Salam. Lamanya tak menulis. 7 minggu since last entry. :)
Saya dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki comel yang embam-embam. 5 Ogos2011, jam 6.59 ptg, 3.25 kg.
Diberi nama Rayan bin Najat Affendy Sila sebut R-A-Y-A-N. bukan Ryan, raiyan, atau Rayyan. Sugar Ray jauh sekali.
Maksudnya dalam bahasa arab Syurga, cakerawala. Kalau dalam bahasa Persia, maksudnya herba yang harum.
Nama yang baik-baik untuk di panggil tanpa ada short form atau long form.
Nama anak-anak semua pun pendek-pendek, Tufah, Faeiq, Ghaus dan Rayan. Senang mama nak panggil dan tulis
kat buku sekolah sebab nama abahnya dah panjang. :)
Alhamdulillah, bersalin kali ni rasa cepat pulih, biasanya after deliver mesti kena rengat 3-4 hari. Tapi bersalinkan Rayan
kena rengat sehari je then sakit berkurang. Ibu jaga seminggu sementara tunggu saya kuat, seblum tu dia dah stand by kat rumah 2 weeks before sebab menunggu baby yang takmo keluar.Bila dah tegap, ibu pulang since saya pun tak mahu ganggu jadual ibu beribadat bulan2 puasa ni dia nak pegi tadarus dengan kawan-kawan, lagipun nnt sian pulak ayah sorang2 kat rumah. Mesti orang wonder, apsal tak balik kampung pantang kat kampung je. Err... komplicated la kengkawan. Anak2 sekolah satu hal, then anak2 saya ada history Jaundice yang severe, jadi susahla kalau kat kampung, abahnya kat sini, nak hantar anak g hospital dan macam2 hal la dgn Tufah exam..Ayoola mcm2 hal. Hingga ke tika ini saya berpantang sendiri di rumah dijaga oleh Encik Suami dengan penuh kasih sayang. Bila berpantang sendiri, sendiri mau ingat, mandi kena air panas, badan mesti sapu minyak panas satu badan, param mesti pakai, stokin mesti pakai, bengkung mesti pakai
kang alignment pinggang lari plak. Takleh minum air sejuk@ais, makan ubat+ jamu, kalau anak kena kuning, jamu jgn makan dulu, alamat nanti berpantang kat hospital sbb kuning anak tinggi. Dah 2 minggu baru boleh makan jamu, bila anak dah bebas Jaundice. Ini bukan kali pertama berpantang sendiri, Masa Tufah dan Faeiq pun saya berpantang sendiri, suami yang masakkan lauk2 pantang. Suami saya pandai memasak. ( tapi tak mau puji lebih2 sebab nnt dia kata saya bodek dia.. ;-P ) Cuma masa masa Ghaus saya pantang di rumah ibu itu pun 3
minggu sahaja lepas tu balik rumah sendiri pantang sendiri, suami yang jaga. Result, kesihatan baik, still manage turunkan berat badan
yang mencanak-canak naik masa mengandung, : P. Senang cakap kembali hot. ( utk suami la ) ahaks. ^_^V . Jangan marah.
Bak kata Ibu, rasa-rasa badan tu. Jangan main air, nnt dah tua tangan dengan kaki kebas2. Jangan gatal2 nak menjahit ke menyulam ke pantang2 ni, kang mata rabun. Mata saya memang dah sedia rabun, so nothing much I can do bout it, but don't make it worse.
Ha, bila dah semua dah pakai, ubat dah makan, dok diam2. Jangan gatal2 nak menyangkul ke, berus lantai ke, berlari2 ker.. Nama pun pun berpantang, Kang kalau bentan menyusahkan semua orang. Saya kira lebih berdisiplin ( apahal skema sangat ayat ni..) bila pantang sendiri
sebab kalau ibu ada jadi mengada2 sebab semua pun tunggu Ibu. :D Tapi orang sekarang pantang sikit lebih kurang je kot tak macam saya ni beria-ria.. Sebab ada orang baru 2 minggu bersalin dah siap pergi shopping bagai dah.... haih...jangan berangan la nak shopping masa pantang ni walaupun PKNS Bangi tu sekangkang kera je dari rumah, baru berdiri kat depan pintu pun dah kena marah dengan Encik Suami, " masuk! nnt kena hujan kang! " hahha padan muka , kan dah kena marah. Jadi solusinya, shopping online jer.. :)
Takpe, kena sayang diri sendiri.. Kita orang perempuan la jaga diri sebab nak jaga family, suami, anak2.. Jadi time pantang, pantang betul2..
tak kirala ada mak jaga atau diri sendiri jaga. Saya baru 2 minggu berpantang, so another 30 days to go. Chaiyok2 !
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Makanan Diet Yang Bagus tapi orang tak tahu..
Lainkali bila pegi beli Tecso, jangan lupa beli yogurt, amalkan makan lepas tu mesti berat badan mesti turun.~Ni untuk mereka yang ada masalah berat badan la...
Ni bukan tipu tau, ni kajian dari University of Tennessee, orang yang obess yang makan 3 hidangan yogurt setiap hari selama 12 minggu hilang 22% berat badan dari berat asal, 61% lemak dan 81% lemak di perut; berbanding dengan orang yang amalkan diet dengan kilojoule yang sama tapi tak makan apa-apa produk tenusu.
Kajian ni just nak tunjukkan bila kita berdiet dgn high in dairy foods, kita hilang banyak lemak dan dapat protect muscle kita. Just balance it dengan tambah sayur-sayur supaya lebih sihat dan seimbang....
Well, bulan puasa memang jumpstart yang baik untuk buang segala spare tyre yang ada keliling pinggang and dapat curve lama macam masa anak dara dulu, hihihi.
Tapi ada tak yang sanggup bila sahur je makan nasi dan heavy gravy, tapi bila berbuka telan yogurt je?
Tepuk dada, tanya selera. (Or tepuk perut tenguk muncit ke tak?) ( ' ' ,)
Well kesihatan kena jaga, kalau diet giler-giler pastu pengsan kat tempat keje pun tak boleh juga.
Tapi penting untuk ada berat ideal untuk jaga kesihatan so penyakit jantung, gout tak datang.
![]() |
| Suka sangat tengok Kim kardashan ni, tak kurus tak gemuk, just nice ~Gambar from Google |
Petua Untuk Wanita Sukar Hamil
Aku jumpa petua-petua ni daripada sebuah buku lama masa tengah kemas-kemas rak buku. Nama buku ni tak yah sebutla sebab buku ni untuk orang-orang yang dah kawen je.Bukan apa, tau ajelah budak-budak zaman sekarang ni, amik kesempatan dengan lambakan informasi di internet kang ada yang gatai cari pulak, Naya betul, dah salah guna maklumat yang aku bagi.. Tapi kalau ada kengkawan yang nak tau bolehlah email. Yang dah kawen je okeh?
Petua ni untuk mereka yang ada masalah kesuburan, boleh berikhtiar melalui cara pemakanan. Ini adalah petua turun temurun orang melayu ye.
1. Memakan taugeh mentah selama 6 bulan setiap hari. ~ berapa banyak tak pulak buku ni cakap, tapi tiap hari, make sure basuh dulu tau. Jangan balik-balik pasar buka plastik terus ngap aje. :)
2. Makan ulam pegaga.~ ulam pegaga mmg bagus. Masa saya praktikal dulu saya penah cuba hasilkan minuman pegaga dengan nenas,dalam usaha menghasilkan minumam berkhasiat, tapi serius tak sedap dan lagi rela saya makan ulam pegaga begitu sahaja. Terus terminate eksperimen tu. Sigh..
3. Ambil kunyit bara besar ibu jari, daun asam jawa2 genggam dan sikit garam. Tumbuk dan perah.Minum sebelum sarapan dan makan malam. Amalkan dua minggu.~ Sanggup minum tak? :-) Mesti minum,tutup hidung peh tu telan je. Jangan takut.( Ni kalau masuk fear factor sure menang punya. )
4. Jika alami senggugut yang teruk, ambil secekak akar kayu senggugut rebus 2-3 jam, tapis dan ambil airnya, minum segelas sekali, 3 kali sehari. Amalkan selama 6 bulan.~ Mesti susah nak cari akar kayu macam ni zaman sekarang, tapi setahu saya di Johor ada Taman Herba yang mengumpulkan beribu-ribu species tumbuhan herba. Mungkin boleh cuba cari di situ.A
Harap info ni dapat membantu pada yang perlu. Insya Allah
Salam Ramadan
XX Redcomel XX
Subscribe to:
Posts (Atom)

