HAPPY EIDUL FITRI FROM KAJANG

Cepat betul masa berlalu. Ramadan pun dah berakhir.
Nyai ( Nenek) saya telah kembali ke rahmatullah 2 hari sebelum 1 Syawal.
Semua redha dengan pemergiannya, pergi meninggalkan kami semua pada usianya 100 tahun.
Al fatihah buat arwah, semoga roh Nyai di cucuri rahmat...
............
............
............
............

Dah abis baca Al fatihah ke belum? Kalau dah baru boleh sambung baca.
Saya raya macam biasa, sama seperti tahun sebelum-sebelumnya. Malam raya di rumah mak, pagi raya lepas sembahyang raya di rumah Uwan, petang raya dah sampai kampung Melaka. Tufah, Faeiq dan Ghauss  seronok sangat. Mungkin sebab kalau hari-hari biasa asyik terperuk di rumah, bila raya ramai sangat kawan-kawan..

Bila jumpa sedara mara, ramai juga yang rajin baca blog saya rupanya.. Kak Iti, Makcik, are you reading this? Terima kasih kasih sebab sudi singgah, apa kata alang-alang dah singgah tu tolong klik iklan nuffnang kat tepi tu.. Nanti Ani belanja, hehehehe.


     Mama dan Ghauss di rumah uwan selepas kenyang makan Gulai ayam kampung. :)




Memang happy .Can't deny it right?


Hari raya memang menyeronokkan buat anak-anak. Ada banyak gambar raya kali ni. Buat sesiapa yang nak tengok, nnt saya letak di Photo bucket, sebab kalau letak di blog ni nnt jadi berat. Satu gambar RM 0.50. Aci tak? hehehe Jangan marah, nnt kena jual...

Nanti semua gambar akan di upload ke photo bucket dan akan url nya akan diberitahu kelak..
Sebab lama sangat tak update blog ni rasa macam skill menulis makin berkarat. Takper, saya yakin boleh sebab saya pernah menang pertandingan mengarang masa saya darjah 6 dulu, jadi saya rasa saya memang ada bakat terpendam. :D

Till then,
(nak siap-siap pergi open house..)

X redcomel X

SELAMAT HARI RAYA

Saya tak tahu apa yang saya sibukkan, tapi saya rasa each day when I wake up, schedule memang penuh dan padat sampai nak buat benda2 yang saya suka pun tak sempat. Termasuk lah mengupdatekan blog ini atau pun membuat aktiviti craft yang saya cintai. 

Takperlah, tup tap dah nak beraya pun dah sebulan Ramadan berlalu..
Minta maaf kalau ada terkasar bahasa buat semua teman-teman ..Kalau saya sempat saya akan update blog malam ni dengan cerita-cerita sensasi khas untuk edisi hari raya.... Tapi kalau tak sempat, lepas 1 Syawal la gamaknya kita jumpa lagi....

Love you all..
X REDCOMEL X

TUFAH SEMAKIN OK ;D

SALAM SEMUA...

ALHAMDULILLAH.. TUFAH MAKIN OK..
CUMA MAMAT SORANG NI SUSAH NAK MAKAN UBAT, KALAU TIDAK HARI NI DAH BOLEH BALIK RUMAH...TAPI SEBAB MALAM TADI FEVER DIA TINGGI, DOKTOR RAGU-RAGU NAK BAGI BALIK.. TAPI JANJI DOKTOR, ESOK DAH BOLEH BALIK. SYUKUR SANGAT...

TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN, KAKAK-KAKAK BUAT DOA KALIAN... REALLY NEED IT..DUGAAN BUAT KITA JADI TABAH DAN KUAT...

BUAT TEMAN-TEMAN KALAU ADA AHLI KELUARGA YANG DEMAM TERUK, PLEASE CONSULT DOKTOR ASAP. JANGAN TUNGGU SBB KALAU LAMBAT BAHAYA...


LEGA SIKIT DAH...
X REDCOMEL X

RAMADAN YANG MENGUJI IMAN DAN KESABARAN

SALAM SEMUA TEMAN-TEMAN


SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN UNTUK SEMUA...


RAMADAN KALI INI MEMANG MENGUJI KAMI SEKELUARGA...


TUFAH, ANAK SAYA YANG SULUNG POSITIF H1N1


SEMALAM LEPAS SAHUR TERUS ADMIT WAD


HIGH FEVER TAPI TAK BATUK DAN SELSEMA..


SEMALAM DIA SIHAT WALAFIAT, SIAP MAIN TRANSFORMERS LAGI DGN ADIK-ADIK DAN SEPUPU DIA...


MASA KAMI SAHUR DIA BANGUN TIDUR DAN BADAN MENGIGIL KUAT


PANIK SANGAT HUBBY BAWAK KETA DAH MACAM JAMES BOND


NASIB BAIK HOSPITAL TAK JAUH DARI RUMAH...


SEKARANG TUFAH STABIL...CUMA DEMAM TAK KEBAH LAGI


MASIH TINGGI.






YA ALLAH, KUATKAN HATI BERDEPAN UJIAN...


NAK SAHUR PUN TAK LALU NAK MAKAN APATAH LAGI NAK BUKA...


HARAP SEMUA OK.. KAWAN-KAWAN DOAKAN YA!


YANG SANGAT GUNDAH GULANA HATINYA...
X REDCOMEL X

Perkahwinan

Berbaloi ke seorang wanita mendirikan rumah tangga hanya kerana takut status andalusia , so disebabkan takut kepada status itu sebat je mana-mana jejaka yang ditemui di jalanan dan ajak kahwin? Itu antara persoalan yang jadi perbincangan 3 sahabat disebab 2 sahabat yang dah jadi mama risaukan 1 sahabat yang tak kahwin lagi. Kata dia lelaki yang baik sekarang dah pupus, susah sangat nak cari yang OK. KO banyak la.. yang dah kahwin mengaku bujang pun banyak. :) hahahha.. Relaks babe, baru 28 kan? Kata saya.


Salahkah kita jadi choosy demi masa depan kita? Wanita wajar memilih yang terbaik untuk menjamin kebahagiaan diri sendiri. Ya, perkahwinan tak mudah macam main pondok-pondok dan bukan sekadar melepaskan rindu  dendam dan keinginan bersama orang tercinta. Umpama mendirikan sebuah masjid, sebuah  perkahwinan menyempurnakan  iman seseorang.


"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)


Perkahwinan  di ibarat sebuah kota yang dihuni sepasang suami isteri dan as time goes by penghuni kota semakin bertambah dengan hadirnya zuriat-zuriat yang comel-comel.Agar kota terus tersergam indah, kawalan ketat harus dibuat supaya tiada musuh dapat memasuki kota dan membuat huru hara supaya aman damai jiwa-jiwa orang yang berlindung didalam kota. Persoalannya, adakah kita ni pengawal kota yang bagus? Kalau tak seorang jaga, seorang lagi bawa musuh masuk. Worst case,  suami buka gate depan, isteri buka gate belakang. Haru biru!


Bahagia perlu di cari dan di pupuk. Bukan bila dah lafaz nikah, bahagia terus datang. Takkan ada bahagia kalau takde usaha sebab cinta itu bukan sekadar perasaan, ia satu tanggungjawab. Usaha untuk menebalkan kasih sayang perlu dibuat bukan mengeluh dan melenguh yang tak berkesudahan. Perkahwinan memerlukan pengorbanan dam komitmen yang tinggi. Ia juga memerlukan kekebalan dan kesegaran cinta . Kalau asyik pantang yang cantik/hensem lalu dah panjang leher, abih tu layan fantasi minda dengan orang lain, tak ke dah buka pintu kota yang tersergam luas untuk musuh masuk kubu. Kubu dah hancur salahkan orang lain pulak tu, mulala nak cakap tak jaga makan pakai la, servis tak bagus la, dan macam-macam cekadak lagilah. Eheh, kalau kedai servis keta ke servis dobi  boleh la kata servis tak bagus. Nikan pasangan kita, kalau tak betul, bawak-bawakla bermesyuarat.


Apa nak kata, hidup ni kan  penuh dengan asam garam. Asam limau, asam gelugur, garam bukit garam gunung. Asam dengan garam pun ada macam-macam jenis, inikan pula rencah hidup manusia.Buat sahabat saya, juga sesuai untuk pemandu jalan raya, saya pesan dengan penuh kasih sayang, "Biar lambat asal selamat".  

Cuti

Maaf lama tak update.. saya tengah bercuti.. :) (tengah bercuti daripada buat kraf..boleh tak? hihihi ) Saya baru habis baca dua buku ni.

Saya suka baca buku motivasi macam ni..... seriously, sangat best sebab olahan nya santai dan bersahaja,   it makes me a better person. Bukan apa, kadang-kadang bila orang berkongsi masalah dengan saya, saya selalu risau kalau saya tersilap beri advise, especially bab-bab rumahtangga. Bukan sebab saya bagus dan isteri mithali, ( saya harap saya ni isteri yang baik di mata dan hati suami saya) tapi di sebabkan saya dah mendirikan rumahtangga hampir 6 tahun, kawan2 anggap saya lebih berpengalaman... hahahah kelakar. Jadi saya perlu membaca supaya tak salah bagi nasihat dan disamping tu boleh muhasabah diri.... Saya harap bila kawan berkongsi masalah dengan saya, biarlah yang keluar dari mulut saya ni menyejukkan hati, bukan nak mencetuskan lagi perang nuklear.
Buku ni pun tak kurang hebat.. I love you, I love you too. Bila suami saya tengok saya baca buku ni dia ingat saya baca buku novel cinta budak 13 tahun. :D  Cover buku ni memang tak serius langsung, tapi isi kandungannya lebih menjurus kepada senario perkahwinan hari ni.
Sebuah buku motivasi Islam yang mengupas isu-isu rumah tangga—peranan suami, isteri, ibu, bapa dan anak-anak dalam mengharungi hidup seharian. Selain itu, hal-hal ibadah harian juga disentuh. Ada yang sinis, ada yang lucu!


Himpunan sketsa rumah tangga ini digarap dalam bahasa yang mudah dan penuh unsur humor, namun sarat dengan mesej dan panduan.Yang bestnya ada ilustrasi kartun yang mencerita pengisian sesuatu bab tu.

Isi Kandungan Buku

TENTANG PEREMPUAN
SKETSA 1 Kenapa Tak Kahwin-kahwin Lagi?
SKETSA 2 Sukarnya Mencari Khadijah!
SKETSA 3 ‘Audition’ Calon Suami
SKETSA 4 Wanita Super
SKETSA 5 Penghargaan Buat Ibu dan Isteri


TENTANG LELAKI
SKETSA 6 Yang Bernama Lelaki a.k.a Suami
SKETSA 7 PANBUSEN Panaskan Rumah Tangga
SKETSA 8 If Anything Happen to Me …
SKETSA 9 Sporting Si Luncai Moden

TENTANG ZURIAT

SKETSA 10 Transfer Tanggungjawab Tak Semudah Transfer Akaun
SKETSA 11 Mari Cermin Muka Kita
SKETSA 12 Kenalah Jadi Role Model
SKETSA 13 Cerita 2 x 5 = 10
SKETSA 14 Melaburlah Demi Akhirat
SKETSA 15 Pendidikan Seks di Rumah
SKETSA 16 Anak Kita Buat Apa Tu?
SKETSA 17 Penyakit ‘Kerenah Budak Besar’ Sudah Mari!
SKETSA 18 Episod Kejar-Mengejar
SKETSA 19 Ikan Masak Fried Chicken
SKETSA 20 B udak-budak Inilah Harapan Kita
SKETSA 21 Duty Ibu Bapa Tak Pernah Ada Off
SKETSA 22 Harga Rindu Orang Tua

banyak lagi ...
:)

Saya agak sikit lagi blog ni bertukar daripada blog kraf kepada blog review buku.. hihihihi Sekali sekala nak jugak tukar angin kan?

Takper.. hari ni saya nak mula projek baru. Nnt  saya post kat sini supaya blog ini kembali menjadi blog kraf semula.

X Redcomel X

REDCOMELMALL ANNIVERSARY


Kedai saya dah berusia setahun...



Kedai ni saya usahakan dari A sampai Z sendiri. Daripada buat design sampai la ke isi barang-barang dalam kedai.. Tak upah orang sebab kalau nak upah orang mahal... Sebenarnya semuanya bermula semasa
Portalniaga buat program belajar buat website di Wanitamelayu.Com, untuk wanita-wanita yang cantek manis yang suka lepak di forum itu. Saya antara perintis awal yang join program ni dan dapat belajar FOC. heheh..rasa beruntung betul. Sebab saya mmg zero knowledge dalam bidang IT sebab masa kat U majoring saya Oil and gas.. :-P hahaha... tapi punyalah semangat buat juga makan empat bulan jugaklah nak siap.. tahu ajerlah orang yang tak tahu apa-apa pasal HTML dan design..actually masa tu diorang nak testla samaada pembelajaran buat website online ni berkesan. tengok-tengok ramai yang success

Kalau ada teman-teman seperjuangan yang nak belajar buat website di Portalniaga saya sangat rekomen. Mudah, semuanya online, boleh belajar tak kira masa tapi sebab belajar sendiri kena tinggi motivasi (macam saya, hahaha perasan lagi.. ) supaya kedai siap kalau tak jadi projek terbengkalai nnt rugi bayar yuran sebab sekarang dah kena bayar tak macam saya dulu belajar free..


Jemputlah ke kedai saya..macam-macam ada.. :)
p/s: Ada masa rasa down juga...