Salahkah kita jadi choosy demi masa depan kita? Wanita wajar memilih yang terbaik untuk menjamin kebahagiaan diri sendiri. Ya, perkahwinan tak mudah macam main pondok-pondok dan bukan sekadar melepaskan rindu dendam dan keinginan bersama orang tercinta. Umpama mendirikan sebuah masjid, sebuah perkahwinan menyempurnakan iman seseorang.
"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)
Perkahwinan di ibarat sebuah kota yang dihuni sepasang suami isteri dan as time goes by penghuni kota semakin bertambah dengan hadirnya zuriat-zuriat yang comel-comel.Agar kota terus tersergam indah, kawalan ketat harus dibuat supaya tiada musuh dapat memasuki kota dan membuat huru hara supaya aman damai jiwa-jiwa orang yang berlindung didalam kota. Persoalannya, adakah kita ni pengawal kota yang bagus? Kalau tak seorang jaga, seorang lagi bawa musuh masuk. Worst case, suami buka gate depan, isteri buka gate belakang. Haru biru!
Bahagia perlu di cari dan di pupuk. Bukan bila dah lafaz nikah, bahagia terus datang. Takkan ada bahagia kalau takde usaha sebab cinta itu bukan sekadar perasaan, ia satu tanggungjawab. Usaha untuk menebalkan kasih sayang perlu dibuat bukan mengeluh dan melenguh yang tak berkesudahan. Perkahwinan memerlukan pengorbanan dam komitmen yang tinggi. Ia juga memerlukan kekebalan dan kesegaran cinta . Kalau asyik pantang yang cantik/hensem lalu dah panjang leher, abih tu layan fantasi minda dengan orang lain, tak ke dah buka pintu kota yang tersergam luas untuk musuh masuk kubu. Kubu dah hancur salahkan orang lain pulak tu, mulala nak cakap tak jaga makan pakai la, servis tak bagus la, dan macam-macam cekadak lagilah. Eheh, kalau kedai servis keta ke servis dobi boleh la kata servis tak bagus. Nikan pasangan kita, kalau tak betul, bawak-bawakla bermesyuarat.
Apa nak kata, hidup ni kan penuh dengan asam garam. Asam limau, asam gelugur, garam bukit garam gunung. Asam dengan garam pun ada macam-macam jenis, inikan pula rencah hidup manusia.Buat sahabat saya, juga sesuai untuk pemandu jalan raya, saya pesan dengan penuh kasih sayang, "Biar lambat asal selamat".
7 comments:
actually kan lain org lain isi hatinye kan? lain org lain method pemikirannye. maybe jugak lain orang lain dah di takdirkan jodoh, tu sebab pemikirannye dah di bentuk gitu oleh Allah taala?
there is nothing good or bad, but thinking makes it so?
ija dearest...
me myself married at young age, and I accepted it as Jodoh. Alhamdulillah, a blissful marriage.
Sebenarnya kita dah jelas mana yang betul dan mana salah, tapi pemikiran yang boleh buat benda baik jadi buruk, benda buruk jadi baik.
Itu semua jadi bila kita lupa Allah dan lupa diri.
kak ani..for me,life is about making a choice..while still can,and theres another choice..
bukan senang nak pilih suami,dan lelaki juga bukan mudah nak pilih isteri yang terbaik.
perkahwinan 1 pertarungan..ibarat pegang panji2 perang,seboleh2nya kita taknak jatuh atau tumpas di tengah jalan.jadi tak boleh sebarang2 memilih äskar untuk berjuang tu..mestila ada ciri-ciri yang tertentu..again..we have the right to choose =)
dila dearest.
I absolutely agree. Metafora perkahwinan pelbagai, tapi tujuannya tetap satu.
Bahagia dunia akhirat.
Best gak N3 ni.. tq kak Redcomel..
suka baca coret2 redcomel
sbnrnye ingat tadi singgah nak promote brg2 baru, tapi dah tersangkut baca blog post lak.. :D
Selamat menyambut Ramadhan Mubarak.. jemput ke blog bila2 free
Salaam
Hi puan Red,
Blog ni specially utk aku ker?.....
hahhaha...thanks for understanding my reason to " flying solo" at this moment.
Biler la kita nak makan tomyam sampai tersandar kat dinding lagi ni?
By: " U know me"
Post a Comment