Petua Untuk Wanita Sukar Hamil

Aku jumpa petua-petua ni daripada sebuah buku lama masa tengah kemas-kemas rak buku. Nama buku ni tak yah sebutla sebab buku ni untuk orang-orang yang dah  kawen je.Bukan apa, tau ajelah budak-budak zaman sekarang ni, amik kesempatan dengan lambakan informasi di internet kang ada yang gatai cari pulak, Naya betul, dah salah guna maklumat yang aku bagi.. Tapi kalau ada kengkawan yang nak tau bolehlah email. Yang dah kawen je okeh?

Petua ni untuk mereka  yang ada masalah kesuburan, boleh berikhtiar melalui cara pemakanan. Ini adalah petua turun temurun orang melayu ye.

1. Memakan taugeh mentah selama 6 bulan setiap hari. ~ berapa banyak tak pulak buku ni cakap, tapi tiap hari, make sure basuh dulu tau. Jangan balik-balik pasar buka plastik terus ngap aje. :)

2. Makan ulam pegaga.~ ulam pegaga mmg bagus. Masa saya praktikal dulu saya penah cuba hasilkan minuman pegaga dengan nenas,dalam usaha menghasilkan minumam berkhasiat, tapi serius tak sedap dan lagi rela saya makan ulam pegaga begitu sahaja. Terus terminate eksperimen tu. Sigh..

3. Ambil kunyit bara  besar ibu jari, daun asam jawa2 genggam dan sikit garam. Tumbuk dan perah.Minum sebelum sarapan dan makan malam. Amalkan dua minggu.~ Sanggup minum tak? :-) Mesti minum,tutup hidung peh tu telan je. Jangan takut.( Ni kalau masuk fear factor sure menang punya. )

4. Jika alami senggugut yang teruk, ambil secekak akar kayu senggugut rebus 2-3 jam, tapis dan ambil airnya, minum segelas sekali, 3 kali sehari. Amalkan selama 6 bulan.~ Mesti susah nak cari akar kayu macam ni zaman sekarang, tapi setahu saya di Johor ada Taman Herba yang mengumpulkan beribu-ribu species tumbuhan herba. Mungkin boleh cuba cari di situ.A

5.Ambil ranting daun dedap , buang bintik2 putih padanya. ambil bawang merah, bakar tapi jangan sampai hangus ye ..Pas tu rebus keedua-kedua bahan tadi ni. Minum air dan hampasnya diletakkan di tempat peranakkan dan lub**g punggung. Ulang 3 kali sehari.


Harap info ni dapat membantu pada yang perlu. Insya Allah

Salam Ramadan
XX Redcomel XX

3 comments:

mak encik | SZ said...

kita berusaha kan...
mana2 petua yg tidak memudaratkan boleh la di cuba!

taman herba di johor tu ada di muar (muo) (yeyayyy kampung saya tu :p)

Khairani Bahaudin said...

Haah..tula tu Suzi, teman penah mengok taman herba kat tv tapi lupa bebenor kat mana tempatnya... Muar memang best la suzi... Kampung ai kat melaka...tak la jauh benor kita ye? hihi

Ee said...

saye cume sanggup petua no 2 sahaja... ahahaha