Kisah dulu-dulu.
Kisah 3 tahun lepas. Seminggu sekali atau 2 kali Kak Intan datang ke rumah saya. Dia orang Indonesia. Berkahwin dengan orang tempatan, dah 10 tahun duduk di sini. Umur sekitar 45 tahun. Datang ke rumah saya untuk mengemas rumah saya yang sekali sekala akan berada pada tahap "cantik teramat" sampai sakit mata nak pandang. Sejak saya berpindah ke Puncak Bangi, kapasiti serta kederat nak mengemas rumah agak terbatas sebab most of the time semua urusan di rumah saya uruskan sendiri. Bisnes
Shaklee lagi. Jadi kerja rumah seperti membersihkan habuk-habuk sawang, lap tingkap, dan apa-apa kerja yang saya tak tercapai, Kak Intan yang uruskan. Upahnya Rm10 sejam. Biasanya pukul 10.00 pagi dia datang, pukul 5.00 petang dia pulang.
Kak Intan asalnya memang orang susah. Sejak umur 8 tahun maknya dah menyuruh dia bekerja di rumah orang. Maknya terlampau garang. Hari-hari kena belasah kalau tak buat kerja. Tak pernah bersekolah. Tiada pendidikan. Kahwin paksa di usia muda. Sejarah hidup yang menyedihkan. Sedih kalau mendengarnya sampai tak lalu makan. Eh, takmo cerita lebih-lebih la.
|
AKU MAHU SUPERBIBIK!Pinjam cover buku Aku Mahu Superbibik by Ain Maisarah |
Sepanjang kehidupan saya, saya tak kenal ramai bibik. Kak Intan satu-satunya bibik harian yang paling menambat hati saya. Orangnya baik dan jujur, kerjanya sungguh cekap kemas dan berkilat rumah saya setiap kali dia datang. Kadang-kadang ada juga saya terlupa, saya tanggalkan cincin sebab nak ambil air sembahyang, atau duit baki lebihan ada dalam bakul kunci, takpernah di ambil pun. Dia kumpul, di letak di soho saya. Memang baik. Tak pernah lagi saya jumpa helper yang jujur gitu.
Setiap kali dia datang ke rumah saya, dia akan tengok saya mengadap laptop saya 3-4 jam tak bergerak dari tempat duduk saya. Dia selalu tanya apa yang saya buat.
"Ani buat apa tu?"
"Update blog dan buat kerja-kerja
Shaklee kak"
"Kalau kakak pandai, kakak mahu belajar dengan Ani, tapi kakak tak pandai..."
"Boleh belajar kak, senang je. Nanti jual
Shaklee di Indonesia ya?" Seloroh saya
Ketawa dia.
Kak Intan ni pun rajin makan
vitamin sejak dulu. Kelas tau.... sebelum tahu saya buat
Shaklee dia selalu beli
vitamin biasa dari farmasi. Sejak jadi saya jadi tauke
Shaklee, dia beli vitamin dari saya. Yang paling dia suka Vitalea dgn Vitamin C. Kak Intan ni umur dah 45 tahun, rambutnya hitam berkilat. Badannya kecik molek je. Sihat cergas. Memang pemakan vitamin sejak muda. Saya selalu juga sakat-sakat dia,
"Eh orang Indonesia bukan suka jamu aje kan kak?"
"Jamu pun makan, vitamin pun makan...boleh aja makan dua-dua"
Setiapkali dia datang, macam-macam yang dia tanya. Kata dia mahu buka restoran bila pulang ke Medan nanti.Dia minta resipi sambal tumis saya, tanya
"Kenapa bihun goreng Ani sedap, apa yang Ani letak?"
Tahu tak, dia ada note kecil yang dia tulis benda-benda yang dia tanya saya tu. Rajin sangat orangnya, sebelum balik, mesti dia pinjam buku agama, panduan solat ke, untuk dia baca. Lain dari yang lain kan bibik saya ni? :-)
Kadang-kadang ada juga benda yang dia merajuk dengan saya, dan ada juga benda-benda kecik yang saya bebel-bebelkan, tapi seingat saya tak pernah kami bergaduh besar.Lama juga dia kerja dengan saya, 3 tahun. Daripada saya mengandungkan Rayan, Rayan dah besar, saya mengandungkan Ranya, sampailah Ranya lahir.
Setiap kali saya hantar dia pulang, dia selalu tanya saya,
"Macam mana nak ubah kehidupan ye?"
Saya kata "Berniagalah kak. Kalau dah kaya sekalipun, kita mesti berniaga.Mesti berani, kalau tak berani berubah, sampai bila-bila pun kita di takuk lama"
"Kena berniaga ya Ani?"
"Haah kak. Kakak mesti nak simpan duitkan? Nak pergi haji, nak balik ke Medan, nak beli kereta, rumah?"
"Haah. Seronoknya kalau ada semua tu.."
"Ha... bestkan.. Jadi kenalah berniaga.."
Dalam hati saya, kalau kakak berniaga, siapa yang nak kemas rumah? huhuhu
Tapi saya sedar, takkan selamanya dia mahu bekerja bersihkan rumah orang.
Sampailah satu hari, hari yang sepatutnya dia datang mengemas rumah, dia tak datang. Saya telefon dia, risau takut dia tak sihat. Dia minta maaf sebab dia tak boleh datang ke rumah saya lagi sebab dia dah mula berniaga. Bercampur baur perasaan saya. Happy sebab dia berniaga, tapi pada masa yang sama sedih. Alamak, sapa nak kemas rumahku ni, Uwaa!!! Kemaslah sendiri wahai Domestic Goddess. Suka bagi motivasi free kan? Tengok apa yang dah jadi? Haha. Tapi, tiada apa yang saya kesalkan. Cumanya kalau bibik daily maid yang lain datang ke rumah buat kerja tak semenggah, mulalah hati kecik berkata-kata, "Adoilah kak intan ni, nak buat bisneslah pulak."
Maka sejak detik itu, berakhirlah fasa kehidupan berbibik saya. Sedih.. there goes my superbibik. Life goes on. Hold on to your broom, Ani! Tapi kami masih keep in touch. Selalu dia telefon saya. Paling terharu dia selalu kata... "Ani selalu bagi semangat pada kakak. Ani tak pernah marah-marah kakak ... " Tiap kali dia kata macam tu, saya mesti nak nangis...
Oh lupa pulak nak beritahu bisnes apa dia buat. Dia buat bisnes nasi lemak berlauk, ada mee goreng, ada bihun goreng. Ada macam-macam lauk. Masa mula-mula berniaga ayamnya cuma seekor, beras cuma 2 kilo. Sekarang setiap hari beras 5 kilo, 6 ekor ayam. Jualan makin meningkat. Wah! Jeles ai tau. ^_^. Saya ada cerita kan? yang dia berkahwin dengan orang tempatan. Suaminya berbangsa Cina yang masuk Islam. Suaminya buta huruf, tak bersekolah tinggi tetapi rajin bantu Kak Intan berniaga. Sekarang di samping ada bisnes nasi lemak, mereka dah ada 6 buah bilik sewa yang mereka sewakan. Ada lebihan tanah di sebelah rumah mereka yang mereka bina bilik-bilik untuk mereka sewakan.
|
Kak Intan dah membuat lonjakan paradigmanya. Anda di mana? masih menonton telenovela? |
|
Senang hidup kak Intan sekarang . Berpendapatan Rm3000 sebulan. Mungkin lebih. Tiada hutang bank. Orang yang datang dari perantauan, berusaha merubah kehidupan di bumi bertuah Malaysia. Simple living and happy. Semoga Kak Intan berjaya dan kaya. Tiap hari saya doakan begitu. Bersungguh-sungguh dia ubah nasib dia. Sebenarnya bukan saya yang beri semangat kepada dia, dia yang beri inspirasi pada saya.Dia buktikan yang semangat kita sememang takkan goyah walau payah mana pun hidup selagi mana kita mahu mengubahnya.
Kisah hari ini.
Hidup tanpa superbibik.
Takpelah kalau takde superbibik pun. Kita kemasla rumah kita pelan-pelan ye.
|
CaUTioN! Domestic Goddess at work. |