Kelahiran Ranya

Alhamdulillah..

Hari ini merupakan hari ke 8 saya berpantang selepas kelahiran puteri bongsu saya Ranya binti Najat Affendy. Orangnya yang comel lahir dengan berat 2.85 kg, kecil sedikit berbanding abangnya Rayan yg lahir 3.3kg.

Namun saya syukur kelahiran Ranya sangat mudah, saya sampai di hospital jam 9.30 malam, saya cuma berada di labour room 45 minit sebelum air ketuban saya dipecahkan oleh Dr. Fatimah ( saya bersalin di Hospital Pakar An Nur, Bangi). Jam 10.28 malam  Ranya selamat lahir. Tanpa sebarang jahitan ataupun wayar drip berselirat di badan saya, Ranya lahir melihat dunia. Cuma dua kali push, saya sempat ketawa dengan lawak Marilyn Manson yang suami saya buat, ( suami saya memang rockers tegar yang terpimpin, haha ^_^ sangat pandai bermain gitar dan sangat penyayang. ) semata-mata nak buat saya lupakan kesakitan.  Oh, tipu kalau saya kata tidak sakit, tetapi segala kesakitan hilang bila lihat wajah tulus mulus si comel, kan? Kuat semangat saya lebih-lebih suami ada disisi.

Ramai yang terkejut bila saya beritahu saya bersalin sebaik sahaja tiba di hospital. " Wah, senangnya Ani bersalin?" " Eh, bukan petang tadi akak baru je berwassap2 dengan Ani?"  Tengahari tu saya sempat lagi berdating dengan suami makan Tom Yam Kung di Putrajaya. :-) ( Sayang abang sangat <3)  Masih lagi saya buat penghantaran untuk Biz Shaklee saya ( komited sungguh saya kan?  Hihi) Saya makan kurma dan minum air zam-zam yang sentiasa ada di rumah.Dan semua orang tak tahu saya dah rasa mild contraction sejak pagi Sabtu lagi, ( Ranya lahir malam Ahad) 

Tipsnya, saya kira contraction saya. Ia bermula sejam sekali, kemudian 1/2 jam sekali, 15 minit sekali dan masa saya ke hospital contraction dah 10 minit sekali dan masa tu dah 6 cm.

Jika saya rasa contraction,saya  tarik nafas panjang ( teknik hypnobirthing)   dan saya buat rutin harian  macam biasa. Sakit sikit-sikit tapi buat tahu je. Confident sebab saya yakin kiraan contraction saya betul. Pembacaan dan group support yang saya sertai di Facebook ( Gentle Birthing) juga banyak membantu. 

  Saya syukur, kelahiran Ranya binti Najat Affendy merupakan anugerah yang terindah dan hadiah daripada Allah. Semoga puteri bongsu saya ini menjadi anak soleha, penyejuk mata dan hati kami suami isteri.