Cuti

Maaf lama tak update.. saya tengah bercuti.. :) (tengah bercuti daripada buat kraf..boleh tak? hihihi ) Saya baru habis baca dua buku ni.

Saya suka baca buku motivasi macam ni..... seriously, sangat best sebab olahan nya santai dan bersahaja,   it makes me a better person. Bukan apa, kadang-kadang bila orang berkongsi masalah dengan saya, saya selalu risau kalau saya tersilap beri advise, especially bab-bab rumahtangga. Bukan sebab saya bagus dan isteri mithali, ( saya harap saya ni isteri yang baik di mata dan hati suami saya) tapi di sebabkan saya dah mendirikan rumahtangga hampir 6 tahun, kawan2 anggap saya lebih berpengalaman... hahahah kelakar. Jadi saya perlu membaca supaya tak salah bagi nasihat dan disamping tu boleh muhasabah diri.... Saya harap bila kawan berkongsi masalah dengan saya, biarlah yang keluar dari mulut saya ni menyejukkan hati, bukan nak mencetuskan lagi perang nuklear.
Buku ni pun tak kurang hebat.. I love you, I love you too. Bila suami saya tengok saya baca buku ni dia ingat saya baca buku novel cinta budak 13 tahun. :D  Cover buku ni memang tak serius langsung, tapi isi kandungannya lebih menjurus kepada senario perkahwinan hari ni.
Sebuah buku motivasi Islam yang mengupas isu-isu rumah tangga—peranan suami, isteri, ibu, bapa dan anak-anak dalam mengharungi hidup seharian. Selain itu, hal-hal ibadah harian juga disentuh. Ada yang sinis, ada yang lucu!


Himpunan sketsa rumah tangga ini digarap dalam bahasa yang mudah dan penuh unsur humor, namun sarat dengan mesej dan panduan.Yang bestnya ada ilustrasi kartun yang mencerita pengisian sesuatu bab tu.

Isi Kandungan Buku

TENTANG PEREMPUAN
SKETSA 1 Kenapa Tak Kahwin-kahwin Lagi?
SKETSA 2 Sukarnya Mencari Khadijah!
SKETSA 3 ‘Audition’ Calon Suami
SKETSA 4 Wanita Super
SKETSA 5 Penghargaan Buat Ibu dan Isteri


TENTANG LELAKI
SKETSA 6 Yang Bernama Lelaki a.k.a Suami
SKETSA 7 PANBUSEN Panaskan Rumah Tangga
SKETSA 8 If Anything Happen to Me …
SKETSA 9 Sporting Si Luncai Moden

TENTANG ZURIAT

SKETSA 10 Transfer Tanggungjawab Tak Semudah Transfer Akaun
SKETSA 11 Mari Cermin Muka Kita
SKETSA 12 Kenalah Jadi Role Model
SKETSA 13 Cerita 2 x 5 = 10
SKETSA 14 Melaburlah Demi Akhirat
SKETSA 15 Pendidikan Seks di Rumah
SKETSA 16 Anak Kita Buat Apa Tu?
SKETSA 17 Penyakit ‘Kerenah Budak Besar’ Sudah Mari!
SKETSA 18 Episod Kejar-Mengejar
SKETSA 19 Ikan Masak Fried Chicken
SKETSA 20 B udak-budak Inilah Harapan Kita
SKETSA 21 Duty Ibu Bapa Tak Pernah Ada Off
SKETSA 22 Harga Rindu Orang Tua

banyak lagi ...
:)

Saya agak sikit lagi blog ni bertukar daripada blog kraf kepada blog review buku.. hihihihi Sekali sekala nak jugak tukar angin kan?

Takper.. hari ni saya nak mula projek baru. Nnt  saya post kat sini supaya blog ini kembali menjadi blog kraf semula.

X Redcomel X

REDCOMELMALL ANNIVERSARY


Kedai saya dah berusia setahun...



Kedai ni saya usahakan dari A sampai Z sendiri. Daripada buat design sampai la ke isi barang-barang dalam kedai.. Tak upah orang sebab kalau nak upah orang mahal... Sebenarnya semuanya bermula semasa
Portalniaga buat program belajar buat website di Wanitamelayu.Com, untuk wanita-wanita yang cantek manis yang suka lepak di forum itu. Saya antara perintis awal yang join program ni dan dapat belajar FOC. heheh..rasa beruntung betul. Sebab saya mmg zero knowledge dalam bidang IT sebab masa kat U majoring saya Oil and gas.. :-P hahaha... tapi punyalah semangat buat juga makan empat bulan jugaklah nak siap.. tahu ajerlah orang yang tak tahu apa-apa pasal HTML dan design..actually masa tu diorang nak testla samaada pembelajaran buat website online ni berkesan. tengok-tengok ramai yang success

Kalau ada teman-teman seperjuangan yang nak belajar buat website di Portalniaga saya sangat rekomen. Mudah, semuanya online, boleh belajar tak kira masa tapi sebab belajar sendiri kena tinggi motivasi (macam saya, hahaha perasan lagi.. ) supaya kedai siap kalau tak jadi projek terbengkalai nnt rugi bayar yuran sebab sekarang dah kena bayar tak macam saya dulu belajar free..


Jemputlah ke kedai saya..macam-macam ada.. :)
p/s: Ada masa rasa down juga...

Happy Birthday Sayang








YeaY!!! Happy birthday Faeiq!!! Tengoklah Faieq macam speechless dan terharu bila mama & abah bawa kek g sekolah dia dan makan ramai2 dengan kawan-kawan.. Faeiq, semoga Faieq membesar dengan sihat dan jadi insan yang Istiqamah dan bijaksana ya sayang...



Dear friends, kalau berminat dengan kek comel-comel macam yang kami order utk Faeiq ni, boleh ke http://decute.blogspot.com/ dan order kek-kek comel yang bila tengok rasa sayang nak makan... Boleh custome made sendiri design ataupun boleh order design yang sedia ada...



Spongebob







Wonderpets







Ben 10








Dora The Explorer


Comel sangat, dan rasanya YUM-OO

Semoga hari-hari yang Faeiq lalui semanis kek yang kita makan...
Sayang anak mama...

Award dari Yati



Ni blog award dari Yati... Tq yati. sorri lambat amek hihihi...
Jemput ke blog Yati dan lihat kecekalan beliau menghasilkan masterpiece-master crossstich yang meng-Kagumkan. Kawan, I salute you!!

Senarai kesyukuran saya...

  1. Saya bersyukur saya di lahirkan sebagai seorang  Islam dan perempuan
  2. Saya bersyukur saya ada suami yang baik budiman dan 3 orang anak lelaki yang baik budiman seperti abahnya
  3. Saya bersyukur saya punya keluarga bahagia
  4. Saya bersyukur saya punya rumah tempat berteduh dan makan pakai yang mencukupi setiap hari.
  5. Saya bersyukur saya dilahirkan di negara aman damai seperti Malaysia bukan di negara bergolak.
  6. Saya bersyukur adanya streamyx di rumah ini.
  7. Saya bersyukur saya masih ada ibu dan ayah.
  8. Saya bersyukur di rumah saya dekat dengan 7 eleven dan pejabat pos yang memudahkan urusan saya.
  9. Saya bersyukur saya dikurniakan badan yang sihat dan tiada penyakit kronik
  10. Saya bersyukur saya sentiasa berasa takut untuk melakukan perkara salah dan berani menegakkan perkara yang betul.
  11. Saya bersyukur rumah saya ada sistem perpaipan dan elektrik yang baik.
  12. Saya bersyukur lebih ramai orang yang sukakan/ sayangkan saya daripada orang yang tak menyukai saya.
  13. Saya bersyukur anak-anak saya tidak degil
  14. Saya bersyukur dengan bakat dan kepandaian yang Allah berikan kepada saya
  15. Saya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan kepada saya
  16. Saya bersyukur saya ada keyakinan diri yang baik dan tidak perlu berasakan kekurangan diri sebagai penghalang untuk meghadapi dunia ini.
  17. Saya bersyukur saya kini seorang mama kepada 3 anak lelaki yang manja.
  18. Saya bersyukur saya dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana dan ia mengajar saya untuk belajar berkata cukup.
  19. Saya bersyukur dengan didikan yang ibu ayah saya berikan.
  20. Saya bersyukur suami saya tidak  Haji Bakhil.
  21. Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan untuk kami sekeluarga.
  22. Saya bersyukur walaupun saya tak punya ramai kawan, tapi yang tak ramai tu sangat sayang kepada saya.
  23. Saya bersyukur saya masih punya rasa rindu yang mendalam kepada kakak saya.
  24. Saya bersyukur saya seorang yang sangat penyayang.
  25. Saya bersyukur saya bukan seorang yang kurang ajar.
  26. Saya bersyukur saya seorang sweet talker...:B
  27. Saya bersyukur contact lens plastik telah dicipta dan saya kini boleh melihat dengan jelas tanpa perlu pakai cermin mata tebal 3 inci.
  28. Saya bersyukur saya tak buta seni.
  29. Saya bersyukur setiap kali saya bangun tidur saya melihat wajah suami saya di sisi.
  30. Saya bersyukur adanya teknologi di rumah ini dan saya tak jadi seperti katak bawah tempurung.
  31. Saya bersyukur saya belajar dari kesilapan saya dan takkan biar ia berulang.
  32. Saya bersyukur saya semakin matang dan berani menghadapi cabaran hidup.
  33. Saya bersyukur akan kewujudan seorang insan bernama Najat Affendy Dzulkifly.
  34. Saya bersyukur walaupun ada orang dengki, tapi keluarga kami masih berdiri utuh.
  35. Saya bersyukur saya anak yang baik dan saya tak perlu risau saya akan di panah petir akibat kederhakaan saya.
  36. Saya bersyukur saya tak lagi degil.
  37. Saya bersyukur adanya kedai bundle di belakang rumah yang  ada banyak seluar-seluar cantik pada harga yang cukup murah.
  38. Saya bersyukur saya tak kisah pakai/beli barangan bundle.
  39. Saya bersyukur adanya washing machine di rumah ini sebab semua orang dirumah ini suka sangat salin baju termasuk saya bayangkanla kalau kena basuh dengan tangan? adoi.. harus bersyukur.
  40. Saya bersyukur saya tak buta huruf
  41. Saya bersyukur saya berjaya menamatkan pengajian saya walaupun telah berumahtangga pada waktu itu.
  42. Saya bersyukur dengan perjalanan hidup yang dah saya lalui menjadikan saya insan pada hari ini.
  43. Saya bersyukur saya seorang rendah diri, tak sombong, tak bongkak riak.
  44. Saya bersyukur anak-anak saya bijak dan mudah mempelajari sesuatu.
  45. Saya bersyukur  blog saya dah ada 22 orang follower.
  46. Saya bersyukur anda masih membaca.
  47. Saya bersyukur saya tahu menghargai setiap rahmat yang Allah beri.
  48. Saya bersyukur saya seorang yang fast learner
  49. Saya bersyukur saya pandai memandu dan ada lesen memandu yang sah.
  50. Saya bersyukur saya masih bernafas dan sihat pada waktu saya menaip kesyukuran-kesyukuran saya ini.
  51. Saya bersyukur sebab masih banyak perkara yang saya syukuri tapi dah penat nak menaip.
Kadang-kadang bila  rasa tak keruan atau gundah gulana, membuat senarai perkara-perkara yang kita syukuri membantu kita menilai betapa bertuahnya kita berbanding insan yang tak bernasib baik.... Saya tak dapat bayangkan jika saya jadi anak yatim piatu semasa saya kecil, saya tak dapat nak bayangkan jika anak-anak saya terpaksa hidup tanpa saya di sisi mereka.... pokok pangkalnya bila kita di uji dengan sesuatu perkara, tabahkan hati, sentiasa mendoakan perkara yang baik-baik untuk keluarga, suami dan anak-anak. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk suami, anak-anak, keluarga dan kawan-kawan saya, semoga kita sentiasa di berkati Allah. AMIN.

Santapan Minda Minggu Ini

Laptop saya kena virus. Banyak sangat sampai kena hantar jumpa doktor. Tapi kini Salma Vaio dah sehat sehat, boleh la saya update blog. :D
Saya telah kembali menyemai hobi yang telah mengakibatkan kerabunan mata saya sejak darjah lima... Membaca. Best-best. Setiap hari sabtu ialah hari outing saya bersama bodyguard tercinta saya iaitu Ghauss sebab Tufah dan Faeiq akan ke kelas melukis... Sementara nak tunggu budak-budak ni abis kelas, kami selalu ke Plaza PKNS Bangi yang ada banyak kedai buku..Inilah Ghauss yang kacak bergaya menjaga keselamatan mamanya.   Nak kenal bodyguard saya? Tu budak baju merah  yang minum Ribena tu...
Ya.. Inilah budak kecik yang setia menemani saya kemana  jua.. gambar bersama sepupu sebaya.
Dia memang banyak baju warna merah.  Dan sejak dia perasan dia makin besar ni ambik gambar dah tak nak senyum-senyum kiut miut macam kecik-kecik dulu. Asyik buat muka macho aje, geram betul, dalam sepuluh ambik gambar adalah satu yang senyum.:)  Ghauss yang comel, tima kasih temankan mama jalan-jalan.. minggu depan kita pegi kedai tu lagi ye...
Membelek-belek buku-buku umpama satu terapi walaupun tak daya nak beli semua...tapi tak dapat nak belek lama-lama...sebab kalau lebih 15 minit aje bodyguard macho saya akan bersuara, " mama, naa alik.." bagus kan bodyguard saya?  Jadi yang sempat saya capai.. dua buku kat bawah ni..
Beria-ria aje saya beli buku buat duit dengan blog... bak kata  orang tu dah kaya ke buat blog? Hahahha  belum lagi, kat Nuffnang punya akaun baru ada dua tiga kupang. Actually saya takde interest pun nak generate duit melalui blog, sebab saya seronok berblog... tapi kalaulah akaun Nuffnang I dapat mencanak-canakkan duit yang ada berapa posen tu bagus juga.. Boleh saya belanja makan.. :D
Saya dah habis pun baca buku karangan Yazid Yahya ni... my review is.. oklah. Olahan nya mudah di fahami tapi pada saya ulasan nya terlampau umum dan tak berperincian sangat. Untuk orang yang takde pengetahuan langsung mengenai blog, sesuai. Tapi kalau anda dah mahir buat blog mungkin anda merasakan rugi beli buku ni sebab dah tahu semua...Tapi kalau nak buat koleksi bagus juga, tak salah membeli. Harga RM 14++ tak ingat berapa sen.
Yang buku satu lagi ni Yakjuj dan Makjuj.. saya dah baca beberapa part depan, sangat menarik... tapi belum habis lagi nanti kalau dah abis boleh cerita panjang-panjang.


Bila balik dari bookstore rasa hepi giler. Life is great isn't it?

Yang benar,
budak rabun yang suka baca buku
X redcomel X

ALIEN ORANGE


Semalam ada orang tempah dua items ni..beg hand carry comel dan handphone pouch. Saya suka alien oren comel ni... Saya harap penerima nya suka... (Mesti suka tau ! :D sebab alien oren ni comel sangat.)

X redcomel X

Hobi

Saya berasal dari manusia yang tak punya hobi, sebab saya budak skema yang belajar engineering yang tak reti nak enjoy yang saya tahu cuma baca buku. Bosan kan? hihi ya itulah saya sembilan tahun dulu.

Masa saya baru kahwin, (ya saya berkahwin pada usia yang muda, 22 tahun) saya cukup bengang bila suami saya mengadap komputer ajer ( suami saya orang Multimedia) dan buat model-model 3D. Boring betul. Kalau tak pun dia main gitar karan dia.Sampai hubby saya cakap, Ani takde hobi ke? Selain membaca, takder. Hubby saya gelak, kata dia, "tak dapek den nak nolong"

Saya mula berkenalan dengan dunia Swarovski semasa mengandungkan Ghaus. Uish.. memang sangat seronok.. saya memang asyik dengan gelang-gelang yang saya buat... sampaikan sampai tengah malam pun saya buat juga. Memang lumayan...

Saya suka design-design klasik, mutiara yang warnanya polos, tak makan dek zaman. Kalau design berwarna warni utk kanak-kanak saya suka buat juga. Tapi kalau orang dewasa saya suka warna-warna seperti yang di bawah ini..sangat eksklusif dan tampil mewah. :)





Sampai sekarang saya masih dengan hobi saya ini... dan dah banyak tambah dengan hobi-hobi baru, kain felt, menjahit, Sulam riben.. rasanya kalau sehari saya tak buat macam tak lengkap .

Dan saya tahu ramai juga kawan-kawan yang dah berjaya mendapat income dari hobi mereka.. Chaiyok-chaiyok!!!

Ada hobi memang bagus, untuk kesihatan selain memakan supplemen vitamin. :D Saya baca dari Readers Digest, orang yang ada hobi kebarangkalian nak kena stroke sangat rendah berbanding orang yang takde hobi langsung. So, kepada sesiapa yang belum ada hobi yang konsisten, you better find one. :)

last but not least,

Siapa kata wanita tak boleh maju? Beranak pun kita boleh, apatah lagi menyumbang kearah ekonomi dan pembangunan negara. :D kepada semua wanita di luar sana, kalau anda ada impian jangan takut untuk merealisasikannya. ( ayat penutup yang takde kaitan langsung dengan entri.. hahahhaha )

Sisters, I love you all.
X redcomel X





p/s: I have a sister, and i love her with all my heart.