JAM JODOH


Soal jodoh sangat kompleks.. sukar di tafsir dan di dimengertikan dan ia bergantung pada individu itu sendiri.
Jodoh juga antara misi terpenting dalam hidup. Benar.

Teman saya datang ke rumah dalam keadaan haru biru. Saya tanya kenapa?
Kata dia stress , lonely, tak larat, macam macam perasaan pun ada.
Ala, ciannya, meh sini mak peluk meh. ( Jangan salah sangka, kawan saya tu perempuan ya!)

Sebenarnya saya tahu apa dalam fikirannya. Saya rasa la...

Saya tahu semua orang nak ada teman dalam hidupnya
Semua orang tak mahu hidup sendiri...
Semua orang perlukan teman sejati...
Semua orang nak menjadi kesayangan kepada seorang insan yang lain...
Semua orang nak rasa bahagia hidup berkeluarga ...

Jam jodoh itu kalau sudah sampai, takkan lambat atau lewat sesaat.
Tapi yang penting harus doa, selalu, utk jodoh yang baik, dan sekufu.
Apa keluar dari mulut penting, jangan hari ini doa utk bertemu jodoh cepat, tapi bila ada married friend yang mengadu ada problem rumah tangga, then kita cakap 'Phew, nasib baik aku tak kawen'... ish ish tak ke dah bercanggah kat situ. Nak kawen ke idak nih?

Dato' Fadzillah Kamsah cakap, kalau nak bertemu jodoh tu harus yakin dan bersedia.
Bersedia as in rupa paras; kemas dan bersih. Janganla ala kadar je, nak g kedai runcit pun kain pelikat je.. Tapi kalau pun nak berkain pelikat pun biarlah sesuai dgn baju melayu dgn songkok, kalau la terserempak dgn bakal mak mertua atau bakal isteri, alahai..sejuk mata mak nengok nak oii..ni contoh la.

Kata beliau lagi janganla letak standard yang tinggi sangat, Cth; Nak yang 6 kaki 3 inci, rupa macam Edward Cullen/Angelina Jolie, mesti HOT, pandai, hensem, kaya dan berterusan list-list yang tak masuk akal.Biar realistik dan berpadan, itu lebih baik, kalau ada satu dua kriteria yang dimahukan pun cukup bagus.

Kata orang, kalau dilahirkan tak berapa cantik itu bukan salah kita, itu dah ketentuan Allah.
Tapi kalau mati tak berpasangan, itu salah sendiri. (ish ish... benar kah?) Macam kejam sangat je statement itu.

Tapi pendirian saya,tetap.Jam jodoh kalau dah berdetik, takkan cepat atau lambat sesaat.
Dan jodoh yang akan Allah temukan buat kita, itulah yang terbaik. Insya Allah.

Saya harap teman-teman semua akan bertemu@ telah bertemu dgn jodoh yang baik.

2 comments:

Anonymous said...

Amboi..amboi Red, Panjang nyer comment pasal jam jodoh ni....hehehehhe...Dari kawan ko yang haru biru....

Khairani Bahaudin said...

hahaha... :D