Showing posts with label Weight Loss. Show all posts
Showing posts with label Weight Loss. Show all posts

Cabaran 9 minggu..

Salam..

Thanks pada mereka yang join giveaway..Nanti 30hb Nov saya akan announce pemenangnya.
Hadiahnya memang best, Set vitamin from Shaklee. Dengan bangga hati saya announce saya sekarang adalah Shaklee Independent Distributor, ID 866293 saya harap lepas ni kawan-kawan, sedara-mara, bff or sesapa je tak lari jumpa saye sebab saya buat MLM. :P hihi

Ceh, siap letak no ID lagi.. ye la mana tau korang lalu kat Empire tower tu, nampak opis Shaklee tapi malu-malu nak daftar sebab awek receptionist tu cun sangat...Haa..bagi ajerla no Id ahkak ni..boleh buat beli vitamin sebotol dua kan? :)

Actually saya dah tak mo buat biz biz ni... anak dah empat...duk rumah aje la diam-diam. Tapi potensinya terlalu besar sampai saya tak boleh deny.. Lagipun niat saya nak bantu suami saya..at least to buy things yang saya suka jadi tak perlu minta pada dia, walaupun dia mmg tak kedekut orangnya...

Bukan apa..nak tolong mak ayah..adik beradik..bayo hutang PTPTN..opps..:D Sekurang-kurangnya bila kita ada lebih, kita boleh bantu apa yg kurang.

Balik pada tajuk, cabaran 9 minggu. Cabaran apa tu kak? eheh, cabaran untuk kuruskan badan yang dah tak berapa nak kurus ni. So, sejak bersalin badan memang susah nak turun, dulu masa anak dara berat saya 45kg je... sekarang???? 59 kg. ha, pengakuan berani potong kuku ni. Ada orang tu cakap kalau saya kurus dia berani potong kuku dia...hihihi nampak sangat tak berani nak bet.

So, sekarang since saya berShaklee dan ambil certain vitamin, saya mensasarkan berat saya mesti turun dalam masa 9 minggu. Target turun sekilo seminggu. Aci ke? boleh je... Saya nak tiru macam akak ni...CUBA KLIK SINI mesti bestkan.. bukanla desperate sangat, cuma nak muat balik jeans saiz 27.. ;)

So, ada sesiapa BERANI nak join saya? ^^

Makanan Diet Yang Bagus tapi orang tak tahu..

Lainkali bila pegi beli Tecso, jangan lupa beli yogurt, amalkan makan lepas tu mesti berat badan mesti turun.~Ni untuk mereka yang ada masalah berat badan la...

Ni bukan tipu tau, ni kajian dari University of Tennessee, orang yang obess yang makan 3 hidangan yogurt setiap  hari selama 12 minggu hilang 22% berat badan dari berat asal, 61% lemak dan 81% lemak di perut; berbanding dengan orang yang amalkan diet dengan kilojoule yang sama tapi tak makan apa-apa produk tenusu.

Kajian ni just nak tunjukkan bila kita berdiet dgn  high in dairy foods, kita hilang banyak lemak dan dapat protect muscle kita. Just balance it dengan tambah sayur-sayur supaya lebih sihat dan seimbang....

Well, bulan puasa memang jumpstart yang baik untuk buang segala spare tyre yang ada keliling pinggang and dapat curve lama macam masa anak dara dulu, hihihi.

Tapi ada tak yang sanggup bila sahur je makan nasi dan heavy gravy, tapi bila berbuka telan yogurt je?
Tepuk dada, tanya selera. (Or tepuk perut tenguk muncit ke tak?) ( ' ' ,)

Well kesihatan kena jaga, kalau diet giler-giler pastu pengsan kat tempat keje pun tak boleh juga.
Tapi penting untuk ada berat ideal  untuk jaga kesihatan so penyakit jantung, gout tak datang.
Suka sangat tengok Kim kardashan ni, tak kurus tak gemuk, just nice ~Gambar from Google

Aku target bulan posa ni nak turun berat badan sampai 49 kg. Berat sekarang 52 1/2 kg. Boleh capai ke? Kejap lagi beli yogurt untuk berbuka ...( ye ye je aku ni sekalik tengok beriyani, alamat yogurt tinggal dalam peti ais je gamaknya...) hihihi .Bukan apa nak urunkan berat badan sbb aku tau 1st Syawal nnt nak kena mengadap segala tok nenek rendang yang sure-sure hari tu je berat badan aku dah nik dua kilo hari tu je. Turunkan berat badan just to get the licence to indulge the good food when 1st Syawal come. Ish ish..me and my bad habit. ~Sungguh tak senonoh.