OMG! Redcomelmall is on Facebook now!

Salam. hahaha tajuk macam best, macam superstar mana ntah yang ada 20,000 fan je. hihihi.. Kalau betul bestnye... ( beranngan tak salah, tapi jangan berangan tak sudah-sudah) harap teman-teman semua dalam keadaan yang sehat. Saya asalkan buka internet je, mesti buka email, peh tu fesbuk. Lepas buka website shop saya. Alhamdulillah, website saya Redcomelmall.com dah berumur 2 tahun.
Daripada template kosong, hinggalah apa yang anda lihat sekarang, semua saya buat sendiri... takde upah designer profesional pun, so kalau ada warna2 yang kurang sesuai, harap mengerti kejahilan saya yang tak pernah belajar design ni...:)

Yang penting minat dan kena rajin sikit. Bukan rajin sikit je tapi kena rajin banyak.... Mula-mula mmg susah jugak, baru nak nengok laptop anak dah' eik' sana , 'mama nak itu, mama nak ini. Itu tak masuk dugaan mengantuk dan sebagainya. Ayo alahai... sabar ni memang makanan saya. Orang lain pun beranak juga....dan anak yang jadikan saya lebih menghargai masa. :)

So, semua stok dalam Redcomelmall adalah ready stok, takde item second hand apatah lagi yang third hand. :) Kecuali untuk Ribbon Embroidery, adalah untuk di tempah. Apa jua soalan yang hendak di tanya, jangan ragu-ragu dan segan untuk bertanya, sebab saya ni baik dan peramah orangnya.. :D eheh.

Redcomelmall 100% SOHO, di kemaskini setiap hari dan no rujukan untuk penghantaran juga akan di kemaskini setiap hari untuk rujukan pembeli. So jangan risau, Insya Allah barang yang dipesan pasti sampai dalam 1-2 hari bekerja kerana perkhidmatan penghantaran adalah menggunakan POS LAJU dan POS EKSPRESS.

harap sudi-sudikan ke kedai saya yang tak seberapa, dan jgn lupa untuk jadi FAN DI FB ya? :D
Take care semua.

WITH LOVE,
Redcomel.

3 comments:

Anonymous said...

sori aa..i dont have FB, but u got all support from me...

Unknown said...

tahniah..nanti aku terjah kat fb...

Khairani Bahaudin said...

ija and alex, i love you gals!!!! Thanks.