Nak boikot ke tanak?

Sejak menjawat jawatan Menteri segala menteri kat rumah ni rasa kalau tengok belanja domestik untuk perbelanjaan rakyat jelata menjamu selera mesti rasa nak naik hangen.Bukan apa, kadar kenaikannya melonjak-lonjak tersangat berbanding 4 tahun lepas [ sepanjang tempoh saya dah jawat jawatan Menteri ni] Ini tak adil tuan penasihat!

Mana taknye, ikan kembong sampai 15 sekilo. Udang RM 20 sekilo, ketam pun sama. Milo 2kg sampai RM 35. dan semuanya pakat naik... bla bla bla...

Ada sekali tu sampai terkujat-terkejut saya bila nak beli kicap kipas U****g di kedai runcit regenya sampai Rm8.50.Dulu masa baru kawen rasa saya baru RM 4.50 uish uish... penat saya belek kicap tu atas bawah depan belakang carik ada pertambahan zat ke, vitamin ke, pemeringkatan 2 kali ke..atau mungkinkah kicap ni dah ditambah kolagen sampai jadi mahal cenggitu? emmm ... musykil betul..potong mood saya satu hari sebab kicap mahal.

Emm..tapi baru baru ni saya pergi ke Mydin, saya tengok harga kicap tu RM 5.60. Sejak hari tu itulah destinasi yg saya pergi bila nak beli kicap kegemaran anak- anak saya[dan maknye jugak.]

Mommies out there yang cekap pasal budget mesti tahu kedai mana nak tuju bila nak cari keperluan family. Even kalau pendapatan seisi rumah lebih dari cukup pun masih kita kena buat budget kan? My say is, jangan kawan dengan kedai yg letak harga mahal lebih sepatutnya. Sebab sampai bila bila pun inflation rate naik. Yang rugi kita.

2 comments:

Izaty Arha said...

ani, gi econsave, berbaloi2. milo 2 kg x pnah reach rm36. situ always rm 29.90. setakat ni ty selalu gi situ. with rm60-70 ty ble beli penuh trolley, but if ty gi tempat lain byk tu belanja dapat sebeg plastik je balik

MIDONZ said...

kalau nak boikot alamatnya tak merasalah.. tepuk dada sendiri..