Showing posts with label Biz Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Biz Shaklee. Show all posts

Superbibik Saya Yang Dah Buat Bisnes



Kisah dulu-dulu.

         Kisah 3 tahun lepas. Seminggu sekali atau 2 kali Kak Intan datang ke rumah saya. Dia orang Indonesia. Berkahwin dengan orang tempatan, dah 10 tahun duduk di sini. Umur sekitar 45 tahun. Datang ke rumah saya untuk mengemas rumah saya yang sekali sekala akan berada pada tahap "cantik teramat" sampai sakit mata nak pandang. Sejak saya berpindah ke Puncak Bangi, kapasiti serta kederat nak  mengemas rumah agak terbatas sebab most of the time semua urusan di rumah saya uruskan sendiri. Bisnes Shaklee lagi. Jadi kerja rumah seperti membersihkan habuk-habuk sawang, lap tingkap, dan apa-apa kerja yang saya tak tercapai, Kak Intan yang uruskan. Upahnya Rm10 sejam. Biasanya pukul 10.00 pagi dia datang, pukul 5.00 petang dia pulang.

      Kak Intan asalnya memang orang susah. Sejak umur 8 tahun maknya dah menyuruh dia bekerja di rumah orang. Maknya terlampau garang. Hari-hari kena belasah kalau tak buat kerja. Tak pernah bersekolah. Tiada pendidikan. Kahwin paksa di usia muda. Sejarah hidup yang menyedihkan. Sedih kalau mendengarnya sampai tak lalu makan. Eh, takmo cerita lebih-lebih la.

AKU MAHU SUPERBIBIK!Pinjam cover buku Aku Mahu Superbibik by Ain Maisarah

     Sepanjang kehidupan saya, saya tak kenal ramai bibik. Kak Intan satu-satunya bibik harian yang paling menambat hati saya. Orangnya baik dan jujur, kerjanya sungguh cekap kemas dan berkilat rumah saya setiap kali dia datang. Kadang-kadang ada juga saya terlupa, saya tanggalkan cincin sebab nak ambil air sembahyang, atau duit baki lebihan ada dalam bakul kunci, takpernah di ambil pun. Dia kumpul, di letak di soho saya. Memang baik. Tak pernah lagi saya jumpa helper yang jujur gitu.

     Setiap kali dia datang ke rumah saya, dia akan tengok saya mengadap laptop saya 3-4 jam tak bergerak dari tempat duduk saya. Dia selalu tanya apa yang saya buat.

"Ani buat apa tu?"
"Update blog dan buat kerja-kerja Shaklee kak"
"Kalau kakak pandai, kakak mahu belajar dengan Ani, tapi kakak tak pandai..."
"Boleh belajar kak, senang je. Nanti jual Shaklee di Indonesia ya?" Seloroh saya
Ketawa dia.

Kak Intan ni pun rajin makan vitamin sejak dulu. Kelas tau.... sebelum tahu saya buat Shaklee dia selalu beli vitamin biasa dari farmasi. Sejak jadi saya jadi tauke Shaklee, dia beli vitamin dari saya. Yang paling dia suka Vitalea dgn Vitamin C. Kak Intan ni umur dah 45 tahun, rambutnya hitam berkilat. Badannya kecik molek je. Sihat cergas. Memang pemakan vitamin sejak muda. Saya selalu juga sakat-sakat dia,
"Eh orang Indonesia bukan suka jamu aje kan kak?"
"Jamu pun makan, vitamin pun makan...boleh aja makan dua-dua"
Vitalea Shaklee

Vitamin C Sustained Release


Setiapkali dia datang, macam-macam yang dia tanya. Kata dia mahu buka restoran bila pulang ke Medan nanti.Dia minta resipi sambal tumis saya,  tanya "Kenapa bihun goreng Ani sedap, apa yang Ani letak?"

Tahu tak, dia ada note kecil yang dia tulis benda-benda yang dia tanya saya tu. Rajin sangat orangnya, sebelum balik, mesti dia pinjam buku agama, panduan solat ke, untuk dia baca. Lain dari yang lain kan bibik saya ni? :-)

      Kadang-kadang ada juga benda yang dia merajuk dengan saya, dan ada juga benda-benda kecik yang saya bebel-bebelkan, tapi seingat saya tak pernah kami bergaduh besar.Lama juga dia kerja dengan saya, 3 tahun. Daripada saya mengandungkan Rayan, Rayan dah besar, saya mengandungkan Ranya, sampailah Ranya lahir.

Setiap kali saya hantar dia pulang, dia selalu tanya saya,
"Macam mana nak ubah kehidupan ye?"

Saya kata "Berniagalah kak. Kalau dah kaya sekalipun, kita mesti berniaga.Mesti berani, kalau tak berani berubah, sampai bila-bila pun kita di takuk lama"

"Kena berniaga ya Ani?"

"Haah kak. Kakak mesti nak simpan duitkan? Nak pergi haji, nak balik ke Medan, nak beli kereta, rumah?"

"Haah. Seronoknya kalau ada semua tu.."

"Ha... bestkan.. Jadi kenalah berniaga.."

Dalam hati saya, kalau kakak berniaga, siapa yang nak kemas rumah? huhuhu
Tapi saya sedar, takkan selamanya dia mahu bekerja bersihkan rumah orang.

Sampailah satu hari, hari yang sepatutnya dia datang mengemas rumah, dia tak datang. Saya telefon dia, risau takut dia tak sihat. Dia minta maaf sebab dia tak boleh datang ke rumah saya lagi sebab dia dah mula berniaga. Bercampur baur perasaan saya. Happy sebab dia berniaga, tapi pada masa yang sama sedih. Alamak, sapa nak kemas rumahku ni, Uwaa!!! Kemaslah sendiri wahai Domestic Goddess. Suka bagi motivasi free kan? Tengok apa yang dah jadi? Haha. Tapi, tiada apa yang saya kesalkan. Cumanya kalau bibik daily maid yang lain datang ke rumah buat kerja tak semenggah, mulalah hati kecik berkata-kata,  "Adoilah kak intan ni, nak buat bisneslah pulak."

    Maka sejak detik itu, berakhirlah fasa kehidupan berbibik saya. Sedih.. there goes my superbibik. Life goes on. Hold on to your broom, Ani! Tapi kami masih keep in touch. Selalu dia telefon saya. Paling terharu dia selalu kata... "Ani selalu bagi semangat pada kakak. Ani tak pernah marah-marah kakak ... " Tiap kali dia kata macam tu, saya mesti nak nangis...

    Oh lupa pulak nak beritahu bisnes apa dia buat. Dia buat bisnes nasi lemak berlauk, ada mee goreng, ada bihun goreng. Ada macam-macam lauk. Masa mula-mula berniaga ayamnya cuma seekor, beras cuma 2 kilo. Sekarang setiap hari beras 5 kilo, 6 ekor ayam. Jualan makin meningkat. Wah! Jeles ai tau. ^_^. Saya ada cerita kan? yang dia berkahwin dengan orang tempatan. Suaminya berbangsa Cina yang masuk Islam. Suaminya buta huruf, tak bersekolah tinggi tetapi rajin bantu Kak Intan berniaga. Sekarang di samping ada bisnes nasi lemak, mereka dah ada  6 buah bilik sewa yang mereka sewakan.  Ada lebihan tanah di sebelah rumah mereka yang mereka bina bilik-bilik untuk mereka sewakan.

Kak Intan dah membuat lonjakan paradigmanya. Anda di mana? masih menonton telenovela?


    Senang hidup kak Intan sekarang . Berpendapatan Rm3000 sebulan. Mungkin lebih. Tiada hutang bank. Orang yang datang dari perantauan, berusaha merubah kehidupan di bumi bertuah Malaysia. Simple living and happy. Semoga Kak Intan berjaya dan kaya. Tiap hari saya doakan begitu. Bersungguh-sungguh dia ubah nasib dia. Sebenarnya bukan saya yang beri semangat kepada dia, dia yang beri inspirasi pada saya.Dia buktikan yang semangat kita sememang takkan goyah walau payah mana pun hidup selagi mana kita mahu mengubahnya.

Kisah hari ini.
Hidup tanpa superbibik.
Takpelah kalau takde superbibik pun. Kita kemasla rumah kita pelan-pelan ye.

CaUTioN! Domestic Goddess at work.

Hapuskan Alasanku


Assalammualaikum. Thank you for drop by. :-)

Cuaca cukup baik hari ini.
Tak panas, tak mendung, just nice.
Abang-abang Rayan dan Ranya semua dah pergi sekolah

Bertapa berharganya kalian, Biar segunung emas intan berlian pun takkan terbanding.

Ingatkan dah boleh relax-relaxla, sambil-sambil memfokuskan ke biz shaklee yang ku cintai dan kemas-kemas rumah.Ada pulak cikenit ni yang 24jam pegang kain mama. Haa... kan. Hari-hari begini tau. Dah besar, dan masih manja sesangat. Selalu jealous dengan Ranya .
Kalau ikutkan mahu aja tidur dan berbaring sahaja dengan anak-anak kecil ini.
Comfort zone saya.
Tapi saya tahu sementara anak-anak kecil la saya perlu usahakan bisnes Shaklee saya.
Jadi biar mereka dah besar nanti, bolehlah kami tour around the world sama-sama.
Dan bila mereka besar, saya tahu perbelanjaan untuk pendidikan juga semakin mahal, itu belum termasuk belanja  makan pakai. Duit memang tak boleh beli bahagia, tapi dengan duit keperluan kita dapat dilengkapkan dan mengukuhkan ekonomi keluarga, kan?

Jadi saya kira, saya akan completekan schedule saya since 5.00 am hari ini. Saya berjaya hapuskan alasan saya, dan meneruskan perjuangan saya untuk membina bisnes Shaklee saya. Saya berdoa agar anak-anak cucu cicit Shaklee saya juga cekal dan tabah hati, kerana kejayaan adalah progress dan hasil usaha yang berterusan. Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang.


Kami yang tengah main "Aci-aci buka pintu".Rayan~ "Mama jangan pergi mana-mana, duduk dengan Rayan"

Owh sebelum tu saya nak introduce "A Box of Love in Every Home" ni.
Kenapa a box of love? Sebab saya LOVE Shaklee. Dan saya tahu dan pasti, jika anda mencubanya, anda mesti jatuh cinta. Ianya keperluan supplemen yang basic setiap keluarga.
Vitalea, B complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Alfalfa Complex. Defenitely you'll love them. Keluarga kita lebih sihat, menguatkan sistem imun kita. :-) Apakata sempena Ramadan yang bakal menjelma, jom lengkap keluarga kita dengan kehadiran "A Box of Love in Every Home ini".




WWW.REDCOMELMALL.BLOGSPOT.COM
ok till then. See ya~ 

Boss Oh Boss

Ada 4 orang budak kecik yang petah bercakap kat rumah ni memang buat rumah kami jadi kecoh, sekecoh kecohnya. Terutamanya kat meja makan, boleh bayangkan tak?

Hahaha.

Saya garang tegas sampaikan budak-budak ni panggil saya "boss."

Dalam ramai-ramai, yang paling becok ialah Ghaus.

Ghaus: Abah  dah gi kerje ye?
Faeiq: Haah, awak ni berapa kali nak tanya.
Tufah: Ntah.
Rayan: Ntah, nyam nyam dap..
Ghaus: Abah boss kan?
Faeiq: Haah. Abah pergi ofis.
Ghaus: Mama, abah pergi ofis ye?
Mama: Iyeeeee....
Tufah: Eh Ghaus, awak masa makan boleh jangan banyak cakap tak?
Ghaus: Tanya pun tak boleh ke?
Faeiq: Ntah berapa kali nak tanya, tiap-tiap hari tanya.
Ghaus: Mama, ustazah kata kalau tak solat dosa kan?
Mama: Iye Ghaus. Dahla Ghaus, makan. Asyik cakap je, bila nak kunyah nasi?
Ghaus: Baik Boss!
Mama: ?? Apsal pulak boss?
Ghaus: hehehe. Mama kan boss Shaklee?

Kikikiki, ni kalau Victor Lim dengar ni mesti jeles. ^_^.
Boss la sangat nak oii.. >.<

Kecohnya anak-anak ni, kalau ada di rumah, ada je yang saya nak bisingkan.
Kalau takde, sunyi sepi rasanya hidup.

Keluarga saya, nyawa saya.. Moga Allah pelihara anak-anak mama, dunia akhirat. <3 br="">

Cabaran Ibu Muda

    Alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik sepanjang saya mengandung kali ini, walaupun ada masanya terpelicok dek aktiviti harian saya yang selalu lupa saya sedang berbadan dua. Namun demikian, nikmat Allah yang mana harus saya dustakan? Setiap kali badan rasa sakit sana sini, saya sering ingatkan diri saya sendiri bertapa bertuahnya saya diizinkan mengandung untuk kali yang ke lima, sedangkan ramai lagi pasangan di luar sana yang sedang diuji belum diberi cahaya mata.

     Sebagaimana besarnya tanggungjawab seorang suami dan ayah, begitu juga cabaran isteri dan ibu muda zaman sekarang. Samaada bekerja di ofis ataupun berada dirumah 24/7, penatnya serupa, stressnya juga begitu. Apa yang sering berlegar di fikiran seorang ibu? Rumahtangga, anak-anak, hal masak-memasak, hal mendidik anak-anak. Di ofis jadual kerjanya lain, di rumah peranannya lain. Semuanya harus dijawab, alhamdulillah jika suami banyak membantu, ucapkan terima kasih padanya,( agar si dia kekasih terus bermotivasi dan ringan tulang untuk membantu hihi)
Sudah hampir 2 tahun saya serius menceburkan diri dalam dunia bisnes Shaklee ( Saya kini Coordinator ) , ramai yang anggap saya cuma sekadar bergoyang kaki di rumah dan merasakan betapa mudahnya biz ini dikembangkan tanpa perlu bersusah payah. Benar, jika mahu dibandingkan bisnes konvensional biasa saya tak perlukan overhead yang besar, tiada kos pekerja tetap ( kecuali daily maid Kak Intan yang setia mengemaskan rumah bila saya perlukan) dan tiada premis ofis yang perlu di sewa. Cabaran yang lebih besar ialah lebih kepada kecekalan hati dan minda. Menguruskan hero-hero saya, memastikan kesejahteraan keluarga. Bangun di subuh hening 3.30 pagi menyusun kerja, membaca dan mendorong anak-anak Shaklee di bawah jaringan saya.Mengurangkan rungutan, lebihkan kesyukuran. Namun saya kira doa suami dan ibu bapa saya sentiasa menjadi perisai diri, bila keletihan saya lihat wajah suami & anak-anak saya.. itulah yang jadi tonik hati saya. Blessed with their love, tiada apa yang lebih saya mahukan selain kekal begini.

     Ada juga yang bertanya kepada saya, mengapakah saya beria- ia buat biz Shaklee, bersengkang mata, coaching anak-anak buah saya tentang biz ini, blog, fb adds dan sebagai? Bukankah saya sudah berada ditahap selesa? Ya, sungguhpun suami saya beri elaun setiap bulan, itu duit utk saya uruskan domestik keluarga saya. Duit saya, bonus yg Shaklee beri, dan ye, saya tidak akan beli handbag kegemaran saya dengan duit dapur yg suami saya berikan, kecuali dengan duit titik peluh saya... Ibu Ayah saya juga masih ada, dan saya mahu berbakti pada mereka, sementara nyawa saya masih ada.

    Ibu zaman sekarang perlu kuat dan bijak. Mental dan emosi. Bijak serba serbi, tolong suami tingkatkan ekonomi. Tak kira dalam lapangan apa pun, bekerja sendiri atau makan gaji, anak ramai, anak sedikit, ataupun masih belum punya anak. Kuatkan jiwa. Berikan ia makanannya. Kasih sayang, kasih pada Tuhan, kasih pada makhluk.

    Moga hidup kita dapat menongkah arus dengan mudah. Dan kejayaan demi kejayaan dapat digapai walaupun kita bergelar wanita.