TATKALA ALLAH MENCIPTAKAN WANITA

"Ketika Allah
menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,

"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???"      

Allah menjawab:

"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?"

Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".      

Malaikat menjawab dengan takjub,

"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"
Allah menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,

"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?" 

Allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."      

"Untuk apa???" tanya malaikat. 

Allah melanjutkan,
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,

Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis,

menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,

Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,

Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,

Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,

Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,
Tapi dia mampu mengatasinya.

Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.    

Allah S.W.T berfirman:         

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.

Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,

Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."     

    "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "    

     "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." 

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya  untuk melindungi hatinya."  

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya.

Tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."   

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." 

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."    

     "CINTANYA TANPA SYARAT".

Allahuakbar... specially dedicated kepada wanita disana dan disini. Istimewanya seorang ibu dan beruntungnya dijadikan sebagai seorang wanita. 

Hapuskan Alasanku


Assalammualaikum. Thank you for drop by. :-)

Cuaca cukup baik hari ini.
Tak panas, tak mendung, just nice.
Abang-abang Rayan dan Ranya semua dah pergi sekolah

Bertapa berharganya kalian, Biar segunung emas intan berlian pun takkan terbanding.

Ingatkan dah boleh relax-relaxla, sambil-sambil memfokuskan ke biz shaklee yang ku cintai dan kemas-kemas rumah.Ada pulak cikenit ni yang 24jam pegang kain mama. Haa... kan. Hari-hari begini tau. Dah besar, dan masih manja sesangat. Selalu jealous dengan Ranya .
Kalau ikutkan mahu aja tidur dan berbaring sahaja dengan anak-anak kecil ini.
Comfort zone saya.
Tapi saya tahu sementara anak-anak kecil la saya perlu usahakan bisnes Shaklee saya.
Jadi biar mereka dah besar nanti, bolehlah kami tour around the world sama-sama.
Dan bila mereka besar, saya tahu perbelanjaan untuk pendidikan juga semakin mahal, itu belum termasuk belanja  makan pakai. Duit memang tak boleh beli bahagia, tapi dengan duit keperluan kita dapat dilengkapkan dan mengukuhkan ekonomi keluarga, kan?

Jadi saya kira, saya akan completekan schedule saya since 5.00 am hari ini. Saya berjaya hapuskan alasan saya, dan meneruskan perjuangan saya untuk membina bisnes Shaklee saya. Saya berdoa agar anak-anak cucu cicit Shaklee saya juga cekal dan tabah hati, kerana kejayaan adalah progress dan hasil usaha yang berterusan. Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang.


Kami yang tengah main "Aci-aci buka pintu".Rayan~ "Mama jangan pergi mana-mana, duduk dengan Rayan"

Owh sebelum tu saya nak introduce "A Box of Love in Every Home" ni.
Kenapa a box of love? Sebab saya LOVE Shaklee. Dan saya tahu dan pasti, jika anda mencubanya, anda mesti jatuh cinta. Ianya keperluan supplemen yang basic setiap keluarga.
Vitalea, B complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Alfalfa Complex. Defenitely you'll love them. Keluarga kita lebih sihat, menguatkan sistem imun kita. :-) Apakata sempena Ramadan yang bakal menjelma, jom lengkap keluarga kita dengan kehadiran "A Box of Love in Every Home ini".




WWW.REDCOMELMALL.BLOGSPOT.COM
ok till then. See ya~ 

Boss Oh Boss

Ada 4 orang budak kecik yang petah bercakap kat rumah ni memang buat rumah kami jadi kecoh, sekecoh kecohnya. Terutamanya kat meja makan, boleh bayangkan tak?

Hahaha.

Saya garang tegas sampaikan budak-budak ni panggil saya "boss."

Dalam ramai-ramai, yang paling becok ialah Ghaus.

Ghaus: Abah  dah gi kerje ye?
Faeiq: Haah, awak ni berapa kali nak tanya.
Tufah: Ntah.
Rayan: Ntah, nyam nyam dap..
Ghaus: Abah boss kan?
Faeiq: Haah. Abah pergi ofis.
Ghaus: Mama, abah pergi ofis ye?
Mama: Iyeeeee....
Tufah: Eh Ghaus, awak masa makan boleh jangan banyak cakap tak?
Ghaus: Tanya pun tak boleh ke?
Faeiq: Ntah berapa kali nak tanya, tiap-tiap hari tanya.
Ghaus: Mama, ustazah kata kalau tak solat dosa kan?
Mama: Iye Ghaus. Dahla Ghaus, makan. Asyik cakap je, bila nak kunyah nasi?
Ghaus: Baik Boss!
Mama: ?? Apsal pulak boss?
Ghaus: hehehe. Mama kan boss Shaklee?

Kikikiki, ni kalau Victor Lim dengar ni mesti jeles. ^_^.
Boss la sangat nak oii.. >.<

Kecohnya anak-anak ni, kalau ada di rumah, ada je yang saya nak bisingkan.
Kalau takde, sunyi sepi rasanya hidup.

Keluarga saya, nyawa saya.. Moga Allah pelihara anak-anak mama, dunia akhirat. <3 br="">

Dunia Mama Ani

Saya dan keasyikkan saya satu ketika dahulu.
Berkraftangan dan menjahit.

Yang masih jadi keasyikkan saya, membaca. ( ada berpuluh-puluh buku virtual yang saya download ke handphone saya). Sentiasa mencuri masa untuk tuck in atas katil dan dating dengan buku atau novel, tatkala  suami saya  mengeteh dengan kawan-kawan.

Keasyikkan dulu kini dan selamanya, suami, anak-anak dan Shaklee. 

Saya beriltizam untuk pasang semula  plug mesin jahit saya dan keluarkan balik kotak kraf saya demi Ranya. Berazam untuk buat gelang crystal dan riben rambut cantik2 untuk dia 
Kakak puteri dan Ranya

Jangan tak percaya, semua gambar dibawah ini adalah hasil tangan saya sendiri. Memang inilah biz saya dahulu, sebelum saya buat Shaklee. Now memang buat Shaklee 100% sebab untung manyak busat looo.. Ngee~~~

Jangan risau tau Ranya, mama buat gelang untuk Ranya nanti. <3 br="">












Kelahiran Ranya

Alhamdulillah..

Hari ini merupakan hari ke 8 saya berpantang selepas kelahiran puteri bongsu saya Ranya binti Najat Affendy. Orangnya yang comel lahir dengan berat 2.85 kg, kecil sedikit berbanding abangnya Rayan yg lahir 3.3kg.

Namun saya syukur kelahiran Ranya sangat mudah, saya sampai di hospital jam 9.30 malam, saya cuma berada di labour room 45 minit sebelum air ketuban saya dipecahkan oleh Dr. Fatimah ( saya bersalin di Hospital Pakar An Nur, Bangi). Jam 10.28 malam  Ranya selamat lahir. Tanpa sebarang jahitan ataupun wayar drip berselirat di badan saya, Ranya lahir melihat dunia. Cuma dua kali push, saya sempat ketawa dengan lawak Marilyn Manson yang suami saya buat, ( suami saya memang rockers tegar yang terpimpin, haha ^_^ sangat pandai bermain gitar dan sangat penyayang. ) semata-mata nak buat saya lupakan kesakitan.  Oh, tipu kalau saya kata tidak sakit, tetapi segala kesakitan hilang bila lihat wajah tulus mulus si comel, kan? Kuat semangat saya lebih-lebih suami ada disisi.

Ramai yang terkejut bila saya beritahu saya bersalin sebaik sahaja tiba di hospital. " Wah, senangnya Ani bersalin?" " Eh, bukan petang tadi akak baru je berwassap2 dengan Ani?"  Tengahari tu saya sempat lagi berdating dengan suami makan Tom Yam Kung di Putrajaya. :-) ( Sayang abang sangat <3)  Masih lagi saya buat penghantaran untuk Biz Shaklee saya ( komited sungguh saya kan?  Hihi) Saya makan kurma dan minum air zam-zam yang sentiasa ada di rumah.Dan semua orang tak tahu saya dah rasa mild contraction sejak pagi Sabtu lagi, ( Ranya lahir malam Ahad) 

Tipsnya, saya kira contraction saya. Ia bermula sejam sekali, kemudian 1/2 jam sekali, 15 minit sekali dan masa saya ke hospital contraction dah 10 minit sekali dan masa tu dah 6 cm.

Jika saya rasa contraction,saya  tarik nafas panjang ( teknik hypnobirthing)   dan saya buat rutin harian  macam biasa. Sakit sikit-sikit tapi buat tahu je. Confident sebab saya yakin kiraan contraction saya betul. Pembacaan dan group support yang saya sertai di Facebook ( Gentle Birthing) juga banyak membantu. 

  Saya syukur, kelahiran Ranya binti Najat Affendy merupakan anugerah yang terindah dan hadiah daripada Allah. Semoga puteri bongsu saya ini menjadi anak soleha, penyejuk mata dan hati kami suami isteri.

Cabaran Ibu Muda

    Alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik sepanjang saya mengandung kali ini, walaupun ada masanya terpelicok dek aktiviti harian saya yang selalu lupa saya sedang berbadan dua. Namun demikian, nikmat Allah yang mana harus saya dustakan? Setiap kali badan rasa sakit sana sini, saya sering ingatkan diri saya sendiri bertapa bertuahnya saya diizinkan mengandung untuk kali yang ke lima, sedangkan ramai lagi pasangan di luar sana yang sedang diuji belum diberi cahaya mata.

     Sebagaimana besarnya tanggungjawab seorang suami dan ayah, begitu juga cabaran isteri dan ibu muda zaman sekarang. Samaada bekerja di ofis ataupun berada dirumah 24/7, penatnya serupa, stressnya juga begitu. Apa yang sering berlegar di fikiran seorang ibu? Rumahtangga, anak-anak, hal masak-memasak, hal mendidik anak-anak. Di ofis jadual kerjanya lain, di rumah peranannya lain. Semuanya harus dijawab, alhamdulillah jika suami banyak membantu, ucapkan terima kasih padanya,( agar si dia kekasih terus bermotivasi dan ringan tulang untuk membantu hihi)
Sudah hampir 2 tahun saya serius menceburkan diri dalam dunia bisnes Shaklee ( Saya kini Coordinator ) , ramai yang anggap saya cuma sekadar bergoyang kaki di rumah dan merasakan betapa mudahnya biz ini dikembangkan tanpa perlu bersusah payah. Benar, jika mahu dibandingkan bisnes konvensional biasa saya tak perlukan overhead yang besar, tiada kos pekerja tetap ( kecuali daily maid Kak Intan yang setia mengemaskan rumah bila saya perlukan) dan tiada premis ofis yang perlu di sewa. Cabaran yang lebih besar ialah lebih kepada kecekalan hati dan minda. Menguruskan hero-hero saya, memastikan kesejahteraan keluarga. Bangun di subuh hening 3.30 pagi menyusun kerja, membaca dan mendorong anak-anak Shaklee di bawah jaringan saya.Mengurangkan rungutan, lebihkan kesyukuran. Namun saya kira doa suami dan ibu bapa saya sentiasa menjadi perisai diri, bila keletihan saya lihat wajah suami & anak-anak saya.. itulah yang jadi tonik hati saya. Blessed with their love, tiada apa yang lebih saya mahukan selain kekal begini.

     Ada juga yang bertanya kepada saya, mengapakah saya beria- ia buat biz Shaklee, bersengkang mata, coaching anak-anak buah saya tentang biz ini, blog, fb adds dan sebagai? Bukankah saya sudah berada ditahap selesa? Ya, sungguhpun suami saya beri elaun setiap bulan, itu duit utk saya uruskan domestik keluarga saya. Duit saya, bonus yg Shaklee beri, dan ye, saya tidak akan beli handbag kegemaran saya dengan duit dapur yg suami saya berikan, kecuali dengan duit titik peluh saya... Ibu Ayah saya juga masih ada, dan saya mahu berbakti pada mereka, sementara nyawa saya masih ada.

    Ibu zaman sekarang perlu kuat dan bijak. Mental dan emosi. Bijak serba serbi, tolong suami tingkatkan ekonomi. Tak kira dalam lapangan apa pun, bekerja sendiri atau makan gaji, anak ramai, anak sedikit, ataupun masih belum punya anak. Kuatkan jiwa. Berikan ia makanannya. Kasih sayang, kasih pada Tuhan, kasih pada makhluk.

    Moga hidup kita dapat menongkah arus dengan mudah. Dan kejayaan demi kejayaan dapat digapai walaupun kita bergelar wanita.


Masak Lobster Sendiri di Rumah

   
    Kalaula blog ni boleh bercakap mesti dia marahkan saya kerana melupakan dia. :-P Saya kadang-kadang berkira-kira macam nak tutup je blog ni sebab macam tak termaintain 2 blog, satu blog Shaklee saya, satu blog Redcomel ni. Tapi sebab sayang punya pasal saya biarkan je sebab nak buat pandang-pandang. Sebab masa mula-mula dulu buat blog macam suka-suka, pastu jadi blog craft, pastu  jadi blog membebel. Padahal hakikatnya saya bukan jenis type membebel pun, jenis yang lemah lembut gitu. :-P Mungkin lepas ni saya tukar blog ni jadi blog masakan tapi bukan resipi, tapi santai-santai je. Sapa nak resipi kena email sebab resipi rahsia gitu.. ahak ahak ( gelak macam chef tersohor) perasan sekejap. ^_^ Takdela gurau je.

    Saya suka memasak, tapi mood memasak selalu jadi terbantut bila Rayan start pegang kaki dan tak kasi mama buat apa2 sebab dia nak ngempeng. Maka jika situasi ini terjadi maka saya pasrah dan surrender my sudip sebab ada sekali masak dia dok pegang kaki saya,  sekali minyak meletup lagi skit nak kena si encem saya. Maka terpaksa semua orang makan roti canai kedai mamak je jawabnya. ( Alasan)

   Tapi bila masuk dapur, seolah-olah seluruh makhluk kat dapur be kind kepada saya dan saya dapat masak dengan jiwa tenang maka lahirlah masakan ala-ala hotel lima bintang ni.

1. Lobster Kukus Steam Masam Manis ( Nama bagi sendiri)
2. Kupang Berlada Pedas Amekaw
3. Soft Shell Crab Sedap Tak Berlagu -----> My Feveret!!





      Before ni memang susah nak cari Lobster, kalau nak makan pun makan kat Restoran Seafood  range harga dalam RM 250-Rm300 satu masakan. Tapi kini dengan adanya Lubuk Lobster kini anda boleh membeli lobster, sof shell crab pada harga yang berpatutan.

      Yang dalam gambar ni actually second attempt saya masak lobster, yang first time saya masak lemak cili api tapi rasanya macam lari sikit sebab mula-mula saya kukus dulu lobster tu baru saya gulaikan. So rasanya macam kurang sesuai. Yang second one memang mengancam selera semua, sampai kena telan Lecithin, Omegaguard dgn Alfalfa dek sebab banyak sangat makan. :-P

      Okay, lagi satu petua nak masak sedap bila masa bersihkan lobster dan  masak tu selawat banyak-banyak. :-) \

Okay take care all.
Nantikan entry Chef Mama Shaklee seterusnya ye. ;-D
xXRedcomelXx