Tiga hari sebelum anugerah karyawan muda, saya mimpi suami saya masuk surat khabar dan dapat press conference, sebab dia menang best animation category. Saya beritahu hubby saya, tapi dia tak percaya.. suami saya orangnya memang sangat humble dan kalau saya puji + buat ayat bodek pun tak lut pada dia sebab dia memang tak makan puji.. Ya.. semalam dengan penuh bergaya beliau telah berangkat ke RTM dan menghadiri majlis anugerah tersebut. Saya tahu dia akan menang, sebab saya tahu gerak hati saya benar.
Alhamdulillah, selepas anugerah Comblast, Kancil menang lagi di Anugerah Karyawan muda. Rezeki Allah beri buat mereka sentiasa berusaha.
Saya sentiasa mendoakan, moga impian suami saya tercapai, untuk menjadi penerbit animasi tersohor di dunia. Impian yang luhur lahir dari dalam diri seorang insan yang sangat saya cintai. Saya sangat berbangga.
"Kan ani dah cakap abang menang, abang tak caya.." Itu ayat pertama saya bila dia sampai ke rumah. Suami saya senyum sampai ke telinga, dan melihat senyuman itu, dah cukup membahagiakan saya..
1 comment:
say congrat tu najat.. masa anugerah tu, live kat TV kan...
kalau akak tau, akak tgk sampai habiss
Post a Comment