Perempuan mana yang mahu bermadu? Ada? Siapa? :D
"Ish, madu-madu ni jangan sebut. Pantang" kata sorang teman saya.
Tiada siapa yang mahu bermadu.Walaupun dijanjikan payung emas. Tapi suratan hidup kita tak tahu. Begitu juga dengan Qada dan Qadar Allah.
Pagi tadi sahabat yang saya sayangi menelefon. Berborak bertanya khabar, macam-macam cerita ada, cerita durian, mengidam ( dia tengah pregnant). Tiba-tiba dia kata,
Red, hari tu aku tengok Semanis kurma.
Iye? Ape topiknye?
Hakikat Bermadu.
errrr...Ok.
ko ada pen dengan kertas?
Apsal, ko nak suruh aku salin tips-tips bermadu ke? eheh, takmo, aku x nak ada madu la.
hotak hang la Red.
Hihihihi, abis tu?
Ustazah Baeyah cakap, kita x tahu tentang masa depan, qada dan qadar Allah. Tapi seandainya ujian bermadu tu tak dapat ditanggung oleh diri kita, bolehla amalkan surah Al-Baqarah ayat 286. Insya Allah kalau selalu amalkan, kita di jauhkan daripada ujian tu.
ooo, bagus, bagus. Jap, aku salin.
End of Conversation.
Bagusnya ada teman baik begini...:D
Daripada Ibni Mas’ud, berkata Ia : Bersabda Junjungan Nabi s.a.w.:
“Barangsiapa yang membaca dua ayat daripada akhir surah Al-Baqarah pada malam hari nescaya mencukupi keduanya akan dia.”
Surah Al Baqarah ayat 285 dengan 286 bagus diamalkan.
Adapun dua ayat tersebut ialah :
1. Firman Allah Ta’ala : ( Aamanar rasuulu bimaa unzila llaihi mir rabbihi wal muminuun. Kullun aamana billaahi wamalaaikatihi wakutubihii warusulihii laa nufarriqu baina ahadim mir rusulihii waqaaluu sami’naa wa atha’naa ghufraanaka rabbanaa wailaikal mashiir).
Al-Baqarah ayat 286.
2 ( Laa yukallifullaahu nafsan illaa wus’ahaa lahaa maa kasabat wa’alaihaa maktasabat. Rabbanaa laa tu aakhiznaa in nasiinaa au akh.tha-naa, rabbanaa walaa tahmil ‘alainaa ishran kamaa hamal tahuu ‘alal ladziina min qablinaa. Rabbanaa walaa tuhammilnaa maa laa thaaqata lanaa bih. Wa’fu ‘annaa waghfir lanaa warhamnaa, anta maulanaa fanshurnaa alal qaumil kaafiriin.)
286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan ma’afkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Berbalik pada soalan ayat pertama tadi; Saya tak mahu.Saya rasa xde pompuan yang nak ada madu. Madu lebah takpe, buah jambu madu takpe.Tapi madu yang jambu, apakah? Dah jangan tanya lagi.
5 comments:
dulu ms 4 thn aku belum peknen n ada anak, aku ckp kat BAY, "klu ditakdirkan aku x mampu melahirkan zuriat utk dia, dan terbukti bahawa dia mampu utk mendapat zuriat sendiri, aku izinkan utk dia kahwin lain"... aku x tau kekuatan mana aku dpt ms tu... tp lepas medical check up semua, alhamdulillah aku mampu, & selepas 3 bulan tu aku terus peknen, maka terbatal lah 'lesen' BAY itu... hahaha...
1 kesimpulan yg aku dpt, ALLAH Maha Mengetahui bhw deep down inside, aku x mampu utk bermadu sbnrnya... sbb tu ALLAH kurniakan kami zuriat bersama.. =)
berani ko da, cakap cam tu pada Bay.Iye... memang ujion x de baby memang besar.. aku faham nape ko cakap cam tu..Syukur now u have precious Ihsan.
betul, Allah maha mengetahui. Aku dugaan hebat apa Insya Allah aku boleh tanggung, I mean sakit beranak, susah xde duit or berjauhan dari kakak aku...Tapi ujian yang satu ni, ntah, memang x mampu aku nak lalu... Dan selalu doa pada Allah aku x mahu lalu.
Dan aku tahu mana2 isteri pun x mahu bermadu.
salam perkenalan..
madu?? x nak2..hehe
sgt2 menakutkanla kalau bukak citer bab madu2 ni..
mudah2an la dijauhkan.. :)
iye bunga..amalkan la surah al baqarah ni ye..:)
sapa ye kawan awak yg sgt prihatin bab2 madu ni.... heheheh..... serius tak sanggup!!!!
Post a Comment