Beg Riben Lagi...

Dah lama saya tak buat sulam riben. Lama gila..jadi bila nak buat balik rasa liat. hihihi
But then demi seorang teman saya gagahkan juga demi perjuangannya pada anak bangsa.
Dia cekgu. :D Saya rasa beg riben saya ni ramai cikgu2 yang order, masuk kawan saya ni 
dah enam orang cikgu yang order. (eleh....baru 6 orang tak lah ramai sangat)
Banyak sangat dugaan bila buat riben ni, anak2 yang suka syebok-syebok... Tu yang agak lama nak siap..
Sian kawan saya, tapi yang penting dia puas hati dengan kualiti jahitan saya walaupun saya rasa masih 
ada kelemahan saya sini. Bayangkan masa menjahit si Ghaus siap bertenggek sama-sama kat mesin jahit?
DUGAAN & COBAAN sungguh...

Tapi akhirnya siap...


Dan dah sampai pun pada tuannya...:D

Dan ini testimonial dari kawan saya itu di FB..

Mahfuzah Maarap July 20 at 5:48pm
salam,,,
ani, beg dah sampai...sungguh berpuas hati...cantik dan kemas buatannya....mak saya pun puji...


hihihi
owh...happy betul saya..If ada sesiapa nak order boleh go to my shop, ada design banyak di situ.


 Bak kata kawan high school saya, HANA,the undomestic Goddess dia tak caya saya menyulam sebab masa sekolah dulu saya hanya tau pegang kayu hoki dan menjerit dalam padang sambil berlari sana sini yang sungguh tak ayu. hahahaha.. Aku pun caya aku boleh menyulam Hana oii...got my menyulam mojo after bersalin Ghaus  :D Well feel free to go to her blog yang sangat interesting. But first go to my shop first. ;D 

ok, till now. Nanti jumpa lagi. bye!


Selamat hari Jadi Sayang mama, Faeiq

Mama doakan Faeiq anak yang berjaya dunia akhirat
Mama doakan Faeiq cepat besar, jadi harus makan banyak sikit
(Faeiq yang paling susah makan antara 3 orang baby saya)
Mama doakan Faeiq jadi orang baik, tak sombong, sayang mama abah,
sayang Along dengan Ghaus.
Mama doakan Faeiq capai cita-cita Faeiq nak jadi Doktor
Mama doakan Faeiq dapat isteri yang baik, cantik dan bahagiakan Faeiq
Mama doakan Faeiq sentiasa berada di bawah lindungan Allah. Amin

Cerita Seram? Takut no more :D



Saya dah berjaya mengatasi ketakutan saya. Hari tu tengok cerita  ni sampai habis. Yeay! Bila tengok cerita begini harus ada teman. Hubby la mangsa saya, harus duduk disebelah sampai cerita abis. Tutup-tutup juga mata bila  time part2 yang seram. hihi..Aci tak?

Maksud saya mengatasi ketakutan tu bila cerita abis saya x takut nak pegi dapur sorang2 pastu tengah malam takde mimpi ngeri. Tapi cerita macam ni boleh la layan lagi... tapi cerita seram tahap melampau macam Ring O masih x boleh belah dan takkan tengok sampai bila-bila. hahaha.. Teruk betul.(cerita tu la..apsal seram sangat, nyampah.)

Teringat masa bercinta dulu dengan hubby ada juga  tengok wayang cerita The Ring, bila balik hostel langsung tak boleh tido sebab terbayang-bayang benda tu kat balik  almari. :P Sejak tu tobat x mo tengok dah. Itu la  kesahnya saya dan cerita seram.

P/s: Sebelum tido baca ayat Kursi banyak kali. :D

Memori

Aku dibesarkan di Melaka. Di kawasan rumah teres,  sangat sayangkan tempat tu.Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.Tapi bila ibu dah pencen dan decide nak pindah ke kampung,aku jadi boring. Now, I never get the chance to go back to my old house,  selalu termimpi-mimpikan rumah tu. Satu sebab rumah tu dah lama tinggal dan ibu cakap,

"Luqman (adik ) ada juga balik rumah Melaka, tapi bila dia tido malam, dia rasa ada orang peluk dia.Rumah dah lama tinggal, "orang" lain la duduk "
Ibu ni...kadang-kadang superstitious la
"Sapa pulak yang duduk?"  soalan buat2 x paham.

Padahal,Arghhhhh!!! Takut! Berani betul si Luqman pi tido sana. Aku  kalau dah tahu ada benda lain, upah pun x mau. :P 

Tapi masa kecil, tempat tu sangat membahagiakan. Ramai kawan-kawan. :D Aku kan peramah. hihi

Dihujung deret rumah teres tu ada satu rumah corner lot yang di jadikan rumah orang-orang tua. Masa tu aku kecik , umur 7-8 tahun rasanya. Aku tak faham naper ada orang - orang tua duduk ramai-ramai sedangkan masa tu Nyai ( nenek aku ) duduk dengan kami di jaga elok dengan penuh kasih sayang oleh ayah dan ibu aku. Aku selalu la tanya soalan-soalan pecah otak pada ibu sampai ibu pening nak layan aku yang mulut becok ni. "Nape atuk nenek tu duduk situ? apsal anak dia x jaga dia? Rumah atuk tu kat mana? Nape, anak nenek tu x sayang dia ke?" aku tanya berulang-ulang sebab x paham, dan ibu aku naik penat nak jawab. 

Rentetan tu selalu la aku jadi tetamu x diundang ke rumah orang-orang tu, main "PeekaBoo" dengan atuk nenek tu kat pintu pagar. Penghibur x berlesen walaupun aku tak secute mana. Hahahaha.  tapi x boleh masuk sampai dalam jadi borak-borak kat pagar je. Tapi bila aku budak kecik yang baru belajar tanya soalan pelik-pelik pada atuk nenek tu, (macam soalan2 yang aku tanya pada ibu) nurse yang jaga diorang dah x kasi aku datang dah. Evil Nurse!  Rumah orang2 tua tu beroperasi selama 3 tahun, sampaila ada kematian di situ, then operation closed. Tak tahula sebabnya, tapi itulah kisahnya...tutup cerita 20 tahun lepas.

Everytime pergi pasar  mesti nampak sorang atuk depan bank CIMB dengan sebiji kotak derma. Aku lalu tengok alamatnya di kajang, dekat sangat dengan rumah aku. Sayu hati aku teringat rumah orang-orang tua yang dekat dengan rumah aku masa kecik dulu. Tanya-tanya juga pada atuk tu camner boleh duduk di situ,Di pendekkan cerita, dia kata, dia sakit dan dimasukkan di hospital,bila dah sihat last resort hospital hantar ke rumah jagaan orang tua sebab dia dah tiada sesiapa dah. Family xde, anak pun xde. Aku rasa air mata macam laju nak turun macam banjir tapi tahan je. Dia ada bagi resit, kata dia pada aku kalau ada baju terpakai atau bantuan boleh la hantar. 

No 23,Jalan Maju 2
Taman Maju
Jalan Semenyih
43000 kajang

http://www.sitinoraininursinghome.com/Donations.html

Jika ada baju-baju yang elok tapi dah takmo pakai bolehla hantar sini, atau apa2 yang nak didermakan.

Syukur jika kita ada kehidupan yang baik, ada sesetengah dari kita memang kurang bernasib baik... 

p/s:Saya sayang ibu ayah mak abah. 



Little things that make me happy

  1.  Terbangun tengah malam tengok wajah suami dan anak-anak tidur



  2. Lepas mop lantai tengok lantai licin dan berbau wangi


  3. Balik dari kedai anak2 jerit di pintu, Mama!mama! mama! macam anak burung



  4. Jalan-jalan hujung minggu dengan suami dan anak2 
  5. Ada customer telefon dan beli barang dari REDCOMELMALL.COM(click here to go to my shop :D)


  6. My best friend telefon dan berborak tentang macam-macam hal
  7. Balik kampung dan jumpa ibu
  8. Shopping! hahaha

     
  9. Makan sedap :D
  10. Makan coklat

  11. Dah kemas rumah, then duduk di sofa sambil makan cekelat
  12. Bila abang pergi keje  saya cium pipi dia, and vice  versa
  13. Bila pergi pasar 
  14. Dukung baby
  15. My children say they love me
  16. Cuci muka tengok jerawat takde, hahaha :P

  17. Beli Big Apple Donut 
  18. Tengok matahari terbit & terbenam
  19. Bila anak2 buah datang rumah
     
  20. Bila pergi pantai...
 Wahai teman, apa yang buat anda gembira? :D write it in ur blog, it will make your day!