Showing posts with label WAHM. Show all posts
Showing posts with label WAHM. Show all posts

Hapuskan Alasanku


Assalammualaikum. Thank you for drop by. :-)

Cuaca cukup baik hari ini.
Tak panas, tak mendung, just nice.
Abang-abang Rayan dan Ranya semua dah pergi sekolah

Bertapa berharganya kalian, Biar segunung emas intan berlian pun takkan terbanding.

Ingatkan dah boleh relax-relaxla, sambil-sambil memfokuskan ke biz shaklee yang ku cintai dan kemas-kemas rumah.Ada pulak cikenit ni yang 24jam pegang kain mama. Haa... kan. Hari-hari begini tau. Dah besar, dan masih manja sesangat. Selalu jealous dengan Ranya .
Kalau ikutkan mahu aja tidur dan berbaring sahaja dengan anak-anak kecil ini.
Comfort zone saya.
Tapi saya tahu sementara anak-anak kecil la saya perlu usahakan bisnes Shaklee saya.
Jadi biar mereka dah besar nanti, bolehlah kami tour around the world sama-sama.
Dan bila mereka besar, saya tahu perbelanjaan untuk pendidikan juga semakin mahal, itu belum termasuk belanja  makan pakai. Duit memang tak boleh beli bahagia, tapi dengan duit keperluan kita dapat dilengkapkan dan mengukuhkan ekonomi keluarga, kan?

Jadi saya kira, saya akan completekan schedule saya since 5.00 am hari ini. Saya berjaya hapuskan alasan saya, dan meneruskan perjuangan saya untuk membina bisnes Shaklee saya. Saya berdoa agar anak-anak cucu cicit Shaklee saya juga cekal dan tabah hati, kerana kejayaan adalah progress dan hasil usaha yang berterusan. Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang.


Kami yang tengah main "Aci-aci buka pintu".Rayan~ "Mama jangan pergi mana-mana, duduk dengan Rayan"

Owh sebelum tu saya nak introduce "A Box of Love in Every Home" ni.
Kenapa a box of love? Sebab saya LOVE Shaklee. Dan saya tahu dan pasti, jika anda mencubanya, anda mesti jatuh cinta. Ianya keperluan supplemen yang basic setiap keluarga.
Vitalea, B complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Alfalfa Complex. Defenitely you'll love them. Keluarga kita lebih sihat, menguatkan sistem imun kita. :-) Apakata sempena Ramadan yang bakal menjelma, jom lengkap keluarga kita dengan kehadiran "A Box of Love in Every Home ini".




WWW.REDCOMELMALL.BLOGSPOT.COM
ok till then. See ya~ 

Cabaran Ibu Muda

    Alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik sepanjang saya mengandung kali ini, walaupun ada masanya terpelicok dek aktiviti harian saya yang selalu lupa saya sedang berbadan dua. Namun demikian, nikmat Allah yang mana harus saya dustakan? Setiap kali badan rasa sakit sana sini, saya sering ingatkan diri saya sendiri bertapa bertuahnya saya diizinkan mengandung untuk kali yang ke lima, sedangkan ramai lagi pasangan di luar sana yang sedang diuji belum diberi cahaya mata.

     Sebagaimana besarnya tanggungjawab seorang suami dan ayah, begitu juga cabaran isteri dan ibu muda zaman sekarang. Samaada bekerja di ofis ataupun berada dirumah 24/7, penatnya serupa, stressnya juga begitu. Apa yang sering berlegar di fikiran seorang ibu? Rumahtangga, anak-anak, hal masak-memasak, hal mendidik anak-anak. Di ofis jadual kerjanya lain, di rumah peranannya lain. Semuanya harus dijawab, alhamdulillah jika suami banyak membantu, ucapkan terima kasih padanya,( agar si dia kekasih terus bermotivasi dan ringan tulang untuk membantu hihi)
Sudah hampir 2 tahun saya serius menceburkan diri dalam dunia bisnes Shaklee ( Saya kini Coordinator ) , ramai yang anggap saya cuma sekadar bergoyang kaki di rumah dan merasakan betapa mudahnya biz ini dikembangkan tanpa perlu bersusah payah. Benar, jika mahu dibandingkan bisnes konvensional biasa saya tak perlukan overhead yang besar, tiada kos pekerja tetap ( kecuali daily maid Kak Intan yang setia mengemaskan rumah bila saya perlukan) dan tiada premis ofis yang perlu di sewa. Cabaran yang lebih besar ialah lebih kepada kecekalan hati dan minda. Menguruskan hero-hero saya, memastikan kesejahteraan keluarga. Bangun di subuh hening 3.30 pagi menyusun kerja, membaca dan mendorong anak-anak Shaklee di bawah jaringan saya.Mengurangkan rungutan, lebihkan kesyukuran. Namun saya kira doa suami dan ibu bapa saya sentiasa menjadi perisai diri, bila keletihan saya lihat wajah suami & anak-anak saya.. itulah yang jadi tonik hati saya. Blessed with their love, tiada apa yang lebih saya mahukan selain kekal begini.

     Ada juga yang bertanya kepada saya, mengapakah saya beria- ia buat biz Shaklee, bersengkang mata, coaching anak-anak buah saya tentang biz ini, blog, fb adds dan sebagai? Bukankah saya sudah berada ditahap selesa? Ya, sungguhpun suami saya beri elaun setiap bulan, itu duit utk saya uruskan domestik keluarga saya. Duit saya, bonus yg Shaklee beri, dan ye, saya tidak akan beli handbag kegemaran saya dengan duit dapur yg suami saya berikan, kecuali dengan duit titik peluh saya... Ibu Ayah saya juga masih ada, dan saya mahu berbakti pada mereka, sementara nyawa saya masih ada.

    Ibu zaman sekarang perlu kuat dan bijak. Mental dan emosi. Bijak serba serbi, tolong suami tingkatkan ekonomi. Tak kira dalam lapangan apa pun, bekerja sendiri atau makan gaji, anak ramai, anak sedikit, ataupun masih belum punya anak. Kuatkan jiwa. Berikan ia makanannya. Kasih sayang, kasih pada Tuhan, kasih pada makhluk.

    Moga hidup kita dapat menongkah arus dengan mudah. Dan kejayaan demi kejayaan dapat digapai walaupun kita bergelar wanita.


Kelam Kelibut Mengurus Family dan Biz ^_^

       Nama pun bekerja dari rumah, rasa saya tahap disiplin kena berada di tahap paling tinggi. Semua harus on the go dan semua kena siap. Bangun pagi saya bangun pukul 6.00 everyday, solat dan everything, then by 6.30 mesti mengadap laptop atau Ipad saya, memulakan hari tu. Biasanya saya draft apa yang nak tulis untuk blog REDCOMELMALL SHAKLEE saya dan schedule masa untuk update FB. mengadap laptop pagi ni sebab kalau siang-siang si kenit manja saya tak mengacau. Rayan saya sangat manja, dah pandai mengecak makanan abang-abang dia. Adik ni, patutla gumuk dan bam bam.

ni muka ngantuk

Ni muka ada agenda

Masa cuti sekolah ni takdela aktiviti lain selain makan, tengok tv, melukis, buat sepah rumah mama,  hahaha amboi heaven korang ye.

      Tufah pulak cuti-cuti sekolah ni ada hobi baru dan dapat ramai kawan-kawan baru, Memancing dekat kolam besar belakang rumah. Tapi Tufah je yang saya bagi pegi, nanti kalau Faeiq dengan Ghaus pegi takut pulak terjun kolam kekdahnya, bukan boleh caya sangat bebudak nih, banyak sangat kreatifnya.
  


    Alhamdulillah, biznes Shaklee saya berkembang mekar, bulan ni ramai yang nak join buat biz so saya just sharing apa yang saya buat dengan biz Shaklee saya dan beritahu apa diorang perlu buat. tapi untuk yang serius je, yang tak serius tak boleh nak paksa sebab biz Shaklee bukannya biz cepat kaya, register dan terus jadi diamond ke. Tak tak, it wont happend that way. Kene usaha, usaha dan tawakal. Cara nak buat biz? hihi   kene join la baru boleh masuk dalam secret lab saya,

Tapi hakikat sebenarnya bekerja dari rumah is how displine you can be. Juggling between kids, home chores dan handle your bussiness between your kids nap time. Pheww.Actually even dah lama pun saya masih kelam kabut  kadang-kadang. But I love it to bits, and ada juga yang kata. "Eh dia bolehla buat biz, dia duduk rumah je, bukan ada apa nak buat pun.'  Nak tau akak buat apa kat rumah rumah dengan anak 4 orang yang hensem-hensem dan kreatif-kreatif belaka ni meh datang rumah. Hahaha. I gelak aje. Ada akak kesah. ^_^
Gambar hiasan. :-P

You say you wanna go big, but you still acting small. Excuses can be DEADLY when it comes to play a bigger game.Go big, or go home. 


Jemput datang blog saya lagi satu www.redcomelmall.blogspot.com