"Mama, sayanglah anak mama nie.."

Sabtu kelmarin ada Parents Teachers day di sekolah anak saya. Memang meriah, ramai parents hadir, dan saya hadir bersama 'rakyat-rakyat saya' :D  So disamping memberi perkembangan prestasi serta keputusan periksa untuk mid term, pihak sekolah telah menyajikan kami dengan persembahan anak-anak kami yang bijak cerdik berbahasa Inggeris dan Mandarin sambil menyampaikan maksud tersirat yang  "kami telah berjaya membuat anak-anak anda jadi pandai, so jangan marah kalau anda bayar mahal." ~_~' Sekolah ni memang mahal, kalau  ibu ayah mak abah kami dengar sure cakap kami buang duit. Tapi takpe Miss Kate, saya tepuk tangan paling kuat tengok anak saya berbahasa mandarin pada usia 5 tahun. :-D Mama bangga nak...


Ya pendidikan awal anak sangat penting sehingga ramai ibu bapa sanggup berhabisan beribu riban demi menyediakan diri anak mereka menjadi insan berguna di masa depan. Dan saya dan hubby saya termasuklah dalam ibu bapa itu atas beberapa sebab. Kadang-kadang saya terfikir adakah benar menghantar anak ke sekolah yang   terbaik menjadikan insan yang terbaik? Iya dan tidak. Bergantung pada cara kita didik anak-anak kita. Tak kata tadika Kemas tak bagus. Ibu saya seorang guru tadika Kemas yang berdedikasi, saya juga acuan tadika Kemas, alhamdulillah abis juga belajar sampai buat degree...jadi juga orang berguna dan isteri yang baik dan berhemah tinggi ( wah wah..over la tu.. hihihi).  Kalau ada tadika kerajaan berdekatan dah tentu saya hantar anak saya kesitu tapi malangnya saya tak jumpa mana-mana tadika seumpamanya dalam radius 5 kilometer persegi dari rumah saya .Unfotunately.Tadika yang anak saya attend ni depan rumah saya aje, siap dengar loceng sekolah lagi. Ya mungkin sistem pembelajaran nya yang baik dan bagus itu satu bonus. Cuma mahal sikit fees nya, but at least saya tak perlu redah traffic jam nak hantar Tufah dan Faeiq ke sekolah. Yelah...rezeki anak-anak.


Saya tak pernah paksa Tufah study hard ataupun pada hari sebelum exam saya suruh dia study gila-gila. Seingat saya setiap kali sebelum exam kami pegi jalan-jalan makan angin, Ya, sengaja saya supaya dia tak rasa pressure dengan "paper-paper" examnya.  Cuma bila waktu pagi saya kejut dia bangun awal daripada selalu dan suruh dia  tgk study sikit-sikit. Tapi selalunya dia tak study pun, dia bukak TV dan tengok "Fiffy and The Flower Tot". Boleh tak?




~Sabo ajerla...














Ni lah Tufah yang tak berapa suka tunjuk rajin study depan mama dia tu.


Tufah dan Faeiq kecik- kecik dulu...
Tufah anak mama..
Selamat hari jadi sayang...
Tufah, mainan ni bukan utk budak kecik ker?? Turun cepat.
(Mama yang tak garang tapi buat-buat garang.)




Tapi hari Sabtu itu merupakan hari yang indah dan gembira buat saya. Nak tahu mengapa?


Kerana ini..
English 100%
Bahasa Malaysia 98%
Maths 95%
Mandarin 91%

Tak.. bukan saya nak berlagak anak saya pandai... jangan salah sangka tau. Tapi saya betul-betul gembira.


Tufah,
Sejuk perut mama mengandungkan Tufah nak..

Tufah selalu cakap pada saya,
"Mama, mama sayanglah anak mama nie.." sambil peluk saya.
Tak pernah kurang nak...
Takpernah kurang.

NICE BLOG OF SUZANA GHAZALI

Hari ini saya jumpa satu blog yang sangat menarik. Suzana Ghazali tuan empunya blog ni. Seorang peguam syarie yang banyak membantu wanita dalam mendapatkan hak mereka. Saya kagum. Tahniah Pn Suzana kerana banyak membantu nasib wanita. Saya bukanlah bersikap berat sebelah atau feminisme jauh sekali minta persamaan hak, tapi banyak ilmu yang boleh dicedok , dan sebagai wanita, harus jadi wanita berilmu, bukan setakat tin kosong yang bising.


Ada beberapa artikel  yang dapat membantu kaum hawa dalam mengharungi kehiduapan rumahtangga spt;  Isteri juga berhak membubarkan perkahwinan, Talak bukan satu permainan, Wahai wanita, jangan humbankan suami anda ke neraka dan banyak lagi. 




Jadi jemput ke sana, agar ilmu penuh di dada. Insya Allah.

Tutorial Bekas Telefon Bimbit.

Seperti yang di janji, saya akan kongsikan bagaimana cara nak buat bekas handphone comel. So apa yang di perlukan?
1. Pembaris (Ruler)
2. Gunting(Scissor)
3. Kain felt yang di potong 3"x5" dan bentuk-bentuk utuk hiasan. (Felt Fabrics Cut 3"x5" and a few desire shapes )
4. Aksesori tambahan. (Accessories ( button & etc))
5. Velcro tape
6. Gam(Glue )
7. Eraseable pen
8. DMC thread
9. Needle.

Inilah barang-barang yang diperlukan. Say cheese semua...

1.So, mula-mula sekali, Tampalkan corak-corak yang anda nak hiaskan. bentuk hati ker, bentuk bulat ker.. terpulang. Ikut selera masing-masing


 


2. lukis garis menegak di kiri kanan kain felt untuk penanda jahitan.
3. Jahit bahagian tepi menggunakan benang DMC.
4. Jahit sampai habis. Lepas tu sambung di sebelah kiri pulak.
5. so beginilah rupanya bila kita dah siap jahit kiri kanan bekas hp ni. :D Eh.. ada lagi belum siap lagi.
6. Tampalkan bahagian untuk buat penutup bekas
Hp.
7. Kemudian tampalkan velcro tape. Velcro tape buleh di dapati di kedai-kedai jahit di seluruh Malaysia, saya beli di Tesco :D tapi mahal sikit la.. :-P (Tesco cekik darah)
8. Kemudian tampalkan mata si bekas Hp.
9. Dah siap. Si Mata besar bergambar bersama krew bertugas. hehehe
Si mata bulat bergambar bersama tabung bear saya yang hampir penuh..
Tempoh untuk menyiapkan satu Hp case ni tak sampai 1/2 jam. Selamat mencuba. :D


Latest Craft!

Dah nak masuk bulan Rejab dah.. Masya Allah, cepat betul masa beredar. Umur pun makin banyak tapi tak rasa tua lagi... Rasa matang jer.. :) Cuma rasa mata makin rabun. Menjahit...Blogging... semua penyumbang kerabunan saya. Lemah betul rasanya bila terpaksa bergantung pada 2 keping plastik hemisfera nipis yang namanya 'Contact Lens' buatan Korea.Power banyak pulak tu .. almost 700. Kalau pakai cermin mata rasa macam 'geek' pulak sbb tebal giler. ohohoho..tidak tidak tidak.. tak mahu saya pakai cermin mata setebal satu inci itu. Saya pakai cermin mata sejak umur... (kejap nak kira) darjah 5. Inikah balasan untuk budak kecik yang suka baca buku sebelum tido dan tak suka makan sayur? Ish ish.. Saya harap bila saya dah tua jangan kena Katarak udah le.. nampaknya kena buat Carrot Juice hari-hari.

Seperti biasa bila ada masa lapang, bila budak tiga orang kat bawah ni tidak mengacau saya, saya boleh duduk di bilik saya and do something. :-D



Tengoklah tu.. susah betul nak amik gambar hero2 ni... :D
bergerak ajer kejenye..
Ha.. kan abah dah datang.. Baru korang diam ye...
Saya kenalkan jantung hati saya, yang baju merah tu Ghauss si bongsu ( buat masa ni la), yang baju hijau tu Tufah yang sulung,yang kurus sebelah Tufah tu, Faeiq anak kedua saya. I just can't live without them...
Saya ada beli butang-butang gorgeous giler dari Button Planet. Please go to their shop to buy cute buttons for your crafts and dresses. Memang berbaloi-baloi.. ( macam iklan Celcom pulak)
Button Planet= butang yang cantik.Comel-comel.. rasa macam nak makan ajer sebab rupanya macam gula-gula. :D Owner nya sangat baik dan servis penghantaran sangat baik sekali.
Saya ada beli kain felt jugak. From Ms Craft of WMC.
Ini first trial saya buat items from felt, before ni tak pernah buat.
So what did i produce? Heart Series of handphone cases.
Semua handmade, mesin jahit tak terlibat. heh, senang bangat.. ceh berlagak.. hihihi ramai yang lagi pandai buat felt craft ni.. Kalau pergi ke CraftZone, ramai otai-otai yang buat lagi cantik dan siap jual kat ETSY lagi. Canggih gitu. Apa sangat setakat 4 keping handphone case kamu ni Ani... :p takpe..cukuplah sebagai penghilang stress saya. Tengok butang butang love comel yang saya beli dari Button Planet. Comel kan?



Dalam buat felt ni, sempat jugak saya saya buat Ribbon Embroidery.

fuh... panjang dah mencomel.. Selamat cuci mata!!!
X redcomel X

P/s: Nanti saya buat tutorial camner nak buat HP case ni... :) Next Entry ok?
 I promise. Kalau malas nak buat beli dari saya pun buleh. RM 6.50 sahaja satu. :D

ARE YOU MISSING ME?

hey dear, if you miss me, you can just call me.  Just to say hello... it doesn't matter. I'll always love you. But, for the MR zbanatabgah, don't stalk behind our back. COZ WHAT,  I'LL NEVER LIKE YOU or forget the mess that you did.

Bersyukur

Jumaat lepas, abang saya yang sulung datang bertandang ke rumah bersama anak isterinya dan seperti biasa saya akan menyediakan rumah dalam keadaan se-cozy yang mungkin supaya semua orang berasa selesa untuk lepak-lepak lepas makan minum yang pastinya sedap-sedap( ceh..mengaku masak sedap..) . Abang saya orangnya biasa-biasa sahaja.. kerja biasa, kehidupan sederhana... namun saya suka dengan caranya mengatur hidup keluarganya... dan hidupnya sangat berbahagia. Terpancar di mata anak isterinya...:D

Ya... kita akan berasa bahagia bila kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Pemberi segala nikmat adalah ALLAH, namun seringkali kita menganggap bahawa semua itu kerana diri sendiri dan mengenyampingkan Allah. Bersyukur bukan tentang nikmat yang diberikan, tapi bersyukur kepada pemberi nikmat itu sendiri. Kita memberikan kegembiraan kita kepada pemberi nikmat akan nikmat tersebut. Namun seringkali syukur kita masih ditempatkan kepada nikmat & pemberian nikmat tersebut, bukan kepada ALLAH. Jangan pernah lupa dan alpa dengan nikmat yang ALLAH berikan percuma...nasihat saya pada diri saya sendiri.


Saya berkahwin semasa saya berada di tahun tiga di UPM, masa hari graduasi saya suami saya pesan dengan lembut sekali..


Sayang.. nanti bila dah kerje, jangan sombong... Jangan sesekali bangga diri
Sayang..jangan risau. Memang bukan sifat semula jadi saya sombong mombong ni... Kalau suruh berlagak sombong pun mesti saya tak reti.. macam mana nak menggayakannya... Minta saya dijauhkan sifat tak guna ni, kalaula saya terlupa. Ingat kan saya ya..

Mungkin ada di luar sana yang dah lupa kampung halaman...dah lupa adik beradik.. Ya, mungkin berasakan hidup sekarang sangat indah, hingga tak perlukan ibu ayah serta adik beradik. Mungkin sebab kau makan gulai kari ikan merah hari ini, kau dah lupa rasa ikan kembung kecil yang sekati RM 0.80 ajer dahulu. Kalau la kau menidakkan cara ayah ibu kau mendidik kau tidak kool, tak macam buku-buku mahal "About parenting' macam yang selalu kau baca dan bertimbun-timbun atas meja rumah kau..Mungkin ayah kau tak mampu nak belikan mainan mahal yang kau pingin semasa kecil, demi memastikan kau belajar hingga menara gading. Kalaulah kita lupa jasa-jasa orang tua kita yang susah payah membesarkan dan memberikan didikan, sesungguhnya kau hidup dalam penafian. Menafikan yang sebenarnya kau masih ada orang tua yang perlu kau sayangi dan perlu di balas jasanya... menafikan kerinduan yang mendalam terhadap adik beradik yang lama tak di tanya khabar beritanya. Seronok ke hidup macam tu? Tepuk dada, tanyalah hati. Mungkinkah EGO kau sebesar kereta kau? Hahahahah..

Inilah realiti hidup. Percayalah kata saya, melambak orang macam ni...

What your point Ani? Hargailah apa yang ada pada diri kita sementara kita masih memilikinya.. Bukan harta.. harta boleh di cari. Ayah ibu...keluarga.. anak-anak.. Ini perkara-perkara yang berharga dalam hidupyang tiada galang ganti. Ingatan yang membahagiakan.. Singkatnya hidup ni kalau nak di bazirkan dengan pertelingkahan yang memusnahkan.

Emm.. dah macam ustazah bahiyah bagi syarahan pulak. Saya harap jangan la sesiapa terasa.. tak tuju pada sesiapa pun, cuma pengamatan dari pengalaman hidup.. Ngeh ngeh ;D

P/s: Saya mungkin dah masuk dalam ignorant list... WAH BERLAGAK BETUL KO EH!!
(Saya tahu takde siapa pun faham. hahahaha)

SABAR

Lama tak update blog... :) ada projek sikit..nnt kalau dah siap red tunjuk kat sini..sure anda suka sebab cute sangat... (hehehe..perasan) takper..nnt red tunjuk ok? sementara itu...SABAR>>>

KALAU BERANI, EJA: P.O.R.N.O.G.R.A.F.I

Ketika dalam perjalanan pulang dari Alamanda, saya dan hubby bertukar-tukar cerita. Hubby saya anti sosial, kawan baik dia sayalah. hihihi. (ye ke? iye..) Kami boleh bercerita tentang apa sahaja... kalau satu hari saya tak dapat nak bercakap dengan dia, saya boleh pengsan sebab rindu. Kenapa? sebab saya ni Sanguine. :-D dan saya cintakan dia kerana dia sentiasa dia dan tak pernah jadi orang lain.

Berbalik kepada cerita saya bertukar cerita dengan hubby saya, kami bercerita tentang rancangan kami nak hantar anak ke sekolah cina, tentang perangai dan tabiat anak-anak, dan macam-macam la perihal anak-anak zaman dulu dan sekarang. Sampai la masuk topik yang budak-budak melayu sekarang yang suka sangat buat movie porno free, lepas tu upload kat youtube. APA KES?

Saya tak faham. Tak faham apa yang sebenarnya budak-budak ni cuba buktikan. Mungkin lambakan sumber yang menjadi sumber rujukan untuk mereka tiru aksi, ataupun permintaan tinggi untuk pornografi dikalangan pengguna internet.

Definasi Pornografi
Istilah "pornography" berasal dari "porneia", perkataan Greek untuk pelacur. Istilah ini membawa makna "penulisan tentang pelacur".

Apakah maksud Pornografi?

Pornografi bermaksud bahan bertulis atau visual yang merangsang keinginan seksual, dan bertujuan untuk memberahikan pemerhati atau pembaca. Ia juga dikenali sebagai "porn", "smut" dan bahan-bahan lucah.

Bolehkah seseorang itu ketagih terhadap Pornografi?

Ya, keadaan ini di gelar ketagihan Pornografi di mana ia melibatkan penggunaan melampau atau penyalahgunaan Pornografi

Apakah kesan-kesan ketagihan Pornografi?

Terdapat pelbagai kesan-kesan yang tidak sihat :
• Ia menggalakkan seks luar nikah
• Ia menyumbang ke arah penganiayaan seksual kanak-kanak dan keganasan seks
• Pengaruh negatif terhadap perkembangan seksual
• Sikap dan nilai seksual yang negatif . Contoh: kelakuan seks luar tabii, orientasi seks yang tidak normal dan tidak menghormati kaum wanita seperti hanya menganggap mereka sebagai objek seks
• Masalah emosi dan perhubungan. Contoh: rasa bersalah, malu, dan ketagihan
• Masalah undang undang. Contoh: memiliki, jual beli, menonton bahan bahan pornografi adalah salah dari segi undang undang


Bagaimana untuk mengelakkannya?

• Elakkan mencari, membaca dan melihat bahan-bahan lucah.
• Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti kegiatan sukan, senaman,aktiviti budaya atau kerja-kerja sukarela www.befrienders.org.my.
• Patuh kepada ajaran agama dan budaya kerana ia juga melarang semua jenis pornografi.
• Elakkan tekanan rakan sebaya.Lihat Ketegasan.

Apakah implikasi undang-undang?

• Penjualan bahan-bahan lucah kepada remaja terkandung dalam Seksyen 239 dalam kod Penal
• Ia menyatakan sesiapa yang menjual, menyewakan, menyebarkan, menunjukkan atau
mengedarkan bahan-bahan ini atau menawarkannya atau cuba untuk berbuat seperti
di atas, kepada seseorang yang berumur di bawah dua puluh tahun boleh dikenakan hukuman penjara hingga lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Jelas, internet memang sumber utama yang percuma kepada  penagih tegar porno ni, tu pasal ramai pulak yang nak bagi wayang percuma, itula akibat bila otak diletak kat kepala lutut. Ramai ajer yang nak memuat turun. "Tengok ajer bukan luak pun." Ahh.. alasan basi.
Saya benci porno.Terlalu banyak gejala yang jadi pada hari ni akibat nafsu serakah yang kurang ajar @ salah ajar. Sumbang mahram; rogol; kecurangan; bohsia; haruan makan anak, harapkan pagar, pagar makan padi aduh, banyak sangat yang nak di sebutkan. Tapi budak-budak yang letak otaknya di lutut tadi ni tak faham. Saya berani mendabik dada sebab semenjak saya berkenalan dengan dunia internet saya tidak pernah menonton, mengedar dan terlibat dengannya.( saya kerja di cyber cafe selepas saya tamat SPM selama setahun, tak pernah saya kepingin nak tengok! )  Anda yang membaca juga perlu begitu. Ia tidak mendidik masyarakat kita menjadi lebih baik, dan ia mengajar kita supaya melampiaskan nafsu dengan cara yang salah dan serong.  Didiklah nafsu agar ia kenal yang mana halal dan  yang mana haram. Carilah ilmu yang bermanfaat, kerana bila kita mencari pasti kita berjumpa dengannya.ENOUGH SAID.