Demam Denggi? oh Tidak!!!

Dah lama saya x demam, kali terakhir saya demam bulan 12 tahun lepas. Yang x larat bila demam ni nak buat semua benda pun x larat. Perasan saya macam dah kena denggi je sebab semua sendi-sendi saya sakit-sakit. Sakit kepala teruk, abis satu badan sakit-sakit. Tapi macam x logic sebab saya duduk tingkat 15 di apartment yang maintancenya  mahal bagus, patut x de nyamuk. (Ini bukan statement bermegah-megah tapi dengan harga maintainance yang tinggi pasti tahap kebersihan yang tinggi diharapkan.) Dalam sakit-sakit saya sempat google di internet simptom-simptom denggi. 

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

kompom ahkak dah kena denggi! habis badan semua gatal2... ces ada juga nyamuk sesat kat rumah aku nih. oh tidak, saya x mau masuk sepital.... sapa mau jaga anak2 saya nanti? Tahu tak apa yang saya buat supaya saya x masuk dalam penyumbang  statistik kes denggi di kajang ni?

Makan vitamin yang complete, saya makan USANA. Sangat bagus.
 
Bila demam, jangan mengada-ngada x makan. Mesti makan. Tekak saya memang sakit nak telan makanan-makanan yang saya masak sendiri.. nak ke dapur pun x larat.. jadi apa yang saya buat, beli makanan yang paling best. Order pizza. Yeehaa!!! Beli jus oren supaya hilang rasa nak muntah.

Bila tak larat sangat, minum 100 plus. iye..minuman isotonik tu... satu hari sampai 2 botol saya minum. Minum, minum dan minum supaya platlet dalam darah x turun. Setakat ni dah empat botol dah abis... Cayalah!

Sebab denggi ni bukan ada ubat pun. Terapi sokongan je bila masuk sepital. Nanti cucuk sana, cucuk sini. Ambil darah untuk  test tak sudah-sudah. Menengok situasi tu bila adik ipar satu family masuk hospital hospital sebab denggi. Insaf, mak insaf!
 
Lagipun mungkin dulu masa saya belum ada anak, masa belum kahwin, saya boleh bermanja-manja bila demam. Tapi bila dah jadi seorang ibu, semua tu berubah. Sebab bila anak2 atau suami yang demam/sakit, kita, ibuk-ibuk  naturallly tahu apa nak buat. Tapi kalau kita yang sakit, kita yang harus jaga diri sendiri. Betul? Badan kita, kita yang tahu..Dah macam bunyi aktivis feminist dah..^_^  Lagipun dah tugas bapak-bapak cari rezeki. Jadi x payah la nak mengada-ngada ye tak? Banyak lagi benda yang bapa-bapa mahu fikirkan. :D Tambah-tambah lagi bila bapak pun demam sekali. ha, mendapek!

Well I guess I did the right thing. Pada saat saya tulis entry ni saya dah kebah pada hari ketiga saya demam. 
Pening-pening sikit tapi sakit badan dah kurang. Memang saya x senonoh tak nak g klinik, macam laki  x mampu nak bayar bil  klinik je.. hahhaha tapi akhirnya saya pasrah juga bila satu badan timbul bintik-bintik merah. Terpaksa jugalah g hospital. Check darah, nanti memandai-mandai  x pasal je kang.

Masa saya tulis blog ni semua orang dah sehat, saya dah sehat, hubby pun dah sehat. Lega giler... Petang tadi ada orang fogging area ni sebab nyamuk banyak sangat agaknya.. bagus..Matila ko nyamuk! jangan gigit anak cucu aku.

5 comments:

shidasyakirin said...

red kena denggi ke aduh memang mengerikan!! kita pun penah ada pengalaman dapat denggi..simptom sama la cam red cuma tambah muntah2..lengan sampai bengkak2 kena cucuk ambik darah..ambik masa sebulan jugak nak betul2 sembuh!!
kalu dah terkena denggi, antibodi badan mmg tak kuat cam dl so rajin2 mkn supplement dan jaga kesihatan ok!!

dila~noor said...

kak ani..ade mmber bbg petua mkn sup ketam..
lg bgs dpt ketam fresh..sbb boleh naikkan platlet semule..
kaalau bnr bagai dikate kene denggi..

Khairani Bahaudin said...

sis syidah...

mmg x larat..tapi sbb anak2 tabahkan hati juga la.. ntah berapa papan ubat abis x tahu la..

dila, haah dik ada dengar juga.. ada buat sup ketam tapi makin teruk sbb abis gatal2 satu badan..aish...x dapat nak tido malam dibueknya..

Anonymous said...

saje nk bg komen skit..hehe..
red, tak kira even kita dok setinggi mn pun n maintenance bayo mhl2..nk kena ..kena gak..nyamuk da pandai terbang tinggi..hehe..
so pas ni kena check kt mn2 air bertakung dlm bilik air or mana2 lah..air bersih pun kena check..
coz ari tu meeting JMB Plaza Indah saya g gak n ada Indian Man sorang tu komplen pasal denggi..dia pun argue, how come we pay maintenance so high but still has dengue case? lerr..itu sendiri punya tanggungjwb ma...
hehe..sekian..sorry ye nyibuk..
ibu dini

Anonymous said...

GЅniper ԝas releasedin 2008ɑnd hаs never been outdatеd, It has always bear
on it’s assurаnce to get you’re online Marketing sales tɦrougҺ the rߋof.
And they rank well with very little if any off web page optimization or link cοnstгuction because of the unique 'formula'
used to construct the sites. Google Sniping is the artwork оf
development these fundamentally one web pagе 'sniper' websites thаt rank in tɦe search engines
principally neatly.

Have a look at my page ... Penguin method