Showing posts with label Hooray. Show all posts
Showing posts with label Hooray. Show all posts

Dear Friends...

Kengkawan... nak jemput ke blog baru saya...

http://www.redcomelmall.blogspot.com/

jemput jadi follower kat situ ye.. sebab sunyi sepila kat sana hihihi..

My Name is Rayan




Our Fourth Bundle of Joy!

My First Day


Day 17. Hari-hari mama saya gigit pipi saya. Tapi saya tido jugak.


Tahun ni mama tak beli baju raya, tak beli kasut raya, kalau datang umah mama hidang beskut oreo dengan eiskrim aje. (Tahun ni takde kuih raya buatan sendiri atau tunjuk sendiri. hihi ) Dengan duit raya lima posen. Sebab mama sibuk nak gedek saya je, dan tak sempat nak gedek orang lain. :P Sorry.


Jemput makan. Bismillah. Kalau puasa sila tunggu waktu buka.






Cuti cuti lagi


Cuti sekolah dah mula... Bermula la sesi pagi yang relax sbb x payah bergaduh dgn Faeiq dan Ghaus nak kejut diorang pegi sekolah hehehe.. boleh baca buku pagi-pagi... nyanyi-nyanyi sambil g kedai. Semua orang pun aman sebab x payah dengar suara mama menjerit kejut semua orang g sekolah.

Well kids... jom kita tuntut janji dengan abah yang hari tu kata nak g jalan-jalan. Mana abah ni?

Abah tengah menyorok kat opis, banyak keje. ~Tufah
hahahaha...

Mana mau pegi ni, mana2 pun ramai orang sampai highway karak pun jam.

Pegi tengok wayang je la.. :D

Hari Penentuan.

Salam...
wah x sangka sungguh ramai yang join giveaway ini.. TQ sangat2!

Saya listkan peserta-peserta giveaway ini ya!

  1. Naddatulizah
  2. eT
  3. Miezaniera
  4. Dila Noor
  5. SyidaSyakirin
  6. Mama danish
  7. Mamalyna
  8. Ayuselalu
  9. Ibu Ayra
  10. Mama zharfan
  11. Anin
  12. Cadlynn
  13. Monica
  14. Ariffda
  15. ieyza
  16. Nea flerida
  17. ogy
  18. aima
  19. juniza
  20. inasepi
  21. ina hassan
  22. ..segalanya kuterima
  23. izan cute
  24. sarah
  25. cicak girl
  26. mya nabila
  27. delaila
  28. shaza
  29. ctnurkhijah
  30. Sya Isha
  31. Umisoffiyyah
  32. shasha
  33. kurakura
  34. Sha Isya
  35. Amir Izzat
  36. Bunga
  37. Noor Afzan
  38. Ayu Idris
  39. Asya
  40. Nida
  41. Zai kulim
  42. Mama aqish
  43. Taufidrid
  44. Elly Hamzah
  45. Zainab
  46. Siti mazlinda
  47. Ya alya
  48. Qisy Qamarina
  49. Bumblebee
wah... ramainya.. hihihi..
wait till the end of the day, dan cabutan hadiah akan dibuat esok ya!
See ya' tomorrow! :D

Beautiful Blogger Award




Thanks to kak Ja... She is my sister punya best friend masa diorang high school dulu, and I really like her personally. Pretty and sweet as a person :).

Rasa macam tak layak terima award ni sebab saya bukan 'beautiful' sangat pun. hahaha..Tapi bak kata P. Ramlee," lawa tiada, manis ada.." yeah, itu baru la saya. Anyway TQ again kak Ja...


Tugasan penerima award
  1. Ucap Terima Kasih dan Link kepada penerima award~ dah ucap dan dah link dah..
  2. Anugerahkan award ini kepada 15 rakan bloggers yg sangat menarik i.e FANTASTIC!
  • http://dilanoor.blogspot.com/
  • http://zahrilyanie.blogspot.com/
  • http://nahdatulizah.blogspot.com/
  • http://butikriben.blogspot.com/
  • http://hani-dex.blogspot.com/
  • http://mommys-words.blogspot.com/
  • http://www.wananissorfina.blogspot.com/
  • http://massyah.blogspot.com
  • http://erniesuatukehidupan.blogspot.com/
  • http://haidahussin.blogspot.com/
  • http://haidahussin.blogspot.com/
  • http://azlinsupian.blogspot.com/
  • http://izatyarha.blogspot.com
  • http://ikanrerama.blogspot.com/
  • http://szuraiha.blogspot.com/
Hubungi bloggers-bloggers tersebut dan beritahu tentang 'kemenangan' mereka


Tulis 7 perkara tentang diri anda~ Part ni yang suspen ni.. jeng jeng jeng ( macam best sangat je..hahaha)

1. Saya sangat tak suka tengok cerita seram/hantu. Dah 6 tahun saya tak tgk cerita hantu. Dan saya takkan tgk cerita hantu sbb tak nak cemari otak saya dgn imejan seram. :-p . Takot!

2. Bila tgk DVD, saya mesti tertidor.Setiap kali pun begitu. So end up DVD tgk saya.

3. Saya suka ketawa. Bila ketawa saya rasa muda. Padahal saya dah 29 tahun.

4. Saya sangat sayangkan suami saya, anak2 dan kucing. Teringin sangat nak bela kucing, tapi bila mengenangkan dia akan merosakkan sofa, berak sana sini dan suami saya nnt marah, tak jadi nak bela.. huhuhu.

5. Bila kena marah, saya selalu rasa orang tak sayang saya.Saya masih kuat merajuk.

6. Perangai saya sangat opposite dengan suami saya. Suami saya sangat serius, saya jenis lalalalalalalala. We are MFEO. ( Made For Each Other)

7. Bila saya makan aiskrim, mesti comot. Atau kata lain, time makan saya tak control ayu, lepas baca bismillah, belasah je.


Takde fakta menarik pun, anyway tq again kak Ja..for the award.


I have something in mind that I would like to share.. next post ok?
Till then.

love;
Redcomel.


Mangosteenskin Giveaways

Actually saya memang follower setia blog ni. Kak Mangosteenskin yang sangat comel bersama-sama stamping yang sangat unik dan cantik. Saya memang suka cuba macam-macam craft dan pernah cuba buat stamping yang macam this lady ni pandai buat, tapi hahahhaha... :D hancur. Habis rubber transformer Tufah. (Nasib baik dah ganti baru kalau tidak mengamukla kawan tu.... Yang saya cuba buat tu gambar "Pout of Lips" sbb kalau saya beri kad hari jadi pada kawan2 (masa belajar dulu) saya suka lukis gambar lips dan saya akan tulis lots of kisses. Tapi sekarang ni dah tak beri kad hari jadi atau kad special pada sesiapa, kecuali hubby saya. Saya harap saya menang giveaway ni dan dapat buah tangan daripada Lady Mangosteenskin. :D

HAPPY EIDUL FITRI FROM KAJANG

Cepat betul masa berlalu. Ramadan pun dah berakhir.
Nyai ( Nenek) saya telah kembali ke rahmatullah 2 hari sebelum 1 Syawal.
Semua redha dengan pemergiannya, pergi meninggalkan kami semua pada usianya 100 tahun.
Al fatihah buat arwah, semoga roh Nyai di cucuri rahmat...
............
............
............
............

Dah abis baca Al fatihah ke belum? Kalau dah baru boleh sambung baca.
Saya raya macam biasa, sama seperti tahun sebelum-sebelumnya. Malam raya di rumah mak, pagi raya lepas sembahyang raya di rumah Uwan, petang raya dah sampai kampung Melaka. Tufah, Faeiq dan Ghauss  seronok sangat. Mungkin sebab kalau hari-hari biasa asyik terperuk di rumah, bila raya ramai sangat kawan-kawan..

Bila jumpa sedara mara, ramai juga yang rajin baca blog saya rupanya.. Kak Iti, Makcik, are you reading this? Terima kasih kasih sebab sudi singgah, apa kata alang-alang dah singgah tu tolong klik iklan nuffnang kat tepi tu.. Nanti Ani belanja, hehehehe.


     Mama dan Ghauss di rumah uwan selepas kenyang makan Gulai ayam kampung. :)




Memang happy .Can't deny it right?


Hari raya memang menyeronokkan buat anak-anak. Ada banyak gambar raya kali ni. Buat sesiapa yang nak tengok, nnt saya letak di Photo bucket, sebab kalau letak di blog ni nnt jadi berat. Satu gambar RM 0.50. Aci tak? hehehe Jangan marah, nnt kena jual...

Nanti semua gambar akan di upload ke photo bucket dan akan url nya akan diberitahu kelak..
Sebab lama sangat tak update blog ni rasa macam skill menulis makin berkarat. Takper, saya yakin boleh sebab saya pernah menang pertandingan mengarang masa saya darjah 6 dulu, jadi saya rasa saya memang ada bakat terpendam. :D

Till then,
(nak siap-siap pergi open house..)

X redcomel X

SELAMAT HARI RAYA

Saya tak tahu apa yang saya sibukkan, tapi saya rasa each day when I wake up, schedule memang penuh dan padat sampai nak buat benda2 yang saya suka pun tak sempat. Termasuk lah mengupdatekan blog ini atau pun membuat aktiviti craft yang saya cintai. 

Takperlah, tup tap dah nak beraya pun dah sebulan Ramadan berlalu..
Minta maaf kalau ada terkasar bahasa buat semua teman-teman ..Kalau saya sempat saya akan update blog malam ni dengan cerita-cerita sensasi khas untuk edisi hari raya.... Tapi kalau tak sempat, lepas 1 Syawal la gamaknya kita jumpa lagi....

Love you all..
X REDCOMEL X

Cuti

Maaf lama tak update.. saya tengah bercuti.. :) (tengah bercuti daripada buat kraf..boleh tak? hihihi ) Saya baru habis baca dua buku ni.

Saya suka baca buku motivasi macam ni..... seriously, sangat best sebab olahan nya santai dan bersahaja,   it makes me a better person. Bukan apa, kadang-kadang bila orang berkongsi masalah dengan saya, saya selalu risau kalau saya tersilap beri advise, especially bab-bab rumahtangga. Bukan sebab saya bagus dan isteri mithali, ( saya harap saya ni isteri yang baik di mata dan hati suami saya) tapi di sebabkan saya dah mendirikan rumahtangga hampir 6 tahun, kawan2 anggap saya lebih berpengalaman... hahahah kelakar. Jadi saya perlu membaca supaya tak salah bagi nasihat dan disamping tu boleh muhasabah diri.... Saya harap bila kawan berkongsi masalah dengan saya, biarlah yang keluar dari mulut saya ni menyejukkan hati, bukan nak mencetuskan lagi perang nuklear.
Buku ni pun tak kurang hebat.. I love you, I love you too. Bila suami saya tengok saya baca buku ni dia ingat saya baca buku novel cinta budak 13 tahun. :D  Cover buku ni memang tak serius langsung, tapi isi kandungannya lebih menjurus kepada senario perkahwinan hari ni.
Sebuah buku motivasi Islam yang mengupas isu-isu rumah tangga—peranan suami, isteri, ibu, bapa dan anak-anak dalam mengharungi hidup seharian. Selain itu, hal-hal ibadah harian juga disentuh. Ada yang sinis, ada yang lucu!


Himpunan sketsa rumah tangga ini digarap dalam bahasa yang mudah dan penuh unsur humor, namun sarat dengan mesej dan panduan.Yang bestnya ada ilustrasi kartun yang mencerita pengisian sesuatu bab tu.

Isi Kandungan Buku

TENTANG PEREMPUAN
SKETSA 1 Kenapa Tak Kahwin-kahwin Lagi?
SKETSA 2 Sukarnya Mencari Khadijah!
SKETSA 3 ‘Audition’ Calon Suami
SKETSA 4 Wanita Super
SKETSA 5 Penghargaan Buat Ibu dan Isteri


TENTANG LELAKI
SKETSA 6 Yang Bernama Lelaki a.k.a Suami
SKETSA 7 PANBUSEN Panaskan Rumah Tangga
SKETSA 8 If Anything Happen to Me …
SKETSA 9 Sporting Si Luncai Moden

TENTANG ZURIAT

SKETSA 10 Transfer Tanggungjawab Tak Semudah Transfer Akaun
SKETSA 11 Mari Cermin Muka Kita
SKETSA 12 Kenalah Jadi Role Model
SKETSA 13 Cerita 2 x 5 = 10
SKETSA 14 Melaburlah Demi Akhirat
SKETSA 15 Pendidikan Seks di Rumah
SKETSA 16 Anak Kita Buat Apa Tu?
SKETSA 17 Penyakit ‘Kerenah Budak Besar’ Sudah Mari!
SKETSA 18 Episod Kejar-Mengejar
SKETSA 19 Ikan Masak Fried Chicken
SKETSA 20 B udak-budak Inilah Harapan Kita
SKETSA 21 Duty Ibu Bapa Tak Pernah Ada Off
SKETSA 22 Harga Rindu Orang Tua

banyak lagi ...
:)

Saya agak sikit lagi blog ni bertukar daripada blog kraf kepada blog review buku.. hihihihi Sekali sekala nak jugak tukar angin kan?

Takper.. hari ni saya nak mula projek baru. Nnt  saya post kat sini supaya blog ini kembali menjadi blog kraf semula.

X Redcomel X

Happy Birthday Sayang








YeaY!!! Happy birthday Faeiq!!! Tengoklah Faieq macam speechless dan terharu bila mama & abah bawa kek g sekolah dia dan makan ramai2 dengan kawan-kawan.. Faeiq, semoga Faieq membesar dengan sihat dan jadi insan yang Istiqamah dan bijaksana ya sayang...



Dear friends, kalau berminat dengan kek comel-comel macam yang kami order utk Faeiq ni, boleh ke http://decute.blogspot.com/ dan order kek-kek comel yang bila tengok rasa sayang nak makan... Boleh custome made sendiri design ataupun boleh order design yang sedia ada...



Spongebob







Wonderpets







Ben 10








Dora The Explorer


Comel sangat, dan rasanya YUM-OO

Semoga hari-hari yang Faeiq lalui semanis kek yang kita makan...
Sayang anak mama...

Award dari Yati



Ni blog award dari Yati... Tq yati. sorri lambat amek hihihi...
Jemput ke blog Yati dan lihat kecekalan beliau menghasilkan masterpiece-master crossstich yang meng-Kagumkan. Kawan, I salute you!!

Dapat award :D

Beautiful Girls Award
Dapat award daripada Azlin... my cyber friends yang suka sangat buat crossstich.Jemput tengok hasil -hasil crossstich yang cantik-cantik  yang ada di blog beliau.
Anyway Alin TQVM. Rasanya tak jelita pun saya ni, but I know I'm beautiful inside. ():D hihihi
Syarat-syarat penerima award ni :-
1. Pastikan jantina anda "perempuan"
2. Copy badge sebagai award anda
3. Nyatakan 7 sebab kenapa bangga jadi perempuan
4. Passkan award ni kepada girlfriends anda



Alhamdulillah bersyukur dilahirkan sebagai perempuan...


1. Solat lima waktu, puasa dan taat pada suami as a woman anda boleh pilih mana pintu syurga yang anda mahu di akhirat kelak.


2. Perempuan selalu dimanjakan... kecik-kecik dimanja ibu ayah, dah kahwin dimanjakan suami.. hihi


3. Boleh menangis tanpa rasa malu kalau sedih. Ya, saya akan menangis semahu-mahunya sampai lega.

4. Sabar dengan kerenah anak-anak 24/7. Orang lelaki mana boleh sabar..Abang boleh sabar bang? ;-D

5. Shopping, shopping, shopping!!! Semua wanita tahu nikmatnya..

6. Teman paling setia untuk suami dan anak-anak, sentiasa menjadi lilin yang membakar diri...

7. Tanpa perempuan takkan ada cinta, tanpa cinta dunia takkan berputar.

THIS BEAUTIFUL GIRLS AWARDS GOES TO:~ Kawan-kawan masa sekolah yang dah turn out sangat beautiful, inside and out...

1. Shifa ~Awek mix arab ni... :D

2. Hana Robert~believe me she's hot!

3. Yanie~ Lama tak jumpa kan Yanie...

4. Irda ~ Irda, saat menjadi seorang ibu sangat indah...

5. Mas ~ Orangnya memang beautiful pun..:-D