CARA NAK KURUSKAN BADAN



:) Saya ni takla kurus sangat. Dengan tinggi saya 158 cm berat saya 54 kg. Masa anak dara muka saya ni cengkung, tapi sekarang ni kalau pakai tudung tu muka nampak penuh lah jugak macam bulan.
Ha..Gambar di Langkawi.. sukanya dia dapat pergi shopping.. Ni lah muka bulan tu.

Alhamdulillah, suami saya bagi cukup makan. :D Kurus sangat pun tak elok, nanti orang cakap kita tak bahagia.. tapi tak semua orang yang gemuk pun bahagia, lagi susah sebab kena gout la, sakit lutut, kencing manis dan segala macam mak nenek penyakit semua ada.



Ni gambar saya dari tepi dengan anak bongsu saya.. macam kurus.. Macam je...:D



ok sekarang saya bagi tips nak kurus. Nak ikut atau tak terpulang, tapi kita kongsi ek.. mana tahu menjadi pulak cara nih, saya kalau dapat buang lagi 4 kilo rasa ok dah.

1. Minum dari separuh dari berat badan anda sehari~termasuk segelas air setiap kali nak makan. So kalau berat saya 54 kg, saya kena minum 27 kg air. Emmm boleh tahan banyak tu...

2. Jangan emosional masa makan. Ha, agak-agak kalau putus cinta tu jangan nak makan coklat/candy semedang..menjadi gemuk tidak membantu anda menyelesaikan masalah, kalau gemuk susah nak carik boyfriend baru (kalau yang putus cinta tu la..) Maksud saya, bila makan jangan di dorong oleh masalah kita seperti murung, tension, bosan.

3.Selalu makan sarapan.
Jangan miss sarapan. So takla kita makan banyak sgt masa tengahari. Baik untuk metabolisma dan otak.

4. Buat Jadual makan.. Honestly, saya takde jadual makan. ;P (biar betul..) Kecuali kalau anda sudah menbuat treatment di Mayfair atau Slimworld dan sudah abis beribu-ribu ringgit, jadual makan ini wajib supaya suami anda yang menaja anda tidak kecewa. ;D Tapi kalau duit sendiri, takper, terpulang.. asal jangan seksa diri sudah.. Tapi jadual penting juga, untuk orang yang langsung takleh tahan tgk lauk pauk yg sedap asyik nak makan ajer.. seperti saya. Jadi lepas ni saya akan buat jadual makan saya. (Kalau abang baca ni mesti dia cakap, TAK BUAT SIAP!!)

5. Kira umur sebelum makan. Ni ala-ala kira kambing sebelum tido.. kalau dah kira-kira then tertido dah tak jadi makan, then selamat la drpd jadi gemuk..hahahha.. ok serius serius. Mesejnya, jangan makan ikut nafsu. :)

6. Jangan cepat putus asa nak kurus.Enough said

7. Kalau dah sudah makan jangan tido. Tak baik tido kalau lepas makan, at least buat kerja rumah after 50 langkah. then baru rehat. Jangan jadi ular sawa, tak elok...

8. Jangan macam snek yang di proses. Bak kata suami saya, ia akan terus pergi ke p**ggung. Tapi selalu juga dia belikan chipster bawak balik rumah. "Untuk anak-anak" hihi okay.

Yang penting jangan seksa diri, lepas ni banyakkan beli buah-buahan ok? Jom kita sama-sama jadi sihat.

Satu-satunya Kakak saya...

Teringat iklan celcom, ada sorang budak perempuan rambut panjang( cute giler) pegang belon, tanya semua orang perempuan yang lalu lalang suruh jadi kakak dia. " Nak jadi kakak saya tak?" Tapi kesian, takde siapa peduli pun, sebab ye la... gile ker apa suruh =========> orang jadi kakak awak?:P

Saya suka tgk iklan, saya orang yang tak kisah tgk iklan banyak-banyak di TV, kecuali kalau ada cerita yang saya betul2 suka. Mengeluh juga kalau banyak iklan. Tapi selalunya tak kisah. Dan iklan Celcom tu salah satu iklan yang saya suka. Dan peliknya saya kini dah jadi budak kecik rambut panjang yang comel tu. Mencari kakak saya.. ;( Satu-satunya kakak saya..

Ibu selalu pesan, jangan gaduh-gaduh.. tak baik. Yup, saya mmg adik manja yang mengada-ngada satu ketika dulu. Saya masih manja sampai sekarang, mengada-mengada mungkin dah kurang kot sejak anak tiga ni :) Kecik-kecik memang suka bergaduh..yela namapun budak-budak..tak bestla kalau tak gaduh..Main pondok-pondok belakang rumah, curik-curik pakai baju angah...Pakai barang-barang dia... Kenangan yang banyak cuma tinggal kenangan.
Tapi saya kira sejak dah besar-besar ni tak pernah kami gaduh pun, tapi tak tahula.. mungkin sibling rivals wujud tanpa saya sedari. Pelik..pelik...ya.. baru saya tahu, mungkin saya ni middle class people and tiba-tiba anak Guru Besar and ibunya guru sekolah tadika kemas tu dah tukar status hidupnya menjadi orang Aristokrat, Upper Class people~ adala orang tu cakap... (HA, AMEK KAU..) Funny isn't it. Adiknya kini dah masuk dalam ignorant list. Jangan terkejut bagaimana kuasa wang boleh merubah hidup anda, bukan sekadar apa yang anda boleh buat dengan wang, malahan APA YANG ANDA SANGGUP BUAT DEMI WANG. Tikam dari belakang saudaramu sendiri? Tak hairan.

Jangan salah sangka, bukan kakak saya yang jahat di sini.. tak.. Kakak saya orangnya baik, walaupun tak berapa peramah, tapi orangnya baik hati, sangat setia, bijak dan apa yang penting, dia memang sayangkan saya.Memang selalu bagi saya duit masa saya belajar dulu.. Suka belanja saya makan, tengok wayang, movie yang pertama kami tengok bersama, "Kekasih Awal dan Akhir" kat Cathay Jambatan Belly Melaka.. Abis tengok wayang, naik beca. Wah..best giler angah..Masa tu saya baru 12 tahun, Angah form 4. Masa tu tiket wayang baru RM 3 kan ngah? :)
Tapi entahlah, sebab ada batu api yang benar-benar jahat, dia kini dah berubah hati.( Yang nak terasa tu suka hati la... perangai orang tu pun bukan baik sangat~ ) Saya berharap dan sentiasa mendoakan dia berbahagia bersama orang yang dia sayangi, dan bersama-sama anak-anaknya yang saya sendiri tak tahu sama ada dah besar nanti mengenali saya sebagai makciknya. Mungkin taknak kenal pun, orang yang tak penting.


Kehilangan tu sangat pahit. Sama rasanya bila saya kehilangan makcik kesayangan saya bila dia meninggal akibat barah payudara. Tapi rasanya lagi perit bila kehilangan seseorang tu sebelum dia meninggal. Saya tahu saya takkan dapat jumpa kakak saya sampai bila-bila.Namun, saya masih mengharap.


Dah saya dah tak peduli dah.... mungkin lepas ni ada gangster berahak yang akan telefon saya sebab ada anak manja mak yang mengadu pada mak dia ada orang cerita pasal isterinya dia di internet. ;P Saya tak takut. Saya tak harap apa-apa pun dari kakak saya. Saya tak expect dia telefon saya, apatah lagi buat panggillan rindu (missed call) pada saya... Harap kakak saya akan mengetahui satu kebenaran yang mungkin selama ini dia nafikan. Apa yang penting...(bukan kerjasama ok! tu Wonderpets!!) saya sayangkan dia dan saya tahu dia tahu. Kita sedarah. Semoga Allah merungkaikan kekusutan yang ada, dan semoga Allah menyucikan hati-hati mereka yang hitam dan penuh dengki.Moga kasih kita kembali bertaut.Amin.

SWAROVSKI ADDICTS!!



Assalammualaikum...
Ada sesiapa yang diluar sana yang juga sangat menggemari kristal swarovski, sila angkat tangan sebab kita buleh jadi kawan. :) Membuat perhiasan 'custome made' salah satu hobi saya dan perkiraan saya dah jual beratus utas gelang & rantai. Sudah menceburi bidang ni hampir 3 tahun, saya seronok bermain dengan tali tangsi dan kristal, yang di buat secara sambilan..( almaklum saya ada 3 orang anak lelaki yang sangat manja dan cukup cemburu bila saya mengadap kraf2 saya..)

Buku pertama Beading saya yang di hadiahkan suami semasa harijadi ke 26. TQ abang. :)
Saya dapatkan di MPH. Harganya dalam lingkungan RM 50++. Sebenarnya agak sukar nak dapatkan reference mengenai craft di Malaysia dan kalau ada pun di import dan MAHAL. (Masyarakat kita kurang kreatif ker? emm.. ) Orang kita tak rajin tulis buku.Hakikat. Jangan marah. Dulu kakak saya pun kata nak jadi writer tapi sampai sekarang pun tak tulis-tulis buku.. hihihih.. ( if you are reading this, jangan marah ye sis..Just missing you) Ha, sudah lah Ani, she's not missing you too!! ~ dah..dah.. jangan gaduh -(kata ibu) melalut-lalut sudah..

Back to the subject. Bagi saya jika anda baru mahu berjinak dengan membuat perhiasan sendiri, Swarovski kristal yang paling menarik dan cantik, anda boleh search di Ebay, banyak yang menjual pada harga berpatutan. Kalau anda nak buat design yang simple-simple, tak perlu banyak skill, dan tak perlu beli buku mahal dulu.. Cuba buat yg simple seperti ini..


yang ni pakai 2 tali tangsi..




Bahan- yang diperlukan for basic stringing

1. Tali tangsi ( Clear Strings)~ kalau nak pakai tiger tail pun buleh jugak, tahan lasak sikit, dan tak cepat putus

2. Lobster claw clasps & jump ring

3. Kristal swarovski (pilihan anda :)


4. Bali beads(utk tambahan supaya cantik)


Mula-mula ukur tali tangsi @ tiger tail ikut kepanjangan pergelangan tangan kemudian basikan dalam sejengkal. tali tangsi ini pula ada saiz-saiznyer, tapi yang saya selalu guna 0.35 mm. Paling esuai, tak nipis tak tebal.


Then ikatkan pada lobster claps , kemas2, then masukkan kristal ikut gubahan warna yg anda gemari.


Dah cukup masukkan batu dalam string ikut pergelangan tangan anda, then buat closure dengan jump rings. Dah siap. :) Senangkan?


Ini salah satu hobi yang boleh jadi income tetap. Saya masih jual kristal-kristal saya walaupun sudah tak berapa aggresif, tapi masih slow and steady.. :P

Nanti kalau dahpandai basic stringing, boleh buat teknik weaving pulak. :)

Di bawah ada contoh gelang yang saya buat pakai teknik weaving.




Pink Sweet

Ocean Blue



Pearl Elegant


Kalau nak tempah, buleh.. ada banyak lagi design, nanti saya masukkan. Nanti saya share lagi cara-cara nak buat weaving pulak ok? Till then..~bye

KEMENANGAN YANG DIJANGKA

Suami saya sudah pulang dari Kedah, ;D dan kepulangan yang di nanti membawa bersama -sama trofi serta sijil serta wang tunai yg dimenanginya..kemenangan yang cukup bermakna, dan saya turut gembira al sebabnya beliau gembira, beliau telah membelikan pelbagai buah tangan yg di beli di Bukit Kayu Hitam... Abang, terima kasih utk ole2..


COMBLAST Animation Film Category

COMBLAST BEST ANIMATION FILM~ KANCIL BY ANIOTEK SDN BHD

- Best Editing ~ UUM STUDENTS

- Best Creativity~KANCIL ANIOTEK SDN BHD

for all animation fans out there, Insya Allah, akan berpeluang menyaksikan animasi Kancil di layar perak. Kancil juga telah berjaya mendapat pencalonan di dalam
KARYAWAN MUDA dan anda boleh saksikan KANCIL ~klik sini Harap enjoy. Inilah hasil ilham Producer Muda, Pengarah Muda dan Animator-animator Muda. Chaiyok2!! Saya cukup berbangga dengan usaha keras suami saya, semoga rahmat Allah akan mempermudahkan segala apa yang di cita-citakan. Amin.

Jadi, apa yang saya buat sementara suami saya sibuk membuat kartun dan kerja2 di studio? Saya seorang SAHM (STAY AT HOME MAMA) yang mengendalikan perniagaan kecil-kecilan internet dari rumah atau Internet Merchant atau Usahawan Internet atau webmaster atau panggil la apa aje yg anda suka.. asalkan nama yang baik- baik sebab saya mama yang baik. :D

JEMPUT SINGGAH ke online shop saya
www.redcomelmall.com

Saya amat suka sekali jemput orang ke kedai saya, walaupun mereka tak menghantar order untuk membeli apa-apa, tapi jika ada suri rumah di luar sana yang masih termangu-mangu tidak tahu berbuat apa-apa, boleh berjinak-jinak berniaga secara online, sangat seronok kerana pada masa yg sama anda masih boleh bermain lego bersama anak-anak, masih boleh menyuapkan mereka makan, dan bergurau senda dengan anak-anak tanpa henti. hihihi... Jangan skeptikal, saya tidak mengatakan wanita berkerjaya 9 to 5 tu tak bagus..oh tidak-tidak. Saya sendiri seorang wanita yg berkareer dan bekerja di ofis orang satu ketika dahulu, saya juga dibekalkan oleh ibu bapa saya pelajaran yang tinggi. Pelanggan saya 90% wanita berkerjaya, pendek kata wanita penjana ekonomi. ( kalau semua pakat berenti sapa pulak nak order beg riben saya..) LOL. Cuma ingin berkongsi, jika pada tika ini anda sedang bosan melayan blues di rumah, tanpa sebarang aktiviti dan anda mempunyai laptop atau desktop yang dah lama tersadai, boleh la bermula dengan


1. Sign up internet di rumah. (Serendah RM 20 sebulan pun ada)
~SAYA SUKA STREAMYX, KALAU ROSAK CEPAT DIORANG DATANG BETULKAN :)

2. Then explore internet. (pastikan segala urusan rumah tangga di siapkan terlebih dahulu, such as masak, basuh, bagi makan anak2 etc) Nanti ada yang bising rumah macam kapal karam.

Ada pelbagai ilmu ada di internet.Tapi pastikan yang baik2 sahaja.. saya buat website www.redcomelmall.com dengan hanya belajar sendiri setahun yang lepas kerana pada ketika itu portalniaga.com memberikan khidmat mereka secara percuma kepada perintis-perintis online internetpeneur (ada ker istilah ni?? pepandai ajer aku buat istilah sendiri :p) Saya berjaya menyiapkan website saya dalam masa 6 bulan... mmg lama sebab saya memang tak tahu langsung bahasa-bahasa IT html blablalabala... Tapi setelah siap saya kagum.. Bukan kagum dengan diri saya, tapi saya kagum dengan teknik pembelajaran yg digunakan oleh portalniaga yang menggunakan 100% online education. Jadi, sesiapa yang berminat bolehla melawat www.portalniaga.com dan mulakan pembelajaran anda hari ini.


Alhamdulillah saya di berikan kelapangan masa dan ekonomi keluarga mengizinkan saya untuk berada di mana saya berada sekarang. Saya tak mewah, namun saya bersyukur sangat sangat sangat dengan apa yang ada. Cukup makan, cukup pakai. ALHAMDULILLAH lagi.. Ia tak semudah seperti orang sangka untuk memiliki kestabilan emosi dan berada di rumah 24/7, namun segala apa yang telah dicurahkan dan segala susah payah yang dilalui, ia memang berbaloi. Apa yang saya buat pada hari ini adalah jihad saya ke jalan Allah, demi suami yang inginkan anak-anaknya terjaga baik, demi anak-anak harta yang paling berharga.Demi masa depan kami semua.

Buat apa yang kita buat seikhlas hati, usah ragu-ragu dengan kehendak Ilahi. Insya Allah, ada ganjaran besar untuk mereka yang bersabar.





OVERWHELMING LAZY



I felt a bit uneasy with my hubby workaholic habit and it makes me feel sick whenever he need to go away for outstation job or need to stay back at his office and came back late at night. I know there's nothing to be worried since our office is in the same building with our resident but ouwhhh... am I a spoil brat wife who love her husband so much and always cry and cry and chuckles whenever he said 'sayang, i need to go to Kedah today' ( the moment I wrote this he's been away for 2 days to Kedah to attend COMBLAST EVENT, )


As i wake up early for Subuh prayer, i make some milk for Tufah and Faeiq and continue my embroidery work... Been SUPER LAZY lately, i put the blame on you sayang... the causes of me being unmotivated and sad coz I' missing you rite now. But not to worry. I will take care of our precious kids and home and I won't go anywhere since I have a lot of orders to make. ;) Missing you already..( although you just call 5 minutes ago) WEH ANI, KO NI MEMANG MANJA MENGADA-MENGADA LA!!

Sebab dah bertahun rasanya tak buat kek, minggu try buat kek coklat kukus. Memang senang sangat, 3 minit dah siap.(siap bancuh aje..) Hasilnya tada...Gambar pinjam. Akan upload kemudian gambar sebenar sebab akan buat lagi petang ni, ;) resipinya senang sangat. lagipun kek hari tu dah abis. :p




KEK KUKUS COKLAT BEST

4 biji telur

1 cawan gula kastor

1 cawan minyak masak ( kalau pakai minyak jagung lagi sedap)

2 cawan tepung Blue Key ( tepung naik sendiri)

1 cawan koko Van Hauten

1 cawan milo

1 cawan susu pekat manis

1 cawan air panas

~ Caranya: masukkan semua bahan , kacau2 pakai senduk kayu ajer, tapi jangan lebih 5 minit, kalau terlebih naik tak sedap, after kacau tapis supaya dapat tekstur halus, kemudian masukkan dalam loyang. Boleh masukkan ke dalam tempat kukus. loyang tu make sure letak aluminium foil supaya air tak masuk dalam kek. Kukus dalam sejam, dah siap. :D mudah bukan?

Akan ku rajinkan diriku ini, hari ni dan pastikan esok lagi bagus.. Pasti esok hari yang lebih bagus sebab esok abang akan pulang..

TIPS HINDARI STRESS

1. BANYAKKAN MEMBACA AL QURAN

2.BANYAK BERSENAM

3.KAWAL PEMAKANAN~kurangkan makan daging merah, bykkan makan ikan dan ayam, makanan segera kurangkan, bykkan makan buah

4.TENGOK IKAN DALAM AKUARIUM~nak kena cari ikan dan akuarium la

5.MENANGIS DAPAT HILANGKAN STRESS~ ni mmg selalu praktik ;)

6.BERCERITA DAN MENDENGAR CERITA

7.MANDI AIR SUAM

8. CERITAKAN MASALAH PADA ORANG YG DI PERCAYAI

9.PELUK BAYI ( luckily I have baby Ghauss)


Projek Musim Cuti

emm.. manala perginya camera dalam rumah ni. Kamera digital Compact dah rosak. Kamera Canon DSLR hubby orang pinjam. Dulu kamera digital kecik kami tu rosak pun sebab orang pinjam. Rasanya tak dapat la nak shot beg-beg yang nak dijahit ni. Esok-esokla..



Best cuti. tak payah terkejar-kejar. Anak-anak pun boleh rehat lama sikit. Saya memang suka bangun pagi... Rasa hening pagi betul-betul mendamaikan.

Perihal Teman baik

Saya memang suka berkawan dan cepat mesra. No one will sees me in arrogant mood atau sombong, belagak cam bagus dan etc. Memang tak suka.. kecuali kalau waktu diperlukan contohnya dalam lift ( rumah saya tingkat 15) dan on the way nak naik dalam lift tu ada mamat2 bangla yang keje kedai mamak kat Alim korner, takkan nak tunjuk sengih2 kan.Memang saya akan buat muka tak bagi can, muka "beranila ko nak kacau aku, aku belasah dengan payung ni kang." Tapi most of the time saya memang friendly, esp kepada kaum hawa la. Ye, saya tidak akan sekali kali tersengih senyum kepada kepada kaum adam yg tidak saya kenali, BAHAYA. Sangat sceptical memandangkan kadar jenayah yang semakin meningkat. Kalau nak masuk lift pun camtu, kalau yg tengah tunggu lift tu semua lelaki, saya sorang pompuan, mmg saya tak naik. Lambat pun lambat la, mesti orang fikir, apa kena la minah ni, paranoid ke apa.. hahaha, lantakla.



Tapi dalam kesukaan saya yang suka berkawan, saya kira-saya tak ramai kawan. Especially bila dah dirikan rumahtangga, dan dah beranak tiga. Banyak faktor kot,



Satu: saya duduk di apartment yang most everybody doesn't know everybody, tingkat 15 pulak tu.



Dua: Bila dah kawen, takla social sangat. Saya mingle dengan orang-orang terdekat shj..budak ofis, my parents, hubby, anak2, my best friends.


Nasib baik ada internet, kalau tak mmg tak tau hal luar. And ada juga kawan2 baik sekolah saya yang berkecik hati dengan saya (mungkin sampai sekarang) sebab kalau ada gathering, saya selalu cancel last minute di sebabkan suami saya mmg super bz dan saya pulak taknak datang gathering macam org single yang takder laki. Sampaikan Hanim pernah ym saya dan marah2 manja suruh saya duduk kat puncak ni sorang2, dia kata suami saya kurung saya dalam balang kaca dan belek saya hari-hari jangan bagi orang usik.( Macamla aku ni lawa sangat dia nak belek aku jer tak payah buat keje lain) Tapi dalam marah-marah manja tu, mmg dia tak contact saya sampai sekarang, ym ikonnya takpernah bernyala lagi, agaknya betul punya marah kawan tu. FYI, Hanim ni best friend saya dari saya darjah satu sampai form 5, tapi disebabkan hal kecik dan evolusi hidup yang saya lalui, saya kini bukan lagi sahabat yang di gemari. Sedih, tapi itula hakikat. Batu yang keras pun boleh berubah bentuk, ini kan pula hati orang.

Kadang- kadang saya tertanya juga, is that something wrong with me or what. Well, saya ada juga kawan2 baru yang saya kenal secara maya di forum. Punya la excited, hari-hari ym.. sebab teman saya ni baru nak jadi internet merchant, so macam-macam dia tanya saya tentang perihal berniaga di internet yang mana saya buat secara hobi tapi konsisten. Saya takla bagus sangat, tapi boleh la kongsi pengalaman selama 2 tahun berniaga kecil-kecilan di forum Wanita Melayu.com. Bermula dari situ dia selalu interview saya, dan saya selalu interview dia. Kami jadi rapat dan baik. Saya kalau tak dapat borak dengan dia saya jadi bosan . Tapi hari ni keadaan tak macam tu lagi. No more ym, no more borak, no more lawak bodoh. NO MORE. saya realize benda ni sebab ada sekali tu saya buzz dia dan nak mulakan topik perbualan kami hari tu tapi dia tanak layan saya... Saya ada dua orang teman rapat, masa dan status sebagai isteri dan kareer mereka tak pernah membataskan persahabatan kamidan kami tak pernah lupa satu sama lain. Sampai hari ni.

Saya lagi suka berkawan dengan makcik aisyah, dia jual nasi lemak dan kuih-kuih depan tadika anak saya. Kalau ada kelapangan memang saya akan singgah sambil makan karipap yg dia jual. Selama 3 tahun kami berkawan dan bertukar cerita, dia tak pernah prejudis dengan saya, tiap kali saya pergi pasar balik pasar saya akan hon dia..saya tak pernah amik kesempatan amik karipap free dari dia, dan dia tak pernah merajuk kalau saya terlupa beli nasi lemak dia.



Auntie Shantie pun baik. dia kerje maintenance kat apartment saya, kesian tengok dia pagi2 dan terbongkok-bongkok menyapu orang lalu main buang jer sampah. Dan kalau lalu awek2 cun dijeling ajer auntie nih, mentang-mentangla kawan tu tak vogue cam kau dan tak sewangi perfume yang kau pakai. Selalu borak dengan dia (kalau supervisor dia takde dalam radius yg terdekat) :) dia memang rajin.


Takperla. Hidup mesti terus.Tak payah fikir apa yang orang lain fikir. Yang penting saya ikhlas dan jujur. Saya dah jumpa teman baik sehidup semati dengan saya..suami saya. Paling-paling pun kalau semua orang dah tanak kawan dengan saya, saya ada dia. Masih ramai lagi yang sayangkan saya. Ada yang dah hilang, ada yang jumpa semula. To Ita and Anis, Friendship forever.