CRAFT ROOM

Inilah bilik saya bertapa.. tempat saya tulis barang dapur, tempat saya sembunyi dari Ghauss bila kami main sorok-sorok. Tempat saya menangis kalau kena marah :-P . Saya memang kuat merajuk, hati-hati, kalau anda komen sambal tumis saya kurang sedap pun saya boleh menangis. hihihi.  Takdela..

 Di sinila tempat saya menjahit, lukis-lukis pola beg. Bilik kadang-kadang kemas, kadang bersepah. :-D
Dulu sebelum suami saya ada opis besar, opis kecik ni la tempat suami buat kerja-kerja management. Juga tempat dia layan gitar karannya.  Tapi kini ia saya yang punya. :-)  Abaikan kesan krayon warna merah di penjuru situ.. Ni faeiq punya kerja  la ni..

Yang ni pulak tempat saya simpan kain-kain dan riben-riben dan macam-macam ada dalam kotak ni. :-) HIHI. Saya tahu tak la lawa  sangat bilik ni.. tapi tak kira, nak show off jugak.. :-D Kalau anda bersempatan datang ke rumah saya hari raya nanti, kita boleh lepak kat sini, saya boleh ajar buat bunga riben, dan gelang kristal. Invitation for Ladies only ok!

p/s: bestnya kalau saya ada bilik craft macam Martha Stewart. HUH!! Mula la tunjuk perangai tak bersyukur tu. Cubit kang!

7 comments:

dijadeja said...

awak ada laa jugak bilik. saya buat keja kat tengah2 rumah..huhu

isyqi said...

ani... janji tau...nnt, kalau akak dtg umah, ani ajar akak bt bunga riben yeh..(yoyo ooo je nak blaja..):D

Khairani Bahaudin said...

salam dijadeja..T_T hihi.. dulu saya pun suka buat kerje tgh rumah, tapi anak dah besar2 ni ramai yang mengacau..

akak, datangla belajar.. sempatke ni.. bz dengan biz akak :D

zahryanie said...

jauh sgt nak g blaja ngn ani..
but seriusly, suka ngn keje2 craft ni..:)

Khairani Bahaudin said...

yanie.. lama tak jumpa.. kalau datang KL datangla rumah.. bukan setakat craft, kita boleh makan-makan sampai kenyang! :D

zahryanie said...

sure :)
insyaAllah ada rezeki leh gi wat craft n makan2..
umah ani kt ne ye?

Khairani Bahaudin said...

yanie, rumah ani kat kajang...sg chua.. kalau nak datang bagitau dulu...nnt nak masak sedap2