TUFAH SEMAKIN OK ;D

SALAM SEMUA...

ALHAMDULILLAH.. TUFAH MAKIN OK..
CUMA MAMAT SORANG NI SUSAH NAK MAKAN UBAT, KALAU TIDAK HARI NI DAH BOLEH BALIK RUMAH...TAPI SEBAB MALAM TADI FEVER DIA TINGGI, DOKTOR RAGU-RAGU NAK BAGI BALIK.. TAPI JANJI DOKTOR, ESOK DAH BOLEH BALIK. SYUKUR SANGAT...

TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN, KAKAK-KAKAK BUAT DOA KALIAN... REALLY NEED IT..DUGAAN BUAT KITA JADI TABAH DAN KUAT...

BUAT TEMAN-TEMAN KALAU ADA AHLI KELUARGA YANG DEMAM TERUK, PLEASE CONSULT DOKTOR ASAP. JANGAN TUNGGU SBB KALAU LAMBAT BAHAYA...


LEGA SIKIT DAH...
X REDCOMEL X

RAMADAN YANG MENGUJI IMAN DAN KESABARAN

SALAM SEMUA TEMAN-TEMAN


SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN UNTUK SEMUA...


RAMADAN KALI INI MEMANG MENGUJI KAMI SEKELUARGA...


TUFAH, ANAK SAYA YANG SULUNG POSITIF H1N1


SEMALAM LEPAS SAHUR TERUS ADMIT WAD


HIGH FEVER TAPI TAK BATUK DAN SELSEMA..


SEMALAM DIA SIHAT WALAFIAT, SIAP MAIN TRANSFORMERS LAGI DGN ADIK-ADIK DAN SEPUPU DIA...


MASA KAMI SAHUR DIA BANGUN TIDUR DAN BADAN MENGIGIL KUAT


PANIK SANGAT HUBBY BAWAK KETA DAH MACAM JAMES BOND


NASIB BAIK HOSPITAL TAK JAUH DARI RUMAH...


SEKARANG TUFAH STABIL...CUMA DEMAM TAK KEBAH LAGI


MASIH TINGGI.






YA ALLAH, KUATKAN HATI BERDEPAN UJIAN...


NAK SAHUR PUN TAK LALU NAK MAKAN APATAH LAGI NAK BUKA...


HARAP SEMUA OK.. KAWAN-KAWAN DOAKAN YA!


YANG SANGAT GUNDAH GULANA HATINYA...
X REDCOMEL X

Perkahwinan

Berbaloi ke seorang wanita mendirikan rumah tangga hanya kerana takut status andalusia , so disebabkan takut kepada status itu sebat je mana-mana jejaka yang ditemui di jalanan dan ajak kahwin? Itu antara persoalan yang jadi perbincangan 3 sahabat disebab 2 sahabat yang dah jadi mama risaukan 1 sahabat yang tak kahwin lagi. Kata dia lelaki yang baik sekarang dah pupus, susah sangat nak cari yang OK. KO banyak la.. yang dah kahwin mengaku bujang pun banyak. :) hahahha.. Relaks babe, baru 28 kan? Kata saya.


Salahkah kita jadi choosy demi masa depan kita? Wanita wajar memilih yang terbaik untuk menjamin kebahagiaan diri sendiri. Ya, perkahwinan tak mudah macam main pondok-pondok dan bukan sekadar melepaskan rindu  dendam dan keinginan bersama orang tercinta. Umpama mendirikan sebuah masjid, sebuah  perkahwinan menyempurnakan  iman seseorang.


"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)


Perkahwinan  di ibarat sebuah kota yang dihuni sepasang suami isteri dan as time goes by penghuni kota semakin bertambah dengan hadirnya zuriat-zuriat yang comel-comel.Agar kota terus tersergam indah, kawalan ketat harus dibuat supaya tiada musuh dapat memasuki kota dan membuat huru hara supaya aman damai jiwa-jiwa orang yang berlindung didalam kota. Persoalannya, adakah kita ni pengawal kota yang bagus? Kalau tak seorang jaga, seorang lagi bawa musuh masuk. Worst case,  suami buka gate depan, isteri buka gate belakang. Haru biru!


Bahagia perlu di cari dan di pupuk. Bukan bila dah lafaz nikah, bahagia terus datang. Takkan ada bahagia kalau takde usaha sebab cinta itu bukan sekadar perasaan, ia satu tanggungjawab. Usaha untuk menebalkan kasih sayang perlu dibuat bukan mengeluh dan melenguh yang tak berkesudahan. Perkahwinan memerlukan pengorbanan dam komitmen yang tinggi. Ia juga memerlukan kekebalan dan kesegaran cinta . Kalau asyik pantang yang cantik/hensem lalu dah panjang leher, abih tu layan fantasi minda dengan orang lain, tak ke dah buka pintu kota yang tersergam luas untuk musuh masuk kubu. Kubu dah hancur salahkan orang lain pulak tu, mulala nak cakap tak jaga makan pakai la, servis tak bagus la, dan macam-macam cekadak lagilah. Eheh, kalau kedai servis keta ke servis dobi  boleh la kata servis tak bagus. Nikan pasangan kita, kalau tak betul, bawak-bawakla bermesyuarat.


Apa nak kata, hidup ni kan  penuh dengan asam garam. Asam limau, asam gelugur, garam bukit garam gunung. Asam dengan garam pun ada macam-macam jenis, inikan pula rencah hidup manusia.Buat sahabat saya, juga sesuai untuk pemandu jalan raya, saya pesan dengan penuh kasih sayang, "Biar lambat asal selamat".