Stiching VS Jewellery

Saya sebenarnya lagi suka buat Handmade Jewellery berbanding menjahit sebab menjahit perlukan ketelitian. Bukan sebab saya berkompromi dengan kualiti, tinggal lagi mata saya semakin rabun sejak-sejak suka berblogging ni...dan kadang-kadang bila masa saya pegang mesin jahit selepas makan malam, mata saya sudah terlalu letih untuk dibuka... Badan pun kata berehat Ani...berehat. ;-) Saya gagahkan juga nak buat stiching comel-comel. Macam si Butterfly bawah ni saya combine dengan kristal Korea. Saya rasa nak kena touch up sikit sebab macam kosong sangat. Belum di jahit jadi beg sebab tak sempat lagi nak touch up. Haru-biru betul...

Saya suka pattern teddy bear. Sebagai Sanguine sejati, saya selalu rasa saya ni masih kecik muda. :DYang ni saya beli benang DMC online dengan Alin, Tokey crosstich . Boleh beli benang DMC dengan beliau, macam-macam warna ada, saya suka borong dengan dia.

Yang beg comel pattern bunga Spongebob.

Yang ni sewaktu melayan blues jiwang saya. Hati bukan kristal? hahahaha Jiwang seh.
Yang ni dah selamat jadi milik orang dah pun... saya suka pattern tak simetri. Seksi.
Mutiara comel-comel sentiasa saya ada stock dalam bekas storage saya.
Ni kristal imported dari Indonesia. Cantik bagi sesiapa yang suka hijau, masih available lagi.
Saya jual online kraf-kraf saya dan ada juga saya saya jual secara consignment pada kawan-kawan yang saya percayai. Saya jual suka-suka, yelah hobi masa lapang. Sebenarnya market besar dalam bidang kraf jika pandai buat marketing. Insya Allah jika ada rezeki dan masa pada masa depan saya selalu berangan-berangan nak buka kedai kraf and all thing yang related dengan wanita. Macam galeri boutique gitu.. Funder ajer yang takder.. Kalau propose pada En Boss nanti dia suruh buat kertas kerja nak kena cerita untung rugi. Hahaha.. Belum masanya lagi.. Ha! tufah dah datang mintak oren. Kena berhenti dah. :D

5 comments:

ALynn said...

cik ani wehhh.. cantik la yg teddybear tu... gelang x semetri tu buat ku terguda la.. hihhhihihi

isyqi said...

lama x baca blog ani nih.. skali bukak, mcm2 ada...ani! akak nak la gelang kristal hijau tuh..it's so elegant..ani simpan tuk akak ye..

Khairani Bahaudin said...

SALAM AKAK..hihihi ok ok will do.. memang simpan aje utk akak tu..:)

yana said...

BAda jual benang dmc pelbagai tones warna yg buku tak?

yana said...

BAda jual benang dmc pelbagai tones warna yg buku tak?