Hati orang tua..

Kandungan saya dah cecah 35 minggu untuk minggu ni. Sepatutnya due date bersalin bulan puasa nanti 4 Ogos tapi ikut pengalaman 37 atau 38 minggu mesti dah bersalin. Suspen betul..walaupun dah masuk no 4. Tiap kali bersalin mesti teringat ibu saya. ( bertuah punya anak ! time nak benganak baru nak ingat ibu kau ? ) hello, saya tepon ibu saya selang sehari hokey? Agaknya ibu pun pening, ngko ni sampai sampai tua manja tak abis-abis... :P No maksud saya bila datang sakit bersalin tu mesti hati saya tiada ke lain selain memikirkan macam ni la rasanya ibu sakit nak beranakkan saya.

Saya jarang pulang ke kampung sebab suami saya kerja sendiri dan agak sibuk, tu sebab saya selalu telefon ibu.Disebabkan kekerapan saya menelefon ibu, amat mudah saya mengesan kalau-kalau ada kekacauan emosi dihujung-hujung suaranya. Ada masa saya telefon dia gembira, ada masa macam merajuk pun ada, ada masa tengah sibuk kursus haji so saya kena telefon balik ( sebab tahun ni Insya Allah dia pergi mengerjakan Haji kalau kesihatan mengizinkan) dan kadang-kadang dia tengah sedih.

Hati seorang ibu kan lembut, tak kira macam mana berdikari pun dia, tak kira betapa banyak harta dia... sebab pada dia, harta dia adalah anak-anak. Ibu saya memang bukan jenis suka mengadu sakit pening kalau sikit-sikit dia telan aje sorang-sorang. Sampai saya naik marah bila ada sekali dia demam teruk sampai tak boleh bangun dia masih buat-buat kuat taknak mengadu kat sapa-sapa.Saya tahu pun sebab saya rasa x sedap hati dan telefon berkali-kali baru dia angkat telefon.Nak angkat telefon pun x larat... Ibu oh ibu.

oh... bukan nak bermegah betapa sayangnya saya pada ibu saya. Tak. In fact, dalam adik beradik, sayalah yang paling " baik". Nakal masa kecik, masya Allah tuhan aje yang tahu.Rasanya sayalah yang paling memeningkan kepala ibu Ayah. Tapi bila dah masuk middle age, haruslah insaf dan berubah betul tak? :) kalau agak-agak species yang jenis telefon mak ayah 2 bulan sekali, ubahla ke 2minggu sekali paling tidak pun. Kalau jenis kedekut alang kepalang tu, buat-buatla hulur kat orang tua tu barang lima puluh hinggit walaupun dia ada pencen. Dia bukan nak sangat duit kita pun, tapi the thoughts that matter. Kalau datang rumah bawak buah epal dua tiga biji. Itu pun dah cukup buat dia hepi. Banyak je benda- benda kecil yang boleh buat mereka rasa dihargai. Takperlu emas permata pun.Hati orang tua, kita tetap anak dia... walaupun kita dah tua bangka. ;)


Rasanya tak terbalas jasa orang tua yang melahirkan dan membesarkan.Bak lirik lagu Aisyah " tiada bahagia jika tiada doa puja restu. Syurga itu ditelapak kaki ibu." Ingatan untuk diri sendiri.

5 comments:

Anis said...

mmg betul tu..... awak ni pun da mcm org tua membebel... ( hehe gurau je kwn jgn marah aaa :D!

zuwaidah said...

jasa ibubapa tetap dikenang dan mereka tiada galang gantinya.

mak encik | SZ said...

lebih kurang samaaa la kita..
mmg paham sgt terpaksa berkorban tak dpt kerap blk kg ...
suami keje sendiri bukan makan gaji maka kena lebih berusaha tak kira hari ke haribulan...

Be Zahra Boutique said...

like byk2 entry ni...me too..

ewanthology said...

salam,
pertama kali singgah di sini.
ibu bapa hanya satu, tiada galang ganti, berbakti kepada mereka selagi ada kesempatan.