HAPPY EIDUL FITRI FROM KAJANG

Cepat betul masa berlalu. Ramadan pun dah berakhir.
Nyai ( Nenek) saya telah kembali ke rahmatullah 2 hari sebelum 1 Syawal.
Semua redha dengan pemergiannya, pergi meninggalkan kami semua pada usianya 100 tahun.
Al fatihah buat arwah, semoga roh Nyai di cucuri rahmat...
............
............
............
............

Dah abis baca Al fatihah ke belum? Kalau dah baru boleh sambung baca.
Saya raya macam biasa, sama seperti tahun sebelum-sebelumnya. Malam raya di rumah mak, pagi raya lepas sembahyang raya di rumah Uwan, petang raya dah sampai kampung Melaka. Tufah, Faeiq dan Ghauss  seronok sangat. Mungkin sebab kalau hari-hari biasa asyik terperuk di rumah, bila raya ramai sangat kawan-kawan..

Bila jumpa sedara mara, ramai juga yang rajin baca blog saya rupanya.. Kak Iti, Makcik, are you reading this? Terima kasih kasih sebab sudi singgah, apa kata alang-alang dah singgah tu tolong klik iklan nuffnang kat tepi tu.. Nanti Ani belanja, hehehehe.


     Mama dan Ghauss di rumah uwan selepas kenyang makan Gulai ayam kampung. :)




Memang happy .Can't deny it right?


Hari raya memang menyeronokkan buat anak-anak. Ada banyak gambar raya kali ni. Buat sesiapa yang nak tengok, nnt saya letak di Photo bucket, sebab kalau letak di blog ni nnt jadi berat. Satu gambar RM 0.50. Aci tak? hehehe Jangan marah, nnt kena jual...

Nanti semua gambar akan di upload ke photo bucket dan akan url nya akan diberitahu kelak..
Sebab lama sangat tak update blog ni rasa macam skill menulis makin berkarat. Takper, saya yakin boleh sebab saya pernah menang pertandingan mengarang masa saya darjah 6 dulu, jadi saya rasa saya memang ada bakat terpendam. :D

Till then,
(nak siap-siap pergi open house..)

X redcomel X

1 comment:

Anonymous said...

very the RED!!