Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Apa Ada Dengan Hari Lahir?

  Apa yang paling membahagiakan setelah usia tiba pada umur 35 tahun?  Keluarga.

Rumah kecil ke, rumah besar ke, kereta kecil ke, kereta besar ke, andai cukup kasih sayang tiada apa yang lebih membahagiakan melainkan keluarga.

Suami, Kekasih, Best friend forever. Hingga ke jannah Insya Allah..
Pengarang jantung hati 5 orang. Umur 35 with 5 kiddos, Alhamdulillah.

     Melihat wajah-wajah kecil yang mengharap mama masak sedap-sedap sebelum mama pergi kelas usrah Profesor Sal.
Buku teks kelas agama. Tenang hati bila berada di taman syurga.

     Tak sempat nak masak banyak-banyak, mama masak satu lauk je . Takpelah feveret semua orang. Lagipun petang ada orang nak belanja kononnya nak celebrate birthday la. ^_^ Mama masak Grill Lamb with Black Pepper Sauce. Resipi google je, senang sangat. Orang tak pandai masak pun boleh masak. Sebab memang  dah plan nak masak  ni, malam tadi dah marinate siap-siap so pagi ni terjun je terus  atas tempat grill.

Grill Lamb with Black Paper Sauce. 
      Lepas mama balik dari kelas usrah  kami pergi Alamanda jalan-jalan ambil angin di MPH, minum petang merangkap dinner sekali ( kami memang dinner awal pukul 6). Before maghrib sampai rumah, dapat pulak brownies yang ditempah oleh Kak Raiha untuk adindanya yang tersayang, hasil tangan Chef Khairul Hakimin Muhammad yang di hantar sendiri oleh yang membuatnya.  Lepas maghrib sambil minum teh hijau, dapatlah saya menikmati kek coklat brownies yang sungguh sedap ini. Memang tak boleh berhenti makan! Hadiah paling manis semanis keknya. <3 br="">

Brownies Marshmellow Chef Khairul. Terima kasih Kak Raiha sayang.

    Apa ada dengan hari lahir? Hari yang penuh kesyukuran, diberikan segala berkat dan cinta, semuanya percuma...Sejujurnya, terlalu banyak yang perlu disyukuri, rahmat Allah dan kasih sayangnya memberikan nikmat yang tidak terperi. Allah Maha Baik. 

Subhanallah.
Alhamdulillah
Allahuakbar.

My Name is Rayan




Our Fourth Bundle of Joy!

My First Day


Day 17. Hari-hari mama saya gigit pipi saya. Tapi saya tido jugak.


Tahun ni mama tak beli baju raya, tak beli kasut raya, kalau datang umah mama hidang beskut oreo dengan eiskrim aje. (Tahun ni takde kuih raya buatan sendiri atau tunjuk sendiri. hihi ) Dengan duit raya lima posen. Sebab mama sibuk nak gedek saya je, dan tak sempat nak gedek orang lain. :P Sorry.


Jemput makan. Bismillah. Kalau puasa sila tunggu waktu buka.






Kadang-kadang saya menangis.

Ayah masa kecik panggil saya cembeng
Ibu selalu cakap saya kuat merajuk.

Sekarang,
Suami saya pulak panggil saya cembeng.

Hey, itu dulu tau. 5 tahun lepas.
Masa baru kawen memang saya selalu menangis, banyak betul dugaan masa tu.Kawen masa belajar, memang tak tahan pressure.Tapi tahun demi tahun berlalu, macam-macam pengalaman saya lalui.Tak banyak sikit buat diri jadi tabah. Kalau ada kena marah atau merajuk pun sendiri pujuk hati.Takdela nak tunggu coklat atau bunga ke nak pujuk, berani potong kuku la kalau bagi. hahahha.:P Jangan marah ye bang.

Tapi malam semalam masa mengajar Faeiq buat homework saya menangis bila dia tak dapat buat exercise yang cikgu bagi... sebab saya takut dia tak boleh nak catch up bila dia dah darjah satu nanti . Saya menangis sebab menahan marah dan seboleh-boleh saya tak mahu merotan anak-anak saya kecuali untuk kesalahan yang berat-berat.( cth mencuri atau menipu yang diorang tak pernah buat). Akal anak-anak tak sama macam kita jadi sabar dan usaha tu perlu kan.

Seingat saya orang yang paling tabah mendidik adalah ibu ayah saya. Cukup masa pergi sekolah, cukup masa pergi mengaji, cukup masa tido. Baik ibu atau ayah, cukup disiplin didik kami adik beradik. Saya selalu fikir, mampukah saya buat yang terbaik dalam memdidik anak-anak yang bakal jadi imam keluarga mereka nanti?
Saya harap Allah beri saya dan suami kekuatan.

Kata-kata puji tak buat diri jadi lupa dan kata-kata kutuk tak buat diri jatuh. Jauh sekali nak bersedih tentang kekurangan diri melainkan ambil iktibar dan baikinya.

Namun satu-satu  perkara yang boleh buat saya sedih adalah tentang orang-orang yang saya sayang.
Buat anak-anak mama, kasih mama tiada yang boleh kamu bandingkan..
Buat suami, setia saya tiada taranya.

Setiap nafas yang saya hela adalah doa buat suami dan anak-anak agar mereka dalam lindungan Allah.
Moga anak-anak saya jadi insan yang hebat-hebat. Amin.

Tahun Depan Tufah Darjah Satu.

Bulan Ogos adalah masa untuk ibu bapa semak kemasukkan anak-anak ke tahun satu , so aku (sgt excited weh...) dan hubby pun pagi-pagi dah ke Yu Hua sebab nak semak nama Tufah di situ. Tapi sekali takde, cis... panik la sekejap. Nak check online server sekolah pulak lambat. Lepas tu akak kerani tu advise suruh check, nasib baik  hero I yang hensem tu telepon dia ada 3G, dapatlah tengok Tufah penempatannya di sekolah Sg. Chua. 

Actually ramai yang skeptikal bila berkenaan menghantar anak ke  sekolah cina.Aku tahu mengapa:

1. soal pendidikan agama
2. soal makanan di kantin.

Boleh dikatakan, soal didikan agama adalah tanggungjawab total ibu bapa dan jgn letak pada bahu ustazah sekolah. Islam adalah cara hidup. Jika kita titip cara hidup islam dalam hidup kita, Insya Allah. Moga-moga anak-anak jati diri yang kuat.
Soal makanan, mmg ajar anak makan bawa bekal ke sekolah setiap hari.  Sejak tadika lagi. Dan dia memang tak suka makan di sekolah sebab sekolah tadika sekarang ni pun yang prepare makanan akak Indon. Dia kata tak sedap dan hari-hari dia minta nak bawa bekal.


Tufah dah sekolah di q-dees pun dah 3 tahun  dan selama tu pun dia dah belajar Mandarin.La ni kat rumah pun dia ajar Faeiq mandarin dan kadang-kadang mama pun tanya Tufah.  Jadi macam satu kerugian bila dapat belajar extra satu bahasa di tadika tapi taknak continue bila masuk sekolah rendah.
 


Orang yang nak sekolah relax je, mama pulak yang excited terlebih. hahaha
Kecoh betul mama ni. ( ' ' ,)

Kata pepatah, "Tuntutla ilmu hingga ke negeri Cina"  :) Sekarang dah tak yah ke negara cIna pun dah boleh belajar bahasa Cina.

It's tea time :D

Cuti sekolah time untuk meggemukkan Faeiq yang kurus. :D

Dah cuba macam-macam untuk pancing selera anak mama yang sorang ni, susah betul dia nak makan, cuti sekolah nampak seleranya macam dah ok sikit. Hari ini je dah cukup 3 meal dia ambil dengan portion yang banyak. Pagi cup cake dengan susu, tengahari Chicken chop king, makan masa ambil Tufah balik kelas piano dan petang Chocolate Mud Cake dengan ice cream.



yummy!

Faeiq yang baju hijau tu.. orgnya mmg comel dan kecil ;> sbb susah makan.


Aduhai, yang sorang ni susah betul dia mau makan, harap orang tak salah sangka saya x bagi anak makan, sebab dia memang cekeding. :P

Takpela, janji sehat.

HAPPY EIDUL FITRI FROM KAJANG

Cepat betul masa berlalu. Ramadan pun dah berakhir.
Nyai ( Nenek) saya telah kembali ke rahmatullah 2 hari sebelum 1 Syawal.
Semua redha dengan pemergiannya, pergi meninggalkan kami semua pada usianya 100 tahun.
Al fatihah buat arwah, semoga roh Nyai di cucuri rahmat...
............
............
............
............

Dah abis baca Al fatihah ke belum? Kalau dah baru boleh sambung baca.
Saya raya macam biasa, sama seperti tahun sebelum-sebelumnya. Malam raya di rumah mak, pagi raya lepas sembahyang raya di rumah Uwan, petang raya dah sampai kampung Melaka. Tufah, Faeiq dan Ghauss  seronok sangat. Mungkin sebab kalau hari-hari biasa asyik terperuk di rumah, bila raya ramai sangat kawan-kawan..

Bila jumpa sedara mara, ramai juga yang rajin baca blog saya rupanya.. Kak Iti, Makcik, are you reading this? Terima kasih kasih sebab sudi singgah, apa kata alang-alang dah singgah tu tolong klik iklan nuffnang kat tepi tu.. Nanti Ani belanja, hehehehe.


     Mama dan Ghauss di rumah uwan selepas kenyang makan Gulai ayam kampung. :)




Memang happy .Can't deny it right?


Hari raya memang menyeronokkan buat anak-anak. Ada banyak gambar raya kali ni. Buat sesiapa yang nak tengok, nnt saya letak di Photo bucket, sebab kalau letak di blog ni nnt jadi berat. Satu gambar RM 0.50. Aci tak? hehehe Jangan marah, nnt kena jual...

Nanti semua gambar akan di upload ke photo bucket dan akan url nya akan diberitahu kelak..
Sebab lama sangat tak update blog ni rasa macam skill menulis makin berkarat. Takper, saya yakin boleh sebab saya pernah menang pertandingan mengarang masa saya darjah 6 dulu, jadi saya rasa saya memang ada bakat terpendam. :D

Till then,
(nak siap-siap pergi open house..)

X redcomel X

"Mama, sayanglah anak mama nie.."

Sabtu kelmarin ada Parents Teachers day di sekolah anak saya. Memang meriah, ramai parents hadir, dan saya hadir bersama 'rakyat-rakyat saya' :D  So disamping memberi perkembangan prestasi serta keputusan periksa untuk mid term, pihak sekolah telah menyajikan kami dengan persembahan anak-anak kami yang bijak cerdik berbahasa Inggeris dan Mandarin sambil menyampaikan maksud tersirat yang  "kami telah berjaya membuat anak-anak anda jadi pandai, so jangan marah kalau anda bayar mahal." ~_~' Sekolah ni memang mahal, kalau  ibu ayah mak abah kami dengar sure cakap kami buang duit. Tapi takpe Miss Kate, saya tepuk tangan paling kuat tengok anak saya berbahasa mandarin pada usia 5 tahun. :-D Mama bangga nak...


Ya pendidikan awal anak sangat penting sehingga ramai ibu bapa sanggup berhabisan beribu riban demi menyediakan diri anak mereka menjadi insan berguna di masa depan. Dan saya dan hubby saya termasuklah dalam ibu bapa itu atas beberapa sebab. Kadang-kadang saya terfikir adakah benar menghantar anak ke sekolah yang   terbaik menjadikan insan yang terbaik? Iya dan tidak. Bergantung pada cara kita didik anak-anak kita. Tak kata tadika Kemas tak bagus. Ibu saya seorang guru tadika Kemas yang berdedikasi, saya juga acuan tadika Kemas, alhamdulillah abis juga belajar sampai buat degree...jadi juga orang berguna dan isteri yang baik dan berhemah tinggi ( wah wah..over la tu.. hihihi).  Kalau ada tadika kerajaan berdekatan dah tentu saya hantar anak saya kesitu tapi malangnya saya tak jumpa mana-mana tadika seumpamanya dalam radius 5 kilometer persegi dari rumah saya .Unfotunately.Tadika yang anak saya attend ni depan rumah saya aje, siap dengar loceng sekolah lagi. Ya mungkin sistem pembelajaran nya yang baik dan bagus itu satu bonus. Cuma mahal sikit fees nya, but at least saya tak perlu redah traffic jam nak hantar Tufah dan Faeiq ke sekolah. Yelah...rezeki anak-anak.


Saya tak pernah paksa Tufah study hard ataupun pada hari sebelum exam saya suruh dia study gila-gila. Seingat saya setiap kali sebelum exam kami pegi jalan-jalan makan angin, Ya, sengaja saya supaya dia tak rasa pressure dengan "paper-paper" examnya.  Cuma bila waktu pagi saya kejut dia bangun awal daripada selalu dan suruh dia  tgk study sikit-sikit. Tapi selalunya dia tak study pun, dia bukak TV dan tengok "Fiffy and The Flower Tot". Boleh tak?




~Sabo ajerla...














Ni lah Tufah yang tak berapa suka tunjuk rajin study depan mama dia tu.


Tufah dan Faeiq kecik- kecik dulu...
Tufah anak mama..
Selamat hari jadi sayang...
Tufah, mainan ni bukan utk budak kecik ker?? Turun cepat.
(Mama yang tak garang tapi buat-buat garang.)




Tapi hari Sabtu itu merupakan hari yang indah dan gembira buat saya. Nak tahu mengapa?


Kerana ini..
English 100%
Bahasa Malaysia 98%
Maths 95%
Mandarin 91%

Tak.. bukan saya nak berlagak anak saya pandai... jangan salah sangka tau. Tapi saya betul-betul gembira.


Tufah,
Sejuk perut mama mengandungkan Tufah nak..

Tufah selalu cakap pada saya,
"Mama, mama sayanglah anak mama nie.." sambil peluk saya.
Tak pernah kurang nak...
Takpernah kurang.

Mural anak-anak :D


Anak2 saya cukup suka bermain dengan pensil warna, krayon. Saya pulak memang sentiasa beri sebab taknak jari-jemari  mereka keras bila tiba masa nak pegang pensil. Ghauss pun dah pandai conteng-conteng. Tak cukup kertas, dinding pun menjadi tempat mereka mendokumentasikan hasil karya mereka. HUHUHU... 


emm.. cantik tak? :-) ada kereta2. kalau kereta mesti Faeiq punya kerjatangan. Dia mesti lukis ' tim tim 'sekali.





kadang2, anak2 buah saya datang sekali sekala, diorang pun turut menyumbangkan hasil karya mereka di dinding saya ni. hhihihi.. kadang2 tak  larat nak tegah.. tegah pun buat jugak.


Last time saya mengecat rumah hari raya tahun lepas. Saya cat pelan2 aje Sebab kadang-kadang saya cakap juga dengan hubby saya nak cat rumah, dia tak bagi sebab takut saya semput. Tapi Ani yang kadang-kadang degil ni buat jugak. Sebab everytime saya tengok tv, terpandang akan mural
cantik anak2 saya.. sikit-sikit boleh cuci tapi bila makin banyak sakit mata pulak jadinya.
So, setelah turun ke kedai hardware  dan membeli cat saya pun membuat kerja2 mengecat dengan kerjasama Tufah, Faeiq dan Ghauss.  Inilah hasilnya.



Ruang tamu yang bersedia untuk menerima tetamu.. :D
Ruang tamu yang simple, tempat kami satu family lepak tengok tv.:D
Tiada lagi kereta Faeiq di dinding mama.
Dinding yang dah di cat dengan Jotun Pearl Silk. kalau ada orang conteng pun buleh lap dengan kain. hihihih
Tapi bila bebudak ni lepak kat sini bersepah jugak.. takpe la, bukan mama tak biasa kemaskan.

Bila anak-anak makin membesar, saya sentiasa simpan cat yang sama kaler dengan dinding rumah  incase kalau  bakal terima tetamu, boleh cat dinding yang  penuh dengan lukisan anak kecik. Saya tahu before raya tahun ni mesti saya kena cat sekali lagi sebab semalam saya tengok dah ada dah cop2 yang tidak dikenali. Apa nak kata, adatla orang anak ramai.  :D

Satu-satunya Kakak saya...

Teringat iklan celcom, ada sorang budak perempuan rambut panjang( cute giler) pegang belon, tanya semua orang perempuan yang lalu lalang suruh jadi kakak dia. " Nak jadi kakak saya tak?" Tapi kesian, takde siapa peduli pun, sebab ye la... gile ker apa suruh =========> orang jadi kakak awak?:P

Saya suka tgk iklan, saya orang yang tak kisah tgk iklan banyak-banyak di TV, kecuali kalau ada cerita yang saya betul2 suka. Mengeluh juga kalau banyak iklan. Tapi selalunya tak kisah. Dan iklan Celcom tu salah satu iklan yang saya suka. Dan peliknya saya kini dah jadi budak kecik rambut panjang yang comel tu. Mencari kakak saya.. ;( Satu-satunya kakak saya..

Ibu selalu pesan, jangan gaduh-gaduh.. tak baik. Yup, saya mmg adik manja yang mengada-ngada satu ketika dulu. Saya masih manja sampai sekarang, mengada-mengada mungkin dah kurang kot sejak anak tiga ni :) Kecik-kecik memang suka bergaduh..yela namapun budak-budak..tak bestla kalau tak gaduh..Main pondok-pondok belakang rumah, curik-curik pakai baju angah...Pakai barang-barang dia... Kenangan yang banyak cuma tinggal kenangan.
Tapi saya kira sejak dah besar-besar ni tak pernah kami gaduh pun, tapi tak tahula.. mungkin sibling rivals wujud tanpa saya sedari. Pelik..pelik...ya.. baru saya tahu, mungkin saya ni middle class people and tiba-tiba anak Guru Besar and ibunya guru sekolah tadika kemas tu dah tukar status hidupnya menjadi orang Aristokrat, Upper Class people~ adala orang tu cakap... (HA, AMEK KAU..) Funny isn't it. Adiknya kini dah masuk dalam ignorant list. Jangan terkejut bagaimana kuasa wang boleh merubah hidup anda, bukan sekadar apa yang anda boleh buat dengan wang, malahan APA YANG ANDA SANGGUP BUAT DEMI WANG. Tikam dari belakang saudaramu sendiri? Tak hairan.

Jangan salah sangka, bukan kakak saya yang jahat di sini.. tak.. Kakak saya orangnya baik, walaupun tak berapa peramah, tapi orangnya baik hati, sangat setia, bijak dan apa yang penting, dia memang sayangkan saya.Memang selalu bagi saya duit masa saya belajar dulu.. Suka belanja saya makan, tengok wayang, movie yang pertama kami tengok bersama, "Kekasih Awal dan Akhir" kat Cathay Jambatan Belly Melaka.. Abis tengok wayang, naik beca. Wah..best giler angah..Masa tu saya baru 12 tahun, Angah form 4. Masa tu tiket wayang baru RM 3 kan ngah? :)
Tapi entahlah, sebab ada batu api yang benar-benar jahat, dia kini dah berubah hati.( Yang nak terasa tu suka hati la... perangai orang tu pun bukan baik sangat~ ) Saya berharap dan sentiasa mendoakan dia berbahagia bersama orang yang dia sayangi, dan bersama-sama anak-anaknya yang saya sendiri tak tahu sama ada dah besar nanti mengenali saya sebagai makciknya. Mungkin taknak kenal pun, orang yang tak penting.


Kehilangan tu sangat pahit. Sama rasanya bila saya kehilangan makcik kesayangan saya bila dia meninggal akibat barah payudara. Tapi rasanya lagi perit bila kehilangan seseorang tu sebelum dia meninggal. Saya tahu saya takkan dapat jumpa kakak saya sampai bila-bila.Namun, saya masih mengharap.


Dah saya dah tak peduli dah.... mungkin lepas ni ada gangster berahak yang akan telefon saya sebab ada anak manja mak yang mengadu pada mak dia ada orang cerita pasal isterinya dia di internet. ;P Saya tak takut. Saya tak harap apa-apa pun dari kakak saya. Saya tak expect dia telefon saya, apatah lagi buat panggillan rindu (missed call) pada saya... Harap kakak saya akan mengetahui satu kebenaran yang mungkin selama ini dia nafikan. Apa yang penting...(bukan kerjasama ok! tu Wonderpets!!) saya sayangkan dia dan saya tahu dia tahu. Kita sedarah. Semoga Allah merungkaikan kekusutan yang ada, dan semoga Allah menyucikan hati-hati mereka yang hitam dan penuh dengki.Moga kasih kita kembali bertaut.Amin.