KEMENANGAN YANG DIJANGKA

Suami saya sudah pulang dari Kedah, ;D dan kepulangan yang di nanti membawa bersama -sama trofi serta sijil serta wang tunai yg dimenanginya..kemenangan yang cukup bermakna, dan saya turut gembira al sebabnya beliau gembira, beliau telah membelikan pelbagai buah tangan yg di beli di Bukit Kayu Hitam... Abang, terima kasih utk ole2..


COMBLAST Animation Film Category

COMBLAST BEST ANIMATION FILM~ KANCIL BY ANIOTEK SDN BHD

- Best Editing ~ UUM STUDENTS

- Best Creativity~KANCIL ANIOTEK SDN BHD

for all animation fans out there, Insya Allah, akan berpeluang menyaksikan animasi Kancil di layar perak. Kancil juga telah berjaya mendapat pencalonan di dalam
KARYAWAN MUDA dan anda boleh saksikan KANCIL ~klik sini Harap enjoy. Inilah hasil ilham Producer Muda, Pengarah Muda dan Animator-animator Muda. Chaiyok2!! Saya cukup berbangga dengan usaha keras suami saya, semoga rahmat Allah akan mempermudahkan segala apa yang di cita-citakan. Amin.

Jadi, apa yang saya buat sementara suami saya sibuk membuat kartun dan kerja2 di studio? Saya seorang SAHM (STAY AT HOME MAMA) yang mengendalikan perniagaan kecil-kecilan internet dari rumah atau Internet Merchant atau Usahawan Internet atau webmaster atau panggil la apa aje yg anda suka.. asalkan nama yang baik- baik sebab saya mama yang baik. :D

JEMPUT SINGGAH ke online shop saya
www.redcomelmall.com

Saya amat suka sekali jemput orang ke kedai saya, walaupun mereka tak menghantar order untuk membeli apa-apa, tapi jika ada suri rumah di luar sana yang masih termangu-mangu tidak tahu berbuat apa-apa, boleh berjinak-jinak berniaga secara online, sangat seronok kerana pada masa yg sama anda masih boleh bermain lego bersama anak-anak, masih boleh menyuapkan mereka makan, dan bergurau senda dengan anak-anak tanpa henti. hihihi... Jangan skeptikal, saya tidak mengatakan wanita berkerjaya 9 to 5 tu tak bagus..oh tidak-tidak. Saya sendiri seorang wanita yg berkareer dan bekerja di ofis orang satu ketika dahulu, saya juga dibekalkan oleh ibu bapa saya pelajaran yang tinggi. Pelanggan saya 90% wanita berkerjaya, pendek kata wanita penjana ekonomi. ( kalau semua pakat berenti sapa pulak nak order beg riben saya..) LOL. Cuma ingin berkongsi, jika pada tika ini anda sedang bosan melayan blues di rumah, tanpa sebarang aktiviti dan anda mempunyai laptop atau desktop yang dah lama tersadai, boleh la bermula dengan


1. Sign up internet di rumah. (Serendah RM 20 sebulan pun ada)
~SAYA SUKA STREAMYX, KALAU ROSAK CEPAT DIORANG DATANG BETULKAN :)

2. Then explore internet. (pastikan segala urusan rumah tangga di siapkan terlebih dahulu, such as masak, basuh, bagi makan anak2 etc) Nanti ada yang bising rumah macam kapal karam.

Ada pelbagai ilmu ada di internet.Tapi pastikan yang baik2 sahaja.. saya buat website www.redcomelmall.com dengan hanya belajar sendiri setahun yang lepas kerana pada ketika itu portalniaga.com memberikan khidmat mereka secara percuma kepada perintis-perintis online internetpeneur (ada ker istilah ni?? pepandai ajer aku buat istilah sendiri :p) Saya berjaya menyiapkan website saya dalam masa 6 bulan... mmg lama sebab saya memang tak tahu langsung bahasa-bahasa IT html blablalabala... Tapi setelah siap saya kagum.. Bukan kagum dengan diri saya, tapi saya kagum dengan teknik pembelajaran yg digunakan oleh portalniaga yang menggunakan 100% online education. Jadi, sesiapa yang berminat bolehla melawat www.portalniaga.com dan mulakan pembelajaran anda hari ini.


Alhamdulillah saya di berikan kelapangan masa dan ekonomi keluarga mengizinkan saya untuk berada di mana saya berada sekarang. Saya tak mewah, namun saya bersyukur sangat sangat sangat dengan apa yang ada. Cukup makan, cukup pakai. ALHAMDULILLAH lagi.. Ia tak semudah seperti orang sangka untuk memiliki kestabilan emosi dan berada di rumah 24/7, namun segala apa yang telah dicurahkan dan segala susah payah yang dilalui, ia memang berbaloi. Apa yang saya buat pada hari ini adalah jihad saya ke jalan Allah, demi suami yang inginkan anak-anaknya terjaga baik, demi anak-anak harta yang paling berharga.Demi masa depan kami semua.

Buat apa yang kita buat seikhlas hati, usah ragu-ragu dengan kehendak Ilahi. Insya Allah, ada ganjaran besar untuk mereka yang bersabar.





No comments: