

Saya tak racist, but when it comes to food mesti kita mesti ambil berat tentang proces pembikinannya.Maybe nampak remeh, tapi when it comes to food saya ada pendirian. Saya takkan makan  dikedai "Cha ya Nun alif" sebab saya tahu mesti ada jual "ba alif ba ya"  panggang ke whatsoever. Emm.. saya tahu acik nasi lemak tak de niat nak rosakkan bisnes akak pisang goreng, tapi kebetulan masa saya datang dia tengah berborak dengan anak dia, saya pun tanyala.. ( Busy body betul aku ni.. hahahha)

Boringla asyik cakap benda serius je kat meja makan. Well kalalu nak tahu fakta hari ni, Australia dapat Perdana Menteri wanita pertama diorang hari ni Julia Gillard  dan sebanyak 46000 peminjam PTPTN dah bayar hutang depa melalui skim potongan gaji.. Owh, menariknya topik perbualan saya.

hehehhe

Apa yang korang borak dengan pasangan korang bila sarapan pagi tadi? ;)

Ironi Hidup

Ada orang dulu masa kecik2 jahat
Bila besar jadi baik.

Ada masa  kecik2 baik
Dah besar jadi jahat

Ada orang dari kecik sampai besar tak sudah-sudah buat jahat.

Ada pengedar/penagih dadah, tapi pasangan hidupnya polis

Ada dulu sahabat baik sekarang jadi musuh

Ada anak-anak yang masa kecil ditimang dimanja
Bila dah besar tak boleh duduk semeja, tak boleh bertembung muka.
Hingga x mengaku anak, putus keluarga...

Ada orang tua yang dulu bekerja kuat supaya anak berjaya
Bila anak berjaya, ibu bapanya duduk rumah orang tua-tua...

Sedihnya...

Pelik betul? tak....
Berlaku banyak dikeliling kita.

Andainya kita hidup senang, jangan lupa orang-orang yang menyayangi kita
Terutamanya ibu ayah... 

Andai banyak rezeki kita, jangan lupa pada mereka yang kelaparan...

Buat baik pada anak orang lain, mudahan-mudahan dipelihara anak-anak kita daripada penganiayaan orang bila kita dah tiada...

Buat baik pada orang-orang tua, agar dikasihani ibu bapa kita bila kita sudah tiada.

Bantulah orang walaupun sedikit... Memberi makan pada mereka yang lapar, mengesat air mata mereka yang memerlukan bantuan dan meredakan derita mereka yang tak cukup wang.

Siapalah kita yang mahu menongkat langit, sedangkan tiada satu zarah pun di tubuh kita milik kita sendiri.

Tiada daya dan upaya melainkan izin dan kehendakNYA.

It's tea time :D

Cuti sekolah time untuk meggemukkan Faeiq yang kurus. :D

Dah cuba macam-macam untuk pancing selera anak mama yang sorang ni, susah betul dia nak makan, cuti sekolah nampak seleranya macam dah ok sikit. Hari ini je dah cukup 3 meal dia ambil dengan portion yang banyak. Pagi cup cake dengan susu, tengahari Chicken chop king, makan masa ambil Tufah balik kelas piano dan petang Chocolate Mud Cake dengan ice cream.



yummy!

Faeiq yang baju hijau tu.. orgnya mmg comel dan kecil ;> sbb susah makan.


Aduhai, yang sorang ni susah betul dia mau makan, harap orang tak salah sangka saya x bagi anak makan, sebab dia memang cekeding. :P

Takpela, janji sehat.

Cuti cuti lagi


Cuti sekolah dah mula... Bermula la sesi pagi yang relax sbb x payah bergaduh dgn Faeiq dan Ghaus nak kejut diorang pegi sekolah hehehe.. boleh baca buku pagi-pagi... nyanyi-nyanyi sambil g kedai. Semua orang pun aman sebab x payah dengar suara mama menjerit kejut semua orang g sekolah.

Well kids... jom kita tuntut janji dengan abah yang hari tu kata nak g jalan-jalan. Mana abah ni?

Abah tengah menyorok kat opis, banyak keje. ~Tufah
hahahaha...

Mana mau pegi ni, mana2 pun ramai orang sampai highway karak pun jam.

Pegi tengok wayang je la.. :D

Demam Denggi? oh Tidak!!!

Dah lama saya x demam, kali terakhir saya demam bulan 12 tahun lepas. Yang x larat bila demam ni nak buat semua benda pun x larat. Perasan saya macam dah kena denggi je sebab semua sendi-sendi saya sakit-sakit. Sakit kepala teruk, abis satu badan sakit-sakit. Tapi macam x logic sebab saya duduk tingkat 15 di apartment yang maintancenya  mahal bagus, patut x de nyamuk. (Ini bukan statement bermegah-megah tapi dengan harga maintainance yang tinggi pasti tahap kebersihan yang tinggi diharapkan.) Dalam sakit-sakit saya sempat google di internet simptom-simptom denggi. 

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

kompom ahkak dah kena denggi! habis badan semua gatal2... ces ada juga nyamuk sesat kat rumah aku nih. oh tidak, saya x mau masuk sepital.... sapa mau jaga anak2 saya nanti? Tahu tak apa yang saya buat supaya saya x masuk dalam penyumbang  statistik kes denggi di kajang ni?

Makan vitamin yang complete, saya makan USANA. Sangat bagus.
 
Bila demam, jangan mengada-ngada x makan. Mesti makan. Tekak saya memang sakit nak telan makanan-makanan yang saya masak sendiri.. nak ke dapur pun x larat.. jadi apa yang saya buat, beli makanan yang paling best. Order pizza. Yeehaa!!! Beli jus oren supaya hilang rasa nak muntah.

Bila tak larat sangat, minum 100 plus. iye..minuman isotonik tu... satu hari sampai 2 botol saya minum. Minum, minum dan minum supaya platlet dalam darah x turun. Setakat ni dah empat botol dah abis... Cayalah!

Sebab denggi ni bukan ada ubat pun. Terapi sokongan je bila masuk sepital. Nanti cucuk sana, cucuk sini. Ambil darah untuk  test tak sudah-sudah. Menengok situasi tu bila adik ipar satu family masuk hospital hospital sebab denggi. Insaf, mak insaf!
 
Lagipun mungkin dulu masa saya belum ada anak, masa belum kahwin, saya boleh bermanja-manja bila demam. Tapi bila dah jadi seorang ibu, semua tu berubah. Sebab bila anak2 atau suami yang demam/sakit, kita, ibuk-ibuk  naturallly tahu apa nak buat. Tapi kalau kita yang sakit, kita yang harus jaga diri sendiri. Betul? Badan kita, kita yang tahu..Dah macam bunyi aktivis feminist dah..^_^  Lagipun dah tugas bapak-bapak cari rezeki. Jadi x payah la nak mengada-ngada ye tak? Banyak lagi benda yang bapa-bapa mahu fikirkan. :D Tambah-tambah lagi bila bapak pun demam sekali. ha, mendapek!

Well I guess I did the right thing. Pada saat saya tulis entry ni saya dah kebah pada hari ketiga saya demam. 
Pening-pening sikit tapi sakit badan dah kurang. Memang saya x senonoh tak nak g klinik, macam laki  x mampu nak bayar bil  klinik je.. hahhaha tapi akhirnya saya pasrah juga bila satu badan timbul bintik-bintik merah. Terpaksa jugalah g hospital. Check darah, nanti memandai-mandai  x pasal je kang.

Masa saya tulis blog ni semua orang dah sehat, saya dah sehat, hubby pun dah sehat. Lega giler... Petang tadi ada orang fogging area ni sebab nyamuk banyak sangat agaknya.. bagus..Matila ko nyamuk! jangan gigit anak cucu aku.