Mulut manis.

Ramai kawan-kawan saya dapat baby baru... Murni, Fadlil, Khatijah... Arghh!! bestnya... Tahniah! Kehadiran orang baru sentiasa buka rezeki yang melimpah ruah dalam hidup, percayalah.. Saya sentiasa in love dengan baby...Kalau jumpa rasa nak cium dan peluk kuat-kuat. Saya memang suka budak-budak, dan budak-budak pun suka dengan saya. Hihih.. tu yang paling precious sebenarnya, sebab kanak-kanak ni insan jujur, they don't jugde and they don't lie about their feelings.

Ibu saya kalau pergi melawat saudara mara yang baru dapat baby, perkara pertama yang akan dia buat ialah ambil sedikit gula @ madu dan letakkan dalam mulut baby tu. Dia kata, nnt baby dah besar nanti dia bermulut manis. Kelakar juga bila dengar, penting sangat ke mulut manis ni?

Selalunya orang bermulut manis ni di sayang orang, kalau berniaga Insya Allah berjaya. Dengan kata lain orang bermulut manis ni pandai membawa diri, pandai berbahasa la kiranya. Tak kira mana pun dia pergi, orang suka, mulut ramah menegur semua orang.

Ada pepatah Cina yang yang mengatakan “Dengan kata-kata, orang yang pandai berbahasa boleh memanggil burung yang sedang terbang di langit, turun hinggap dan makan di tapak tangannya.” Mulut manis memikat hati? Sudah tentu.

Tapi ada juga yang berpendapat,
" Buat apa nak hipokrit? Just say out loud what you feel inside, lebih jujur dan lebih telus." Benar, tapi mengatakan apa yang kita fikirkan dengan cara yang paling terbaik,berhemah dan bukan diiringi dengan kata-kata kesat dan terlampau "jujur".Pernah dengar kata-kata itu senjata yang lebih tajam daripada pedang? Kesannya; terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya.


Ada jugak yang berpendapat orang yang mulut manis ni kuat membodek.. Betul ke?

Kadang-kadang ada juga orang yang jenis bermulut manis di depan tapi di belakang berbakul-bakul mengata orang lain. Aha..Ini baru betul bodek dan ada orang macam ni, ramai. Tapi takpela, selagi tak dengar di telinga, usah ambil peduli apa yang kita tak dengar. Ignorance is a bliss.

Mulut manis bukan hipokrit.Ia ikhlas. Ia penambat rasa sayang. Sebab tak semua orang tahu nak bermulut manis. Kalau mahu kita di sayang, di layan dengan baik, di hormati dan apa jua keperluan jiwa yang di ingini, kita harus beri terlebih dahulu.. Berikan kata-kata yang baik dan manis dan sudah pastinya; dengan ikhlas, bukan dengan niat serong atau bukan niat menutup umpatan yang dah berbakul. Jangan bercakap melainkan kata-kata kita itu memenuhi keperluan jiwa orang yang mendengarnya.Rasa-rasa kalau asyik nak bercakap benda yang takde pekdah then menyakitkan hati, just shut your mouth. Dosa pun tak banyak.

Sebabnya;salah satu keperluan jiwa adalah ingin merasa dirinya dihargai, dihormati, disayangi, disanjungi oleh orang lain. Keperluan itu adalah keperluan yang sangat mendalam sehinggakan kita boleh menjadi insan yang sedih dan murung kalau kita tidak mendapatnya.

Well, mungkin amalan ibu saya meletakkan gula@madu di mulut baby sekadar satu amalan lama yang mungkin satu hari nanti takde orang pun yang pernah terdengar tentangnya. Tapi tak salah bermanis mulut sekurang-kurangnya menyenangkan hati orang yang mendengar. Cuma jangan disalah guna, I mean dengan orang lain bukan main main manis mulutnya tapi dengan suami/isteri/ mak/ayah tak boleh nak cakap elok-elok sikit. Heh, itu sudah tebalik!

P/s: Jangan makan benda manis banyak-banyak, nanti kena kencing manis. Ngeh :P


3 comments:

Anonymous said...

adat la kita org melayu kena manis mulut. kalau nak tegur pun berlapik.

saya manis takpe, mulut manis lg baik, kecing manis jgn. madu-madu, lain cerita..hahaha

Khairani Bahaudin said...

hahahhaha ija... betul betul stuju setuju

Mutawwifah Maisarah said...

Salam,

kalau tak silap, amalan memberi bayi makan benda manis ni dipanggil tahnik. Tahnik ini adalah sunnah, Rasulullah menganjurkan sebaik2nya menggunakan kurma, tapi kalau tiada kurma apa2 makanan manis pun boleh.

hehe, rajin sikit nak tolong google pagi ni..

http://albaruhiyy.wordpress.com/2008/10/25/sunah-tahnik/