Cuti-cuti lagi...

Kalau anda suka bercuti, destinasi dalam negara harus anda habiskan dahulu sebelum ke Bandung atau Bali atau Amerika. ( Apehal tiba2 Amerika ni?) sebabnya dimana-mana jua kedai makan yang anda pergi di Malaysia, pasti ada jual air bandung, mee bandung, air Barli, ( ni mmg takde kena mengena dengan Bali hokey!) ataupun nasi goreng Amerika. Dan percayalah kata saya makanan di Malaysia pasti jauh lebih enak berbanding masakan disana dan jauh lebih murah.

Sebenarnya minggu lepas saya baru balik bercuti dari Kelantan.Kali terakhir saya ke Kelantan umur saya 20 tahun, itupun pergi bersama rombongan Cik Kiah. Hihi, naik bas ramai-ramai, lalu jalan yang macam ular kena palu kemudian bila turun bas rasa mabuk tak ingat, nak muntah pun ada. 

Bertolak dari Kajang lepas  Subuh, berhenti dua kali je untuk sarapan dan lunch. Owh, cekal betul suami saya memandu tak secekal saya yang berazam taknak tido temankan suami berbual, tewas jugak saya bila tiba-tiba suami saya cakap, "Eh, abang cakap sorang-sorang rupanya, dah tido dah Ani.. ":-P Macam itu jugakla perangai saya bila temankan dia tgk DVD, saya mesti tertidur. Kecuali tengok Twilight, mata saya segar bugar walaupun kali ke 35 saya tengok movie tu. Teruknya. :) My flaw.

Dalam pukul 5.30 petang kami sampai Kota Bharu, cari punya cari, jumpa Resort Pantai Cinta Berahi di Pantai Cahaya Bulan. Dapat betul-betul tepi pantai, viewnya sangat cantik. Anak-anak excited sangat... Jangan risau jika ke Kelantan tanpa buat reservation sebab ada banyak budget hotel di pekan Kota Bharu. Petang tu kami jalan2 di pantai sambil main layang-layang. Anak-anak saya seronok sangat,  almaklumlah, tak penah jumpa, hihihi. Sepanjang pantai Cahya bulan tu banyak restoran yang jual Pasembur, ( seafood bersalut tepung yang enak-enak) dan sepanjang kami stay di sana kami makan di situ, di restoran yang paling banyak lampu warna warni. :)



Esoknya kami ke Rantau Panjang, the shopping heaven for mommies ( and "pening" for hubbies..) Banyak baju-baju, pinggan mangkuk pun ada, tapi tak sehebat Langkawi, dan harganya murah berpatutan dengan kualiti, tapi kami tak dapat berlama-lama sbb tghari panas dan Ghaus pulak mood tak berapa baik. Dapatla beli sikit-sikit. Jadila.. 
Sebab tempat ni free duty zone, bila nak keluar mesti ada kastam yang akan check kereta tuan tuan dan puan puan sekalian. Jadi kiranya anda membeli periuk atau pinggan mangkuk yang mahal, sila letak di seat hadapan kerana bonet kereta anda akan di check. Kalau sikit2 macam baju-baju tak kena cukai...tapi kalau beli ratus-ratus sila letakkan  di seat hadapan. Ni bukan saya yang cakap, sales girls kat kedai tu yang suruh tau. I'm not guilty, I'm innocent.  :) Nilai cukai yang di kenakan adalah sebanyak 10%.Kalau ada resit, sila simpan resit yang terendah nilainya yang mahal2 tu simpan je la dalam bag. Ni pun sales girl tu yang suruh. Ngeh ngeh. :-P

Sebenarnya ada 2 tempat membeli belah, satu Rantau Panjang, satu lagi Pengkalan Kubor. Rantau Panjang Free Duty Trade Zone lebih besar daripada Pengkalan Kobur, tapi kalau ikut jarak Pengkalan Kubor lebih dekat dengan Kota Bharu. Kalau sempat boleh pergi dua2, tapi lebih banyak pilihan di Rantau Panjang dan harga jauh lebih murah di Rantau Panjang.  So, kesimpulannya kalau jalan jalan ada tempat shopping mesti best. hihi :D 
Faeiq
Yang ni view depan bilik kami... 

Yang ini di Pengkalan Kubor, tak beli banyak pun, plastik kecik tu je.. (percaya tak? :P)
Pasar  Siti Khadijah
Anak-anak tersayang...
Gembiranya mereka..
Faeiq dan Tufah

Pantai Rantau Abang





Seronok betul ke Kelantan. :D  Insya Allah pasti datang lagi.

3 comments:

Unknown said...

Uh..bestnye bercuti...
Aku ni da lame tak gi holiday..sampai tepu lak kepala nih..hehhee

Khairani Bahaudin said...

alex, ko kena g bercuti ni... nnt kang sakit kepala nanti.. :)

Wan Anis Sorfina said...

seronot bila dpt bcuti dgn keluarga ~