DAN PEMENANGNYA ADALAH....


Dan pemenangnya adalah... No 4.
Yeay!!!!

Dila Noor!!!!
Dila beri address pada akak utk di pos hadiahnya...

Best la buat give away..
Nanti buat lagi :D
Hadiah lagi Best! :D

Hari Penentuan.

Salam...
wah x sangka sungguh ramai yang join giveaway ini.. TQ sangat2!

Saya listkan peserta-peserta giveaway ini ya!

  1. Naddatulizah
  2. eT
  3. Miezaniera
  4. Dila Noor
  5. SyidaSyakirin
  6. Mama danish
  7. Mamalyna
  8. Ayuselalu
  9. Ibu Ayra
  10. Mama zharfan
  11. Anin
  12. Cadlynn
  13. Monica
  14. Ariffda
  15. ieyza
  16. Nea flerida
  17. ogy
  18. aima
  19. juniza
  20. inasepi
  21. ina hassan
  22. ..segalanya kuterima
  23. izan cute
  24. sarah
  25. cicak girl
  26. mya nabila
  27. delaila
  28. shaza
  29. ctnurkhijah
  30. Sya Isha
  31. Umisoffiyyah
  32. shasha
  33. kurakura
  34. Sha Isya
  35. Amir Izzat
  36. Bunga
  37. Noor Afzan
  38. Ayu Idris
  39. Asya
  40. Nida
  41. Zai kulim
  42. Mama aqish
  43. Taufidrid
  44. Elly Hamzah
  45. Zainab
  46. Siti mazlinda
  47. Ya alya
  48. Qisy Qamarina
  49. Bumblebee
wah... ramainya.. hihihi..
wait till the end of the day, dan cabutan hadiah akan dibuat esok ya!
See ya' tomorrow! :D

REDCOMEL GIVEAWAY!

Salam semua...

Sebelum ni belum pernah buat giveaway, but this time nak buat sempena dengan birthday Ghaus.
Hadiahnya best sesangat.. :D
ada empat hadiah dalam give away ni


1. pearl bracelet( original pearl)
2. 1 box milk mask ( 4 pcs)
3. 1 bottle of cheery blossom mist

4. bag organizer( cantikkan? :D ini contoh bag organizer yang telah di isi barang2.. )


Jemput teman-teman join give away ni ye..

Apa yang perlu teman-teman buat ialah

1. Jemput jadi follower blog ini ( jika belum)

2. Just cerita pasal giveaway ni pada blog masing-masing

3. Jangan lupa letak website link ini di blog anda ye..

www.redcomelmall.com~ beauty & wellness shop
www.redcomel.blogspot.com
~ the blog of the Comotz

dan jangan lupa tinggalkan komen di post ini supaya senang nak buat cabutan ya.

Dan jika ada akaun facebook, jemput ke pages REDCOMELMALL, click the like button dan
minta tolong invite kawan-kawan.

REDCOMELMALL.COM

Promote Your Page Too

Jika anda ada akaun Facebook, dan telah menginvite semua teman2 ke pages REDCOMELMALL, sila tinggalkan komen di wall REDCOMELMALL, supaya senang cabutan nama dibuat.

Jika anda membuat post di blog dan juga telah menginvite semua teman2 di facebook, ini telah melayakkan anda mempunyai 2 nama untuk give away ini.

Oh senang sahaja untuk menyertainya.. :) ( dah macam bunyi peraduan gores dan menang je.. haha)

berlangsung selama 2 minggu.. so ENJOYZ! :D
Due on 11/5/2010

love;
REDCOMEL

Happy birthday, sayang...

Hari ni birthday anak bongsu saya, Ghaus. Yang ke 3 tahun.





Mama doakan Ghaus jadi orang bijak pandai
Mama doakan Ghaus bahagia dunia akhirat
Mama doakan Ghaus jadi orang berguna
Mama doakan Ghaus jadi anak soleh
Mama doakan Ghaus jadi anak yang baik budi pekerti
Mama doakan Ghaus berjaya dalam hidup
Mama doakan Ghaus dapat isteri yang baik
Mama doakan Ghaus sentiasa diberkati Allah

There are thousand prayers for you sayang. No matter how big you will grow, you'll always be my baby.


Love,
Mama.

Yahoooo!!!

Ish ish.. ni apa tiba-tiba menjerit ni...
Sebenarnya saya sangat su
khairi, membuat saya berangan-angan untuk ada kedai online dan kini saya dah ada REDCOMELMALL.COM

Semua orang ada impian kan? Insya Allah, mana tahu RM 1.89 tu nanti jadi RM 18900.00. Wau weee.. kalau dapat saya mesti buat open table. :D

Tapi harusla Redcomel ingat, angan-angan dan impian tanpa usaha takkan buahkan hasil. 
Saya: Baiklah! :D Saya akan usahakan!

Enough is enough

Salam.Jarang saya marah sesuka hati atau melampiaskan ketidakpuashatian saya begitu saja. Bila saya nak bercakap, saya filter, filter, filter, filter, filter, filter macam penapis air dirumah saya ada 6 peringkat, macam tu la saya tapis ayat yang lahir dari otak sebelum sampai ke mulut. Tapi sebab dah biasa prosesnya sangat senang sebab ia membantu saya menulis blog dengan baik, (cecececeh ^_^) , menjaga hati ramai pihak. dan saya senang bila orang senang berurusan dengan saya. Bila senang berurusan cepat selesai urusan, jadi tiada konflik di situ. :D Harmoni hidup bukan? Ada pepatah yang mengatakan andai kamu tiada harta yang banyak untuk disedekahkan, berilah kata-kata yang baik dan menyejukkan hati. 

Macam buat karangan masa sekolah, dah tulis tu, semak. semak, semak~ kata cikgu Fadzillah.kalau tak karangan awak masuk dalam semak. Hahahha.. Garang betul Cikgu Fadzillah, cikgu BM yang cubit saya sebab BI dapat A1, BM dapat C4 masa trial SPM. Cikgu, sakit tau.. 
Sama juga macam bercakap. Fikir, fikir , fikir.

Tapi sefilter-filter saya, you'll never catch me lying. Honesty  is the best policy. Tiada policy insuran yang boleh tandingi polisi ini. ~Eheh apakah kaitannya?  Especially to my dear husband, ibu dan people I cared most. kecik-kecik biasalah..hihihi.. dulu-dulu memang nakal, tapi semenjak saya berkahwin, sampai sekarang, menipu adalah satu kepantangan. Bohong sunat? apa bende tu? Well,  takda dalam kamus.

Tapi bohong2 lawak sesekali ada juga, contohnya saya cerita pada suami saya, di atas bumbung rumah ibu di Melaka ada musang yang malam-malam keluar makan mangga (rumah ibu byk pokok mangga).
Suami saya cakap" Mana ada musang makan mangga?" "Eheh, takde ek?" Yakin betul rasanya saya buat statement musang makan mangga. :P Mampuih suami saya tak caye.. hahaha. Tapi betulla, memang musang tu memang makan mangga bang. ( Saya masih mencuba dgn harapan dia percaya..:D)

Back to the story, Alhamdulillah, perkahwinan yang hampir 7 tahun belum pernah ada konflik pembohongan. Doa saya pada Ilahi agar ia kekal terus begitu. Amin.

Jangan salahkan orang lain jika kita tak lagi di percayai kerana berbohong, sebab kepercayaan yang diberi bukan boleh di jual beli. Sebab kerana berbohong kita boleh hilang teman dan saudara. Memang susahla nak terima jika orang suka sangat berbohong, and the worst case, kantoi berbohong. Susah nak senang. Sebab apa, apa juga urusan sehari-hari dibuat atas rasa kepercayaan. Buat bisnes contohnya, kalau tahu orang itu suka berbohong, mahukah kita berurusan dengannya?  SORRY. Apatah lagi dalam urusan seharian. Tapi nak buat macammana, kadang-kadang sikap susah nak ubah, siapa pun tak boleh nak bantu.

Saya takkan percaya lagi orang yang berbohong pada saya. Apa juga sebabnya pun. 

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. ~ ada sebab perumpamaan ini berbunyi begini...
 
Ada  kenal sesiapa yang kuat berbohong? Just tell them, enough is enough, kalau dia  tak paham bahasa Inggeris, " Cukup-cukup la tu." Ni terjemahan dalam bahasa Malaysia.


Saya dah Cuba!

Saya dah cuba ubah blog ni supaya lebih tenang.. berlatar warna biru, empty and decent..
Cuba menukarnya supaya nampak matang, sofistikated, anggun, simple macam website Martha Stewart. 
Bila dah perhati2... oohhh  cannot be...
It just not me...
It just not me without cheerfull colours, seolah-olah saya hidup tanpa my sons and hubby...
So, I did, change it to orange abstract..
OWH!!!! It just so0 me...
Perfect. Hubby saya  kata macam 'macha'. I don't care. hahaha

Nanti if dah sakit mata saya tukar lah..
Ish,  ke saya yang tak grow up?( Emm.. tumbesaran saya dah lama berhenti. Saya memang kecil sampai hubby saya panggil saya pokok renek. ) Well I don't mind. Nowadays we have high heels to make me taller. :D

Well.... saya suka dgn blog kawan2 yang sungguh tenang...
Especially old friend yang memang dah kenal hati budi dan bila baca blog mereka saya seolah2 mendengar mereka berbicara dengan saya macam penyampai berita.  Ya, itulah cara saya ubat rindu dgn teman2.
Same goes with my friends, they identify me with my laugh. Coz no one laugh the way I laugh, (jgn risau, tak mengilai2 ok? ) So the orange abstract define my life, full with adventure and happiness. Well sometimes ada juga time sedih, but itu dah lumrah hidup.

Rasa yang buat kita rasa hidup. Dan apalah ertinya hidup tanpa insan tersayang dan teman2.

Emm, sebelum merapu bukan-bukan, better stop. :)

Inilah rupa baru blog saya.. If sakit mata harus pakai shades. :D hihi
Wah, barulah betul, bergaya sungguh berblog sambil memakai Rayban. 


Take care ok?

Love,
Redcomel.