KALAU BERANI, EJA: P.O.R.N.O.G.R.A.F.I

Ketika dalam perjalanan pulang dari Alamanda, saya dan hubby bertukar-tukar cerita. Hubby saya anti sosial, kawan baik dia sayalah. hihihi. (ye ke? iye..) Kami boleh bercerita tentang apa sahaja... kalau satu hari saya tak dapat nak bercakap dengan dia, saya boleh pengsan sebab rindu. Kenapa? sebab saya ni Sanguine. :-D dan saya cintakan dia kerana dia sentiasa dia dan tak pernah jadi orang lain.

Berbalik kepada cerita saya bertukar cerita dengan hubby saya, kami bercerita tentang rancangan kami nak hantar anak ke sekolah cina, tentang perangai dan tabiat anak-anak, dan macam-macam la perihal anak-anak zaman dulu dan sekarang. Sampai la masuk topik yang budak-budak melayu sekarang yang suka sangat buat movie porno free, lepas tu upload kat youtube. APA KES?

Saya tak faham. Tak faham apa yang sebenarnya budak-budak ni cuba buktikan. Mungkin lambakan sumber yang menjadi sumber rujukan untuk mereka tiru aksi, ataupun permintaan tinggi untuk pornografi dikalangan pengguna internet.

Definasi Pornografi
Istilah "pornography" berasal dari "porneia", perkataan Greek untuk pelacur. Istilah ini membawa makna "penulisan tentang pelacur".

Apakah maksud Pornografi?

Pornografi bermaksud bahan bertulis atau visual yang merangsang keinginan seksual, dan bertujuan untuk memberahikan pemerhati atau pembaca. Ia juga dikenali sebagai "porn", "smut" dan bahan-bahan lucah.

Bolehkah seseorang itu ketagih terhadap Pornografi?

Ya, keadaan ini di gelar ketagihan Pornografi di mana ia melibatkan penggunaan melampau atau penyalahgunaan Pornografi

Apakah kesan-kesan ketagihan Pornografi?

Terdapat pelbagai kesan-kesan yang tidak sihat :
• Ia menggalakkan seks luar nikah
• Ia menyumbang ke arah penganiayaan seksual kanak-kanak dan keganasan seks
• Pengaruh negatif terhadap perkembangan seksual
• Sikap dan nilai seksual yang negatif . Contoh: kelakuan seks luar tabii, orientasi seks yang tidak normal dan tidak menghormati kaum wanita seperti hanya menganggap mereka sebagai objek seks
• Masalah emosi dan perhubungan. Contoh: rasa bersalah, malu, dan ketagihan
• Masalah undang undang. Contoh: memiliki, jual beli, menonton bahan bahan pornografi adalah salah dari segi undang undang


Bagaimana untuk mengelakkannya?

• Elakkan mencari, membaca dan melihat bahan-bahan lucah.
• Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti kegiatan sukan, senaman,aktiviti budaya atau kerja-kerja sukarela www.befrienders.org.my.
• Patuh kepada ajaran agama dan budaya kerana ia juga melarang semua jenis pornografi.
• Elakkan tekanan rakan sebaya.Lihat Ketegasan.

Apakah implikasi undang-undang?

• Penjualan bahan-bahan lucah kepada remaja terkandung dalam Seksyen 239 dalam kod Penal
• Ia menyatakan sesiapa yang menjual, menyewakan, menyebarkan, menunjukkan atau
mengedarkan bahan-bahan ini atau menawarkannya atau cuba untuk berbuat seperti
di atas, kepada seseorang yang berumur di bawah dua puluh tahun boleh dikenakan hukuman penjara hingga lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Jelas, internet memang sumber utama yang percuma kepada  penagih tegar porno ni, tu pasal ramai pulak yang nak bagi wayang percuma, itula akibat bila otak diletak kat kepala lutut. Ramai ajer yang nak memuat turun. "Tengok ajer bukan luak pun." Ahh.. alasan basi.
Saya benci porno.Terlalu banyak gejala yang jadi pada hari ni akibat nafsu serakah yang kurang ajar @ salah ajar. Sumbang mahram; rogol; kecurangan; bohsia; haruan makan anak, harapkan pagar, pagar makan padi aduh, banyak sangat yang nak di sebutkan. Tapi budak-budak yang letak otaknya di lutut tadi ni tak faham. Saya berani mendabik dada sebab semenjak saya berkenalan dengan dunia internet saya tidak pernah menonton, mengedar dan terlibat dengannya.( saya kerja di cyber cafe selepas saya tamat SPM selama setahun, tak pernah saya kepingin nak tengok! )  Anda yang membaca juga perlu begitu. Ia tidak mendidik masyarakat kita menjadi lebih baik, dan ia mengajar kita supaya melampiaskan nafsu dengan cara yang salah dan serong.  Didiklah nafsu agar ia kenal yang mana halal dan  yang mana haram. Carilah ilmu yang bermanfaat, kerana bila kita mencari pasti kita berjumpa dengannya.ENOUGH SAID.

3 comments:

Anonymous said...

Ia lebih kepada fahaman yg salah dan melulu ttg seks.

Saya ada terbaca satu kes incest, haruan makan anak.

Pesalah atau pelaku sumbang mahram itu semasa proses penghakiman memberi kenyataan lebih kurang seperti berikut.

"Anak perempuan saya ibarat tanaman. Tanaman perlu dijaga dgn baik, dibajai dan disiram untuk mendapat hasil yg baik.

Hasil yang baik itu semestinya boleh dituai untuk dinikmati.

Begitu juga anak perempuan saya. Dari kecil saya belai, beri makan pakai yang cukup dan saya mengharapkan hasil yg baik utuk saya.

Hasil yg saya tuai ialah seks.

It's about the way how u should please your father. Instead of u please other man with sex, it's better to please your own father with sex. Your father is your priority if compared to other men."

Fahaman yang songsang.

Inilah akibat terlalu menggunakan logik akal dan mengabaikan pegangan agama.

Khairani Bahaudin said...

Benar, saya bersetuju dengan pendapat anda. Bila tiada pedoman hidup dan tiada didikan agama inilah akibatnya.Manusia semakin gila dan menurut nafsu, tak kenal mana anak dan mana isteri.

isyqi said...

masyaallah! apa nak jd dgn dunia skrg