Gossip Di Pagi Hari.

Masa  sarapan pagi, saya buat sandwich telur  utk abang, dgn air Milo best.

Redcomel: Abang, nanti jangan beli goreng pisang depan kedai mamak tu tau..

Abang: Nape pulak? ( muka musykil + serius) Goreng pisang dia sedap la..

Redcomel: Sebab dia non-muslim.

Abang: Mana Ani tau? ( muka bertambah musykil)

Redcomel: Sebab....emmm makcik nasi lemak beritahu.

Abang: Ish, x baek makcik tu cakap camtu.. rosakla bisnes dia..

Redcomel: ermm tapi dia (orang yang berniaga pisang goreng tu) selalu makan kat kedai "Cha ya Nun alif "tu.. Mana tau dia makan "ba alif ba ya" ke.. Pastu jual goreng pisang, ntah bersih ke x tangan dia.. ish ish..

Abang: (Gelak) Was-was x yah makan. Ani ni pagi-pagi dah bergossip. 

Redcomel : Hahahaha.. ala asyik cakap bende serius je...Eh, abang tahu x pakcik misai yang  selalu teman dia tu boifren dia

Abang: Ha? biar betul? Mana tau. 

Redcomel: Pakcik tu sendiri cakap pada makcik nasi lemak tu....

Abang: Ish ish...( gelak2)  pening abang, too much information... dah dah x mo dengar... Abang nak g keje ni. Ani ni, bagila informasi yang berfaedah skit.

Redcomel: Hehehe.. ala abang ni....

End of Conversation.
...................................................................

Saya tak racist, but when it comes to food mesti kita mesti ambil berat tentang proces pembikinannya.Maybe nampak remeh, tapi when it comes to food saya ada pendirian. Saya takkan makan  dikedai "Cha ya Nun alif" sebab saya tahu mesti ada jual "ba alif ba ya"  panggang ke whatsoever. Emm.. saya tahu acik nasi lemak tak de niat nak rosakkan bisnes akak pisang goreng, tapi kebetulan masa saya datang dia tengah berborak dengan anak dia, saya pun tanyala.. ( Busy body betul aku ni.. hahahha)

Boringla asyik cakap benda serius je kat meja makan. Well kalalu nak tahu fakta hari ni, Australia dapat Perdana Menteri wanita pertama diorang hari ni Julia Gillard  dan sebanyak 46000 peminjam PTPTN dah bayar hutang depa melalui skim potongan gaji.. Owh, menariknya topik perbualan saya.

hehehhe

Apa yang korang borak dengan pasangan korang bila sarapan pagi tadi? ;)

Ironi Hidup

Ada orang dulu masa kecik2 jahat
Bila besar jadi baik.

Ada masa  kecik2 baik
Dah besar jadi jahat

Ada orang dari kecik sampai besar tak sudah-sudah buat jahat.

Ada pengedar/penagih dadah, tapi pasangan hidupnya polis

Ada dulu sahabat baik sekarang jadi musuh

Ada anak-anak yang masa kecil ditimang dimanja
Bila dah besar tak boleh duduk semeja, tak boleh bertembung muka.
Hingga x mengaku anak, putus keluarga...

Ada orang tua yang dulu bekerja kuat supaya anak berjaya
Bila anak berjaya, ibu bapanya duduk rumah orang tua-tua...

Sedihnya...

Pelik betul? tak....
Berlaku banyak dikeliling kita.

Andainya kita hidup senang, jangan lupa orang-orang yang menyayangi kita
Terutamanya ibu ayah... 

Andai banyak rezeki kita, jangan lupa pada mereka yang kelaparan...

Buat baik pada anak orang lain, mudahan-mudahan dipelihara anak-anak kita daripada penganiayaan orang bila kita dah tiada...

Buat baik pada orang-orang tua, agar dikasihani ibu bapa kita bila kita sudah tiada.

Bantulah orang walaupun sedikit... Memberi makan pada mereka yang lapar, mengesat air mata mereka yang memerlukan bantuan dan meredakan derita mereka yang tak cukup wang.

Siapalah kita yang mahu menongkat langit, sedangkan tiada satu zarah pun di tubuh kita milik kita sendiri.

Tiada daya dan upaya melainkan izin dan kehendakNYA.

It's tea time :D

Cuti sekolah time untuk meggemukkan Faeiq yang kurus. :D

Dah cuba macam-macam untuk pancing selera anak mama yang sorang ni, susah betul dia nak makan, cuti sekolah nampak seleranya macam dah ok sikit. Hari ini je dah cukup 3 meal dia ambil dengan portion yang banyak. Pagi cup cake dengan susu, tengahari Chicken chop king, makan masa ambil Tufah balik kelas piano dan petang Chocolate Mud Cake dengan ice cream.



yummy!

Faeiq yang baju hijau tu.. orgnya mmg comel dan kecil ;> sbb susah makan.


Aduhai, yang sorang ni susah betul dia mau makan, harap orang tak salah sangka saya x bagi anak makan, sebab dia memang cekeding. :P

Takpela, janji sehat.

Cuti cuti lagi


Cuti sekolah dah mula... Bermula la sesi pagi yang relax sbb x payah bergaduh dgn Faeiq dan Ghaus nak kejut diorang pegi sekolah hehehe.. boleh baca buku pagi-pagi... nyanyi-nyanyi sambil g kedai. Semua orang pun aman sebab x payah dengar suara mama menjerit kejut semua orang g sekolah.

Well kids... jom kita tuntut janji dengan abah yang hari tu kata nak g jalan-jalan. Mana abah ni?

Abah tengah menyorok kat opis, banyak keje. ~Tufah
hahahaha...

Mana mau pegi ni, mana2 pun ramai orang sampai highway karak pun jam.

Pegi tengok wayang je la.. :D

Demam Denggi? oh Tidak!!!

Dah lama saya x demam, kali terakhir saya demam bulan 12 tahun lepas. Yang x larat bila demam ni nak buat semua benda pun x larat. Perasan saya macam dah kena denggi je sebab semua sendi-sendi saya sakit-sakit. Sakit kepala teruk, abis satu badan sakit-sakit. Tapi macam x logic sebab saya duduk tingkat 15 di apartment yang maintancenya  mahal bagus, patut x de nyamuk. (Ini bukan statement bermegah-megah tapi dengan harga maintainance yang tinggi pasti tahap kebersihan yang tinggi diharapkan.) Dalam sakit-sakit saya sempat google di internet simptom-simptom denggi. 

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

kompom ahkak dah kena denggi! habis badan semua gatal2... ces ada juga nyamuk sesat kat rumah aku nih. oh tidak, saya x mau masuk sepital.... sapa mau jaga anak2 saya nanti? Tahu tak apa yang saya buat supaya saya x masuk dalam penyumbang  statistik kes denggi di kajang ni?

Makan vitamin yang complete, saya makan USANA. Sangat bagus.
 
Bila demam, jangan mengada-ngada x makan. Mesti makan. Tekak saya memang sakit nak telan makanan-makanan yang saya masak sendiri.. nak ke dapur pun x larat.. jadi apa yang saya buat, beli makanan yang paling best. Order pizza. Yeehaa!!! Beli jus oren supaya hilang rasa nak muntah.

Bila tak larat sangat, minum 100 plus. iye..minuman isotonik tu... satu hari sampai 2 botol saya minum. Minum, minum dan minum supaya platlet dalam darah x turun. Setakat ni dah empat botol dah abis... Cayalah!

Sebab denggi ni bukan ada ubat pun. Terapi sokongan je bila masuk sepital. Nanti cucuk sana, cucuk sini. Ambil darah untuk  test tak sudah-sudah. Menengok situasi tu bila adik ipar satu family masuk hospital hospital sebab denggi. Insaf, mak insaf!
 
Lagipun mungkin dulu masa saya belum ada anak, masa belum kahwin, saya boleh bermanja-manja bila demam. Tapi bila dah jadi seorang ibu, semua tu berubah. Sebab bila anak2 atau suami yang demam/sakit, kita, ibuk-ibuk  naturallly tahu apa nak buat. Tapi kalau kita yang sakit, kita yang harus jaga diri sendiri. Betul? Badan kita, kita yang tahu..Dah macam bunyi aktivis feminist dah..^_^  Lagipun dah tugas bapak-bapak cari rezeki. Jadi x payah la nak mengada-ngada ye tak? Banyak lagi benda yang bapa-bapa mahu fikirkan. :D Tambah-tambah lagi bila bapak pun demam sekali. ha, mendapek!

Well I guess I did the right thing. Pada saat saya tulis entry ni saya dah kebah pada hari ketiga saya demam. 
Pening-pening sikit tapi sakit badan dah kurang. Memang saya x senonoh tak nak g klinik, macam laki  x mampu nak bayar bil  klinik je.. hahhaha tapi akhirnya saya pasrah juga bila satu badan timbul bintik-bintik merah. Terpaksa jugalah g hospital. Check darah, nanti memandai-mandai  x pasal je kang.

Masa saya tulis blog ni semua orang dah sehat, saya dah sehat, hubby pun dah sehat. Lega giler... Petang tadi ada orang fogging area ni sebab nyamuk banyak sangat agaknya.. bagus..Matila ko nyamuk! jangan gigit anak cucu aku.

Renungan...




Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang
Kerja dah best keluarga pun dah senang
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.

Apasal la aku malas sembahyang
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang
Main bola aku sanggup sampai petang
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang
Siksa neraka cuba la aku bayang
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang



Buat renungan bersama....~Redcomel

Mahu tentukan jantina anak?

Salam. Well, everytime tengok baby mesti rasa nak peluk2, cium2... comel sangat. Tiap kali mau pergi hantar Tufah pergi sekolahnya pada sesi petang, mesti ada baby Aniq yang tungggu di lobby bawah. Saya mesti sempat agah-agah dia sampai dia pun dah kenal makcik Ani yang suka sebok2 ni, bila nampak saya aje mesti dia ketawa-ketawa, tangan tergapai-gapai minta dukung. Pastu Tufah mesti boring dan sound, "Mama, cepatla... lambat dah.." Tufah yang jealous. Nampak sangat. hahahaha...

Ghaus dah 3 tahun, at this moment bila tengok baby rasa macam mau mengandung lagi, tapi rasa macam tak boleh handle je sebab budak bertiga di rumah tu masih belum boleh berdikari lagi. Rasa macam kehendak saya je  bukan keperluan. Semua manja, semua mau di suruh, yela nama pun budak-budak. At the end of the day rasa macam penat sesangat.... Lebih-lebih lagi if hari tu Hari Meragam Sedunia budak-budak ni.. aduh ibuk,peningnya! Time ni la teringat zaman nakal-nakal dulu-dulu. Teringat ibu saya cakap, "nnt dah jadi mak baru tahu rasanya ragam anak2 kau. " I.N.S.A.F.

Well if ada teman-teman di luar yang merancang mahu sepasang cahayamata lelaki dan perempuan, saya ada jadual yang boleh bantu teman-teman merancang kelahiran anak-anak.
Terima kasih pada teman saya, Azmawati yang sudi beri saya jadual ni, dan saya harap ramai yang dapat faedah daripadanya... saya tak gurantee yang akan berhasil 100% tapi nama pun usaha, Allah yang tentukan. :D



So all the best pada yang mahu mencuba. Saya mahu berehat lagi 3 tahun. Umur 32 nnt mahu cuba lagi, Insya Allah kalau panjang umur,sbb x nakla tua sangat baru nak pregnant lagi, nnt banyak complication pula, and I'm hoping for a princess. Bila tengok jadual the chances are quite high, only 3 month to avoid and the rest of the years are mine to try.. :D. Tengokla camner.. if x pregnant lagi pun tunggu anak teruna saya kawen nnt bawak anak2 menantu perempuan saya. :D orait that's all...

Sharing is caring!
Love you sisters.

Redcomel