Cinta 2555 hari


Dia garang, aku kuat chembeng. Dia orangnya tegas, aku flexible. In most cases, kami sangat berbeza peribadi. Tapi kami mencintai satu sama lain, tetap setia pada satu sama lain. Sejak lafaz akad nikah yang sekali itu, bermacam macam dugaan yang dah kami lalui sama-sama. Yang pahit yang manis, gaduh kecik-kecik sampai la gaduh-gaduh yang tak berapa besar. :D Yang gembira kongsi bersama, yang pahit pun telan sama-sama. Apa yang kurang pada aku, dia terima, apa yang kurang pada dia, aku terima.

Alhamdulillah, dah 7 tahun jadi isteri orang, tiada rasa lain selain rasa bahagia dan syukur

Hari ni 31 Ogos, genap 7 tahun usia perkahwinan kami, moga Allah sentisa limpahkan berkat pada rumah tangga yang kami bina, mudah-mudahan sentiasa dilimpahi rezeki yang halal serta anak-anak soleh.Tiada apa lagi yang aku mahukan selain keluarga yang bahagia. AMIN


Kemamaabahan.

Itu nama lain bagi aku dalam usaha mendalami ilmu keibubapaan dan sebab anak-anak panggil mama dan abahnya abah jadi aku bagi nama begitu. hihihi aci ke?

Kadang-kadang aku selalu rasa aku tak matang-matang sebab kadang-kadang aku pun ada angin nak merajuk dan menangis takde ribut takde taufan ko nak menangis APA KENA KO NIH? Kalau agaknya suami aku hilang sabar mau juga dia tanya aku begitu tapi sebab dia selalu tengok Transformer( terpaksa tengok sbb Si Ghaus yang syebok tu sikit-sikit nak nengok transformers) dia pun dah transform jadi suami dan abah yang sangat penyabar dan penyayang berbanding dulu masa baru-baru kawen garang giler woh takut aiii ( bukan tak penyayang, tapi garang). Dah nak dekat 7 tahun dah kami berkahwin. Abang, aii sayang you lebih la..

Back to the story, aku banyak beli buku kemamaabahan ni sebab satu, aku memang suka membaca dan cuba menukar bahan bacaan yang berfaedah tapi hanya untuk faedah keseronokan aku kepada yang memberi faedah kepada semua orang. Ni ke tanda aku dah semakin matang dalam menangani isu-isu dalam hidup? Sudah tentu. Memang patut pun, dah nearly 30 dah, tak matang lagi tak tahu la aku ni...

Contoh bahan bacaan berfaedah untuk aku sahaja
:D Tau korang pun minat Edward Cullen Vampire dgn Jacob Serigala kan kan? Baik mengaku..



So simpan buku buku si Bella ni, buka buku lain,( dah abis baca pun. :) )

Buku ni buku lama aku jumpa di kedai buku lama, dapat beli dengan harga murah sesangat, RM 5 ke barapa ntah, harga asalnya 15 pound.



Aku suka penulis Jamiah Samian. Sebab cara penulisannya melalui pengalaman dan buku ni sangat membantu pada mereka yang ada anak-anak lelaki yang aktif, bijak dan agak naughty macam hero-hero aku. Beri perspektif baru kepada mama muda dan ia menukar method aku dalam menangani anak2 lelaki.

Buku memahami jiwa kanak-kanak ni ibu yang beri. Dia dulu cikgu tadika. Sungguhpun garang dan mulutnya suka mencomel, dia la queen of my heart, dan dia selalu katakan pada aku, jangan sesekali memukul anak kecil (5 tahun ke bawah). Sebab nanti kita bunuh emosi sayang mereka pada kita.Marah sikit-sikit takpe, tapi biar marah yang mendidik. Buku yang lagi satu tu beli online di Bookcafe PTS. Dah khatam banyak kali dan yang aku paling suka baca, aku baca hampir setiap malam tiap kali sebelum tidur. Sentiasa ada bawah bantal.



Ada lagi beberapa buah, malas nak snap.Ada banyak buku dipasaran yang boleh bantu ibu ayah zaman sekarang dalam menangani anak-anak alaf baru yang serba cerdik dan zaman mendatang yang serba mencabar. Kadang-kadang sibuk sangat bekerja dan urusan anak-anak kita serah pada ahkak bibik pun tak boleh juga.. (maap la kalau ada yang terasa)
Nanti kalau dia kata, "ahkak bibik, adik sayang you lebey la..." ha..sudah.

Apa-apa pun kita usaha je,agar anak-anak berjaya, berilmu dan menyayangi kita seadanya. Allah yang tentukan bukan? Pokok pangkal niat.
Just sharing, bukannya pandai sangat pun.
Tu je , bye.

XX Redcomel XX

Makanan Diet Yang Bagus tapi orang tak tahu..

Lainkali bila pegi beli Tecso, jangan lupa beli yogurt, amalkan makan lepas tu mesti berat badan mesti turun.~Ni untuk mereka yang ada masalah berat badan la...

Ni bukan tipu tau, ni kajian dari University of Tennessee, orang yang obess yang makan 3 hidangan yogurt setiap  hari selama 12 minggu hilang 22% berat badan dari berat asal, 61% lemak dan 81% lemak di perut; berbanding dengan orang yang amalkan diet dengan kilojoule yang sama tapi tak makan apa-apa produk tenusu.

Kajian ni just nak tunjukkan bila kita berdiet dgn  high in dairy foods, kita hilang banyak lemak dan dapat protect muscle kita. Just balance it dengan tambah sayur-sayur supaya lebih sihat dan seimbang....

Well, bulan puasa memang jumpstart yang baik untuk buang segala spare tyre yang ada keliling pinggang and dapat curve lama macam masa anak dara dulu, hihihi.

Tapi ada tak yang sanggup bila sahur je makan nasi dan heavy gravy, tapi bila berbuka telan yogurt je?
Tepuk dada, tanya selera. (Or tepuk perut tenguk muncit ke tak?) ( ' ' ,)

Well kesihatan kena jaga, kalau diet giler-giler pastu pengsan kat tempat keje pun tak boleh juga.
Tapi penting untuk ada berat ideal  untuk jaga kesihatan so penyakit jantung, gout tak datang.
Suka sangat tengok Kim kardashan ni, tak kurus tak gemuk, just nice ~Gambar from Google

Aku target bulan posa ni nak turun berat badan sampai 49 kg. Berat sekarang 52 1/2 kg. Boleh capai ke? Kejap lagi beli yogurt untuk berbuka ...( ye ye je aku ni sekalik tengok beriyani, alamat yogurt tinggal dalam peti ais je gamaknya...) hihihi .Bukan apa nak urunkan berat badan sbb aku tau 1st Syawal nnt nak kena mengadap segala tok nenek rendang yang sure-sure hari tu je berat badan aku dah nik dua kilo hari tu je. Turunkan berat badan just to get the licence to indulge the good food when 1st Syawal come. Ish ish..me and my bad habit. ~Sungguh tak senonoh.

Petua Untuk Wanita Sukar Hamil

Aku jumpa petua-petua ni daripada sebuah buku lama masa tengah kemas-kemas rak buku. Nama buku ni tak yah sebutla sebab buku ni untuk orang-orang yang dah  kawen je.Bukan apa, tau ajelah budak-budak zaman sekarang ni, amik kesempatan dengan lambakan informasi di internet kang ada yang gatai cari pulak, Naya betul, dah salah guna maklumat yang aku bagi.. Tapi kalau ada kengkawan yang nak tau bolehlah email. Yang dah kawen je okeh?

Petua ni untuk mereka  yang ada masalah kesuburan, boleh berikhtiar melalui cara pemakanan. Ini adalah petua turun temurun orang melayu ye.

1. Memakan taugeh mentah selama 6 bulan setiap hari. ~ berapa banyak tak pulak buku ni cakap, tapi tiap hari, make sure basuh dulu tau. Jangan balik-balik pasar buka plastik terus ngap aje. :)

2. Makan ulam pegaga.~ ulam pegaga mmg bagus. Masa saya praktikal dulu saya penah cuba hasilkan minuman pegaga dengan nenas,dalam usaha menghasilkan minumam berkhasiat, tapi serius tak sedap dan lagi rela saya makan ulam pegaga begitu sahaja. Terus terminate eksperimen tu. Sigh..

3. Ambil kunyit bara  besar ibu jari, daun asam jawa2 genggam dan sikit garam. Tumbuk dan perah.Minum sebelum sarapan dan makan malam. Amalkan dua minggu.~ Sanggup minum tak? :-) Mesti minum,tutup hidung peh tu telan je. Jangan takut.( Ni kalau masuk fear factor sure menang punya. )

4. Jika alami senggugut yang teruk, ambil secekak akar kayu senggugut rebus 2-3 jam, tapis dan ambil airnya, minum segelas sekali, 3 kali sehari. Amalkan selama 6 bulan.~ Mesti susah nak cari akar kayu macam ni zaman sekarang, tapi setahu saya di Johor ada Taman Herba yang mengumpulkan beribu-ribu species tumbuhan herba. Mungkin boleh cuba cari di situ.A

5.Ambil ranting daun dedap , buang bintik2 putih padanya. ambil bawang merah, bakar tapi jangan sampai hangus ye ..Pas tu rebus keedua-kedua bahan tadi ni. Minum air dan hampasnya diletakkan di tempat peranakkan dan lub**g punggung. Ulang 3 kali sehari.


Harap info ni dapat membantu pada yang perlu. Insya Allah

Salam Ramadan
XX Redcomel XX

Tahun Depan Tufah Darjah Satu.

Bulan Ogos adalah masa untuk ibu bapa semak kemasukkan anak-anak ke tahun satu , so aku (sgt excited weh...) dan hubby pun pagi-pagi dah ke Yu Hua sebab nak semak nama Tufah di situ. Tapi sekali takde, cis... panik la sekejap. Nak check online server sekolah pulak lambat. Lepas tu akak kerani tu advise suruh check, nasib baik  hero I yang hensem tu telepon dia ada 3G, dapatlah tengok Tufah penempatannya di sekolah Sg. Chua. 

Actually ramai yang skeptikal bila berkenaan menghantar anak ke  sekolah cina.Aku tahu mengapa:

1. soal pendidikan agama
2. soal makanan di kantin.

Boleh dikatakan, soal didikan agama adalah tanggungjawab total ibu bapa dan jgn letak pada bahu ustazah sekolah. Islam adalah cara hidup. Jika kita titip cara hidup islam dalam hidup kita, Insya Allah. Moga-moga anak-anak jati diri yang kuat.
Soal makanan, mmg ajar anak makan bawa bekal ke sekolah setiap hari.  Sejak tadika lagi. Dan dia memang tak suka makan di sekolah sebab sekolah tadika sekarang ni pun yang prepare makanan akak Indon. Dia kata tak sedap dan hari-hari dia minta nak bawa bekal.


Tufah dah sekolah di q-dees pun dah 3 tahun  dan selama tu pun dia dah belajar Mandarin.La ni kat rumah pun dia ajar Faeiq mandarin dan kadang-kadang mama pun tanya Tufah.  Jadi macam satu kerugian bila dapat belajar extra satu bahasa di tadika tapi taknak continue bila masuk sekolah rendah.
 


Orang yang nak sekolah relax je, mama pulak yang excited terlebih. hahaha
Kecoh betul mama ni. ( ' ' ,)

Kata pepatah, "Tuntutla ilmu hingga ke negeri Cina"  :) Sekarang dah tak yah ke negara cIna pun dah boleh belajar bahasa Cina.

Super Cute Accecories For Sale!

Salam... 
Belum terlambat nak ucap Selamat Berpuasa.:D
Harap semua baik2 hendaknya dan semoga berada dalam keberkatan Ramadan.
Bila tiba Ramadan, selain berpuasa dan menambah amal ibadat, rancak sungguh orang berniaga termasuk la saya yang sibuk jugak buat projek raya tahun ni, klip rambut dan eksesori untuk si kecil. Ya..semua orang tahu saya ada 3 orang anak lelaki , mesti orang tanya apakah pekdahnya saya membuat eksesori ini? hihi dan apa semua orang tak tahu, saya ada 5 orang nieces yang kecik- kecik berumur 3-7 tahun yang sangat suka bila saya buat menatang-menatang ini. Diorang la yang selalu jadi model tapi kali ni tak sempat nak snap gambar diorang pakai hair clips ni... Well if nak order just email saya di mrskhairani@yahoo.com ya. Selamat cuci mata..
Take care~ da...





















SKII, sukakah anda pada jenama ini?

Gambar ihsan Google


Bila dengar SK II mesti setiap wanita teringin menggunakan produk ni di sebabkan modelnya yang cantik jelita putih melepak, dan reputasinya yang sangat baik dalam transformasi kecantikan wanita.Tapi seringkali bila ke kaunter SKII keinginan tu terbantut bila terdengar harganya yang mencecah ratusan malah ada yang ribuan satu set. Nak pergi ke kaunternya pun tak berani weh.... :) 

Well, jgn gusar wahai teman-teman, x lama lagi REDCOMELMALL akan menjual original SKII pada saiz miniatures. Comel-comel saiznya dan harganya sangat-sangat berpatutan. Nantikan, akan tiba tak lama lagi. :D

Rindu

Saya rindukan family saya..
Saya rindukan ibu saya.
Ibu saya tengah shopping di Bandung.
Mesti ibu tengah berseronok bershopping sakan :) Enjoy Ibu.
 
Saya rindukan kakak saya, dah 3 tahun saya tak jumpa dia.
Last time jumpa dapat peluk cium tak sampai berapa saat.
Tak tahu bila dapat jumpa lagi.Ish....payah. Complicated.Tak mahu fikir.
Saya cuma nak dia tahu saya sayang dia...



Bila saya emo, saya mesti sedih. My mood swing memang buat orang keliling saya pening.
Luckily, most of the time saya happy.

But now I'm not.Tiba-tiba.
~Sorry.

Need more than a chocolate to feel better.

Mahukan kulit yang cantik?


Saya ada jawapannya.  Product ni ada dalam REDCOMELMALL~~promote tak abis-abis ,:P hihi.

Main Ingedients:
-Soy Protien
Antioxidant.Smooths and soften skin.Skin whitening agent.

-L-Glutathione
Master Antioxidant.Changes the skin melanin to reddish/white.Skin
whitening agent

-Marine Collagen
To support skin firming,nourish hair and nails.Anti aging.Helps burning of
fat in the body.Makes skin beautifully glowing.

-Vitamin C
Helps in the absortion of glutathione.Antioxidant.Skin lightening.

-Vitamin E
Antioxidant.Fades marks and scars.Keeps skin looking young and glowing.

-Grape Seed Oil
Oil Of Youth".Used to maintain young looking skin.
Product ni banyak sangat testimoni yangbest, dan ia juga product yang paling cepat abis di kedai REDCOMELMALL. :) Saya sendiri dah consume almost setahun. Tengok wajah saya, tiada jerawat bukan?  Actually saya menderita severe dry skin dan saya tak rajin nak sapu-sapu losyen sebab at the end of the day, nanti melekit sana sini sbb peluh. So Glowz banyak help skin condition saya. Alhamdulillah, sendi-sendi dah tak kering dan kulit rasa lembut dan moist semulajadi. Bila keluar pun saya x perlu pakai make up heavy, kadang-kadang pakai bedak baby dgn lipice lip balm. Kulit akan naturally glowing. 
emm, maybe korang rasa saya  cuma nak lakukan barang kedai saya. :) ok, then click kat testimonials ni yer? 


So jangan lupa go to my shop yer all dearest? 
take care,
xredcomelx