10 ADAB MENUNTUT ILMU

Ilmu itu bukan yang dihafal, tapi yang memberi manfaat

10 ADAB MENUNTUT ILMU

1) Menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak yang murni.

2) Penuntut disarankan tidak terlalu terikat dengan hal-hal keduniaan yang boleh melalaikan.

3)Jangan bersikap angkuh dan bongkak terhadap guru.

4)Pada tahap awal (sebelum mahir) elakkan diri mendengar perselisihan pendapat kerana dapat mengelirukan pemikiran.

5) Tidak boleh meninggalkan disiplin ilmu yang teruji melainkan setelah membuat pertimbangan.

6) Tidak memaksa untuk menguasai disiplin ilmu sekaligus.

7) Tidak boleh mencampur adukkan sesuatu cabang ilmu sebelum menguasai dan memahami dengan mahir.

8) Perlu mengetahui objektif sesuatu ilmu yang dipelajari.

9) Ikhlas dalam menuntut ilmu.

10) Perlu mengetahui perkaitan ilmu yang dipelajari supaya mengutamakan keperluan ilmu yang perlu didahulukan dengan ilmu berbentuk sampingan.

Sumber : Imam Ghazali, Ihya' Ulumuddin

Apa Ada Dengan Hari Lahir?

  Apa yang paling membahagiakan setelah usia tiba pada umur 35 tahun?  Keluarga.

Rumah kecil ke, rumah besar ke, kereta kecil ke, kereta besar ke, andai cukup kasih sayang tiada apa yang lebih membahagiakan melainkan keluarga.

Suami, Kekasih, Best friend forever. Hingga ke jannah Insya Allah..
Pengarang jantung hati 5 orang. Umur 35 with 5 kiddos, Alhamdulillah.

     Melihat wajah-wajah kecil yang mengharap mama masak sedap-sedap sebelum mama pergi kelas usrah Profesor Sal.
Buku teks kelas agama. Tenang hati bila berada di taman syurga.

     Tak sempat nak masak banyak-banyak, mama masak satu lauk je . Takpelah feveret semua orang. Lagipun petang ada orang nak belanja kononnya nak celebrate birthday la. ^_^ Mama masak Grill Lamb with Black Pepper Sauce. Resipi google je, senang sangat. Orang tak pandai masak pun boleh masak. Sebab memang  dah plan nak masak  ni, malam tadi dah marinate siap-siap so pagi ni terjun je terus  atas tempat grill.

Grill Lamb with Black Paper Sauce. 
      Lepas mama balik dari kelas usrah  kami pergi Alamanda jalan-jalan ambil angin di MPH, minum petang merangkap dinner sekali ( kami memang dinner awal pukul 6). Before maghrib sampai rumah, dapat pulak brownies yang ditempah oleh Kak Raiha untuk adindanya yang tersayang, hasil tangan Chef Khairul Hakimin Muhammad yang di hantar sendiri oleh yang membuatnya.  Lepas maghrib sambil minum teh hijau, dapatlah saya menikmati kek coklat brownies yang sungguh sedap ini. Memang tak boleh berhenti makan! Hadiah paling manis semanis keknya. <3 br="">

Brownies Marshmellow Chef Khairul. Terima kasih Kak Raiha sayang.

    Apa ada dengan hari lahir? Hari yang penuh kesyukuran, diberikan segala berkat dan cinta, semuanya percuma...Sejujurnya, terlalu banyak yang perlu disyukuri, rahmat Allah dan kasih sayangnya memberikan nikmat yang tidak terperi. Allah Maha Baik. 

Subhanallah.
Alhamdulillah
Allahuakbar.

Superbibik Saya Yang Dah Buat Bisnes



Kisah dulu-dulu.

         Kisah 3 tahun lepas. Seminggu sekali atau 2 kali Kak Intan datang ke rumah saya. Dia orang Indonesia. Berkahwin dengan orang tempatan, dah 10 tahun duduk di sini. Umur sekitar 45 tahun. Datang ke rumah saya untuk mengemas rumah saya yang sekali sekala akan berada pada tahap "cantik teramat" sampai sakit mata nak pandang. Sejak saya berpindah ke Puncak Bangi, kapasiti serta kederat nak  mengemas rumah agak terbatas sebab most of the time semua urusan di rumah saya uruskan sendiri. Bisnes Shaklee lagi. Jadi kerja rumah seperti membersihkan habuk-habuk sawang, lap tingkap, dan apa-apa kerja yang saya tak tercapai, Kak Intan yang uruskan. Upahnya Rm10 sejam. Biasanya pukul 10.00 pagi dia datang, pukul 5.00 petang dia pulang.

      Kak Intan asalnya memang orang susah. Sejak umur 8 tahun maknya dah menyuruh dia bekerja di rumah orang. Maknya terlampau garang. Hari-hari kena belasah kalau tak buat kerja. Tak pernah bersekolah. Tiada pendidikan. Kahwin paksa di usia muda. Sejarah hidup yang menyedihkan. Sedih kalau mendengarnya sampai tak lalu makan. Eh, takmo cerita lebih-lebih la.

AKU MAHU SUPERBIBIK!Pinjam cover buku Aku Mahu Superbibik by Ain Maisarah

     Sepanjang kehidupan saya, saya tak kenal ramai bibik. Kak Intan satu-satunya bibik harian yang paling menambat hati saya. Orangnya baik dan jujur, kerjanya sungguh cekap kemas dan berkilat rumah saya setiap kali dia datang. Kadang-kadang ada juga saya terlupa, saya tanggalkan cincin sebab nak ambil air sembahyang, atau duit baki lebihan ada dalam bakul kunci, takpernah di ambil pun. Dia kumpul, di letak di soho saya. Memang baik. Tak pernah lagi saya jumpa helper yang jujur gitu.

     Setiap kali dia datang ke rumah saya, dia akan tengok saya mengadap laptop saya 3-4 jam tak bergerak dari tempat duduk saya. Dia selalu tanya apa yang saya buat.

"Ani buat apa tu?"
"Update blog dan buat kerja-kerja Shaklee kak"
"Kalau kakak pandai, kakak mahu belajar dengan Ani, tapi kakak tak pandai..."
"Boleh belajar kak, senang je. Nanti jual Shaklee di Indonesia ya?" Seloroh saya
Ketawa dia.

Kak Intan ni pun rajin makan vitamin sejak dulu. Kelas tau.... sebelum tahu saya buat Shaklee dia selalu beli vitamin biasa dari farmasi. Sejak jadi saya jadi tauke Shaklee, dia beli vitamin dari saya. Yang paling dia suka Vitalea dgn Vitamin C. Kak Intan ni umur dah 45 tahun, rambutnya hitam berkilat. Badannya kecik molek je. Sihat cergas. Memang pemakan vitamin sejak muda. Saya selalu juga sakat-sakat dia,
"Eh orang Indonesia bukan suka jamu aje kan kak?"
"Jamu pun makan, vitamin pun makan...boleh aja makan dua-dua"
Vitalea Shaklee

Vitamin C Sustained Release


Setiapkali dia datang, macam-macam yang dia tanya. Kata dia mahu buka restoran bila pulang ke Medan nanti.Dia minta resipi sambal tumis saya,  tanya "Kenapa bihun goreng Ani sedap, apa yang Ani letak?"

Tahu tak, dia ada note kecil yang dia tulis benda-benda yang dia tanya saya tu. Rajin sangat orangnya, sebelum balik, mesti dia pinjam buku agama, panduan solat ke, untuk dia baca. Lain dari yang lain kan bibik saya ni? :-)

      Kadang-kadang ada juga benda yang dia merajuk dengan saya, dan ada juga benda-benda kecik yang saya bebel-bebelkan, tapi seingat saya tak pernah kami bergaduh besar.Lama juga dia kerja dengan saya, 3 tahun. Daripada saya mengandungkan Rayan, Rayan dah besar, saya mengandungkan Ranya, sampailah Ranya lahir.

Setiap kali saya hantar dia pulang, dia selalu tanya saya,
"Macam mana nak ubah kehidupan ye?"

Saya kata "Berniagalah kak. Kalau dah kaya sekalipun, kita mesti berniaga.Mesti berani, kalau tak berani berubah, sampai bila-bila pun kita di takuk lama"

"Kena berniaga ya Ani?"

"Haah kak. Kakak mesti nak simpan duitkan? Nak pergi haji, nak balik ke Medan, nak beli kereta, rumah?"

"Haah. Seronoknya kalau ada semua tu.."

"Ha... bestkan.. Jadi kenalah berniaga.."

Dalam hati saya, kalau kakak berniaga, siapa yang nak kemas rumah? huhuhu
Tapi saya sedar, takkan selamanya dia mahu bekerja bersihkan rumah orang.

Sampailah satu hari, hari yang sepatutnya dia datang mengemas rumah, dia tak datang. Saya telefon dia, risau takut dia tak sihat. Dia minta maaf sebab dia tak boleh datang ke rumah saya lagi sebab dia dah mula berniaga. Bercampur baur perasaan saya. Happy sebab dia berniaga, tapi pada masa yang sama sedih. Alamak, sapa nak kemas rumahku ni, Uwaa!!! Kemaslah sendiri wahai Domestic Goddess. Suka bagi motivasi free kan? Tengok apa yang dah jadi? Haha. Tapi, tiada apa yang saya kesalkan. Cumanya kalau bibik daily maid yang lain datang ke rumah buat kerja tak semenggah, mulalah hati kecik berkata-kata,  "Adoilah kak intan ni, nak buat bisneslah pulak."

    Maka sejak detik itu, berakhirlah fasa kehidupan berbibik saya. Sedih.. there goes my superbibik. Life goes on. Hold on to your broom, Ani! Tapi kami masih keep in touch. Selalu dia telefon saya. Paling terharu dia selalu kata... "Ani selalu bagi semangat pada kakak. Ani tak pernah marah-marah kakak ... " Tiap kali dia kata macam tu, saya mesti nak nangis...

    Oh lupa pulak nak beritahu bisnes apa dia buat. Dia buat bisnes nasi lemak berlauk, ada mee goreng, ada bihun goreng. Ada macam-macam lauk. Masa mula-mula berniaga ayamnya cuma seekor, beras cuma 2 kilo. Sekarang setiap hari beras 5 kilo, 6 ekor ayam. Jualan makin meningkat. Wah! Jeles ai tau. ^_^. Saya ada cerita kan? yang dia berkahwin dengan orang tempatan. Suaminya berbangsa Cina yang masuk Islam. Suaminya buta huruf, tak bersekolah tinggi tetapi rajin bantu Kak Intan berniaga. Sekarang di samping ada bisnes nasi lemak, mereka dah ada  6 buah bilik sewa yang mereka sewakan.  Ada lebihan tanah di sebelah rumah mereka yang mereka bina bilik-bilik untuk mereka sewakan.

Kak Intan dah membuat lonjakan paradigmanya. Anda di mana? masih menonton telenovela?


    Senang hidup kak Intan sekarang . Berpendapatan Rm3000 sebulan. Mungkin lebih. Tiada hutang bank. Orang yang datang dari perantauan, berusaha merubah kehidupan di bumi bertuah Malaysia. Simple living and happy. Semoga Kak Intan berjaya dan kaya. Tiap hari saya doakan begitu. Bersungguh-sungguh dia ubah nasib dia. Sebenarnya bukan saya yang beri semangat kepada dia, dia yang beri inspirasi pada saya.Dia buktikan yang semangat kita sememang takkan goyah walau payah mana pun hidup selagi mana kita mahu mengubahnya.

Kisah hari ini.
Hidup tanpa superbibik.
Takpelah kalau takde superbibik pun. Kita kemasla rumah kita pelan-pelan ye.

CaUTioN! Domestic Goddess at work.

Hobi Baru

Assalammualaikum dan Salam Fantastik dear gorgeous readers.

Hobi Baru.
Planner.

Actually planner memang sejak azali ada tapi tak pernah la nak berdeko bagai  sebelum ni.
Ada tak sahabat-sahabat yang suka planner crafting?

I am so in love dengan craft, tapi since anak ramai ni memang takde quality time nak mengadap beading, buat gelang crystal, menjahit beg riben (owh rindunyaaa pada Jane, My Mesin Jahit), buat felt craft. But I still love all the beautiful things so this year I start decorating my beautiful planner.
Tengok juga Filofax dan Erin Condren, tapi harganya mahal dan rasanya macam I deko lagi cantik. Hee ^_^ ( Ceh dalam hati nak juga Erin Condren.) Takpe, tahan-tahan nafsu.  Lagipun sebab dah ada planner , takkan tiap-tiap bulan nak beli planner. Gila namanya tu, hiks. So, takpe, tahun depan la kita beli.

     Lagipun kat internet banyak sangat printables yang cantik-cantik yang buat diriku rambang mata sampai rasa nak print semua. So kita guna aje planner yang ada so kita buat dia jadi cantik.


My Planner.My planner.

Jadual coaching, target in Shaklee semua dalam ni. Actually this is planner I bought masa training di Faizland, tapi suka tgk hari-hari sebab nak kena tengok hari-hari kita kasi makeover 

Luar skema, dalam all the blingz, Ranya yang tampal.. Haha







Untuk Planner banyak sangat printables yang boleh dapat di internet. Google aje.  Beli high quality sticker paper dan pastikan anda ada printer yang cantik quality printingnya.Lagi satu di Pinterest.Banyakkkkk sangat yang cantik-cantik. Ish, memang buat diri lupa dunia tau.

Tak tahu nak letak apa dalam planner? Boleh tengok dalam list bawah  ni.
Bagus untuk bantu organize daily life, especially busy ladies like us. Memang orang pompuan je kot yang ada hobi hias planner ni. (Tak pernah lagi jumpa orang lelaki yang suka deko planner. )
Yang bercita-cita mahu jadi Domestic Goddess macam saya, bolehlah beli planner cantik dan boleh letak pages macam dalam list bawah ni.

Almaklumlah, semua nak kena ingat kan? Birthday, to do list, groceries bla bla endless list.
So write it down beautifully. Saya juga list down all my wishlist yang nak di target dan di capai, dalam life,dalam bisnes Shaklee. Bila tulis cantik-cantik, macam terapi untuk jiwa, ecewah ~~~* Gitu. Haha Divala sangat.
 The Life Notebook.

Ni antara stickers untuk Planner. Haha kalah Erin Condren
Stickers yang cantik-cantik ni banyak yang saya beli di book store, Boarders, MPH, Daiso, Pustaka rakyat. Ada washi stickers, ada yang 3D, ada yang metal sticker. Cantik-cantik sangat. 

So dear all, apa hobi kalian as internal outlet?
Do share it in the comments okay?

TATKALA ALLAH MENCIPTAKAN WANITA

"Ketika Allah
menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,

"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???"      

Allah menjawab:

"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?"

Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".      

Malaikat menjawab dengan takjub,

"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"
Allah menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,

"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?" 

Allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."      

"Untuk apa???" tanya malaikat. 

Allah melanjutkan,
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,

Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis,

menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,

Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,

Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,

Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,

Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,
Tapi dia mampu mengatasinya.

Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.    

Allah S.W.T berfirman:         

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.

Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,

Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."     

    "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "    

     "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." 

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya  untuk melindungi hatinya."  

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya.

Tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."   

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." 

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."    

     "CINTANYA TANPA SYARAT".

Allahuakbar... specially dedicated kepada wanita disana dan disini. Istimewanya seorang ibu dan beruntungnya dijadikan sebagai seorang wanita. 

Hapuskan Alasanku


Assalammualaikum. Thank you for drop by. :-)

Cuaca cukup baik hari ini.
Tak panas, tak mendung, just nice.
Abang-abang Rayan dan Ranya semua dah pergi sekolah

Bertapa berharganya kalian, Biar segunung emas intan berlian pun takkan terbanding.

Ingatkan dah boleh relax-relaxla, sambil-sambil memfokuskan ke biz shaklee yang ku cintai dan kemas-kemas rumah.Ada pulak cikenit ni yang 24jam pegang kain mama. Haa... kan. Hari-hari begini tau. Dah besar, dan masih manja sesangat. Selalu jealous dengan Ranya .
Kalau ikutkan mahu aja tidur dan berbaring sahaja dengan anak-anak kecil ini.
Comfort zone saya.
Tapi saya tahu sementara anak-anak kecil la saya perlu usahakan bisnes Shaklee saya.
Jadi biar mereka dah besar nanti, bolehlah kami tour around the world sama-sama.
Dan bila mereka besar, saya tahu perbelanjaan untuk pendidikan juga semakin mahal, itu belum termasuk belanja  makan pakai. Duit memang tak boleh beli bahagia, tapi dengan duit keperluan kita dapat dilengkapkan dan mengukuhkan ekonomi keluarga, kan?

Jadi saya kira, saya akan completekan schedule saya since 5.00 am hari ini. Saya berjaya hapuskan alasan saya, dan meneruskan perjuangan saya untuk membina bisnes Shaklee saya. Saya berdoa agar anak-anak cucu cicit Shaklee saya juga cekal dan tabah hati, kerana kejayaan adalah progress dan hasil usaha yang berterusan. Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang.


Kami yang tengah main "Aci-aci buka pintu".Rayan~ "Mama jangan pergi mana-mana, duduk dengan Rayan"

Owh sebelum tu saya nak introduce "A Box of Love in Every Home" ni.
Kenapa a box of love? Sebab saya LOVE Shaklee. Dan saya tahu dan pasti, jika anda mencubanya, anda mesti jatuh cinta. Ianya keperluan supplemen yang basic setiap keluarga.
Vitalea, B complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Alfalfa Complex. Defenitely you'll love them. Keluarga kita lebih sihat, menguatkan sistem imun kita. :-) Apakata sempena Ramadan yang bakal menjelma, jom lengkap keluarga kita dengan kehadiran "A Box of Love in Every Home ini".




WWW.REDCOMELMALL.BLOGSPOT.COM
ok till then. See ya~ 

Boss Oh Boss

Ada 4 orang budak kecik yang petah bercakap kat rumah ni memang buat rumah kami jadi kecoh, sekecoh kecohnya. Terutamanya kat meja makan, boleh bayangkan tak?

Hahaha.

Saya garang tegas sampaikan budak-budak ni panggil saya "boss."

Dalam ramai-ramai, yang paling becok ialah Ghaus.

Ghaus: Abah  dah gi kerje ye?
Faeiq: Haah, awak ni berapa kali nak tanya.
Tufah: Ntah.
Rayan: Ntah, nyam nyam dap..
Ghaus: Abah boss kan?
Faeiq: Haah. Abah pergi ofis.
Ghaus: Mama, abah pergi ofis ye?
Mama: Iyeeeee....
Tufah: Eh Ghaus, awak masa makan boleh jangan banyak cakap tak?
Ghaus: Tanya pun tak boleh ke?
Faeiq: Ntah berapa kali nak tanya, tiap-tiap hari tanya.
Ghaus: Mama, ustazah kata kalau tak solat dosa kan?
Mama: Iye Ghaus. Dahla Ghaus, makan. Asyik cakap je, bila nak kunyah nasi?
Ghaus: Baik Boss!
Mama: ?? Apsal pulak boss?
Ghaus: hehehe. Mama kan boss Shaklee?

Kikikiki, ni kalau Victor Lim dengar ni mesti jeles. ^_^.
Boss la sangat nak oii.. >.<

Kecohnya anak-anak ni, kalau ada di rumah, ada je yang saya nak bisingkan.
Kalau takde, sunyi sepi rasanya hidup.

Keluarga saya, nyawa saya.. Moga Allah pelihara anak-anak mama, dunia akhirat. <3 br="">

Dunia Mama Ani

Saya dan keasyikkan saya satu ketika dahulu.
Berkraftangan dan menjahit.

Yang masih jadi keasyikkan saya, membaca. ( ada berpuluh-puluh buku virtual yang saya download ke handphone saya). Sentiasa mencuri masa untuk tuck in atas katil dan dating dengan buku atau novel, tatkala  suami saya  mengeteh dengan kawan-kawan.

Keasyikkan dulu kini dan selamanya, suami, anak-anak dan Shaklee. 

Saya beriltizam untuk pasang semula  plug mesin jahit saya dan keluarkan balik kotak kraf saya demi Ranya. Berazam untuk buat gelang crystal dan riben rambut cantik2 untuk dia 
Kakak puteri dan Ranya

Jangan tak percaya, semua gambar dibawah ini adalah hasil tangan saya sendiri. Memang inilah biz saya dahulu, sebelum saya buat Shaklee. Now memang buat Shaklee 100% sebab untung manyak busat looo.. Ngee~~~

Jangan risau tau Ranya, mama buat gelang untuk Ranya nanti. <3 br="">












Kelahiran Ranya

Alhamdulillah..

Hari ini merupakan hari ke 8 saya berpantang selepas kelahiran puteri bongsu saya Ranya binti Najat Affendy. Orangnya yang comel lahir dengan berat 2.85 kg, kecil sedikit berbanding abangnya Rayan yg lahir 3.3kg.

Namun saya syukur kelahiran Ranya sangat mudah, saya sampai di hospital jam 9.30 malam, saya cuma berada di labour room 45 minit sebelum air ketuban saya dipecahkan oleh Dr. Fatimah ( saya bersalin di Hospital Pakar An Nur, Bangi). Jam 10.28 malam  Ranya selamat lahir. Tanpa sebarang jahitan ataupun wayar drip berselirat di badan saya, Ranya lahir melihat dunia. Cuma dua kali push, saya sempat ketawa dengan lawak Marilyn Manson yang suami saya buat, ( suami saya memang rockers tegar yang terpimpin, haha ^_^ sangat pandai bermain gitar dan sangat penyayang. ) semata-mata nak buat saya lupakan kesakitan.  Oh, tipu kalau saya kata tidak sakit, tetapi segala kesakitan hilang bila lihat wajah tulus mulus si comel, kan? Kuat semangat saya lebih-lebih suami ada disisi.

Ramai yang terkejut bila saya beritahu saya bersalin sebaik sahaja tiba di hospital. " Wah, senangnya Ani bersalin?" " Eh, bukan petang tadi akak baru je berwassap2 dengan Ani?"  Tengahari tu saya sempat lagi berdating dengan suami makan Tom Yam Kung di Putrajaya. :-) ( Sayang abang sangat <3)  Masih lagi saya buat penghantaran untuk Biz Shaklee saya ( komited sungguh saya kan?  Hihi) Saya makan kurma dan minum air zam-zam yang sentiasa ada di rumah.Dan semua orang tak tahu saya dah rasa mild contraction sejak pagi Sabtu lagi, ( Ranya lahir malam Ahad) 

Tipsnya, saya kira contraction saya. Ia bermula sejam sekali, kemudian 1/2 jam sekali, 15 minit sekali dan masa saya ke hospital contraction dah 10 minit sekali dan masa tu dah 6 cm.

Jika saya rasa contraction,saya  tarik nafas panjang ( teknik hypnobirthing)   dan saya buat rutin harian  macam biasa. Sakit sikit-sikit tapi buat tahu je. Confident sebab saya yakin kiraan contraction saya betul. Pembacaan dan group support yang saya sertai di Facebook ( Gentle Birthing) juga banyak membantu. 

  Saya syukur, kelahiran Ranya binti Najat Affendy merupakan anugerah yang terindah dan hadiah daripada Allah. Semoga puteri bongsu saya ini menjadi anak soleha, penyejuk mata dan hati kami suami isteri.

Cabaran Ibu Muda

    Alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik sepanjang saya mengandung kali ini, walaupun ada masanya terpelicok dek aktiviti harian saya yang selalu lupa saya sedang berbadan dua. Namun demikian, nikmat Allah yang mana harus saya dustakan? Setiap kali badan rasa sakit sana sini, saya sering ingatkan diri saya sendiri bertapa bertuahnya saya diizinkan mengandung untuk kali yang ke lima, sedangkan ramai lagi pasangan di luar sana yang sedang diuji belum diberi cahaya mata.

     Sebagaimana besarnya tanggungjawab seorang suami dan ayah, begitu juga cabaran isteri dan ibu muda zaman sekarang. Samaada bekerja di ofis ataupun berada dirumah 24/7, penatnya serupa, stressnya juga begitu. Apa yang sering berlegar di fikiran seorang ibu? Rumahtangga, anak-anak, hal masak-memasak, hal mendidik anak-anak. Di ofis jadual kerjanya lain, di rumah peranannya lain. Semuanya harus dijawab, alhamdulillah jika suami banyak membantu, ucapkan terima kasih padanya,( agar si dia kekasih terus bermotivasi dan ringan tulang untuk membantu hihi)
Sudah hampir 2 tahun saya serius menceburkan diri dalam dunia bisnes Shaklee ( Saya kini Coordinator ) , ramai yang anggap saya cuma sekadar bergoyang kaki di rumah dan merasakan betapa mudahnya biz ini dikembangkan tanpa perlu bersusah payah. Benar, jika mahu dibandingkan bisnes konvensional biasa saya tak perlukan overhead yang besar, tiada kos pekerja tetap ( kecuali daily maid Kak Intan yang setia mengemaskan rumah bila saya perlukan) dan tiada premis ofis yang perlu di sewa. Cabaran yang lebih besar ialah lebih kepada kecekalan hati dan minda. Menguruskan hero-hero saya, memastikan kesejahteraan keluarga. Bangun di subuh hening 3.30 pagi menyusun kerja, membaca dan mendorong anak-anak Shaklee di bawah jaringan saya.Mengurangkan rungutan, lebihkan kesyukuran. Namun saya kira doa suami dan ibu bapa saya sentiasa menjadi perisai diri, bila keletihan saya lihat wajah suami & anak-anak saya.. itulah yang jadi tonik hati saya. Blessed with their love, tiada apa yang lebih saya mahukan selain kekal begini.

     Ada juga yang bertanya kepada saya, mengapakah saya beria- ia buat biz Shaklee, bersengkang mata, coaching anak-anak buah saya tentang biz ini, blog, fb adds dan sebagai? Bukankah saya sudah berada ditahap selesa? Ya, sungguhpun suami saya beri elaun setiap bulan, itu duit utk saya uruskan domestik keluarga saya. Duit saya, bonus yg Shaklee beri, dan ye, saya tidak akan beli handbag kegemaran saya dengan duit dapur yg suami saya berikan, kecuali dengan duit titik peluh saya... Ibu Ayah saya juga masih ada, dan saya mahu berbakti pada mereka, sementara nyawa saya masih ada.

    Ibu zaman sekarang perlu kuat dan bijak. Mental dan emosi. Bijak serba serbi, tolong suami tingkatkan ekonomi. Tak kira dalam lapangan apa pun, bekerja sendiri atau makan gaji, anak ramai, anak sedikit, ataupun masih belum punya anak. Kuatkan jiwa. Berikan ia makanannya. Kasih sayang, kasih pada Tuhan, kasih pada makhluk.

    Moga hidup kita dapat menongkah arus dengan mudah. Dan kejayaan demi kejayaan dapat digapai walaupun kita bergelar wanita.


Masak Lobster Sendiri di Rumah

   
    Kalaula blog ni boleh bercakap mesti dia marahkan saya kerana melupakan dia. :-P Saya kadang-kadang berkira-kira macam nak tutup je blog ni sebab macam tak termaintain 2 blog, satu blog Shaklee saya, satu blog Redcomel ni. Tapi sebab sayang punya pasal saya biarkan je sebab nak buat pandang-pandang. Sebab masa mula-mula dulu buat blog macam suka-suka, pastu jadi blog craft, pastu  jadi blog membebel. Padahal hakikatnya saya bukan jenis type membebel pun, jenis yang lemah lembut gitu. :-P Mungkin lepas ni saya tukar blog ni jadi blog masakan tapi bukan resipi, tapi santai-santai je. Sapa nak resipi kena email sebab resipi rahsia gitu.. ahak ahak ( gelak macam chef tersohor) perasan sekejap. ^_^ Takdela gurau je.

    Saya suka memasak, tapi mood memasak selalu jadi terbantut bila Rayan start pegang kaki dan tak kasi mama buat apa2 sebab dia nak ngempeng. Maka jika situasi ini terjadi maka saya pasrah dan surrender my sudip sebab ada sekali masak dia dok pegang kaki saya,  sekali minyak meletup lagi skit nak kena si encem saya. Maka terpaksa semua orang makan roti canai kedai mamak je jawabnya. ( Alasan)

   Tapi bila masuk dapur, seolah-olah seluruh makhluk kat dapur be kind kepada saya dan saya dapat masak dengan jiwa tenang maka lahirlah masakan ala-ala hotel lima bintang ni.

1. Lobster Kukus Steam Masam Manis ( Nama bagi sendiri)
2. Kupang Berlada Pedas Amekaw
3. Soft Shell Crab Sedap Tak Berlagu -----> My Feveret!!





      Before ni memang susah nak cari Lobster, kalau nak makan pun makan kat Restoran Seafood  range harga dalam RM 250-Rm300 satu masakan. Tapi kini dengan adanya Lubuk Lobster kini anda boleh membeli lobster, sof shell crab pada harga yang berpatutan.

      Yang dalam gambar ni actually second attempt saya masak lobster, yang first time saya masak lemak cili api tapi rasanya macam lari sikit sebab mula-mula saya kukus dulu lobster tu baru saya gulaikan. So rasanya macam kurang sesuai. Yang second one memang mengancam selera semua, sampai kena telan Lecithin, Omegaguard dgn Alfalfa dek sebab banyak sangat makan. :-P

      Okay, lagi satu petua nak masak sedap bila masa bersihkan lobster dan  masak tu selawat banyak-banyak. :-) \

Okay take care all.
Nantikan entry Chef Mama Shaklee seterusnya ye. ;-D
xXRedcomelXx


Kelam Kelibut Mengurus Family dan Biz ^_^

       Nama pun bekerja dari rumah, rasa saya tahap disiplin kena berada di tahap paling tinggi. Semua harus on the go dan semua kena siap. Bangun pagi saya bangun pukul 6.00 everyday, solat dan everything, then by 6.30 mesti mengadap laptop atau Ipad saya, memulakan hari tu. Biasanya saya draft apa yang nak tulis untuk blog REDCOMELMALL SHAKLEE saya dan schedule masa untuk update FB. mengadap laptop pagi ni sebab kalau siang-siang si kenit manja saya tak mengacau. Rayan saya sangat manja, dah pandai mengecak makanan abang-abang dia. Adik ni, patutla gumuk dan bam bam.

ni muka ngantuk

Ni muka ada agenda

Masa cuti sekolah ni takdela aktiviti lain selain makan, tengok tv, melukis, buat sepah rumah mama,  hahaha amboi heaven korang ye.

      Tufah pulak cuti-cuti sekolah ni ada hobi baru dan dapat ramai kawan-kawan baru, Memancing dekat kolam besar belakang rumah. Tapi Tufah je yang saya bagi pegi, nanti kalau Faeiq dengan Ghaus pegi takut pulak terjun kolam kekdahnya, bukan boleh caya sangat bebudak nih, banyak sangat kreatifnya.
  


    Alhamdulillah, biznes Shaklee saya berkembang mekar, bulan ni ramai yang nak join buat biz so saya just sharing apa yang saya buat dengan biz Shaklee saya dan beritahu apa diorang perlu buat. tapi untuk yang serius je, yang tak serius tak boleh nak paksa sebab biz Shaklee bukannya biz cepat kaya, register dan terus jadi diamond ke. Tak tak, it wont happend that way. Kene usaha, usaha dan tawakal. Cara nak buat biz? hihi   kene join la baru boleh masuk dalam secret lab saya,

Tapi hakikat sebenarnya bekerja dari rumah is how displine you can be. Juggling between kids, home chores dan handle your bussiness between your kids nap time. Pheww.Actually even dah lama pun saya masih kelam kabut  kadang-kadang. But I love it to bits, and ada juga yang kata. "Eh dia bolehla buat biz, dia duduk rumah je, bukan ada apa nak buat pun.'  Nak tau akak buat apa kat rumah rumah dengan anak 4 orang yang hensem-hensem dan kreatif-kreatif belaka ni meh datang rumah. Hahaha. I gelak aje. Ada akak kesah. ^_^
Gambar hiasan. :-P

You say you wanna go big, but you still acting small. Excuses can be DEADLY when it comes to play a bigger game.Go big, or go home. 


Jemput datang blog saya lagi satu www.redcomelmall.blogspot.com

Edgar Turun Berat Badan 100kg=200 pound dengan Cinch Shaklee?

Watch "Edgar Ortiz lost 200 pounds using Shaklee's Cinch" on YouTube




Memeranjatkan ke? ^_^ Jangan terperanjat..Ini bukan kali pertama Cinch Shaklee dan Set Body Perfector Shaklee merubah imej seseorang.



Saya sukakan Cinch Shake Shaklee. Mempunyai 3 perasa iaitu Vanilla, Coklat dan Caffe latte. Rasanya sedap, saya suka shake dengan susu soya ataupun susu rendah lemak.



CARA DIET CINCH

Ramai yang bertanya macam mana nak berdiet style Cinch ni?
Cara saya: Gantikan 2 waktu hidangan utama anda dengan Cinch Shake ini.

1.Samaada sarapan & lunch, malam makan mcm biasa.

2. Samaada sarapan & makan malam, tengahari makan macam biasa. Selepas makan berat, ambil lecithin dan alfalfa.

Tetapi dengan syarat: waktu makan haruslah kurang minyak, kurangkan porsi nasi dan banyakkan sayur- sayuran. Kurangkan snek, strickly no kudapan manis-manis, dan juga tiada air manis untukmu. Amalkan hidup aktif, jika tidak boleh exercise, naiklah tangga, berjalan kaki sekurang- kurangnya 30 minit sehari untuk 3 kali seminggu. Minum air masak 3L sehari ya! Jangan biarkan perut lapar, sentiasa makan buah- buahan ( epal, lai, oren) Ini kerana dengan berlapar diri kita jadi craving dan kita end up makan lebih banyak!
[Buah Mangga, Durian dan Tembikai tak termasuk dalam kategori buah- buahan yang menguruskan badan ya, ^_~]

Ini adalah penerangan tentang CINCH:

Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan.Rumusan proprietary yang diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting.

Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori.

• Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.

•Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut.

•Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina

•Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan

•Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang

•Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian

•Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga.

•Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting

•Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan..(soya bukan GMO)

SET YANG DI CADANGKAN

CINCH SHAKE
Lecithin
Vitalea
Vitamin C

Untuk Ibu yang menyusukan, Cinch boleh di ganti dengan Energizing Soy Protien.

Hubungi saya untuk konsultasi ya. Tq.

ESP: Energizing Soy Protien Untuk Semua

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Alhamdulillah, diberikan umur dan kemurahan rezeki untuk berkongsi kebaikan dan ilmu. :-) Saya nak kongsikan tentang ESP yang SANGAT DIGEMARI oleh semua.

<3 Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

<3 Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.

<3 Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones

<3Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.

Siapa yang Perlukan ESP?

ESP ni bukan sahaja untuk ibu menyusu , ia sesuai utk seisi keluarga.

1. Orang menjaga kesihatan dan menjaga berat badan.

2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga dan kurang makan makanan pejal.

3. Kanak-kanak bersekolah

4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak

5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.

6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,

7. Ahli sukan dan bina badan

8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat dan yang inginkan kulit yang cantik.

9. Mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat.

ESP selamat di ambil oleh ibu yang mengandung dan menyusu :-)


AKIBAT KEKURANGAN PROTIEN

Assalammualaikum dan salam sejahtera.Harap semuanya sihat-sihat sahaja. Saya ingin kongsikan apa akibatnya jika kita tidak mengambil cukup protien dalam diet harian kita.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN SECARA UMUM.

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Jika anda mengalami salah satu simptom di atas, mengambil supplemen protien merupakan penyelesaiannya. ESP membekalkan protien yang baik dan senang di serap oleh tubuh badan.

[Kelebihan ESP ini ialah:]

*Membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.

*Menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung.

*Setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menopous.

*Indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Kebaikan ENERGIZING SOY PROTIEN

Tahukah Anda Kebaikan dalam setiap 100 gm Soya?


Soya memiliki nilai gizi yang terkenal lengkap. Di dalam 100 gram soya mengandungi sebanyak 34.9 gram protein, 331 kalori, 18.1 gram lemak, 34.8 hidrat arang, 227 kalsium, 585 fosfor, 8 mg besi, 110 SI vitamin A, 1.07 mg vitamin B1 dan 7.5 gram air.

Soya juga memiliki sejumlah phytochemical termasuklah isofl avon yang dapat bekerjasama untuk membantu melawan keadaan penyakit seperti penyakit kardiovaskular, osteoporosis dan kanser payudara.

Manfaat lainnya adalah, soya juga berperanan penting untuk mengusir penyakit diabetes mellitus, gangguan pada ginjal dan juga reumatik. Tanaman ini juga kerap diolah sebagai makanan yang menyihatkan.

Jadi, tidak hairanlah jika tempe dan tauhu sering menjadi makanan pilihan orang ramai. Ini kerana, ia bukan sahaja lazat tetapi juga mudah diolah di samping memiliki manfaat yang besar pada kesihatan. Proses fermentasi soya sebenarnya dapat membuat nutrisi yang terkandung di dalamnya lebih mudah diserap oleh tubuh.

Apakah perbezaan makanan yg tinggi karbohidrat dan tinggi protein dlm aspek membekalkan tenaga?

Untuk makanan yg tinggi karbo (seperti gula-glucose type), ia akan terus dilepaskan ke dalam darah dgn cepat,meningkat dan menurun dengan cepat (kerana indeks glisemiknya tinggi,jadi energy yang dibekalkan adalah dlm tempoh singkat.

BEZA ESP DENGAN MAKANAN HIGH KARBO

ESP (Energizing Soy protein), glucosenya dilepas ke dlm darah sedikit demi sedikit (indeks glisemik rendah) Ia mengawal paras gula dalam darah dan tenaga yg dibekalkan berpanjangan

INFO TAMBAHAN:
Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah AMAT penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Vitamin Semasa Bercuti

Hi Everyone, salam ceria.

Semasa bercuti ke Lost World of Tambun, dan Hard Rock Penang, inilah vitamin yang saya bawa.

Vitamin Set Family Wellness
- Vitalea, b complex dan Vitamin C

NUTRIFERON- ini untuk first aid kit kalau ada yang demam akibat terlalu lama di swimming pool.^_^

Untuk suami- Omega guard, zink

Untuk saya: Vitamin E, Lecithin

Untuk my babies: Vitalea for Children, Vitamin C chewable.

Masa saya post gambar- gambar ini di fb, ada jugak yg seram menengoknya. Sebab banyak sangat.:-) Seram ke? Hihi
My say is, alhamdulillah, kesihatan itu nikmat yang Allah beri, saya cuma pelihara jasad yang di pinjam ini dengan mendisiplinkan diri mengamalkan supplemen kesihatan, sbb cara hidup yang serba pantas dan tak sempat nak indulge dalam salad sayur gebu gube. Yang selalu lalu Nasi Lemak, Roti Canai dan macam- macam makanan lazat Malaysia yang lazimnya berkalori tinggi.

Oklah, takmau bebel panjang- panjang.^_^
Entry kali ini pendek sikit sbb sebenarnya saya tengah beratur nak beli burger. Hihi.. punyela panjang dan lama sampai sempat update blog.

Ok take care semua, kalau nak beli vitamin ingat Redcomel tau.^_^ xoxo





Kebaikan "Quit smoking"

Tak mau cakap banyak, the picture tells a thousand words. ^_^

PENTINGNYA ANTIOKSIDAN

Salam dear all.

Harapan saya semua ceria-ceria hendaknya.. suka saya nak bercerita pasal antioksidan hari ini, substan halus ciptaan Tuhan yang memberi manfaat besar dalam hidup kita samaada kita sedar atau tak. Saya kongsikan intipati daripada Antioxidant Miracle ni. Ini secara summary la ye.

Antioksidan melindungi tubuh badan kita dari segenap sudut. Individu yang mengambil antioksidan walaupun dalam dos yang sedikit, dapat melindungi diri mereka daripada penyakit kronik di hujung usia mereka.

Antioksidan melindungi sel kita daripada radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul yang terhasil apabila tubuh badan kita memetabolismkan makanan ataupun daripada pencemaran udara seperti asap ataupun radiasi. Radikal bebas merosakkan sel dan ianya punca kepada penyakit jantung, cancer dan penyakit-penyakit lain.

Tubuh kita memiliki sistem pertahanan yang hebat untuk mengimbangkan radikal bebas agar tidak berkembang menjadi berbahaya. Namun, pengaruh persekitaran yang buruk seperti radiasi ultraviolet, pencemaran, kebiasaan mengambil “junk food” dan merokok dapat membuat sistem pertahanan tubuh bermasalah menghadapi radikal bebas yang berjumlah besar.

Antioksidan seperti Vitamin c dan Vitamin A dapat melindungi kita daripada kehilangan pendengaran dan melindungi kita daripada penglihatan kabur apabila usia meningkat.

Antioksidan juga melindungi kita daripada kanser perut, membantu dalam perawatan penyakit hati dan melindungi daripada serangan stroke ataupun angin ahmar.

Antioksidan terdiri daripada:

Beta-carotene - [ caratomax Shaklee]
Lutein- [ Cinch Shake]
Lycopene
Selenium- [ Vitamin E Shaklee ada Selenium]
Vitamin A- [ Ada dalam Caratomax]
Vitamin C- [ Vitamin C Shaklee ]
Vitamin E- [ Vitamin E Shaklee ]


Tips Untuk Banyakkan Susu Ibu

Ramai ibu yang mencari petua bagaimana nak banyakkan production susukan? Ibu- ibu bolehla ikuti cara yang Red kongsikan ini agar production susu meriah dan Si Manja happy ^_^

Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.

Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, bolehlah mencuba mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Cara yang jarang di cuba tapi hasilnya cukup bagus!

Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. Longan kering ini mudah didapati di pasaraya ataupun di kedai sensei Cina.

Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.

Susu
Ibu-ibu digalakkan untuk banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari.

Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.

Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.

Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.

Ini adalah tips pemakanan yang di sarankan untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi. Semoga ibu- ibu terutama sekali ibu- ibu muda mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

Love, Red.

If you need consultation, contact me. Thanks^^
I'm your Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019 6154956
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::