My child safety is my priority

       Saya rasa saya kena tampal kat yellow sticker kat laptop nih "Update Blog hari-hari", "Update Kedai hari-hari". Nak tengok jugak berapa lama ia bertahan di situ sebelum ada orang alihkan. hihihihi. 


      Saya suka hari minggu... memang hari santai kami satu keluarga. Selalu lepak kat rumah, tengok TV. Tak pun pegi makan luar then kami jenguk mak kat Beranang. Hubby dan saya tak suka bawa anak-anak ke tempat-tempat sesak ramai orang tak ingat, rasanya dah bertahun saya tak ke KLCC dan saya tak rasa kempunan pun.  Tak pernah bawak anak kami ke ke Sunway Piramid yang tempat ada roller coaster tu. Sampaikan ada kawan saya cakap, "teruknya kau ni, kedekut betul nak berbelanja bawak anak-anak ke tempat seronok macam tu." Then I replied. Dear, bukan sebab takde duit kami tak bawa ke situ... Kami ada tiga orang anak lelaki.Budak lelaki ni as usual aktif dan suka bergerak. Banyak kes anak hilang, tak sanggup rasanya nak hadapi risko begitu. Jadi tempat yang sesuai, taman permainan... kalau nak pergi mall pun tempat yang convinient macam Alamanda dan Jaya Jusco. Harta boleh di cari.. Pada perkiraan saya, keselamatan dan nyawa paling penting. 


Perkara-perkara yang selalu saya amalkan ketika keluar berjalan dengan anak-anak @ ke pasar


  1.  Sila bawak payung dalam kereta puan dan tuan. Atau pastikan anda practice macam mana nak guna alarm kereta kasi bunyi kuat-kuat incase ada orang nak buat jahat pada kita masa kita tengah upload barang nak masuk dalam kereta. Jika bershopping dengan anak-anak, sila, sila dan sila masukkan anak anda terlebih dahulu ke dalam kereta then baru masukkan barang-barang shopping.


2.  Saya selalu pastikan saya cuma bawak handphone dan wallet yang boleh masuk dalam jeans saya. Kalau bawak pun saya bawak beg riben saya, ni pun untuk isi list barang-barang yang saya nak beli sahaja. Kalau setakat nak pegi pasar tani @ pasar malam tu, tak payah la nak bawak beg tangan besar-besar. Diorang tak tahu ni beg Coach ke, beli Chanel ke, Liz Claireborn ke..Lainla kalau anda turun parking kat mall then nak bersantai-santai dengan family atau kengkawan takperla kalau nak bergaya.Lagi-lagi kalau lepas tu nak kena angkut sayur ikan dah tu nak kena lintas jalan.  Bahaya tau, peragut banyak yang dah berstatus profesional sekarang, modus operandi mereka, kalau tak beri mereka tetas terus. Tetas tali beg takpe la, kalau tangan, muka ?  Sapa nak tanggung.. sedih bila baca surat khabar yang kes baru2 ni yang wanita hamil meninggal dunia disebabkan peragut. Padahal dalam begnya ada 2-3 ringgit aje... Jahat betul peragut ni.  Bak kata pun kalau nak bergaya pun biarla kena pada tempatnya.. :-) ( uishh..panjangnya celoteh list no 2 ni..)

**~Sapa nak tempah beg riben cantik ni boleh email  saya mrskhairani@yahoo.com ye..boleh bawah pegi pasar isi list barang dapur. 
*~eheh..sempat promote ;-)

3. Kemudian jangan parking jauh-jauh sangat dari tempat nak di tuju. Kalau dapat parking depan kedai, lagi bagus. Jangan parking di tempat sunyi, lebih-lebih lagi kalau jalan sorang-sorang. Ingat kes Canny Ong? Kesian dia.. Ingat, jangan jadikan diri kita mangsa mudah. 

4. Sentiasa jaga-jaga dan waspada. Selagi tak masuk kedai atau tak sampai tempat yang dituju, janganlah sibuk nak sms-sms, atau cakap di telefon. Bila kita tak alert kita mudah jadi mangsa mudah sebab tak dapat nak beri respon cepat dok sibuk sms atau cakap di telefon. Tapi kadang-kadang bukan nak cakap, tengah bawak motor pun orang boleh cakap dengan mobile phone atau sms. Kadang-kadang rasa nak sekeh aje kepala orang-orang yang takde common sense ni. Takkan benda macam tu nak kena ajar?

5. Please trust your instinct. Saya rasa ni yang paling penting. Saya selalu macam tu, kalau agak-agak sunyi semacam dan tak sedap hati. saya lari. Sambil dukung Ghauss pulak tu ( Mesti orang ingat saya gila.. ) Mencegah lebih baik dari mengubat. 

Jangan kompromi tentang keselamatan. Zaman sekarang bukan macam dulu-dulu yang mana kita boleh lepas bebas anak kita main tengah bendang, taman permainan tanpa pengawasan,berjam-jam pun takper. Sekarang. sekelip mata pun kalau alpa anak-anak kita boleh hilang, kalau leka ajer ada peragut datang, naik teksi pun kena samun. Kadang-kadang sedih tengok dunia hari ni.. Makin maju makin banyak orang gila. Emm.. kalau anda sedang membaca ni, tolong pastikan mana anak-anak anda berada ya.. :-)  ha, cuti sekolah dah mula ni... Jangan kasi diorang merayau sana-sini. 

Till then* ~ :-) Senyum selalu
X Redcomel X
...Dan tidakkah diperakui bahawa Tuhan yang menciptakan langit dan bumi berkuasa mencipta semula manusia sebagaimana yang diciptanya dahulu?  Benar diperakui, Dia berkuasa. Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila menghendaki sesuatu hanyalah berfirman: "Jadilah!" Maka jadilah ia.Maka Maha Suci (Allah) Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepada- Nyalah kamu dikembalikan.

Surah Yaasin
Ayat 80-83


Suami saya sedang menanti satu perkhabaran gembira. Takde apa yang boleh saya bantu selain sentiasa mendoakan beliau mencapai segala apa yang beliau impikan, Insya Allah.
Apa juga yang bakal ditempuhi, saya akan sentiasa di sisi.

Stiching VS Jewellery

Saya sebenarnya lagi suka buat Handmade Jewellery berbanding menjahit sebab menjahit perlukan ketelitian. Bukan sebab saya berkompromi dengan kualiti, tinggal lagi mata saya semakin rabun sejak-sejak suka berblogging ni...dan kadang-kadang bila masa saya pegang mesin jahit selepas makan malam, mata saya sudah terlalu letih untuk dibuka... Badan pun kata berehat Ani...berehat. ;-) Saya gagahkan juga nak buat stiching comel-comel. Macam si Butterfly bawah ni saya combine dengan kristal Korea. Saya rasa nak kena touch up sikit sebab macam kosong sangat. Belum di jahit jadi beg sebab tak sempat lagi nak touch up. Haru-biru betul...

Saya suka pattern teddy bear. Sebagai Sanguine sejati, saya selalu rasa saya ni masih kecik muda. :DYang ni saya beli benang DMC online dengan Alin, Tokey crosstich . Boleh beli benang DMC dengan beliau, macam-macam warna ada, saya suka borong dengan dia.

Yang beg comel pattern bunga Spongebob.

Yang ni sewaktu melayan blues jiwang saya. Hati bukan kristal? hahahaha Jiwang seh.
Yang ni dah selamat jadi milik orang dah pun... saya suka pattern tak simetri. Seksi.
Mutiara comel-comel sentiasa saya ada stock dalam bekas storage saya.
Ni kristal imported dari Indonesia. Cantik bagi sesiapa yang suka hijau, masih available lagi.
Saya jual online kraf-kraf saya dan ada juga saya saya jual secara consignment pada kawan-kawan yang saya percayai. Saya jual suka-suka, yelah hobi masa lapang. Sebenarnya market besar dalam bidang kraf jika pandai buat marketing. Insya Allah jika ada rezeki dan masa pada masa depan saya selalu berangan-berangan nak buka kedai kraf and all thing yang related dengan wanita. Macam galeri boutique gitu.. Funder ajer yang takder.. Kalau propose pada En Boss nanti dia suruh buat kertas kerja nak kena cerita untung rugi. Hahaha.. Belum masanya lagi.. Ha! tufah dah datang mintak oren. Kena berhenti dah. :D
Bila entry terakhir saya ya? 19 hb? Emm... Rasanya saya kena konsisten bangun 5 a.m tiap-tiap hari dan tidur 1 a.m untuk memastikan semua kerja-kerja saya beres. Banyak sangat peristiwa berlaku kebelakangan ni yang buat saya agak sibuk. Mak mertua saya sakitminggu lepas, luckily dia dah pun keluar hospital. Alhamdulillah semakin beransur pulih. Skrip Kancil belum siap edit lagi, hihihi janji dengan 'Boss' hari Ahad. Ya, selain membuat calculation engineering math ( tang calculation ni pun bila hubby saya suruh buat kira-kira  saya malas nak kira pakai otak, SAYA DAH JEMU BUAT MATHS) dan buat experiment kimia  dan sikit-sikit menjahit + kraftangan si tangan keras, saya juga boleh buat skrip yang merupakan bidan terjun yang setakat ni 'Boss' kata ok. Terus terang saya katakan, buat Skrip atau buat calcution utk Tower Height utk Plant Design sama aje susahnya...  Kadang-kadang saya rasa saya ni tak serius... Ya..mungkin sebab saya ni Sanguine yang mesra alam.

Strengths of a Sanguine
  • Appealing personality
  • Talkative, Storyteller
  • Life of the Party
  • Good sense of humor
  • Memory for color
  • Physically holds on to listener
  • Emotional and demonstrative
  • Enthusiastic and expressive
  • Cheerful and bubbling over
  • Curious
  • Good on stage
  • Wide-eyed and innocent
  • Lives in the present
  • Changeable disposition
  • Sincere at heart
  • Always a child
The Sanguine As a Friend
  • Makes friends easily
  • Loves People
  • Thrives on compliments
  • Seems exciting
  • envied by others
  • Doesn't hold grudges
  • apologizes quickly
  • Prevents dull moments
  • Likes spontaneous activities

 The Sanguine As A Parent
  • Makes Home Fun
  • Is liked by children's friends
  • Turns disaster into humor
  • Is the circus master
Ye.. saya seorang yang fun, tapi saya kira bile Sang Sanguine berkahwin dengan Melancholy, akan berubah jadi insan yang matang serius dan SANGAT PENYABAR, lebih-lebih lagi jika dia Melancholy Choleric.You can read about Melancholy Choleric over here article by M-I-O. 

Choleric: This is the commander-type. Cholerics are dominant, strong, decisive, stubborn and even arrogant.


Melancholy: This is the mental-type. Their typical behaviour involves thinking, assessing, making lists, evaluating the positives and negatives, and general analysis of facts.


Sanguine: This is the social-type. They enjoy fun, socialising, chatting, telling stories - and are fond of promising the world, because that's the friendly thing to do.

 
Phlegmatic: This is the flat-type. They are easy going, laid back, nonchalant, unexcitable and relaxed. Desiring a peaceful environment above all else.

Saya kira tak kiralah apa jua temperament kita, asalkan hidup kita memenuhi purpose kita as hamba Allah dan jangan lupa tanggungjawab yang perlu kita jawab tiap-tiap hari. Apa yang penting, saya Sanguine yang sangat bertanggungjawab dan di sebabkan itu saya kena berhenti menaip dan uruskan anak-anak.. Ngeh ngeh..:D Wasalam.

Dapat award :D

Beautiful Girls Award
Dapat award daripada Azlin... my cyber friends yang suka sangat buat crossstich.Jemput tengok hasil -hasil crossstich yang cantik-cantik  yang ada di blog beliau.
Anyway Alin TQVM. Rasanya tak jelita pun saya ni, but I know I'm beautiful inside. ():D hihihi
Syarat-syarat penerima award ni :-
1. Pastikan jantina anda "perempuan"
2. Copy badge sebagai award anda
3. Nyatakan 7 sebab kenapa bangga jadi perempuan
4. Passkan award ni kepada girlfriends anda



Alhamdulillah bersyukur dilahirkan sebagai perempuan...


1. Solat lima waktu, puasa dan taat pada suami as a woman anda boleh pilih mana pintu syurga yang anda mahu di akhirat kelak.


2. Perempuan selalu dimanjakan... kecik-kecik dimanja ibu ayah, dah kahwin dimanjakan suami.. hihi


3. Boleh menangis tanpa rasa malu kalau sedih. Ya, saya akan menangis semahu-mahunya sampai lega.

4. Sabar dengan kerenah anak-anak 24/7. Orang lelaki mana boleh sabar..Abang boleh sabar bang? ;-D

5. Shopping, shopping, shopping!!! Semua wanita tahu nikmatnya..

6. Teman paling setia untuk suami dan anak-anak, sentiasa menjadi lilin yang membakar diri...

7. Tanpa perempuan takkan ada cinta, tanpa cinta dunia takkan berputar.

THIS BEAUTIFUL GIRLS AWARDS GOES TO:~ Kawan-kawan masa sekolah yang dah turn out sangat beautiful, inside and out...

1. Shifa ~Awek mix arab ni... :D

2. Hana Robert~believe me she's hot!

3. Yanie~ Lama tak jumpa kan Yanie...

4. Irda ~ Irda, saat menjadi seorang ibu sangat indah...

5. Mas ~ Orangnya memang beautiful pun..:-D

Nak makan sedap ajer..

Saya dulu bersekolah asrama penuh di Perak, to be specific Teluk Intan. Great town, really miss it. Walaupun kat sana ada satu panggung wayang ajer yang saya tak pernah masuk pun. Masa sekolah dulula, sebab cikgu tak bagi... skema betul.hihihi  Tapi agaknya sekarang dah maju kot. :D Tapi rasanya menara condong tu masih condong.


Setiap kali cuti sekolah dan pulang ke rumah, saya mesti memilih makan. "Mengada-mengada..." kakak saya cakap. Kak Ngah, aku betul-betul rindu nak berborak dengan kau. ;-(  Who cares? Ya betul..tiada siapa yang peduli, cuma kami yang menanggung derita di hati.


Saya memang suka makan sedap, favourite saya seafood. Udang, sotong. Sambal sotong. Tomyam seafood. Tapi masa tu family bukan orang senang.. Maksud saya, biasa-biasa ajer.. have to bugdet everything. Walaupun keluarga kami orang biasa aje, ayah masih mampu hantar kesemua anaknya ke menara gading. Ayah saya tetap ayah terbaik, walaupun ramai sukar memahami dirinya especially anak menantu. Ayah saya bukan apa kalau ada kurang berkenan tu nampak sangat terpancar di wajahnya. :-) Cthnya, subuh bangun lambat ke.. dia mula la buat muka ketat..hihihi.. Ayah oh ayah... Back to the story, setiap kali saya balik saya mesti dapat makan makanan kegemaran saya. Walaupun bukan udang sotong yang gred AAA, tapi tetap sedap bila buat sambal. Sampaikan ibu saya kata, " Kau ni kalau kawen nanti, kena kawen dengan orang kaya la gamaknya. Sapa larat nak beli sotong, udang tiap-tiap minggu ni?" hihihi.
Saya gelak ajer...Ibu, Ani tak kawen dengan orang kaya tapi sangat bahagia. Alhamdulillah. Walaupun saya berkahwin dengan orang biasa yang bukan anak datok kaya mana ntah, masih kami sekeluarga dapat makan makanan yang berkhasiat.Termasuk udang dan sotong. Udang kat Tesco dah  murah tau. :-D


Masa saya first date dengan hubby saya masa bercinta dulu pun camtu. Lepas tengok wayang cerita "The Touch" lakonan Michelle Yeoh (cerita pasal orang carik harta karun yang haram tak best tapi jadi best sebab tengok dengan boyfriend-to-be yang lepas tu jadi hubby tercinta saya), hubby tanya saya nak makan mana? Sambil tunjuk ada satu kedai tak best saya cakap saya taknak. Bila dia ajak pegi Mc D saya kata ok :-D. Pastu hubby saya cakap "banyak cekadak budak nih". hahahaha.. langsung tak romantik. Ala.. McD aje pun.. tak la sampai mintak belanja kat Victoria Station ke.. Restoran mahal ke  yang satu four course meal cecah ribu-ribu.. :D


Dalam bab makan-makan ni,  yang paling merisaukan,  anak saya no. 2. Alahai.. susah sangat nak makan. SUUUSAAHHHHH!  Naik tension bila orang asyik cakap Faeiq ni kurus, gaya cakapnya macam saya sambil lewa @ cincai aje  bagi makan. Orang tak tau kadang-kadang sampai 2-3 kali saya masak sebab masak nasik taknak makan, masak telur taknak makan, masak makaroni taknak makan. Nasib baik di rumah memang sentiasa ada ready stock biskut peanut butter, keropok ikan, aiskrim susu, maruku. Faeiq..oh Faeiq.. bila nak besar anak mama ni. Saya dah beri ubat cacing takut ada cacing dalam perutnya yang buat dia hilang selera makan, tapi bila saya tengok habit makannya, saya rasa cacing pun tak boleh nak survive! Sekarang ni bila dah minum susu Pediasure, baru ada naik sikit. Sikit ajela... Kalau kawan-kawan yang baca ni ada  nasihat dan pernah lalu pengalaman anak susah nak makan, sudi-sudilah bagi advise ya.. Sangat perlukan. Doktor kata metabolisma badannya tinggi, tu sebab badannya susah nak naik. But as long dia tak sakit dan masih aktif, should be no problem. Emm.. lega la telinga ni dengar sebab Faeiq anak yang ceria dan aktif. Tapi saya masih harap badannya berisi sikit.


Emm.. saya jumpa satu resipi best by kak Nani Rostam, hujung minggu ni saya nak buat, sebab Faieq pasti suka Strawberry Fresh Creamy Trifle-----> Klik untuk resipinya ya!


Nampak sangat Yummy!  Beliau merupakan seorang tukang masak yang handal dan memasak pelbagai masakan enak untuk keluarganya. Silala ke blog beliau untuk berhubung dengan beliau ya!

Bagi saya,  tak perlu la nak jadi pro chef to cook for our family sebab kalau diorang dah lapar diorang makan jugak,sedap makan banyak, kalau tak sedap makan sikit ataupun tak makan langsung Hihihi tapi tak salah kalau kita belajar masak sedap-sedap... Anak-anak rindu, suami pun sayang. :D

SELAMAT HARI IBU

Saya ni anak nakal. Selalu buat parents pening kepala masa saya remaja. Mungkin sifat saya yang berani dan suka mencuba sering beri sakit kepala pada ibu. Saya dari kecil suka bersukan, masuk bersukan apa pun saya suka nak menang. Jadi sejak darjah empat saya sudah mewakili Melaka dalam sukan hoki. Ibu ayah saya tak bagi sebenarnya, pernah dia gergaji kayu hoki saya sebab takut saya tercicir pelajaran, tapi saya ni degil, main juga.. setiap kali pegi latihan petang, saya akan pegi sekolah agama separuh masa, separuh masa lagi pegi training. Bila pikir-pikir balik macam mana budak darjah empat boleh beri alasan yang baik untuk minta keluar kelas dari ustazahnya supaya dapat keluar kelas dan pergi ke sekolahnya yang jauhnya lebih 10 kilometer dari sekolah agamanya. Emm.. saya punya kabel kuat masa tu, best friend saya, anak Ketua Menteri Melaka pada masa tu, dan kami sama satu kelas dan saya tumpang naik pajeronya setiap kali nak pergi training.. dia pun sama-sama suka main hoki. Huh.. dah lah nakal, licik pulak tu.. Pening ibu ayah saya..
Some how pelajaran saya tak terjejas, so tak la kantoi lagi.

Masa darjah empat dan darjah 5 okay lagi, tapi bila darjah 6, ayah memang serius tak beri sebab nak UPSR time tu.. tapi tetap degil, masih juga pergi, dengan kaedah yang sama. Nak tahu time bila kantoi? time nak minta tandatangan ibu ayah supaya beri keizinan sebab tournament masa tu buat di KL. Saya menangis semahu-mahunya, sbb ayah berkeras tak bagi, so saya pasrah saya tinggalkan aje borang tu atas meja.Tapi esoknya.. saya tengok dah bertandatangan. saya hepi sangat. Alhamdulillah.. dapat wakil Melaka dan masih dapat keputusan UPSR yg cemerlang..

Itu cuma sekelumit kisah nakal saya yang sebenarnya ada banyak lagi..
Saya kira pengalaman melahirkan 3 orang putera saya sangat-sangat membuat saya insaf dan pada saat itu saya sedar, walau saya ada segunung emas sekali pun, takkan saya dapat balas jasa kedua orang tua saya. Jagalah hubungan baik dengan ibu ayah kita, begitu juga juga dengan ibu serta ayah mertua. Sementara mereka masih ada disisi, tak tahu mereka atau kita yang di jemput olehNya terlebih dulu... Saya bukanlah anak dan menantu yang terbaik, tapi Insya Allah saya cuba. Hari ni Hari Ibu. Buat Ibu, Ani sayang Ibu, terima kasih atas didikan dan kasih sayang yang tak berbelah bagi. Allah sahaja yang mampu balas.

CRAFT ROOM

Inilah bilik saya bertapa.. tempat saya tulis barang dapur, tempat saya sembunyi dari Ghauss bila kami main sorok-sorok. Tempat saya menangis kalau kena marah :-P . Saya memang kuat merajuk, hati-hati, kalau anda komen sambal tumis saya kurang sedap pun saya boleh menangis. hihihi.  Takdela..

 Di sinila tempat saya menjahit, lukis-lukis pola beg. Bilik kadang-kadang kemas, kadang bersepah. :-D
Dulu sebelum suami saya ada opis besar, opis kecik ni la tempat suami buat kerja-kerja management. Juga tempat dia layan gitar karannya.  Tapi kini ia saya yang punya. :-)  Abaikan kesan krayon warna merah di penjuru situ.. Ni faeiq punya kerja  la ni..

Yang ni pulak tempat saya simpan kain-kain dan riben-riben dan macam-macam ada dalam kotak ni. :-) HIHI. Saya tahu tak la lawa  sangat bilik ni.. tapi tak kira, nak show off jugak.. :-D Kalau anda bersempatan datang ke rumah saya hari raya nanti, kita boleh lepak kat sini, saya boleh ajar buat bunga riben, dan gelang kristal. Invitation for Ladies only ok!

p/s: bestnya kalau saya ada bilik craft macam Martha Stewart. HUH!! Mula la tunjuk perangai tak bersyukur tu. Cubit kang!