Showing posts with label Kehidupan sementara perlu bahagia. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan sementara perlu bahagia. Show all posts

Apa Ada Dengan Hari Lahir?

  Apa yang paling membahagiakan setelah usia tiba pada umur 35 tahun?  Keluarga.

Rumah kecil ke, rumah besar ke, kereta kecil ke, kereta besar ke, andai cukup kasih sayang tiada apa yang lebih membahagiakan melainkan keluarga.

Suami, Kekasih, Best friend forever. Hingga ke jannah Insya Allah..
Pengarang jantung hati 5 orang. Umur 35 with 5 kiddos, Alhamdulillah.

     Melihat wajah-wajah kecil yang mengharap mama masak sedap-sedap sebelum mama pergi kelas usrah Profesor Sal.
Buku teks kelas agama. Tenang hati bila berada di taman syurga.

     Tak sempat nak masak banyak-banyak, mama masak satu lauk je . Takpelah feveret semua orang. Lagipun petang ada orang nak belanja kononnya nak celebrate birthday la. ^_^ Mama masak Grill Lamb with Black Pepper Sauce. Resipi google je, senang sangat. Orang tak pandai masak pun boleh masak. Sebab memang  dah plan nak masak  ni, malam tadi dah marinate siap-siap so pagi ni terjun je terus  atas tempat grill.

Grill Lamb with Black Paper Sauce. 
      Lepas mama balik dari kelas usrah  kami pergi Alamanda jalan-jalan ambil angin di MPH, minum petang merangkap dinner sekali ( kami memang dinner awal pukul 6). Before maghrib sampai rumah, dapat pulak brownies yang ditempah oleh Kak Raiha untuk adindanya yang tersayang, hasil tangan Chef Khairul Hakimin Muhammad yang di hantar sendiri oleh yang membuatnya.  Lepas maghrib sambil minum teh hijau, dapatlah saya menikmati kek coklat brownies yang sungguh sedap ini. Memang tak boleh berhenti makan! Hadiah paling manis semanis keknya. <3 br="">

Brownies Marshmellow Chef Khairul. Terima kasih Kak Raiha sayang.

    Apa ada dengan hari lahir? Hari yang penuh kesyukuran, diberikan segala berkat dan cinta, semuanya percuma...Sejujurnya, terlalu banyak yang perlu disyukuri, rahmat Allah dan kasih sayangnya memberikan nikmat yang tidak terperi. Allah Maha Baik. 

Subhanallah.
Alhamdulillah
Allahuakbar.

Superbibik Saya Yang Dah Buat Bisnes



Kisah dulu-dulu.

         Kisah 3 tahun lepas. Seminggu sekali atau 2 kali Kak Intan datang ke rumah saya. Dia orang Indonesia. Berkahwin dengan orang tempatan, dah 10 tahun duduk di sini. Umur sekitar 45 tahun. Datang ke rumah saya untuk mengemas rumah saya yang sekali sekala akan berada pada tahap "cantik teramat" sampai sakit mata nak pandang. Sejak saya berpindah ke Puncak Bangi, kapasiti serta kederat nak  mengemas rumah agak terbatas sebab most of the time semua urusan di rumah saya uruskan sendiri. Bisnes Shaklee lagi. Jadi kerja rumah seperti membersihkan habuk-habuk sawang, lap tingkap, dan apa-apa kerja yang saya tak tercapai, Kak Intan yang uruskan. Upahnya Rm10 sejam. Biasanya pukul 10.00 pagi dia datang, pukul 5.00 petang dia pulang.

      Kak Intan asalnya memang orang susah. Sejak umur 8 tahun maknya dah menyuruh dia bekerja di rumah orang. Maknya terlampau garang. Hari-hari kena belasah kalau tak buat kerja. Tak pernah bersekolah. Tiada pendidikan. Kahwin paksa di usia muda. Sejarah hidup yang menyedihkan. Sedih kalau mendengarnya sampai tak lalu makan. Eh, takmo cerita lebih-lebih la.

AKU MAHU SUPERBIBIK!Pinjam cover buku Aku Mahu Superbibik by Ain Maisarah

     Sepanjang kehidupan saya, saya tak kenal ramai bibik. Kak Intan satu-satunya bibik harian yang paling menambat hati saya. Orangnya baik dan jujur, kerjanya sungguh cekap kemas dan berkilat rumah saya setiap kali dia datang. Kadang-kadang ada juga saya terlupa, saya tanggalkan cincin sebab nak ambil air sembahyang, atau duit baki lebihan ada dalam bakul kunci, takpernah di ambil pun. Dia kumpul, di letak di soho saya. Memang baik. Tak pernah lagi saya jumpa helper yang jujur gitu.

     Setiap kali dia datang ke rumah saya, dia akan tengok saya mengadap laptop saya 3-4 jam tak bergerak dari tempat duduk saya. Dia selalu tanya apa yang saya buat.

"Ani buat apa tu?"
"Update blog dan buat kerja-kerja Shaklee kak"
"Kalau kakak pandai, kakak mahu belajar dengan Ani, tapi kakak tak pandai..."
"Boleh belajar kak, senang je. Nanti jual Shaklee di Indonesia ya?" Seloroh saya
Ketawa dia.

Kak Intan ni pun rajin makan vitamin sejak dulu. Kelas tau.... sebelum tahu saya buat Shaklee dia selalu beli vitamin biasa dari farmasi. Sejak jadi saya jadi tauke Shaklee, dia beli vitamin dari saya. Yang paling dia suka Vitalea dgn Vitamin C. Kak Intan ni umur dah 45 tahun, rambutnya hitam berkilat. Badannya kecik molek je. Sihat cergas. Memang pemakan vitamin sejak muda. Saya selalu juga sakat-sakat dia,
"Eh orang Indonesia bukan suka jamu aje kan kak?"
"Jamu pun makan, vitamin pun makan...boleh aja makan dua-dua"
Vitalea Shaklee

Vitamin C Sustained Release


Setiapkali dia datang, macam-macam yang dia tanya. Kata dia mahu buka restoran bila pulang ke Medan nanti.Dia minta resipi sambal tumis saya,  tanya "Kenapa bihun goreng Ani sedap, apa yang Ani letak?"

Tahu tak, dia ada note kecil yang dia tulis benda-benda yang dia tanya saya tu. Rajin sangat orangnya, sebelum balik, mesti dia pinjam buku agama, panduan solat ke, untuk dia baca. Lain dari yang lain kan bibik saya ni? :-)

      Kadang-kadang ada juga benda yang dia merajuk dengan saya, dan ada juga benda-benda kecik yang saya bebel-bebelkan, tapi seingat saya tak pernah kami bergaduh besar.Lama juga dia kerja dengan saya, 3 tahun. Daripada saya mengandungkan Rayan, Rayan dah besar, saya mengandungkan Ranya, sampailah Ranya lahir.

Setiap kali saya hantar dia pulang, dia selalu tanya saya,
"Macam mana nak ubah kehidupan ye?"

Saya kata "Berniagalah kak. Kalau dah kaya sekalipun, kita mesti berniaga.Mesti berani, kalau tak berani berubah, sampai bila-bila pun kita di takuk lama"

"Kena berniaga ya Ani?"

"Haah kak. Kakak mesti nak simpan duitkan? Nak pergi haji, nak balik ke Medan, nak beli kereta, rumah?"

"Haah. Seronoknya kalau ada semua tu.."

"Ha... bestkan.. Jadi kenalah berniaga.."

Dalam hati saya, kalau kakak berniaga, siapa yang nak kemas rumah? huhuhu
Tapi saya sedar, takkan selamanya dia mahu bekerja bersihkan rumah orang.

Sampailah satu hari, hari yang sepatutnya dia datang mengemas rumah, dia tak datang. Saya telefon dia, risau takut dia tak sihat. Dia minta maaf sebab dia tak boleh datang ke rumah saya lagi sebab dia dah mula berniaga. Bercampur baur perasaan saya. Happy sebab dia berniaga, tapi pada masa yang sama sedih. Alamak, sapa nak kemas rumahku ni, Uwaa!!! Kemaslah sendiri wahai Domestic Goddess. Suka bagi motivasi free kan? Tengok apa yang dah jadi? Haha. Tapi, tiada apa yang saya kesalkan. Cumanya kalau bibik daily maid yang lain datang ke rumah buat kerja tak semenggah, mulalah hati kecik berkata-kata,  "Adoilah kak intan ni, nak buat bisneslah pulak."

    Maka sejak detik itu, berakhirlah fasa kehidupan berbibik saya. Sedih.. there goes my superbibik. Life goes on. Hold on to your broom, Ani! Tapi kami masih keep in touch. Selalu dia telefon saya. Paling terharu dia selalu kata... "Ani selalu bagi semangat pada kakak. Ani tak pernah marah-marah kakak ... " Tiap kali dia kata macam tu, saya mesti nak nangis...

    Oh lupa pulak nak beritahu bisnes apa dia buat. Dia buat bisnes nasi lemak berlauk, ada mee goreng, ada bihun goreng. Ada macam-macam lauk. Masa mula-mula berniaga ayamnya cuma seekor, beras cuma 2 kilo. Sekarang setiap hari beras 5 kilo, 6 ekor ayam. Jualan makin meningkat. Wah! Jeles ai tau. ^_^. Saya ada cerita kan? yang dia berkahwin dengan orang tempatan. Suaminya berbangsa Cina yang masuk Islam. Suaminya buta huruf, tak bersekolah tinggi tetapi rajin bantu Kak Intan berniaga. Sekarang di samping ada bisnes nasi lemak, mereka dah ada  6 buah bilik sewa yang mereka sewakan.  Ada lebihan tanah di sebelah rumah mereka yang mereka bina bilik-bilik untuk mereka sewakan.

Kak Intan dah membuat lonjakan paradigmanya. Anda di mana? masih menonton telenovela?


    Senang hidup kak Intan sekarang . Berpendapatan Rm3000 sebulan. Mungkin lebih. Tiada hutang bank. Orang yang datang dari perantauan, berusaha merubah kehidupan di bumi bertuah Malaysia. Simple living and happy. Semoga Kak Intan berjaya dan kaya. Tiap hari saya doakan begitu. Bersungguh-sungguh dia ubah nasib dia. Sebenarnya bukan saya yang beri semangat kepada dia, dia yang beri inspirasi pada saya.Dia buktikan yang semangat kita sememang takkan goyah walau payah mana pun hidup selagi mana kita mahu mengubahnya.

Kisah hari ini.
Hidup tanpa superbibik.
Takpelah kalau takde superbibik pun. Kita kemasla rumah kita pelan-pelan ye.

CaUTioN! Domestic Goddess at work.

Boss Oh Boss

Ada 4 orang budak kecik yang petah bercakap kat rumah ni memang buat rumah kami jadi kecoh, sekecoh kecohnya. Terutamanya kat meja makan, boleh bayangkan tak?

Hahaha.

Saya garang tegas sampaikan budak-budak ni panggil saya "boss."

Dalam ramai-ramai, yang paling becok ialah Ghaus.

Ghaus: Abah  dah gi kerje ye?
Faeiq: Haah, awak ni berapa kali nak tanya.
Tufah: Ntah.
Rayan: Ntah, nyam nyam dap..
Ghaus: Abah boss kan?
Faeiq: Haah. Abah pergi ofis.
Ghaus: Mama, abah pergi ofis ye?
Mama: Iyeeeee....
Tufah: Eh Ghaus, awak masa makan boleh jangan banyak cakap tak?
Ghaus: Tanya pun tak boleh ke?
Faeiq: Ntah berapa kali nak tanya, tiap-tiap hari tanya.
Ghaus: Mama, ustazah kata kalau tak solat dosa kan?
Mama: Iye Ghaus. Dahla Ghaus, makan. Asyik cakap je, bila nak kunyah nasi?
Ghaus: Baik Boss!
Mama: ?? Apsal pulak boss?
Ghaus: hehehe. Mama kan boss Shaklee?

Kikikiki, ni kalau Victor Lim dengar ni mesti jeles. ^_^.
Boss la sangat nak oii.. >.<

Kecohnya anak-anak ni, kalau ada di rumah, ada je yang saya nak bisingkan.
Kalau takde, sunyi sepi rasanya hidup.

Keluarga saya, nyawa saya.. Moga Allah pelihara anak-anak mama, dunia akhirat. <3 br="">

Cinta tu Indah.

Well, get used to it. Tido bila semua orang sudah tidur dan bangun bila semua orang masih tidur:)Jadi dikeheningan pagi lagi dah mengadap blog. Rayan pun dah kekenyangan menenen. Alhamdulillah saya dah 21 hari berpantang dan badan terasa amat sihat, lebih-lebih lagi bila dah berurut.Rasa amat sehat. Bila dah sehat, suami saya pulak yang demam. Alahai kesian. Sebab dia jarang demam, bila dah demam takde demam macam saya demam pagi petang dah baik, ni demam pegi balik balik dengan temperature yang tinggi gile. Dah la orang yang pantang jaga orang demam, nasib baik orang yang pantang dah sehat. :)

Tapi itu la namanya rencah hidup rumahtangga. Hidup berkongsi. Susah senang, sakit pening, segala rasa. Jangan ada terbuku marah dalam hati atau perasaan tak puas hati. Sebab hujungnya kita juga rasa pahitnya. Lapan tahun dulu, sewaktu Ijab dan kabul, saya beri jiwa kasih saya untuk seorang lelaki namanya suami. Lapan tahun dah berlalu, hidup saya penuh dengan tangis tawa anak anak yang cukup membahagiakan saya hasil perkongsian hidup saya dengan insan nama suami ini. Since we are not living in fairytales, ada masa susah & sedih, begitula adat berumahtangga. Tapi Allah jadikan cinta tu indah, perjalanan yang susah dan getir jadi mudah dan ringan kerana ada teman seumur hidup di sisi, dan anak-anak yang menguatkan hati sanubari. Alhamdulillah, kecukupan makan pakai buat kami sekeluarga rezeki melimpah ruah... Sungguh Allah Maha Pemurah.

Ulang tahun perkahwinan kami jatuh pada hari Rabu, bersamaan 31 ogos 2011. Ulangtahun yang ke 8. Tidak apa yang saya minta selain kebahagiaan dan kasih berpanjangan.


We've had our share of hard times
But thats the price we paid
And through it all we kept all the promises we made
I swear you'll never be lonely.

Hati orang tua..

Kandungan saya dah cecah 35 minggu untuk minggu ni. Sepatutnya due date bersalin bulan puasa nanti 4 Ogos tapi ikut pengalaman 37 atau 38 minggu mesti dah bersalin. Suspen betul..walaupun dah masuk no 4. Tiap kali bersalin mesti teringat ibu saya. ( bertuah punya anak ! time nak benganak baru nak ingat ibu kau ? ) hello, saya tepon ibu saya selang sehari hokey? Agaknya ibu pun pening, ngko ni sampai sampai tua manja tak abis-abis... :P No maksud saya bila datang sakit bersalin tu mesti hati saya tiada ke lain selain memikirkan macam ni la rasanya ibu sakit nak beranakkan saya.

Saya jarang pulang ke kampung sebab suami saya kerja sendiri dan agak sibuk, tu sebab saya selalu telefon ibu.Disebabkan kekerapan saya menelefon ibu, amat mudah saya mengesan kalau-kalau ada kekacauan emosi dihujung-hujung suaranya. Ada masa saya telefon dia gembira, ada masa macam merajuk pun ada, ada masa tengah sibuk kursus haji so saya kena telefon balik ( sebab tahun ni Insya Allah dia pergi mengerjakan Haji kalau kesihatan mengizinkan) dan kadang-kadang dia tengah sedih.

Hati seorang ibu kan lembut, tak kira macam mana berdikari pun dia, tak kira betapa banyak harta dia... sebab pada dia, harta dia adalah anak-anak. Ibu saya memang bukan jenis suka mengadu sakit pening kalau sikit-sikit dia telan aje sorang-sorang. Sampai saya naik marah bila ada sekali dia demam teruk sampai tak boleh bangun dia masih buat-buat kuat taknak mengadu kat sapa-sapa.Saya tahu pun sebab saya rasa x sedap hati dan telefon berkali-kali baru dia angkat telefon.Nak angkat telefon pun x larat... Ibu oh ibu.

oh... bukan nak bermegah betapa sayangnya saya pada ibu saya. Tak. In fact, dalam adik beradik, sayalah yang paling " baik". Nakal masa kecik, masya Allah tuhan aje yang tahu.Rasanya sayalah yang paling memeningkan kepala ibu Ayah. Tapi bila dah masuk middle age, haruslah insaf dan berubah betul tak? :) kalau agak-agak species yang jenis telefon mak ayah 2 bulan sekali, ubahla ke 2minggu sekali paling tidak pun. Kalau jenis kedekut alang kepalang tu, buat-buatla hulur kat orang tua tu barang lima puluh hinggit walaupun dia ada pencen. Dia bukan nak sangat duit kita pun, tapi the thoughts that matter. Kalau datang rumah bawak buah epal dua tiga biji. Itu pun dah cukup buat dia hepi. Banyak je benda- benda kecil yang boleh buat mereka rasa dihargai. Takperlu emas permata pun.Hati orang tua, kita tetap anak dia... walaupun kita dah tua bangka. ;)


Rasanya tak terbalas jasa orang tua yang melahirkan dan membesarkan.Bak lirik lagu Aisyah " tiada bahagia jika tiada doa puja restu. Syurga itu ditelapak kaki ibu." Ingatan untuk diri sendiri.

Suami oh suami... :)

salam... saya suka baca artikel ni... mengingatkan saya bahawa saya beruntung ada suami yang baik.Walaupun tak sempurna, (saya pun x perfect) tapi cukup membahagiakan saya dan anak-anak.Just for sharing for sisters and fellow out there. Lots of love, ~ Red.




Ustaz Azhar Idrus: Panduan Suami Baik

* Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

* Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

* Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.

* Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

* Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

* Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?

* Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

* Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

* Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

* Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

* Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

* Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

* Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

* Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

* Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

* Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.

* Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

* Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

* Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

* Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.


Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

* Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

* Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

* Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

* Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

* Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

* Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

* Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

* Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

* Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

* Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

* Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

* Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

* Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

* Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

* Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiapperbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

* Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

* Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

* Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

* Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

* Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

* Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

* Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

* Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

* Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

* Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

* Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

* Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

* Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

* Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

* Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

* Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Ustaz Azhar Idrus

Lara Hati

Beginilah saya tiap kali berjauhan dengan suami. Lara hati tiap kali dia mahu berjalan jauh. Padahal dah lapan tahun kami berumahtangga, anak pun nak masuk empat.Saya masih begitu, tak berubah-ubah. Bila dia kata nak pegi outstation je, mulala merebeh-rebeh air mata. Kadang-kadang terkeluar juga dari mulut suami,

"Ani ni manja sangat, abang bukan nak pegi berperang."

Tapi memang jarang kami berjauhan, sepanjang kami kahwin, boleh dikira dengan jari. Dia pun berkira-kira kadang-kadang mahu kemana-mana, mungkin sebab risaukan peel saya ni. Haha..:)
Memang, saya mengaku, sukar saya nak berjauhan dengan suami dan anak-anak... kosong rasanya hati ni..

Tapi saya kira bukan saya je yg macam tu. Masa saya bersalinkan Ghaus, saya berpantang di rumah ibu di Melaka. Sebelum- sebelum ni suami saya yg jaga masa pantang, masak, membasuh masa saya pantang. Jadi masa Ghaus lahir untuk sebulan suami berulang-ulang KL-Melaka tiap minggu. Yang kelakarnya tiap hari Jumaat lepas sembahyang Jumaat suami saya dah terpacul di daun pintu rumah ibu. Orangnya memang bukan jenis cakap I lap U, I miss U.. tapi bila nak tido malam dengan Tufah dan Faieq bawah ketiak dia, kata suami..

" Kat rumah sana susah abang nak lelap mata tido sorang-sorang "

Saya tahu dia pun rindu. Cuma dia tak cakap je. ;)

Disember yang pantas!

Cuti sekolah dah mula... Anak-anak seronok betul di rumah, kejenya main, makan, tido, main lagi, makan dan  buat sepah...hahahaha keje mama, kemas, masak, membebel kat diorang sebab buat sepah...Nama pun budak-budak, tau ajelah, bukannya serik bila kene marah. :) 

Rasanya hujung tahun ni banyak sangat perubahan yang akan berlaku... Tufah dah masuk darjah satu, dan kami satu family tahun depan dah tak duduk sini lagi...kat bilik belakang bersepah-sepah kotak nak memunggah buku-buku dan macam-macam benda... Pejam celik dah 5 tahun kami satu family duduk apartment ni...masa pindah sini saya mengandung Faeiq 9 bulan... memboyot bawak kotak, nasib baik ibu ayah datang tolong sebab tahu masa tu saya tengah sarat. Seminggu pas tu saya bersalin.. :)

Suami yang super buzy sempat juga dia meronda ke kedai lampu cari lampu yg cantik2. Dah cuti sekolah ni berangkut la dengan hero 3 orang tu... masuk kedai lampu tu, kedai lampu...sampai naik bosan 
diorang..kuikui. Rumah tak buat renovation, cuma buat dapur dan ada kawasan kat belakang suami suruh kontractor buat tiles utk senang sidai baju... Banyak dah suami kuar belanja untuk preparekan semua ni..... besar sungguh jasa abang... ( ~kalau anak saya dengar mesti dia kata mama bodek abah).
Progress... lampu kipas dah pasang...cuma tunggu grill siap. Insya Allah before hujung tahun berakhir kami pindah... pastu dah boleh concentrate study Tufah di Chinese school. Kelas tuisyen bahasa cina tufah dah jumpa, kelas mengaji pun dah setel... emm minggu ni nak preparekan barang-barang sekolah dia.

It's gonna be a huge move. phew~

Happy~ ^^


Enjoy the short film first ok :)
Produce by Mr. Najat Affendy (dikenali sbg En. Otek oleh kawan-kawan)
Pengarah Mr. Hafifi ( Epi)
Company:Aniotek Sdn. Bhd.


Salam...

Lamanya tak update blog sampai ada kawan yang bertanya. Rindu la tu..:)
Bukan apa, sebab rasanya macam takde apa yang nak diceritakan.
Lama-lama tak menulis rasa macam tak best je baca ayat sendiri.
Tak kesahla, janji sampai mesej. ^^

Macam biasa, hari-hari mengemaskini  dan menjalani hidup.
Menguruskan family dan online shop.
Penat kadang kala tapi seronok dan tiap hari pun tak sabar nak laluinya bersama suami dan anak-anak.
Selagi Allah pinjamkan nyawa. Yes.. I can do this forever. :D

Ya Allah , last week memang gembira tak terkata. Gembira untuk suami yang sangat workaholic dan bersemangat. Dan very humble.

Projek Genex dapat shortlisted top 5 dan menang anugerah perdana untuk kategori short film.
Alhamdulillah.
Kejayaan datang untuk team yang berusaha, tak tido malam and all my beloved hubby punya sakit kepala.
SO PROUD OF YOU! :D

Event FFM23 start 8.30 mlm dan saya dan anak-anak tengok dari rumah je. Bila umumkan pemenang untuk category short film,  semua melompat-lompat gembira especially saya Tufah. ;-P . hihihi

Cakap pasal happy, ada banyak lagi sebab  untuk happy..
Ntah hapa-hapa, ambik gambar porch rumah orang pun nak happy. haha ;P


Rasa tak sabar pula... ^^


Pesan ibu saya, bila gembira, jangan lupa sujud syukur.
" Dah buat dah, Bu.."


Cinta 2555 hari


Dia garang, aku kuat chembeng. Dia orangnya tegas, aku flexible. In most cases, kami sangat berbeza peribadi. Tapi kami mencintai satu sama lain, tetap setia pada satu sama lain. Sejak lafaz akad nikah yang sekali itu, bermacam macam dugaan yang dah kami lalui sama-sama. Yang pahit yang manis, gaduh kecik-kecik sampai la gaduh-gaduh yang tak berapa besar. :D Yang gembira kongsi bersama, yang pahit pun telan sama-sama. Apa yang kurang pada aku, dia terima, apa yang kurang pada dia, aku terima.

Alhamdulillah, dah 7 tahun jadi isteri orang, tiada rasa lain selain rasa bahagia dan syukur

Hari ni 31 Ogos, genap 7 tahun usia perkahwinan kami, moga Allah sentisa limpahkan berkat pada rumah tangga yang kami bina, mudah-mudahan sentiasa dilimpahi rezeki yang halal serta anak-anak soleh.Tiada apa lagi yang aku mahukan selain keluarga yang bahagia. AMIN


Kemamaabahan.

Itu nama lain bagi aku dalam usaha mendalami ilmu keibubapaan dan sebab anak-anak panggil mama dan abahnya abah jadi aku bagi nama begitu. hihihi aci ke?

Kadang-kadang aku selalu rasa aku tak matang-matang sebab kadang-kadang aku pun ada angin nak merajuk dan menangis takde ribut takde taufan ko nak menangis APA KENA KO NIH? Kalau agaknya suami aku hilang sabar mau juga dia tanya aku begitu tapi sebab dia selalu tengok Transformer( terpaksa tengok sbb Si Ghaus yang syebok tu sikit-sikit nak nengok transformers) dia pun dah transform jadi suami dan abah yang sangat penyabar dan penyayang berbanding dulu masa baru-baru kawen garang giler woh takut aiii ( bukan tak penyayang, tapi garang). Dah nak dekat 7 tahun dah kami berkahwin. Abang, aii sayang you lebih la..

Back to the story, aku banyak beli buku kemamaabahan ni sebab satu, aku memang suka membaca dan cuba menukar bahan bacaan yang berfaedah tapi hanya untuk faedah keseronokan aku kepada yang memberi faedah kepada semua orang. Ni ke tanda aku dah semakin matang dalam menangani isu-isu dalam hidup? Sudah tentu. Memang patut pun, dah nearly 30 dah, tak matang lagi tak tahu la aku ni...

Contoh bahan bacaan berfaedah untuk aku sahaja
:D Tau korang pun minat Edward Cullen Vampire dgn Jacob Serigala kan kan? Baik mengaku..



So simpan buku buku si Bella ni, buka buku lain,( dah abis baca pun. :) )

Buku ni buku lama aku jumpa di kedai buku lama, dapat beli dengan harga murah sesangat, RM 5 ke barapa ntah, harga asalnya 15 pound.



Aku suka penulis Jamiah Samian. Sebab cara penulisannya melalui pengalaman dan buku ni sangat membantu pada mereka yang ada anak-anak lelaki yang aktif, bijak dan agak naughty macam hero-hero aku. Beri perspektif baru kepada mama muda dan ia menukar method aku dalam menangani anak2 lelaki.

Buku memahami jiwa kanak-kanak ni ibu yang beri. Dia dulu cikgu tadika. Sungguhpun garang dan mulutnya suka mencomel, dia la queen of my heart, dan dia selalu katakan pada aku, jangan sesekali memukul anak kecil (5 tahun ke bawah). Sebab nanti kita bunuh emosi sayang mereka pada kita.Marah sikit-sikit takpe, tapi biar marah yang mendidik. Buku yang lagi satu tu beli online di Bookcafe PTS. Dah khatam banyak kali dan yang aku paling suka baca, aku baca hampir setiap malam tiap kali sebelum tidur. Sentiasa ada bawah bantal.



Ada lagi beberapa buah, malas nak snap.Ada banyak buku dipasaran yang boleh bantu ibu ayah zaman sekarang dalam menangani anak-anak alaf baru yang serba cerdik dan zaman mendatang yang serba mencabar. Kadang-kadang sibuk sangat bekerja dan urusan anak-anak kita serah pada ahkak bibik pun tak boleh juga.. (maap la kalau ada yang terasa)
Nanti kalau dia kata, "ahkak bibik, adik sayang you lebey la..." ha..sudah.

Apa-apa pun kita usaha je,agar anak-anak berjaya, berilmu dan menyayangi kita seadanya. Allah yang tentukan bukan? Pokok pangkal niat.
Just sharing, bukannya pandai sangat pun.
Tu je , bye.

XX Redcomel XX

Memori

Aku dibesarkan di Melaka. Di kawasan rumah teres,  sangat sayangkan tempat tu.Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.Tapi bila ibu dah pencen dan decide nak pindah ke kampung,aku jadi boring. Now, I never get the chance to go back to my old house,  selalu termimpi-mimpikan rumah tu. Satu sebab rumah tu dah lama tinggal dan ibu cakap,

"Luqman (adik ) ada juga balik rumah Melaka, tapi bila dia tido malam, dia rasa ada orang peluk dia.Rumah dah lama tinggal, "orang" lain la duduk "
Ibu ni...kadang-kadang superstitious la
"Sapa pulak yang duduk?"  soalan buat2 x paham.

Padahal,Arghhhhh!!! Takut! Berani betul si Luqman pi tido sana. Aku  kalau dah tahu ada benda lain, upah pun x mau. :P 

Tapi masa kecil, tempat tu sangat membahagiakan. Ramai kawan-kawan. :D Aku kan peramah. hihi

Dihujung deret rumah teres tu ada satu rumah corner lot yang di jadikan rumah orang-orang tua. Masa tu aku kecik , umur 7-8 tahun rasanya. Aku tak faham naper ada orang - orang tua duduk ramai-ramai sedangkan masa tu Nyai ( nenek aku ) duduk dengan kami di jaga elok dengan penuh kasih sayang oleh ayah dan ibu aku. Aku selalu la tanya soalan-soalan pecah otak pada ibu sampai ibu pening nak layan aku yang mulut becok ni. "Nape atuk nenek tu duduk situ? apsal anak dia x jaga dia? Rumah atuk tu kat mana? Nape, anak nenek tu x sayang dia ke?" aku tanya berulang-ulang sebab x paham, dan ibu aku naik penat nak jawab. 

Rentetan tu selalu la aku jadi tetamu x diundang ke rumah orang-orang tu, main "PeekaBoo" dengan atuk nenek tu kat pintu pagar. Penghibur x berlesen walaupun aku tak secute mana. Hahahaha.  tapi x boleh masuk sampai dalam jadi borak-borak kat pagar je. Tapi bila aku budak kecik yang baru belajar tanya soalan pelik-pelik pada atuk nenek tu, (macam soalan2 yang aku tanya pada ibu) nurse yang jaga diorang dah x kasi aku datang dah. Evil Nurse!  Rumah orang2 tua tu beroperasi selama 3 tahun, sampaila ada kematian di situ, then operation closed. Tak tahula sebabnya, tapi itulah kisahnya...tutup cerita 20 tahun lepas.

Everytime pergi pasar  mesti nampak sorang atuk depan bank CIMB dengan sebiji kotak derma. Aku lalu tengok alamatnya di kajang, dekat sangat dengan rumah aku. Sayu hati aku teringat rumah orang-orang tua yang dekat dengan rumah aku masa kecik dulu. Tanya-tanya juga pada atuk tu camner boleh duduk di situ,Di pendekkan cerita, dia kata, dia sakit dan dimasukkan di hospital,bila dah sihat last resort hospital hantar ke rumah jagaan orang tua sebab dia dah tiada sesiapa dah. Family xde, anak pun xde. Aku rasa air mata macam laju nak turun macam banjir tapi tahan je. Dia ada bagi resit, kata dia pada aku kalau ada baju terpakai atau bantuan boleh la hantar. 

No 23,Jalan Maju 2
Taman Maju
Jalan Semenyih
43000 kajang

http://www.sitinoraininursinghome.com/Donations.html

Jika ada baju-baju yang elok tapi dah takmo pakai bolehla hantar sini, atau apa2 yang nak didermakan.

Syukur jika kita ada kehidupan yang baik, ada sesetengah dari kita memang kurang bernasib baik... 

p/s:Saya sayang ibu ayah mak abah. 



Gossip Di Pagi Hari.

Masa  sarapan pagi, saya buat sandwich telur  utk abang, dgn air Milo best.

Redcomel: Abang, nanti jangan beli goreng pisang depan kedai mamak tu tau..

Abang: Nape pulak? ( muka musykil + serius) Goreng pisang dia sedap la..

Redcomel: Sebab dia non-muslim.

Abang: Mana Ani tau? ( muka bertambah musykil)

Redcomel: Sebab....emmm makcik nasi lemak beritahu.

Abang: Ish, x baek makcik tu cakap camtu.. rosakla bisnes dia..

Redcomel: ermm tapi dia (orang yang berniaga pisang goreng tu) selalu makan kat kedai "Cha ya Nun alif "tu.. Mana tau dia makan "ba alif ba ya" ke.. Pastu jual goreng pisang, ntah bersih ke x tangan dia.. ish ish..

Abang: (Gelak) Was-was x yah makan. Ani ni pagi-pagi dah bergossip. 

Redcomel : Hahahaha.. ala asyik cakap bende serius je...Eh, abang tahu x pakcik misai yang  selalu teman dia tu boifren dia

Abang: Ha? biar betul? Mana tau. 

Redcomel: Pakcik tu sendiri cakap pada makcik nasi lemak tu....

Abang: Ish ish...( gelak2)  pening abang, too much information... dah dah x mo dengar... Abang nak g keje ni. Ani ni, bagila informasi yang berfaedah skit.

Redcomel: Hehehe.. ala abang ni....

End of Conversation.
...................................................................

Saya tak racist, but when it comes to food mesti kita mesti ambil berat tentang proces pembikinannya.Maybe nampak remeh, tapi when it comes to food saya ada pendirian. Saya takkan makan  dikedai "Cha ya Nun alif" sebab saya tahu mesti ada jual "ba alif ba ya"  panggang ke whatsoever. Emm.. saya tahu acik nasi lemak tak de niat nak rosakkan bisnes akak pisang goreng, tapi kebetulan masa saya datang dia tengah berborak dengan anak dia, saya pun tanyala.. ( Busy body betul aku ni.. hahahha)

Boringla asyik cakap benda serius je kat meja makan. Well kalalu nak tahu fakta hari ni, Australia dapat Perdana Menteri wanita pertama diorang hari ni Julia Gillard  dan sebanyak 46000 peminjam PTPTN dah bayar hutang depa melalui skim potongan gaji.. Owh, menariknya topik perbualan saya.

hehehhe

Apa yang korang borak dengan pasangan korang bila sarapan pagi tadi? ;)

Mahu tentukan jantina anak?

Salam. Well, everytime tengok baby mesti rasa nak peluk2, cium2... comel sangat. Tiap kali mau pergi hantar Tufah pergi sekolahnya pada sesi petang, mesti ada baby Aniq yang tungggu di lobby bawah. Saya mesti sempat agah-agah dia sampai dia pun dah kenal makcik Ani yang suka sebok2 ni, bila nampak saya aje mesti dia ketawa-ketawa, tangan tergapai-gapai minta dukung. Pastu Tufah mesti boring dan sound, "Mama, cepatla... lambat dah.." Tufah yang jealous. Nampak sangat. hahahaha...

Ghaus dah 3 tahun, at this moment bila tengok baby rasa macam mau mengandung lagi, tapi rasa macam tak boleh handle je sebab budak bertiga di rumah tu masih belum boleh berdikari lagi. Rasa macam kehendak saya je  bukan keperluan. Semua manja, semua mau di suruh, yela nama pun budak-budak. At the end of the day rasa macam penat sesangat.... Lebih-lebih lagi if hari tu Hari Meragam Sedunia budak-budak ni.. aduh ibuk,peningnya! Time ni la teringat zaman nakal-nakal dulu-dulu. Teringat ibu saya cakap, "nnt dah jadi mak baru tahu rasanya ragam anak2 kau. " I.N.S.A.F.

Well if ada teman-teman di luar yang merancang mahu sepasang cahayamata lelaki dan perempuan, saya ada jadual yang boleh bantu teman-teman merancang kelahiran anak-anak.
Terima kasih pada teman saya, Azmawati yang sudi beri saya jadual ni, dan saya harap ramai yang dapat faedah daripadanya... saya tak gurantee yang akan berhasil 100% tapi nama pun usaha, Allah yang tentukan. :D



So all the best pada yang mahu mencuba. Saya mahu berehat lagi 3 tahun. Umur 32 nnt mahu cuba lagi, Insya Allah kalau panjang umur,sbb x nakla tua sangat baru nak pregnant lagi, nnt banyak complication pula, and I'm hoping for a princess. Bila tengok jadual the chances are quite high, only 3 month to avoid and the rest of the years are mine to try.. :D. Tengokla camner.. if x pregnant lagi pun tunggu anak teruna saya kawen nnt bawak anak2 menantu perempuan saya. :D orait that's all...

Sharing is caring!
Love you sisters.

Redcomel

Anak...

Ada orang tinggalkan mesej di website REDCOMELMALL dan bertanya kepada saya bila nak update blog... hihihi...terima kasih sebab ingatkan saya. :D

Saya sering berfikir tentang orang yang saya sayang. Ibu ayah saya.. suami saya, anak-anak saya... adik beradik saya, best friend saya... tapi yelah, yang dah dewasa tu dah pandai jaga diri sendiri.. tapi anak-anak ni, helpless. Mereka memang harapkan mama abahnya nak berikan perlindungan dan kasih sayang...Tapi kadang-kadang kita tak perasan, kita sering di telan kesibukan sampai tak sempat nak menumpukan perhatian pada mereka.. Jangankan mereka yang bekerja, saya yang ada di rumah ni pun kadang-kadang sibuk.. Ntah apa-apa yang sibuknya, tapi yang bagusnya diorang pun sama-sama buat sibuk dengan saya. Sibuk ikut mama pergi pasar, sibuk ikut mama amik supply Cosway, sibuk ikut mama pos barang, Ghauss sampai tertidur2 dalam kereta.. :D

Anak-anak saya semua lelaki..memang bijak-bijak dan boleh tahan lasak semua-semuanya... Rumah saya jarang dapat cantik, paling lama bertahan 30 minit. Ataupun bila mereka dah tidur. Kasihan anak-anak saya takde tempat bermain sebab kami duduk di apartment, tak dapat saya nak lepaskan anak saya bermain di luar rumah. Saya memang paranoid nak lepas bebas anak bermain diluar rumah sebab banyak sangat kes anak hilang. Kecuali bila kami keluar outing ke tasik atau taman, masa tu la diorang dapat lari riang ria sana sini..

Jadi rutin sepanjang minggu, Faeiq dan Ghaus bersekolah dari 8.30 pagi hingga 12.30 tghari, Tufah pula sesi petang. Malam macam biasa , baca buku dan buat homework sekolah. Biasanya lepas makan malam buat homework, sampai pukul 10.30 malam baru tidur. Home worknya memang banyak, tapi alhamdulillah, Tufah dah boleh membaca dan menulis dalam 3 bahasa dgn baik, tulisannya cantik dan ada basic matematik yang bagus... Q-dess sangat bagus untuk pendidikan awal anak-anak.

Hari sabtu anak-anak saya pergi ke kelas melukis, selalu kelas melukis yurannya mahal, tapi sebab dah kenal lama cikgunya, dapat harga kawan-kawan. Jadi bila di rumah anak-anak saya tak main dengan permainan fizikal macam pistol dan senapang, mereka tak pernah merajuk atau marah kalau lalu di kedai mainan dan saya tak membelinya, tapi boleh merajuk kalau di rumah kehabisan kertas atau pensel. Jadi waktu-waktu peak hour bermain mereka, akan bersepah-sepahlah kertas-kertas dan pensel.Penuh satu rumah..hihi.. Dan sayalah yang tak jemu-jemu kutip kertas tu, siang malam pagi petang..

Berat betul hati saya nak meninggalkan anak-anak saya dalam jagaan orang lain selain suami saya. Untuk meninggalkan mereka dalam jagaan atuk/nenek/uwan juga saya keberatan sebab kondisi kesihatan mereka yang tak mengizinkan. Tak suka nak susahkan sesiapa. Anak sendiri, sendirila jaga.. :D

Menjadi ibu bapa memang satu amanah... Amanah yang di dambakan oleh semua pasangan yang telah berkahwin. Harus tabah, tenang dan sabar dalam menangani kerenah anak-anak.

Walaupun tiada anak-anak bermaksud baju kotor tak banyak, dinding rumah cantik bersih, kereta tak comot dgn kesan coklat dan Vitagen. Boleh honeymoon dengan pasangan bila-bila masa diamana jua tak payah nak tunggu cuti, boleh tengok wayang midnight anytime you want, tiada pasangan yang dah berkahwin yang berdoa supaya mereka tidak dikurniakan anak-anak. Kalaula ada yang berdoa begitu, mereka la yang rugi.


Saya dan anak-anak Happy Yiba yiba di kelas melukis :D


Anak-anakla yang paling berharga... walaupun kadang saya pening kepala dibuatnya, tapi hidup tak bermakna tanpa mereka...

Saling Berpesan-pesan Untuk Kebaikan

Salam. Saya jumpa artikel ini di satu forum. Mahu berkongsi dengan teman-teman.



SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:


“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”




Belum Terlambat

Ada orang tanya saya kenapa hantar Ghauss (anak bongsu saya yg berumur 3 tahun) ke playschool sedangkan saya homemaker. Then saya jawab I'm planning to futher my studies, so nak biasakan dia takut dia culture shock pula tiba-tiba kena tinggal. Then the lady said, aik dah tua-tua pun nak belajar lagi? membazir je hantar anak pergi playschool. Baik duduk rumah je. (Dengan nada yang sangatttttla annoying) Then saya tengok muka saya kat cermin, haah la dah ada eye bag, (tapi belum ada kedut okay). No wonder awak kata saya dah tua to futher my studies. :D Kelat pulak muka lady tu bila tengok saya selamba senyum.

hihihi... serius tak kecik hati. None taken bebeh! Saya sangat bertuah dilahirkan sebagai seorang Sanguine kerana kata-kata cemuhan tak pernah melekat dihati saya.

Kalau hari ni anda ada satu cita-cita, jangan gusar atau ragu-ragu untuk kejar impian itu.

Tak kiralah apa juga cita-cita tu, nak kuruskan badan walaupun berat yang sekarang buat skala penimbang tunjuk angka tak best, nak anak sepuluh orang walaupun orang menyindir sambil pandang anak-anak kita yang ramai dan baik-baik tu, "Udah-udahla beranak tu, tak rimaske anak ramai?".Nak belajar buat kek atau menjahit ke... Apatah lagi kalau cita-cita yang nak dikejar tu berkait dengan ilmu boleh menaikkan taraf hidup dan bantu family dan membahagiakan orang tersayang.
Terimalah hakikat bahawa takkan sama pencapaian orang yang berilmu dengan orang yang tiada ilmu
Jangan pernah ragu dengan diri sendiri sebab Allah Maha Pemurah sentiasa beri rezeki pada mereka yang berusaha.

Jangan peduli apa orang kata sebab bukan mereka ataupun keluarga mereka yang akan menempuh segala cabarannya atau kesusahannya tapi kamu.

So jangan patah semangat, jangan patah hati, jangan patah jiwa. Kuatkanlah diri dengan keyakinan bahawa tiada yang mustahil dalam hidup ini.

Sebab yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek.

Mulut manis.

Ramai kawan-kawan saya dapat baby baru... Murni, Fadlil, Khatijah... Arghh!! bestnya... Tahniah! Kehadiran orang baru sentiasa buka rezeki yang melimpah ruah dalam hidup, percayalah.. Saya sentiasa in love dengan baby...Kalau jumpa rasa nak cium dan peluk kuat-kuat. Saya memang suka budak-budak, dan budak-budak pun suka dengan saya. Hihih.. tu yang paling precious sebenarnya, sebab kanak-kanak ni insan jujur, they don't jugde and they don't lie about their feelings.

Ibu saya kalau pergi melawat saudara mara yang baru dapat baby, perkara pertama yang akan dia buat ialah ambil sedikit gula @ madu dan letakkan dalam mulut baby tu. Dia kata, nnt baby dah besar nanti dia bermulut manis. Kelakar juga bila dengar, penting sangat ke mulut manis ni?

Selalunya orang bermulut manis ni di sayang orang, kalau berniaga Insya Allah berjaya. Dengan kata lain orang bermulut manis ni pandai membawa diri, pandai berbahasa la kiranya. Tak kira mana pun dia pergi, orang suka, mulut ramah menegur semua orang.

Ada pepatah Cina yang yang mengatakan “Dengan kata-kata, orang yang pandai berbahasa boleh memanggil burung yang sedang terbang di langit, turun hinggap dan makan di tapak tangannya.” Mulut manis memikat hati? Sudah tentu.

Tapi ada juga yang berpendapat,
" Buat apa nak hipokrit? Just say out loud what you feel inside, lebih jujur dan lebih telus." Benar, tapi mengatakan apa yang kita fikirkan dengan cara yang paling terbaik,berhemah dan bukan diiringi dengan kata-kata kesat dan terlampau "jujur".Pernah dengar kata-kata itu senjata yang lebih tajam daripada pedang? Kesannya; terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya.


Ada jugak yang berpendapat orang yang mulut manis ni kuat membodek.. Betul ke?

Kadang-kadang ada juga orang yang jenis bermulut manis di depan tapi di belakang berbakul-bakul mengata orang lain. Aha..Ini baru betul bodek dan ada orang macam ni, ramai. Tapi takpela, selagi tak dengar di telinga, usah ambil peduli apa yang kita tak dengar. Ignorance is a bliss.

Mulut manis bukan hipokrit.Ia ikhlas. Ia penambat rasa sayang. Sebab tak semua orang tahu nak bermulut manis. Kalau mahu kita di sayang, di layan dengan baik, di hormati dan apa jua keperluan jiwa yang di ingini, kita harus beri terlebih dahulu.. Berikan kata-kata yang baik dan manis dan sudah pastinya; dengan ikhlas, bukan dengan niat serong atau bukan niat menutup umpatan yang dah berbakul. Jangan bercakap melainkan kata-kata kita itu memenuhi keperluan jiwa orang yang mendengarnya.Rasa-rasa kalau asyik nak bercakap benda yang takde pekdah then menyakitkan hati, just shut your mouth. Dosa pun tak banyak.

Sebabnya;salah satu keperluan jiwa adalah ingin merasa dirinya dihargai, dihormati, disayangi, disanjungi oleh orang lain. Keperluan itu adalah keperluan yang sangat mendalam sehinggakan kita boleh menjadi insan yang sedih dan murung kalau kita tidak mendapatnya.

Well, mungkin amalan ibu saya meletakkan gula@madu di mulut baby sekadar satu amalan lama yang mungkin satu hari nanti takde orang pun yang pernah terdengar tentangnya. Tapi tak salah bermanis mulut sekurang-kurangnya menyenangkan hati orang yang mendengar. Cuma jangan disalah guna, I mean dengan orang lain bukan main main manis mulutnya tapi dengan suami/isteri/ mak/ayah tak boleh nak cakap elok-elok sikit. Heh, itu sudah tebalik!

P/s: Jangan makan benda manis banyak-banyak, nanti kena kencing manis. Ngeh :P


Cuti

Maaf lama tak update.. saya tengah bercuti.. :) (tengah bercuti daripada buat kraf..boleh tak? hihihi ) Saya baru habis baca dua buku ni.

Saya suka baca buku motivasi macam ni..... seriously, sangat best sebab olahan nya santai dan bersahaja,   it makes me a better person. Bukan apa, kadang-kadang bila orang berkongsi masalah dengan saya, saya selalu risau kalau saya tersilap beri advise, especially bab-bab rumahtangga. Bukan sebab saya bagus dan isteri mithali, ( saya harap saya ni isteri yang baik di mata dan hati suami saya) tapi di sebabkan saya dah mendirikan rumahtangga hampir 6 tahun, kawan2 anggap saya lebih berpengalaman... hahahah kelakar. Jadi saya perlu membaca supaya tak salah bagi nasihat dan disamping tu boleh muhasabah diri.... Saya harap bila kawan berkongsi masalah dengan saya, biarlah yang keluar dari mulut saya ni menyejukkan hati, bukan nak mencetuskan lagi perang nuklear.
Buku ni pun tak kurang hebat.. I love you, I love you too. Bila suami saya tengok saya baca buku ni dia ingat saya baca buku novel cinta budak 13 tahun. :D  Cover buku ni memang tak serius langsung, tapi isi kandungannya lebih menjurus kepada senario perkahwinan hari ni.
Sebuah buku motivasi Islam yang mengupas isu-isu rumah tangga—peranan suami, isteri, ibu, bapa dan anak-anak dalam mengharungi hidup seharian. Selain itu, hal-hal ibadah harian juga disentuh. Ada yang sinis, ada yang lucu!


Himpunan sketsa rumah tangga ini digarap dalam bahasa yang mudah dan penuh unsur humor, namun sarat dengan mesej dan panduan.Yang bestnya ada ilustrasi kartun yang mencerita pengisian sesuatu bab tu.

Isi Kandungan Buku

TENTANG PEREMPUAN
SKETSA 1 Kenapa Tak Kahwin-kahwin Lagi?
SKETSA 2 Sukarnya Mencari Khadijah!
SKETSA 3 ‘Audition’ Calon Suami
SKETSA 4 Wanita Super
SKETSA 5 Penghargaan Buat Ibu dan Isteri


TENTANG LELAKI
SKETSA 6 Yang Bernama Lelaki a.k.a Suami
SKETSA 7 PANBUSEN Panaskan Rumah Tangga
SKETSA 8 If Anything Happen to Me …
SKETSA 9 Sporting Si Luncai Moden

TENTANG ZURIAT

SKETSA 10 Transfer Tanggungjawab Tak Semudah Transfer Akaun
SKETSA 11 Mari Cermin Muka Kita
SKETSA 12 Kenalah Jadi Role Model
SKETSA 13 Cerita 2 x 5 = 10
SKETSA 14 Melaburlah Demi Akhirat
SKETSA 15 Pendidikan Seks di Rumah
SKETSA 16 Anak Kita Buat Apa Tu?
SKETSA 17 Penyakit ‘Kerenah Budak Besar’ Sudah Mari!
SKETSA 18 Episod Kejar-Mengejar
SKETSA 19 Ikan Masak Fried Chicken
SKETSA 20 B udak-budak Inilah Harapan Kita
SKETSA 21 Duty Ibu Bapa Tak Pernah Ada Off
SKETSA 22 Harga Rindu Orang Tua

banyak lagi ...
:)

Saya agak sikit lagi blog ni bertukar daripada blog kraf kepada blog review buku.. hihihihi Sekali sekala nak jugak tukar angin kan?

Takper.. hari ni saya nak mula projek baru. Nnt  saya post kat sini supaya blog ini kembali menjadi blog kraf semula.

X Redcomel X

Santapan Minda Minggu Ini

Laptop saya kena virus. Banyak sangat sampai kena hantar jumpa doktor. Tapi kini Salma Vaio dah sehat sehat, boleh la saya update blog. :D
Saya telah kembali menyemai hobi yang telah mengakibatkan kerabunan mata saya sejak darjah lima... Membaca. Best-best. Setiap hari sabtu ialah hari outing saya bersama bodyguard tercinta saya iaitu Ghauss sebab Tufah dan Faeiq akan ke kelas melukis... Sementara nak tunggu budak-budak ni abis kelas, kami selalu ke Plaza PKNS Bangi yang ada banyak kedai buku..Inilah Ghauss yang kacak bergaya menjaga keselamatan mamanya.   Nak kenal bodyguard saya? Tu budak baju merah  yang minum Ribena tu...
Ya.. Inilah budak kecik yang setia menemani saya kemana  jua.. gambar bersama sepupu sebaya.
Dia memang banyak baju warna merah.  Dan sejak dia perasan dia makin besar ni ambik gambar dah tak nak senyum-senyum kiut miut macam kecik-kecik dulu. Asyik buat muka macho aje, geram betul, dalam sepuluh ambik gambar adalah satu yang senyum.:)  Ghauss yang comel, tima kasih temankan mama jalan-jalan.. minggu depan kita pegi kedai tu lagi ye...
Membelek-belek buku-buku umpama satu terapi walaupun tak daya nak beli semua...tapi tak dapat nak belek lama-lama...sebab kalau lebih 15 minit aje bodyguard macho saya akan bersuara, " mama, naa alik.." bagus kan bodyguard saya?  Jadi yang sempat saya capai.. dua buku kat bawah ni..
Beria-ria aje saya beli buku buat duit dengan blog... bak kata  orang tu dah kaya ke buat blog? Hahahha  belum lagi, kat Nuffnang punya akaun baru ada dua tiga kupang. Actually saya takde interest pun nak generate duit melalui blog, sebab saya seronok berblog... tapi kalaulah akaun Nuffnang I dapat mencanak-canakkan duit yang ada berapa posen tu bagus juga.. Boleh saya belanja makan.. :D
Saya dah habis pun baca buku karangan Yazid Yahya ni... my review is.. oklah. Olahan nya mudah di fahami tapi pada saya ulasan nya terlampau umum dan tak berperincian sangat. Untuk orang yang takde pengetahuan langsung mengenai blog, sesuai. Tapi kalau anda dah mahir buat blog mungkin anda merasakan rugi beli buku ni sebab dah tahu semua...Tapi kalau nak buat koleksi bagus juga, tak salah membeli. Harga RM 14++ tak ingat berapa sen.
Yang buku satu lagi ni Yakjuj dan Makjuj.. saya dah baca beberapa part depan, sangat menarik... tapi belum habis lagi nanti kalau dah abis boleh cerita panjang-panjang.


Bila balik dari bookstore rasa hepi giler. Life is great isn't it?

Yang benar,
budak rabun yang suka baca buku
X redcomel X