Mural anak-anak :D


Anak2 saya cukup suka bermain dengan pensil warna, krayon. Saya pulak memang sentiasa beri sebab taknak jari-jemari  mereka keras bila tiba masa nak pegang pensil. Ghauss pun dah pandai conteng-conteng. Tak cukup kertas, dinding pun menjadi tempat mereka mendokumentasikan hasil karya mereka. HUHUHU... 


emm.. cantik tak? :-) ada kereta2. kalau kereta mesti Faeiq punya kerjatangan. Dia mesti lukis ' tim tim 'sekali.





kadang2, anak2 buah saya datang sekali sekala, diorang pun turut menyumbangkan hasil karya mereka di dinding saya ni. hhihihi.. kadang2 tak  larat nak tegah.. tegah pun buat jugak.


Last time saya mengecat rumah hari raya tahun lepas. Saya cat pelan2 aje Sebab kadang-kadang saya cakap juga dengan hubby saya nak cat rumah, dia tak bagi sebab takut saya semput. Tapi Ani yang kadang-kadang degil ni buat jugak. Sebab everytime saya tengok tv, terpandang akan mural
cantik anak2 saya.. sikit-sikit boleh cuci tapi bila makin banyak sakit mata pulak jadinya.
So, setelah turun ke kedai hardware  dan membeli cat saya pun membuat kerja2 mengecat dengan kerjasama Tufah, Faeiq dan Ghauss.  Inilah hasilnya.



Ruang tamu yang bersedia untuk menerima tetamu.. :D
Ruang tamu yang simple, tempat kami satu family lepak tengok tv.:D
Tiada lagi kereta Faeiq di dinding mama.
Dinding yang dah di cat dengan Jotun Pearl Silk. kalau ada orang conteng pun buleh lap dengan kain. hihihih
Tapi bila bebudak ni lepak kat sini bersepah jugak.. takpe la, bukan mama tak biasa kemaskan.

Bila anak-anak makin membesar, saya sentiasa simpan cat yang sama kaler dengan dinding rumah  incase kalau  bakal terima tetamu, boleh cat dinding yang  penuh dengan lukisan anak kecik. Saya tahu before raya tahun ni mesti saya kena cat sekali lagi sebab semalam saya tengok dah ada dah cop2 yang tidak dikenali. Apa nak kata, adatla orang anak ramai.  :D

My Black Pouches

Embroidery pouches..buat relaks2 ajer.. mana tak kena relaks...buat satu bunga..tufah datang.."mama, nak air".. mama~"tufah amik sendirila..tufah kan dah besar..." tufah~"taknak... nak mama amikkan.." mama~ :-P sabo ajerla.. buat satu lagi bunga...ghauss datang~"ama....hek hek...(nangis sambil tarik2 tangan suruh berenti...) mama~ yela.. dan situasi akan berulang tapi dgn permintaan yang berbeza-beza... :) anak manja mmg begitu..












:) ok ker? saya pernah terima komen yg mengatakan "takla cantik sangat kerja tangan awak nih.." takperls..komen membina. Saya ni jenis happy go lucky..sedih kejap but then I move on..definitely with more improvement.. chaiyuk!chaiyuk!( bahasa korea untuk 'usaha! usaha') :D

BACK TO BUSSINESS

Dah beberapa minggu kebelakangan ni saya sibuk.. Apalah ani ni sibuk ajer.. (SILA KIRA BERAPA BANYAK PERKATAAN SIBUK DALAM BLOG NIH) Tapi saya kira kebelakangan ini rezeki saya murah. Bukan dapat duit terpijak atau dapat big orders ke... tak. Tapi, kakak saya yang saya rindukan kini sudah keep in touch kembali,(kami dah ber sms-sms sepeti selalu tanpa tertinggal perkataan I love you) Suami saya dapat award yang dia idamkan, anak-anak buah kesayangan saya semalam tido di rumah saya dan mereka makan semua makanan yang saya masak (Saya cukup hepi bila saya masak banyak-banyak dan orang makan banyak.. Ngeh Ngeh :-D )

Itu pun rezeki juga. Hati yang gembira memang rezeki yang tak ternilai. Ada orang duit banyak tapi tak gembira, tak murah rezeki juga.

Dan cukup saya gembira, blog saya dah ada follower.. :D Salam perkenalan dari saya buat Zu, saya harap Zu dapat menghubungi saya di mrskhairani@yahoo.com sebab saya ada hadiah istimewa buat Zu. Zu, jangan lupa utk hubungi saya yer? :-)

Saya akan cuba siapkan beberapa sublime stiching dalam minggu ni, dan saya akan kongsi hasilnya dalam 3-4 hari di sini. Ani tepati janji ya! (Kau dah ada orang pernah marah kau sebab ko janji tapi kau mungkir sampai orang tu tanak kawan dengan kau dah. Jangan ulangi kesilapan tu!) Insya Allah. Teman saya tu kes yang saya tak dapat diselamatkan.

Terima kasih kepada teman-teman yang suka baca blog saya yang serba kurang ni, blog ini cuma wadah untuk saya praktis menulis sebab saya bercita-cita untuk menghasilkan buku pada suatu hari yang indah nanti. Ya, walaupun buku thesis pertama saya sudah terhasil, tapi agak-agaknya sapa lah nak baca DETAILED DESIGN OF ACRYLIC ACID PLANT 100000 TONNES/YEAR kau tu. Bosan. Sudah. Enough of maths calculation.

Hidup saya kini sangat bahagia. Alhamdulillah. Tak larat nak mengadap perhitungan antara profesionalisme engineer dan stay home mother, kepada mereka yang kata saya bodoh kerana meninggalkan dunia kerjaya, saya ucap terima kasih. I take it as a compliment. Apa yang saya boleh katakan, saya ada tiga orang putera dan saya mahu menjaga mereka sendiri. Mungkin jika anda ada boleh membuat pilihan anda juga bersetuju dengan saya. Tapi selagi hidup sementara kita di penuhi dengan purpose yang betul, kiranya tu pun dah memadai. Moga anak-anak saya menjadi khalifah hebat bila mereka dah besar nanti. Amin

Lepas ini saya akan masukkan jewellry yang saya buat minggu lepas, Chekkidaud okay! kepada 5 follower pertama blog ini, selepas jadi follower jangan lupa email mrskhairani@yahoo.com. Sebab saya ada hadiah istimewa utk kawan-kawan. Jangan segan ya? :) Okay. Take care semua

Gerak Hati

Tiga hari sebelum anugerah karyawan muda, saya mimpi suami saya masuk surat khabar dan dapat press conference, sebab dia menang best animation category. Saya beritahu hubby saya, tapi dia tak percaya.. suami saya orangnya memang sangat humble dan kalau saya puji + buat ayat bodek pun tak lut pada dia sebab dia memang tak makan puji.. Ya.. semalam dengan penuh bergaya beliau telah berangkat ke RTM dan menghadiri majlis anugerah tersebut. Saya tahu dia akan menang, sebab saya tahu gerak hati saya benar.

Alhamdulillah, selepas anugerah Comblast, Kancil menang lagi di Anugerah Karyawan muda. Rezeki Allah beri buat mereka sentiasa berusaha.

Saya sentiasa mendoakan, moga impian suami saya tercapai, untuk menjadi penerbit animasi tersohor di dunia. Impian yang luhur lahir dari dalam diri seorang insan yang sangat saya cintai. Saya sangat berbangga.

"Kan ani dah cakap abang menang, abang tak caya.." Itu ayat pertama saya bila dia sampai ke rumah. Suami saya senyum sampai ke telinga, dan melihat senyuman itu, dah cukup membahagiakan saya..

Hati gundah gulana

Sahabat saya yang seorang ni benar2 buat saya termenung....banyak lagi order beg ribbon yang tak terbuat... stok gelang kristal saya semakin susut.. bila saya tension saya mulala tak focus.. Saya buat kuih kasui pun tak jadi satu loyang.. Internet ni saya hadap sampai nak muntah.. emm.. benarla kata orang-orang tua, kata-kata tu lebih tajam dari pedang.. Terlajak perahu boleh di tarik, terlajak kata buruk padahnya. Tapi apa-apa pun yang jadi as human being saling memaafi tu lebih mulia daripada bermusuhan sepanjang hidup. I've ask for forgiveness, walaupun dia yang awalnya asyik perli-perli saya tanpa saya tahu apa ujung pangkal.. ooo ok. saya tak buat tugasan saya sebagai kawan, such as sms, contact and etc.. Saya sebenarnya merasakan saya tak lagi kekal sebagai kawan baiknya.. Tapi ntahla, agak complicated nak explain.. perbualan yang bermula mesra tapi di sambut dingin yang bertukar menjadi perbualan tak puas hati akibat bengang yang terbuku di dada berakhir dengan

lupa satu lagi.. anggap je kita ni tak penah
kenal pun kalau jumpa kat mana2.


but then kawan saya yang sorang tu memang keras hati orangnya.. Sampai sekarang email saya tak di balasnya.... Takperla... Kalau ada umur panjang kita jumpa lagi...

Saman orang ketiga?

Pelik, sedih dan speechless. Itu yang dapat saya gambarkan bila sahabat karib saya bercerita tentang kawan kami yang sebaya, mempunyai anak umur 4 tahun, sedang mengandung dan sedang memfailkan cerai terhadap suaminya yang curang. Curang sampai ke tahap hubungan intim.Perinciannya tak perlu la saya ceritakan, tapi saya sangat kesian dgn anak comelnya yang tak mengerti apa-apa. Mangsa keadaan. Pelik kerana saya kira jika usia perkahwinan sudah melebihi 3 tahun sudah melepasi zon penyesuaian dan lazimnya kita sudah memahami tabiat pasangan kita. Apa nak kata, lelaki zaman sekarang banyak yang tak boleh harap. (Ni bukan saya yang kata, Ita yang kata~ tapi ada sebahagiannya saya setuju. ) Saya setuju bila dia kata susah nak jumpa lelaki baik zaman sekarang. Cepat sangat terpikat dengan wanita segar bugar yang baru keluar dari ladang.~ eh..macam sayur pula. Ya, saya kira perumpamaan yang sesuai buat mereka yang tak tahu meletakkan market price tag yang tinggi buat diri mereka. Murah. Cheap homewrecker. Pengganggu rumah tangga Murahan. Available nation wide. ~huh..Emo. memang benar, agak emosi kerana kawan saya tu sedang mengandung.

Saya bukan pengamal undang-undang, tapi semasa di UPM saya belajar Undang-undang Keluarga Islam selama satu semester dan saya dapat gred yg bagus untuk subjek tersebut. Bukan nak galakkan penceraian, Tapi ada ketikanya wanita perlu bangun dari penindasan yang membuatkan kita hilang arah.

Saya pernah membaca mengenai kisah seorang wanita yang menyaman kekasih suaminya dengan alasan menyebabkan keruntuhan rumah tangganya. Apakah keadaan yang membolehkan seseorang berbuat demikian dan bagaimana jika orang ketiga itu adalah keluarga mentua (yang menjadi punca keruntuhan rumah tangga)?

Adalah menjadi satu kesalahan bagi pihak ketiga (tanpa mengira sesiapa pun - ini termasuklah juga mereka daripada kalangan keluarga mentua) untuk mengganggu kerukunan rumah tangga sehingga berlakunya perceraian. Ini dapat dilihat dalam Seksyen 33 dan 34 daripada Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995; memperuntukkan bahawa sesiapa yang menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri adalah melakukan kesalahan dan apabila sabit kesalahan boleh didenda atau dipenjarakan.Sekiranya mana-mana orang cuba menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawabnya kepada isteri atau suami atau keluarganya, ia adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh di denda atau dipenjarakan atau kedua-duanya.Justeru, hindarilah daripada perbuatan yang membawa kepada keruntuhan rumah tangga pasangan suami isteri. Jika mana-mana pihak ingin mendirikan rumah tangga janganlah hendaknya diganggu mana-mana pasangan suami atau isteri yang sedang hidup bahagia dan boleh membawa kepada perceraian.


Ini pula adalah akta untuk yang bukan Islam jika menghadapi masalah yang serupa.

Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 yang membenarkan anda mengambil tindakan undang-undang jika kehidupan bahagia anda di ganggu orang ketiga.

Harap post ini dapat membantu kepada mereka yang menghadapi konflik di luar sana.

Saya selalu berdoa, agar keluarga saya terpelihara daripada hasad dengki yang bermaharajalela. Juga tak lupa untuk berdoa,agar seumur hidup saya tidak diganggu oleh Cheap homewrecker.




Do Remember...

Well, sometimes when things doesn't go well, the first thing I'll do is hug my husband, then I'll call my ibu. People always thought that my life is perfect as Ita always say, "well Red, not everybody is lucky as you are" well Ita dearest, things aren't always perfect as we planned. The truth is we face the very same challenges ; surviving, and strunggling with the pace of life. But then, i always remember:

1. I am a one of a kind creation. There is no one else just like me nor will there ever be.

2. I stand tall because I am at peace with who I am, I like myself.

3. I take joy in my strengths, talents and skills. I have many.

4. I am aware of my faults but do not let them become a millstone around my neck.

5. I love and accept others freely because I am loved and accepted unconditionally.

6. I am free to praise others because I am not inferior.

7. I can laugh at myself because sometimes I am clueless, awkward, and say the wrong thing. I won't beat myself up for it.

8. I will take my mistakes as opportunities to grow and then move on.

9. I do not look for faults in others to make myself feel better. All of us are in process.

10. I am beautiful because I focus on the inside of who I am, and that overflows to the outside.

I will remember this list when my confidence feels shaky, because that certainly happens.

Sibuk Sangat!

Masya Allah... cepatnya masa berlalu..Ani!! mana janjimu untuk update belog ini hari2? hari-hari konon.. Sori sori sori. Jadi super bz sampaikan Anis telefon kenapa tak online ym. :->Takper, untuk pengisian kali ini, ( ayat skema macam cikgu sejarah pulak..) saya terjumpa game ni di sini. Jom main.

Rules: It's harder than it looks! Copy to your own post, erase my answers, enter yours and tag people you want. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real; nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.

1. What is your name : Khairani
2. A four letter word : Kind
3. A boy's name : Khidir
4. A girl's name : Khaireena
5. An occupation : Kapten
6. A color : khaki
7. Something you'll wear: Kebaya
8. A food : Kebab
9. Something found in the bathroom: Kayu Sugi??:)
10. A place : Krabi
11. A reason for being late : kereta rosak
12. Something you'd shout : Kepala otak hang!
13. A movie title : King Kong
14. Something you drink : Kelapa Laut
15. A musical group : Kembara
16. An animal : Kambing
17. A street name : Konlay
18. A type of car : Kenari yang Cute
19. Title of a song : Kekasih Awal dan Akhir (Jamal Abdillah)


Sapa yang baca kena main game nih!! :)