Syurga Saya

Saya hampir melupakan kerja-kerja seni saya dan juga blog ini. Teruknya.
Siapa yang harus saya salahkan?


Buku-buku yang saya baru beli dari kedai buku atau set home theater baru yang dihadiahkan suami?
(aduh, saya sudah berkali-kali menonton filem Twilight, sungguh jatuh cinta dengan filem itu sampai Ita sudah beri gelaran Mama Jiwang pada saya.Saya juga tak sangka saya sejiwang karat ini. Secocok sungguh Bella Swan dan Edward Cullen. Esok saya akan tonton lagi. Kerja gila! )


No, my self to blame.
Please put back your feet on the ground.


Pejam celik dah masuk November dan tahun depan all my precious boys akan masuk playschool termasukla
Ghauss si botak yang manja itu.( Mama harap Ghauss cekal menempuh alam persekolahan dan lebih berdikari. Harus kurangkan manja sebab Ghauss kan boy.Nanti mama hantar sekolah Ghauss jangan nangis ok? ) Saya pun akan menyambung pengajian master saya, Insya Allah, jadi kawan2, sila klik pada iklan nuffnang saya dengan lebih kerap supaya anda menjadi penyumbang pada kejayaan saya kelak? hahahha
( faham tak lawak saya? ;p ohhh i'm so suck at telling jokes.Takpela, gelak sorang2)

Saya sebenarnya tak sanggup nak meninggalkan rumah saya ini dan saya tak suka berada diluar rumah kalau tak bersama-sama suami dan anak-anak tercinta. Ya, walaupun rumah saya tak seindah rumah yang sering mengisi ruang di majalah Impiana, dan walaupun ia tak pernah dapat mempertahankan kekemasannya sebab anak-anak2 saya yang kreatif, suka buat sepah dan suka conteng sana-sini, tapi saya boleh bersarang di sini dan takkan keluar perkataan jemu daripada mulut saya. Ya, inilah syurga saya. Setiap ceruk rumah ini memberikan kebahagiaan kepada saya. Dan saya tak peduli pun cakap-cakap orang yang mengatakan betapa bosannya menjadi stay at home mom, cuma saya sedih sebab kata-kata itu keluar dari mulut orang yang saya sayang. Well, it doesn't matter now.

Saya harus bersyukur, ya, harus sangat. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya saya takde penyakit kronik, fikiran saya masih waras. Perkahwinan saya bahagia dan anak-anak saya sihat walafiat. Saya cukup makan dan pakai. Dan terlampau banyak nikmat yang harus saya syukuri . Jangan sendatkan kepala otak dengan perkara remeh temeh ni. (Ia akan menyumbang banyak kedut di muka saya)

Hidup harus terus, dan setakat ini pun saya tak rasa bangga diri kalau dipuji, dan kalau dikeji pun hati saya takkan patah. Saya ada kehidupan bahagia bersama suami dan anak2 comel saya yang bijak pandai. Sekurang-kurangnya kalaupun satu dunia ini melupakan saya, saya masih ada mereka dan rumah kecil ini.Serta buku-buku saya dan home theater. Yeay!


p/s: Saya akan ke Cherating 12hb ini. :D Yeay!

3 comments:

Ummi-Izah said...

assalamualaikum...

bila baca entry nih rasa perasaan nih cam terkena kat diri sendiri..sebab ummi pun rasa cam nih...semoga kita terus maju dan sukses bersama keluarga tercinta

superheroes' mom said...

saya pun jiwang karat kerana telah menonton new moon dua kali dan meng'khatam' buku siri twilight berkali-kali :)

salam kenal...

Syahida said...

salam, dah layan New Moon belum??kalau belum, twilight's die-hard fan macam awak 'wajib' tengok..sangat best!!! :D