Nak makan sedap ajer..

Saya dulu bersekolah asrama penuh di Perak, to be specific Teluk Intan. Great town, really miss it. Walaupun kat sana ada satu panggung wayang ajer yang saya tak pernah masuk pun. Masa sekolah dulula, sebab cikgu tak bagi... skema betul.hihihi  Tapi agaknya sekarang dah maju kot. :D Tapi rasanya menara condong tu masih condong.


Setiap kali cuti sekolah dan pulang ke rumah, saya mesti memilih makan. "Mengada-mengada..." kakak saya cakap. Kak Ngah, aku betul-betul rindu nak berborak dengan kau. ;-(  Who cares? Ya betul..tiada siapa yang peduli, cuma kami yang menanggung derita di hati.


Saya memang suka makan sedap, favourite saya seafood. Udang, sotong. Sambal sotong. Tomyam seafood. Tapi masa tu family bukan orang senang.. Maksud saya, biasa-biasa ajer.. have to bugdet everything. Walaupun keluarga kami orang biasa aje, ayah masih mampu hantar kesemua anaknya ke menara gading. Ayah saya tetap ayah terbaik, walaupun ramai sukar memahami dirinya especially anak menantu. Ayah saya bukan apa kalau ada kurang berkenan tu nampak sangat terpancar di wajahnya. :-) Cthnya, subuh bangun lambat ke.. dia mula la buat muka ketat..hihihi.. Ayah oh ayah... Back to the story, setiap kali saya balik saya mesti dapat makan makanan kegemaran saya. Walaupun bukan udang sotong yang gred AAA, tapi tetap sedap bila buat sambal. Sampaikan ibu saya kata, " Kau ni kalau kawen nanti, kena kawen dengan orang kaya la gamaknya. Sapa larat nak beli sotong, udang tiap-tiap minggu ni?" hihihi.
Saya gelak ajer...Ibu, Ani tak kawen dengan orang kaya tapi sangat bahagia. Alhamdulillah. Walaupun saya berkahwin dengan orang biasa yang bukan anak datok kaya mana ntah, masih kami sekeluarga dapat makan makanan yang berkhasiat.Termasuk udang dan sotong. Udang kat Tesco dah  murah tau. :-D


Masa saya first date dengan hubby saya masa bercinta dulu pun camtu. Lepas tengok wayang cerita "The Touch" lakonan Michelle Yeoh (cerita pasal orang carik harta karun yang haram tak best tapi jadi best sebab tengok dengan boyfriend-to-be yang lepas tu jadi hubby tercinta saya), hubby tanya saya nak makan mana? Sambil tunjuk ada satu kedai tak best saya cakap saya taknak. Bila dia ajak pegi Mc D saya kata ok :-D. Pastu hubby saya cakap "banyak cekadak budak nih". hahahaha.. langsung tak romantik. Ala.. McD aje pun.. tak la sampai mintak belanja kat Victoria Station ke.. Restoran mahal ke  yang satu four course meal cecah ribu-ribu.. :D


Dalam bab makan-makan ni,  yang paling merisaukan,  anak saya no. 2. Alahai.. susah sangat nak makan. SUUUSAAHHHHH!  Naik tension bila orang asyik cakap Faeiq ni kurus, gaya cakapnya macam saya sambil lewa @ cincai aje  bagi makan. Orang tak tau kadang-kadang sampai 2-3 kali saya masak sebab masak nasik taknak makan, masak telur taknak makan, masak makaroni taknak makan. Nasib baik di rumah memang sentiasa ada ready stock biskut peanut butter, keropok ikan, aiskrim susu, maruku. Faeiq..oh Faeiq.. bila nak besar anak mama ni. Saya dah beri ubat cacing takut ada cacing dalam perutnya yang buat dia hilang selera makan, tapi bila saya tengok habit makannya, saya rasa cacing pun tak boleh nak survive! Sekarang ni bila dah minum susu Pediasure, baru ada naik sikit. Sikit ajela... Kalau kawan-kawan yang baca ni ada  nasihat dan pernah lalu pengalaman anak susah nak makan, sudi-sudilah bagi advise ya.. Sangat perlukan. Doktor kata metabolisma badannya tinggi, tu sebab badannya susah nak naik. But as long dia tak sakit dan masih aktif, should be no problem. Emm.. lega la telinga ni dengar sebab Faeiq anak yang ceria dan aktif. Tapi saya masih harap badannya berisi sikit.


Emm.. saya jumpa satu resipi best by kak Nani Rostam, hujung minggu ni saya nak buat, sebab Faieq pasti suka Strawberry Fresh Creamy Trifle-----> Klik untuk resipinya ya!


Nampak sangat Yummy!  Beliau merupakan seorang tukang masak yang handal dan memasak pelbagai masakan enak untuk keluarganya. Silala ke blog beliau untuk berhubung dengan beliau ya!

Bagi saya,  tak perlu la nak jadi pro chef to cook for our family sebab kalau diorang dah lapar diorang makan jugak,sedap makan banyak, kalau tak sedap makan sikit ataupun tak makan langsung Hihihi tapi tak salah kalau kita belajar masak sedap-sedap... Anak-anak rindu, suami pun sayang. :D

1 comment:

isyqi said...

sedapnye kek ni...nyam nyam....ani, buat kek ni pastu hantar umah akak ye...hihi:D