10 ADAB MENUNTUT ILMU

Ilmu itu bukan yang dihafal, tapi yang memberi manfaat

10 ADAB MENUNTUT ILMU

1) Menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak yang murni.

2) Penuntut disarankan tidak terlalu terikat dengan hal-hal keduniaan yang boleh melalaikan.

3)Jangan bersikap angkuh dan bongkak terhadap guru.

4)Pada tahap awal (sebelum mahir) elakkan diri mendengar perselisihan pendapat kerana dapat mengelirukan pemikiran.

5) Tidak boleh meninggalkan disiplin ilmu yang teruji melainkan setelah membuat pertimbangan.

6) Tidak memaksa untuk menguasai disiplin ilmu sekaligus.

7) Tidak boleh mencampur adukkan sesuatu cabang ilmu sebelum menguasai dan memahami dengan mahir.

8) Perlu mengetahui objektif sesuatu ilmu yang dipelajari.

9) Ikhlas dalam menuntut ilmu.

10) Perlu mengetahui perkaitan ilmu yang dipelajari supaya mengutamakan keperluan ilmu yang perlu didahulukan dengan ilmu berbentuk sampingan.

Sumber : Imam Ghazali, Ihya' Ulumuddin