Ada apa dalam Beg?

Bila taip tajuk ni, teringat cerita Ada Apa Dengan Cinta. ( eh betul ke tajuk dia macam tu? ) :P. Takde kaitan langsung, yang sama cuma perkataan "Ada Apa". Cerita ni hot betul satu masa dulu, masa saya dengan suami tengah bercinta-cinta, ewah ewah.. . Sahabat saya Anis pun suka sangat cerita ni, sampai dia hafal skrip dan hafal step menari dalam filem tu, mana taknya, hari-hari tengok. Tapi saya dan Anis sudah dewasa sekarang, tak main dah filem cinta keanak-anakan keluaran negara seberang. Saya sudah enggak minat sama Rangga. I like Edward Cullen. hahaha

So back to the subjek, apa ada dalam beg tangan. Dalam handbag saya, bersepah2. Kunci, buku kecik, minyak wangi, bedak, lipgloss, handphone, pampers anak, gula-gula mentos Faeiq yang saya sorok (sebab nak kontrol kadar pengambilannya sbb kalau tak kawal sekali hadap dah abis), wallet, dan seribu satu macam benda. So setiap kali nak carik barang pun macam ni, susah. Nak tukar handbag pun susah, so saya mmg saya jarang tukar-tukar beg kalau dah suka satu saya pakai tu je sampai boring ataupun sampai koyak. Tapi itu tak bermakna saya tak suka beli handbag sebab satu, shopping memang best ( Kamon... jangan tipu diri sendiri okay?) dan satu lagi ada handbag spare dalam almari tu bagus kan? :D

So sekarang saya dah jumpa solution saya..

Pinjam gambo dari kedai REDCOMELMALL


So bila nak letak kunci dalam beg kat beg organizer ni dah ada tempat sangkut kunci. Boleh letak pen warna warni saya, pampers anak, segala macam harta karun boleh letak.Beg organizer ni ada saiz S dengan L lagi. Best best!

So dah ada beg organizer, lepas ni senangla nak carik barang dan tukar handbag. Takdela orang panggil,"You ni tak organize langsung la! " hihi..

So take care all.. :D

p/s: The bag organizer is available at REDCOMELMALL.COM

Anak...

Ada orang tinggalkan mesej di website REDCOMELMALL dan bertanya kepada saya bila nak update blog... hihihi...terima kasih sebab ingatkan saya. :D

Saya sering berfikir tentang orang yang saya sayang. Ibu ayah saya.. suami saya, anak-anak saya... adik beradik saya, best friend saya... tapi yelah, yang dah dewasa tu dah pandai jaga diri sendiri.. tapi anak-anak ni, helpless. Mereka memang harapkan mama abahnya nak berikan perlindungan dan kasih sayang...Tapi kadang-kadang kita tak perasan, kita sering di telan kesibukan sampai tak sempat nak menumpukan perhatian pada mereka.. Jangankan mereka yang bekerja, saya yang ada di rumah ni pun kadang-kadang sibuk.. Ntah apa-apa yang sibuknya, tapi yang bagusnya diorang pun sama-sama buat sibuk dengan saya. Sibuk ikut mama pergi pasar, sibuk ikut mama amik supply Cosway, sibuk ikut mama pos barang, Ghauss sampai tertidur2 dalam kereta.. :D

Anak-anak saya semua lelaki..memang bijak-bijak dan boleh tahan lasak semua-semuanya... Rumah saya jarang dapat cantik, paling lama bertahan 30 minit. Ataupun bila mereka dah tidur. Kasihan anak-anak saya takde tempat bermain sebab kami duduk di apartment, tak dapat saya nak lepaskan anak saya bermain di luar rumah. Saya memang paranoid nak lepas bebas anak bermain diluar rumah sebab banyak sangat kes anak hilang. Kecuali bila kami keluar outing ke tasik atau taman, masa tu la diorang dapat lari riang ria sana sini..

Jadi rutin sepanjang minggu, Faeiq dan Ghaus bersekolah dari 8.30 pagi hingga 12.30 tghari, Tufah pula sesi petang. Malam macam biasa , baca buku dan buat homework sekolah. Biasanya lepas makan malam buat homework, sampai pukul 10.30 malam baru tidur. Home worknya memang banyak, tapi alhamdulillah, Tufah dah boleh membaca dan menulis dalam 3 bahasa dgn baik, tulisannya cantik dan ada basic matematik yang bagus... Q-dess sangat bagus untuk pendidikan awal anak-anak.

Hari sabtu anak-anak saya pergi ke kelas melukis, selalu kelas melukis yurannya mahal, tapi sebab dah kenal lama cikgunya, dapat harga kawan-kawan. Jadi bila di rumah anak-anak saya tak main dengan permainan fizikal macam pistol dan senapang, mereka tak pernah merajuk atau marah kalau lalu di kedai mainan dan saya tak membelinya, tapi boleh merajuk kalau di rumah kehabisan kertas atau pensel. Jadi waktu-waktu peak hour bermain mereka, akan bersepah-sepahlah kertas-kertas dan pensel.Penuh satu rumah..hihi.. Dan sayalah yang tak jemu-jemu kutip kertas tu, siang malam pagi petang..

Berat betul hati saya nak meninggalkan anak-anak saya dalam jagaan orang lain selain suami saya. Untuk meninggalkan mereka dalam jagaan atuk/nenek/uwan juga saya keberatan sebab kondisi kesihatan mereka yang tak mengizinkan. Tak suka nak susahkan sesiapa. Anak sendiri, sendirila jaga.. :D

Menjadi ibu bapa memang satu amanah... Amanah yang di dambakan oleh semua pasangan yang telah berkahwin. Harus tabah, tenang dan sabar dalam menangani kerenah anak-anak.

Walaupun tiada anak-anak bermaksud baju kotor tak banyak, dinding rumah cantik bersih, kereta tak comot dgn kesan coklat dan Vitagen. Boleh honeymoon dengan pasangan bila-bila masa diamana jua tak payah nak tunggu cuti, boleh tengok wayang midnight anytime you want, tiada pasangan yang dah berkahwin yang berdoa supaya mereka tidak dikurniakan anak-anak. Kalaula ada yang berdoa begitu, mereka la yang rugi.


Saya dan anak-anak Happy Yiba yiba di kelas melukis :D


Anak-anakla yang paling berharga... walaupun kadang saya pening kepala dibuatnya, tapi hidup tak bermakna tanpa mereka...

OMG! Redcomelmall is on Facebook now!

Salam. hahaha tajuk macam best, macam superstar mana ntah yang ada 20,000 fan je. hihihi.. Kalau betul bestnye... ( beranngan tak salah, tapi jangan berangan tak sudah-sudah) harap teman-teman semua dalam keadaan yang sehat. Saya asalkan buka internet je, mesti buka email, peh tu fesbuk. Lepas buka website shop saya. Alhamdulillah, website saya Redcomelmall.com dah berumur 2 tahun.
Daripada template kosong, hinggalah apa yang anda lihat sekarang, semua saya buat sendiri... takde upah designer profesional pun, so kalau ada warna2 yang kurang sesuai, harap mengerti kejahilan saya yang tak pernah belajar design ni...:)

Yang penting minat dan kena rajin sikit. Bukan rajin sikit je tapi kena rajin banyak.... Mula-mula mmg susah jugak, baru nak nengok laptop anak dah' eik' sana , 'mama nak itu, mama nak ini. Itu tak masuk dugaan mengantuk dan sebagainya. Ayo alahai... sabar ni memang makanan saya. Orang lain pun beranak juga....dan anak yang jadikan saya lebih menghargai masa. :)

So, semua stok dalam Redcomelmall adalah ready stok, takde item second hand apatah lagi yang third hand. :) Kecuali untuk Ribbon Embroidery, adalah untuk di tempah. Apa jua soalan yang hendak di tanya, jangan ragu-ragu dan segan untuk bertanya, sebab saya ni baik dan peramah orangnya.. :D eheh.

Redcomelmall 100% SOHO, di kemaskini setiap hari dan no rujukan untuk penghantaran juga akan di kemaskini setiap hari untuk rujukan pembeli. So jangan risau, Insya Allah barang yang dipesan pasti sampai dalam 1-2 hari bekerja kerana perkhidmatan penghantaran adalah menggunakan POS LAJU dan POS EKSPRESS.

harap sudi-sudikan ke kedai saya yang tak seberapa, dan jgn lupa untuk jadi FAN DI FB ya? :D
Take care semua.

WITH LOVE,
Redcomel.

Mesin Jahitku Meragam!

Bila mesin jahit meragam, adui...geram betul rasanya.... berpeluh-peluh membetulkan benang yang taknak masuk ke tempat yang harus dia masuk... mengomel-ngomel saya sorang-sorang dah macam makcik tua mana ntah... habis semua orang kena marah.. "Tufah, nape kacau mesin jahit mama nih?... Faieq la ni suka tekan-tekan, pusing-pusing tombol mesin mama ni.... Ghaus, dah, dah jgn masuk bilik jahit mama tu!" hah...semua orang kena tuduh..Kesian anak-anak. hihi Tapi Faeiq memang suka masuk bilik jahit saya...Tak tahu la apa yang dia cari, tapi dinding bilik saya dah habis kena conteng. huhuhu nasibla. Nanti nak dekat raya cat la balik.

Sebenarnya dah lama tak mengadap mesin mesin tu, tu pasal agaknya dia merajuk. Dah lama tak ber'bonding'.

Its a bond between man and machine~Transformers

Tapi dalam kes saya

Its bond between a woman and her sewing machine. Haha..

Agak- agak kalau mesin jahit saya boleh transform jadi robot alahai senangnya hati saya.
"Mesin, jahit tote bag. Mesin, jahit baju blouse. Mesin, jahit beg comel."

Masyuk la bisnes den kalau camtu. Kayo makcik kayo! :P
Berangan je lah.
Tuhan dah janji, rajin usaha murah rezeki. Itu yang harus dibuat. Tapi kalau ada mesin jahit yang boleh self operate memang best kan? :D Owh..berangan lagi..

Semalam sesudah memujuk mesin jahit yang merajuk, dapat siapkan tote bag Aishah. Harap Aishah suka.
Ada tempahan berderet, maaflah kalau ada teman-teman yang merajuk saya dah lama tak call, tak tegur. Tak dengar khabar.Ingat saya dah transform jadi manusia sombong mana ntah. Ish,..janganla ada yang fikir macam tu. So apa kata korang call aku dan bertanya pula khabarku yang nak masak pun kengkadang tak sempat ni? Kesian saya :D . Nasib baik ada internet dan facebook, kalau tidak manusia-manusia yang saya jumpa hanyalah family saya, cikgu sekolah anak-anak saya dan cashier kedai runcit.Hihi.. anti sosial betul.
bawah ni ada gambar-gambar. Kalau ada opinion sila komen. :)
Tempat posing biasa beg tote.. :D sampai tak sempat alih palstik buah atas meja... haha..sloppy betul. :D


Interior. Cantik diluar harus cantik di dalam. Macam manusia juga.


Inilah patternnya. Banyak lagi yang nak kena improve.


Its a Tote bag

Ribbon Embroidered
100% handmade.
Yup, saya yang dulu suka main hoki kini bergelumang dgn jarum dan benang. Hobi yang best. :D Rasa feminin sungguh. Nak kena nyanyi lagu Feminin ni... " Angin bayu, membawa diriku...Kita bersama mngejar mimpi.... "

Ok,stop merapu. Time out. Take care semua.



Powerf Puff Girl Tote Bag

Bila saya buat aksesori  untuk anak perempuan,ada orang cakap saya suka create all this cute things sebab saya tiada anak perempuan. :)  Saya mmg suka benda yang comel2, sbb mungkin masa saya kecik2 susah nak jumpa benda2 begini. Dan bila dah siap, saya mesti cuba dulu. hihi. So takde kene mengena dgn sebab saya takde anak perempuan.

Semalam saya telah siapkan beg tote comel dan hair clip untuk anak seorang teman yang sangat sukakan Power Puff  Girl~ Blossom. Acik harap Jaji suka ye! :D Bawah ada gambar2nya... Ada lagi tempahan yang saya harus siapkan. So see ya'
Beg Tote comel untuk pegi mengaji.:D

Siap di packing.