BACK TO BUSSINESS

Dah beberapa minggu kebelakangan ni saya sibuk.. Apalah ani ni sibuk ajer.. (SILA KIRA BERAPA BANYAK PERKATAAN SIBUK DALAM BLOG NIH) Tapi saya kira kebelakangan ini rezeki saya murah. Bukan dapat duit terpijak atau dapat big orders ke... tak. Tapi, kakak saya yang saya rindukan kini sudah keep in touch kembali,(kami dah ber sms-sms sepeti selalu tanpa tertinggal perkataan I love you) Suami saya dapat award yang dia idamkan, anak-anak buah kesayangan saya semalam tido di rumah saya dan mereka makan semua makanan yang saya masak (Saya cukup hepi bila saya masak banyak-banyak dan orang makan banyak.. Ngeh Ngeh :-D )

Itu pun rezeki juga. Hati yang gembira memang rezeki yang tak ternilai. Ada orang duit banyak tapi tak gembira, tak murah rezeki juga.

Dan cukup saya gembira, blog saya dah ada follower.. :D Salam perkenalan dari saya buat Zu, saya harap Zu dapat menghubungi saya di mrskhairani@yahoo.com sebab saya ada hadiah istimewa buat Zu. Zu, jangan lupa utk hubungi saya yer? :-)

Saya akan cuba siapkan beberapa sublime stiching dalam minggu ni, dan saya akan kongsi hasilnya dalam 3-4 hari di sini. Ani tepati janji ya! (Kau dah ada orang pernah marah kau sebab ko janji tapi kau mungkir sampai orang tu tanak kawan dengan kau dah. Jangan ulangi kesilapan tu!) Insya Allah. Teman saya tu kes yang saya tak dapat diselamatkan.

Terima kasih kepada teman-teman yang suka baca blog saya yang serba kurang ni, blog ini cuma wadah untuk saya praktis menulis sebab saya bercita-cita untuk menghasilkan buku pada suatu hari yang indah nanti. Ya, walaupun buku thesis pertama saya sudah terhasil, tapi agak-agaknya sapa lah nak baca DETAILED DESIGN OF ACRYLIC ACID PLANT 100000 TONNES/YEAR kau tu. Bosan. Sudah. Enough of maths calculation.

Hidup saya kini sangat bahagia. Alhamdulillah. Tak larat nak mengadap perhitungan antara profesionalisme engineer dan stay home mother, kepada mereka yang kata saya bodoh kerana meninggalkan dunia kerjaya, saya ucap terima kasih. I take it as a compliment. Apa yang saya boleh katakan, saya ada tiga orang putera dan saya mahu menjaga mereka sendiri. Mungkin jika anda ada boleh membuat pilihan anda juga bersetuju dengan saya. Tapi selagi hidup sementara kita di penuhi dengan purpose yang betul, kiranya tu pun dah memadai. Moga anak-anak saya menjadi khalifah hebat bila mereka dah besar nanti. Amin

Lepas ini saya akan masukkan jewellry yang saya buat minggu lepas, Chekkidaud okay! kepada 5 follower pertama blog ini, selepas jadi follower jangan lupa email mrskhairani@yahoo.com. Sebab saya ada hadiah istimewa utk kawan-kawan. Jangan segan ya? :) Okay. Take care semua

4 comments:

NORAZLINA YAAKOP said...

Salam Perkenalan,
I pun nak sesgt stay kat rumah take care of my daughter. But belum masanya lagi. Hopefully boleh tercapai dlm waktu terdekat ni.

Redcomel said...

salam lina..thanks. Takpe, pelan2, kalau bussiness sewing lina dah maju, mana tau dah boleh stay kat rumah ke..:).. Lina,Please send me your address at mrskhairani@yahoo.com coz i have something special for you and your daughter. :)

zahryanie said...

hai ani..
bestnye ada bisnes sendiri..

Khairani Bahaudin said...

Yanie... lama tak dengar khabar.. ala yanie..bisnes kecik2 ajer..