SELAMAT HARI IBU

Saya ni anak nakal. Selalu buat parents pening kepala masa saya remaja. Mungkin sifat saya yang berani dan suka mencuba sering beri sakit kepala pada ibu. Saya dari kecil suka bersukan, masuk bersukan apa pun saya suka nak menang. Jadi sejak darjah empat saya sudah mewakili Melaka dalam sukan hoki. Ibu ayah saya tak bagi sebenarnya, pernah dia gergaji kayu hoki saya sebab takut saya tercicir pelajaran, tapi saya ni degil, main juga.. setiap kali pegi latihan petang, saya akan pegi sekolah agama separuh masa, separuh masa lagi pegi training. Bila pikir-pikir balik macam mana budak darjah empat boleh beri alasan yang baik untuk minta keluar kelas dari ustazahnya supaya dapat keluar kelas dan pergi ke sekolahnya yang jauhnya lebih 10 kilometer dari sekolah agamanya. Emm.. saya punya kabel kuat masa tu, best friend saya, anak Ketua Menteri Melaka pada masa tu, dan kami sama satu kelas dan saya tumpang naik pajeronya setiap kali nak pergi training.. dia pun sama-sama suka main hoki. Huh.. dah lah nakal, licik pulak tu.. Pening ibu ayah saya..
Some how pelajaran saya tak terjejas, so tak la kantoi lagi.

Masa darjah empat dan darjah 5 okay lagi, tapi bila darjah 6, ayah memang serius tak beri sebab nak UPSR time tu.. tapi tetap degil, masih juga pergi, dengan kaedah yang sama. Nak tahu time bila kantoi? time nak minta tandatangan ibu ayah supaya beri keizinan sebab tournament masa tu buat di KL. Saya menangis semahu-mahunya, sbb ayah berkeras tak bagi, so saya pasrah saya tinggalkan aje borang tu atas meja.Tapi esoknya.. saya tengok dah bertandatangan. saya hepi sangat. Alhamdulillah.. dapat wakil Melaka dan masih dapat keputusan UPSR yg cemerlang..

Itu cuma sekelumit kisah nakal saya yang sebenarnya ada banyak lagi..
Saya kira pengalaman melahirkan 3 orang putera saya sangat-sangat membuat saya insaf dan pada saat itu saya sedar, walau saya ada segunung emas sekali pun, takkan saya dapat balas jasa kedua orang tua saya. Jagalah hubungan baik dengan ibu ayah kita, begitu juga juga dengan ibu serta ayah mertua. Sementara mereka masih ada disisi, tak tahu mereka atau kita yang di jemput olehNya terlebih dulu... Saya bukanlah anak dan menantu yang terbaik, tapi Insya Allah saya cuba. Hari ni Hari Ibu. Buat Ibu, Ani sayang Ibu, terima kasih atas didikan dan kasih sayang yang tak berbelah bagi. Allah sahaja yang mampu balas.

No comments: