"Mama, sayanglah anak mama nie.."

Sabtu kelmarin ada Parents Teachers day di sekolah anak saya. Memang meriah, ramai parents hadir, dan saya hadir bersama 'rakyat-rakyat saya' :D  So disamping memberi perkembangan prestasi serta keputusan periksa untuk mid term, pihak sekolah telah menyajikan kami dengan persembahan anak-anak kami yang bijak cerdik berbahasa Inggeris dan Mandarin sambil menyampaikan maksud tersirat yang  "kami telah berjaya membuat anak-anak anda jadi pandai, so jangan marah kalau anda bayar mahal." ~_~' Sekolah ni memang mahal, kalau  ibu ayah mak abah kami dengar sure cakap kami buang duit. Tapi takpe Miss Kate, saya tepuk tangan paling kuat tengok anak saya berbahasa mandarin pada usia 5 tahun. :-D Mama bangga nak...


Ya pendidikan awal anak sangat penting sehingga ramai ibu bapa sanggup berhabisan beribu riban demi menyediakan diri anak mereka menjadi insan berguna di masa depan. Dan saya dan hubby saya termasuklah dalam ibu bapa itu atas beberapa sebab. Kadang-kadang saya terfikir adakah benar menghantar anak ke sekolah yang   terbaik menjadikan insan yang terbaik? Iya dan tidak. Bergantung pada cara kita didik anak-anak kita. Tak kata tadika Kemas tak bagus. Ibu saya seorang guru tadika Kemas yang berdedikasi, saya juga acuan tadika Kemas, alhamdulillah abis juga belajar sampai buat degree...jadi juga orang berguna dan isteri yang baik dan berhemah tinggi ( wah wah..over la tu.. hihihi).  Kalau ada tadika kerajaan berdekatan dah tentu saya hantar anak saya kesitu tapi malangnya saya tak jumpa mana-mana tadika seumpamanya dalam radius 5 kilometer persegi dari rumah saya .Unfotunately.Tadika yang anak saya attend ni depan rumah saya aje, siap dengar loceng sekolah lagi. Ya mungkin sistem pembelajaran nya yang baik dan bagus itu satu bonus. Cuma mahal sikit fees nya, but at least saya tak perlu redah traffic jam nak hantar Tufah dan Faeiq ke sekolah. Yelah...rezeki anak-anak.


Saya tak pernah paksa Tufah study hard ataupun pada hari sebelum exam saya suruh dia study gila-gila. Seingat saya setiap kali sebelum exam kami pegi jalan-jalan makan angin, Ya, sengaja saya supaya dia tak rasa pressure dengan "paper-paper" examnya.  Cuma bila waktu pagi saya kejut dia bangun awal daripada selalu dan suruh dia  tgk study sikit-sikit. Tapi selalunya dia tak study pun, dia bukak TV dan tengok "Fiffy and The Flower Tot". Boleh tak?




~Sabo ajerla...














Ni lah Tufah yang tak berapa suka tunjuk rajin study depan mama dia tu.


Tufah dan Faeiq kecik- kecik dulu...
Tufah anak mama..
Selamat hari jadi sayang...
Tufah, mainan ni bukan utk budak kecik ker?? Turun cepat.
(Mama yang tak garang tapi buat-buat garang.)




Tapi hari Sabtu itu merupakan hari yang indah dan gembira buat saya. Nak tahu mengapa?


Kerana ini..
English 100%
Bahasa Malaysia 98%
Maths 95%
Mandarin 91%

Tak.. bukan saya nak berlagak anak saya pandai... jangan salah sangka tau. Tapi saya betul-betul gembira.


Tufah,
Sejuk perut mama mengandungkan Tufah nak..

Tufah selalu cakap pada saya,
"Mama, mama sayanglah anak mama nie.." sambil peluk saya.
Tak pernah kurang nak...
Takpernah kurang.

6 comments:

zahryanie said...

:) sweet sgt Tufah ckp camtu...

Khairani Bahaudin said...

hihi yanie... tufah memang macam tu. :D

Madam Robert said...

sweet ~ exactly! bakal hero remaja nih~! =p

Wan Anis Sorfina said...

halo! slm perkenalan.. wah terer math uiihh.. aunty kecik2 dulu punya la bengap matematik.. last2 skali jadi cikgu math jugak... haha..

Khairani Bahaudin said...

Hana~ hahaha.. hana, harap2 tufah tak bercita-cita nak jadi hero remaja.. nnt sibuk dgn photoshoot pulak tak ingat nak belajar..



Fina~ hihi.. :D selamat berkenalan cikgu..Fina punya handcraff comel2..saya suka tgk.. :)

isyqi said...

pandainye tufah...nnt bila jmp, blh soh anak2 kt ckp mandarin ye... tufah, syahirah n amirah