Entri terakhir sekali bulan 1. Lepas tu langsung tak update-update blog. Pemalas? boleh tahan la.... Tapi terlampau banyak urusan lain sampai perkara lain yang kurang penting kena ketepikan.
Tambah pulak bila perut makin buncit ni..hihihi lagi la bertambah "rajin" makcik nak mengupdate blog.
Sepanjang bulan 1 sampai bulan 4 ni, macam-macam dah berlaku, dah selamat pindah rumah, accident kat roundabout sampai kereta yang baru sebulan pakai dah masuk workshop. Tension betul time tu rasanya... Tapi sebab budak tu yang salah dan polis pun dah kompomkan budak tu salah dengan memberi saman kepada adik McD itu, makanya agak lega disitu bila semua perihal insuran dapat diclaim atas kereta dia.
Bulan lepas ada orang cuba nak pecah masuk rumah. Nasib baik tak sempat masuk dia dah lari sebab saya perasan ada bunyi lampu alarm. Cepat-cepat turun bawah ambil telefon dan pisau dapur budget macam berani sangat. Saya ni memang penakut sebenarnya, tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah pun tutup-tutup muka,(masa 1st time tengok) nampak sangat penakutnya. Tapi sebab tau yang bukak tingkap dapur tu orang dan bukan Hantu Kak Limah, dan hubby pulak kebetulan baru keluar tu yang macam The Last Mohican version perut buncit 6 bulan terus turun bawah ambik pisau, mengenangkan anak-anak. Hubby sampai-sampai 'tekejut den' tengok saya dengan pisau. Tapi ternyata penyamun tu memang takut dengan saya dan ini sedikit sebanyak membantu keyakinan saya supaya sedikit berani untuk tidur dalam gelap. (iye, selama ini saya tidur dengan lampu menyala kalau tidur sorang-sorang ) Masa kecik ibu selalu bising sebab dia tukang tutup lampu, saya tukang bukak balik. Sampai kadang-kadang ibu bising,
" ko tidurla terang-terang, lagi hantu datang sebab tau ko ada kat bilik. "
" Alah, mana ada hantu.."
" Tau pun, abih tu takut ape? "
"Ntah"
Huh..rindu sungguh pada Ibu.
Rindu sungguh juga pada kakak saya.
Hari ini hari jadi kakak saya. 16 April. Satu-satunya kakak saya. Kakak saya dunia akhirat, kakak saya yang suka melukis dan baca buku, kakak saya sedarah daging. Dan suka belanja saya dan lepas tu membebel. ^_^V Hahaha, tapi saya fikir sekarang mungkin dia dah tak membebel bila belanja orang sebab dia dah banyak duit.
Lama sungguh tak jumpa Kak Ngah. Semoga dia panjang umur dan murah rezeki, dan dilimpahi dengan kesihatan yang baik. Just wanna let you know, I love you with all my heart.
3 comments:
fuhhh mmg semangat waja mak yong ni!
syukur semuanya selamat ye...
nasib baik tak ada apa2 kan...hati2 yeeeee....and jaga diri...
Sz dan Zuwaidah... iye lega sangat takde apa2... :)
Post a Comment