Saman orang ketiga?

Pelik, sedih dan speechless. Itu yang dapat saya gambarkan bila sahabat karib saya bercerita tentang kawan kami yang sebaya, mempunyai anak umur 4 tahun, sedang mengandung dan sedang memfailkan cerai terhadap suaminya yang curang. Curang sampai ke tahap hubungan intim.Perinciannya tak perlu la saya ceritakan, tapi saya sangat kesian dgn anak comelnya yang tak mengerti apa-apa. Mangsa keadaan. Pelik kerana saya kira jika usia perkahwinan sudah melebihi 3 tahun sudah melepasi zon penyesuaian dan lazimnya kita sudah memahami tabiat pasangan kita. Apa nak kata, lelaki zaman sekarang banyak yang tak boleh harap. (Ni bukan saya yang kata, Ita yang kata~ tapi ada sebahagiannya saya setuju. ) Saya setuju bila dia kata susah nak jumpa lelaki baik zaman sekarang. Cepat sangat terpikat dengan wanita segar bugar yang baru keluar dari ladang.~ eh..macam sayur pula. Ya, saya kira perumpamaan yang sesuai buat mereka yang tak tahu meletakkan market price tag yang tinggi buat diri mereka. Murah. Cheap homewrecker. Pengganggu rumah tangga Murahan. Available nation wide. ~huh..Emo. memang benar, agak emosi kerana kawan saya tu sedang mengandung.

Saya bukan pengamal undang-undang, tapi semasa di UPM saya belajar Undang-undang Keluarga Islam selama satu semester dan saya dapat gred yg bagus untuk subjek tersebut. Bukan nak galakkan penceraian, Tapi ada ketikanya wanita perlu bangun dari penindasan yang membuatkan kita hilang arah.

Saya pernah membaca mengenai kisah seorang wanita yang menyaman kekasih suaminya dengan alasan menyebabkan keruntuhan rumah tangganya. Apakah keadaan yang membolehkan seseorang berbuat demikian dan bagaimana jika orang ketiga itu adalah keluarga mentua (yang menjadi punca keruntuhan rumah tangga)?

Adalah menjadi satu kesalahan bagi pihak ketiga (tanpa mengira sesiapa pun - ini termasuklah juga mereka daripada kalangan keluarga mentua) untuk mengganggu kerukunan rumah tangga sehingga berlakunya perceraian. Ini dapat dilihat dalam Seksyen 33 dan 34 daripada Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995; memperuntukkan bahawa sesiapa yang menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri adalah melakukan kesalahan dan apabila sabit kesalahan boleh didenda atau dipenjarakan.Sekiranya mana-mana orang cuba menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawabnya kepada isteri atau suami atau keluarganya, ia adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh di denda atau dipenjarakan atau kedua-duanya.Justeru, hindarilah daripada perbuatan yang membawa kepada keruntuhan rumah tangga pasangan suami isteri. Jika mana-mana pihak ingin mendirikan rumah tangga janganlah hendaknya diganggu mana-mana pasangan suami atau isteri yang sedang hidup bahagia dan boleh membawa kepada perceraian.


Ini pula adalah akta untuk yang bukan Islam jika menghadapi masalah yang serupa.

Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 yang membenarkan anda mengambil tindakan undang-undang jika kehidupan bahagia anda di ganggu orang ketiga.

Harap post ini dapat membantu kepada mereka yang menghadapi konflik di luar sana.

Saya selalu berdoa, agar keluarga saya terpelihara daripada hasad dengki yang bermaharajalela. Juga tak lupa untuk berdoa,agar seumur hidup saya tidak diganggu oleh Cheap homewrecker.




2 comments:

ja amran said...

wahhhh, this is very useful. but not many people really know about this.

thx for sharing!

Anonymous said...

Saya masih confuse..kalau suami sdri yg mmg mgatal ngn prempuan lain adakah layak mgunakn undg2 ni utk mdakwa prempuan trsebut.